Wednesday, February 15, 2012

almost 3 months


this is hana at almost 3 months old. cepatnya masa berlalu.
dah banyak ragamnya, tapi cukup menghiburkan kedua ibu bapanya.
sekarang dah banyak senyum (bila good mood la).
dah kenal mummy dia. dah pandai pilih between mummy and daddy, dia faham kalau dia nak tidur and nak susu, dia cuma nak mummy dia je, even daddy pegang or dukung pun dia akan melalak sampai dia nampak mummy. oh, we just discover this recently. memang melalak sampai serak2 suara. lagipun hana is fully breastfed, so that explains the behavior.
dah try nak gulingkan badan sendiri tapi belum berjaya lagi. tengah dalam proses nak gulingkan badan la sekarang ni. kalau dibiarkan meniarap pun, dia dah kuat angkat kepala tegak.

dah ada pattern tidur yang tetap, as long as we stick to the same pattern, she'll definitely can sleep. hal-hal tidur pada bayi ni penting sebenarnya walaupun cuma tidur je. it is not just about sleeping. most children need lots of sleep. ini penting untuk development otak dan fizikal bayi tersebut. aku kurang gemar bila ada orang suka suruh dia bangun dari tidur bila dia tengah nyenyak tidur dengan alasan 'nak main dengan baby'. kalau yang cakap tu orang belum ada anak aku boleh maafkan sebab lack of information and ignorance dia, tapi kalau yang cakap tu dah jadi parent, he/she should know yang babies memang kena tidur banyak. newborn up to 3 months especially memang tidur banyak, about 16-18 hours per day. memang Allah dah tetapkan sebegitu, so jangan la asyik duk tanya 'nape la hana asyik tidur je?' 'bangun la, nak dengar suara hana, nak main dengan hana'. aku yang rimas, tapi terpaksa senyum jela dengar orang cakap macam tu. lagipun dengan budak umur 3 bulan, apa sangat la yang nak main dengan dia pun. lepas tu kalau baby dah terjaga ok la, duk main dengan budak kecik tu, then bila dia jadi cranky sebab sleep deprived, aku jugak yang kena handle baby tu. geram betul. ni baru cerita pasal tidur je, banyak lagi nak kena cerita ni, tak tau bila nak taip :)

ini site yang berguna pasal sleeping pattern or behavior for babies. yang penting pada aku, kena tetapkan habit/rutin yang tetap, as if we're giving the baby a signal for time to sleep. babies walaupun dia tak boleh bercakap, tapi dia berotak dan berakal sama macam kita yang dewasa ni, selagi kita ajar dan terapkan ajaran yang betul, insyaAllah dia akan faham. unless kalau baby tu memang ada health problem ke pe, lain sikit la ceritanya.

bila dah jadi parents ni, aku banyak baca pasal baby, apa yang penting, apa yang mustahak. lain orang, lain mahunya. lain orang, lain pendapatnya. me and my husband agak sependapat la dalam hal2 membesarkan anak. tapi mostly kalau kena baca info tu semua, aku la yang kena buat. my husband memang tak suka nak membaca pun. pada aku, yang penting keselamatan dan kesihatan anak terjaga. jangan kedekut duit bila melibatkan hal keselamatan dan kesihatan anak. aku sentiasa berdoa agar kami sekeluarga sihat walaffiat dan hana membesar kuat, sihat dan ceria selalu.



dua orang penting dalam hidup (buat masa sekarang ni la..haha)


p/s: lain kali baru cerita pasal benda lain la. malas nak taip panjang2

Tuesday, December 27, 2011

genap 40 hari

yes, saya cuma ambil masa yang paling singkat, which is 40 hari instead of 44, tapi kalau ikutkan takde beza pun since aku bukannya berpantang macam orang biasa buat, aku just buat or makan macam biasa je, as long as berkhasiat dan tak memudaratkan baby ataupun diri sendiri. tapi ada few things la yang aku ikutkan, such as pakai stokin and tak minum minuman yang sejuk, also berurut. other than that takdela ikut rules yang extreme sgt. yang penting baby sihat dan aku masih bertenaga nak jalani kehidupan seharian.



mula2 ingat malas nak update pun, or worst case nak delete je akaun, but then again rasa sayang plak. continue jela, cuma tak rajin jela nak update byk2. anak manja, nak berkepit ngn mak dia je, tapi takpe mak dia suka je mengulit ngn dia. hihi






introducing hana nur zahra, born pagi jumaat yang mulia, 18/11/2011 at 0822 thru ELLSCS sebab baby breech...ni gambar masa lahir, gmbr yg len nanti2 la upload

Wednesday, November 16, 2011

towards the end

few more days left till the EDD. i'm anxious, my husband too, and the baby seems restless inside, as well. hope everything went well, insyaAllah. whatever happens, happens for a reason. we just hope and pray it will be as accordingly, but if it happens the other way around, then there's nothing that we can do about it or mourning over it, as Allah swt knows better.

semalam birthday hubby, tapi no celebration, no cake whatsoever. myb next year we can celebrate a double birthday celebration, insyaAllah :)


these past few days i kept remembering things that shouldnt be remembered, people who should be forgotten, and all the 'what if' questions keep on popping inside my head. but as much as i want things to happen as i want it to be, Allah had already planned the best for me. i dont hold any grudge nor am i hoping to turn back the time. the one that already happened in the past remain a memory and the one that is waiting in the future, that should be cherish and be grateful about.

