Friday, November 28, 2008

mahu cuba?


The name: Instead Softcup
Reputation: A decade of success in convincing women to try it on, with sales up to 100 million units (in US)


Masa Kotex buat kempen Kem Kotex hari tu, aku tengok ramai bloggers (aku tau sebab aku suka baca blog orang) duk canang pasal kem remaja tu. n ramai la yang bercerita pasal hal-hal menstruasi la, sindrom la, whatever yang related dengan kitaran haid perempuan. i dun wanna elaborate much pasal experience masa period, sebab lain perempuan, lain keadaanya, n kalau nak cari info pasal PMS ke, apa ke, google je, sure keluar info yang ko nak cari. tapi sekarang ni aku nak cite, kita orang perempuan ada option lain selain pakai tuala pakai buang wanita dan tampon. they called it 'instead softcup'. and how does it looks like? seperti gambar di atas yang aku cilok dari KOSMO! Online.


aku pernah baca pasal sindrom kejutan toksik kat US disebabkan pemakaian tampon. sebab tu aku tak berapa yakin nak pakai tampon dan orang perempuan kat Msia rata-rata semua lebih suka pakai pad biasa daripada tampon. aku rasa la. aku sendiri pun tak pernah ada perasaan nak pakai tampon. dan aku tak pernah jumpa lagi ada perempuan yang pakai tampon unless dia swimmer, atau yang jenis buat aktiviti lasak. sebab pada aku, konsep Instead ni sama je dengan tampon, proses insertion pada vaginal canal. cuma bezanya tampon diperbuat daripada kapas/rayon n Instead diperbuat daripada PE (polyethylene). dan rasanya Instead ni boleh di recycle (jimat tu). i mean, lepas guna, cuci then boleh guna semula, sebab kalau guna pad biasa/tampon, mana boleh recycle (ke ada orang recyle?ewww).


obviously, aku rasa soalan paling common yang orang akan tanya. mesti related pasal selaput dara. betul tak?takut kalau pakai tampon/Instead ni, nanti dah tak dara dah. KELAKAR. dan disebabkan cerita tak dara ni, alkisah sebab takut dengan pemakaian tampon yang kononnya boleh menyebabkan perempuan hilang dara, ada sorang kawan perempuan aku yang buat-buat tau bagitau fakta salah tentang cara-cara nak pakai tampon pada perempuan-perempuan yang nak menuntut daripada dia (padahal dia sendiri pun tak pernah tengok tampon secara real depan mata, apatah lagi memakainya, aku rasa tengok kotak tampon dari jauh je dah buat dia tahu camane nak pakai). aku ingat aku yang salah dengar, tapi bila dia beria-ia cerita, dalam hati aku cakap "kalau tak berapa pasti tentang sesuatu, n kalau orang tanya, jangan la buat-buat tahu, buat malu je kalau orang tegur". tapi yang pasti aku tak tegur kesalahan dia tu, sebab aku tengah busy buat kerja lebih berfaedah, dan dia perempuan cantik, aku kesian pada perempuan cantik yang nampak kurang bijak dan pendek akal. aku tak nak dia rasa terhina bila aku betulkan ayat dia. sebab aku tau dia tau yang dia betul. kesian. harapnya sekarang dia dah tau macam mana nak pakai tampon dengan betul, walaupun dia sendiri tak pakai.


kalau nak tau lebih lanjut boleh baca di sini. sebab aku ni perempuan pemalas, makanya aku malas nak buat summary tentang artikel yang aku baca. so kalau nak tau, baca sendiri. n yes, it looks like a cup, yang cara pemakaiannye: diletakkan di bawah serviks di belakang tulang pubik. kena try dulu la baru boleh elaborate. orang kat KOSMO tu bagitau yang benda alah instead softcup ni AKAN dipasarkan di farmasi dan kedai serbaneka dengan harga rm19.90 sekotak untuk 5 keping. aku kena survey la, farmasi mana ada jual benda ni. mahu cuba. anda mahu? (ni soalan utntuk perempuan sahaja ya). jimat tu kalau boleh recycle.

Thursday, November 27, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Mari Solat ep. 4

Hari ni kita sambung semula episod Mari Solat episod ke-4


MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Sunday, November 23, 2008

Dear Friend,

A: you're going to be fine. everything is going to be fine.

B: how do you know?

i need prove.

A: do u need prove?

the prove is in the future.

and the future is not happening, yet.

so, have faith.

that's the only thing that we have.


have faith my dear friend, thats the only thing i can say to you right now. i can sing 'umbrella' and 'keep holding on' if u feel that will helps ;p (but without the fancy clothes)


"Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly"


do not simply give up. you know what i'm talking about. coz whatever is meant to