Wednesday, September 7, 2011

sabar

lama terbengkalai. bukan membawa diri. bukan berkecil hati. bukan juga apa-apa. cuma sengaja. i believe i have more to live for now than rambling less relevant stuff on the web.

hati gusar pada benda-benda remeh. tutup mata dan telinga pada benda yang sepatutnya. i am scared of the unknown, even more terrified with the things i know (or should know). tapi dengan peniup semangat disisi setiap hari, penyejuk jiwa, pelengkap raga. aku bersyukur pada murahnya rezeki yang diberikan olehNya. ramadhan dan syawal pertama sebagai suami isteri bersama nyawa kecil yang dibawa kehulu kehilir sepanjang masa.

tak sabar menunggu kelahiran si kecil ini. geram tengok baby orang lain. tak sabar nak kendong anak sendiri. sabar. sabar.

i have this weird habit, kalau aku rasa baby kurang aktif for that particular day, aku akan suruh husband 'borak' dengan baby. sometimes the baby responded, sometimes not. but i like the idea that my voice is not the only voice that the baby hears.

tak banyak yang aku mahukan buat masa sekarang. hanya kesihatan yang baik buat diri sendiri, baby dan suami. proses kelahiran yang mudah dan peliharalah kami dari perkara-perkara musibah yang tak boleh kami hadapi.

berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang. kebahagiaan yang dirasakan sekarang harapnya dikekalkan buat masa yang panjang.

Monday, June 27, 2011

confused

bukannya confused pasal apa2 pun. cuma terfikir juga kadang2 why it seems like dengan orang yang kita kenal baik dulu2 tiba2 jadi macam total stranger pula sekarang ni. i guess, over the time, thing starts to change as well. the same goes with friendship juga. i used to think yang as long as kita kenal seseorang tu, sampai bila2 pun dia kawan kita, but it is not actually.

tak kisah la pun, mungkin ada hikmahnya juga sesuatu tu berlaku kan. cuma kita je yang tak dapat nak tafsirkan.

tapi kawan yang seorang ni, harapnya bukan sebegitu. tak sanggup nak berpisah lama. takut nanti merana sendiri.



Saturday, June 18, 2011

entering second trimester

for some, second trimester is the best trimester between the 1st and the 3rd, but unfortunately for me, i'm still experiencing the same symptoms like in the 1st trimester, however i can managed it better now as i have lots of experience due to the nausea and constant vomiting. sometimes, memang rasa terlampau penat, sebab muntah2 yang tak habis2. makan apa pun keluar balik, cuba macam2 pun tetap masih muntah2, tapi tak pernah pun rasa nak give up, especially bila buat monthly scan dapat tengok baby membesar sewajarnya.

pernah rasa yang perut ni macam tak besar2 pun, so bising2 la risau tak tentu pasal, takut muntah2 semua tu effect baby, takut baby tak dapat enough nutrient la, baby tak besar la, macam2 la fikir, almaklumla perempuan paranoid. memang macam ni. bila tanya adik perempuan yang belajar kat alex tu, dia cakap ok je kalau baby grows accordingly, memang at this stage perut tak besar sangat. tak puas ati, pergi buat ultrasound, doctor cakap the baby is growing at exactly 17 weeks, as it should be. baru lega. hehe. macam2. and bila bebel2 cerita kat doktor tu, dia cakap biasa la, 1st time pregnant memang ibunya banyak sangat fikir. mostly yang takut2 kan diri sendiri je. so sekarang ni cuba untuk jadi lebih positif je. most of the time. and if anything bad happens pun (mintak2 tak la, nauzubillah) itu adalah atas qada dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk aku. redha je. lagipun Allah kan lebih mengetahui.

oh, masa scan hari tu, secara kasarnya doktor tu cakap mungkin dah nampak genital part of the baby, and secara kasarnya kami dah tahu gender baby ni. tapi at 17 weeks, most probably the genital part tu tak fully develop lagi. so kita tunggu lagi la, tak nak excited beli barang baby based on gender. takut nanti tak boleh dipakai untuk adik2 dia (eh, dah fikir ada adik2 pulak :p).

sekarang ni cuma doa yang kesihatan diri makin elok and baby is doing fine inside. kurangkan fikir yang bukan2. yang penting kami berdua sihat sepanjang tempoh kehamilan ni dan baby pun selamat dilahirkan nanti. :)

Sunday, May 22, 2011

the reality :)



hahaha...just make me feel a lot better about the pregnancy ;p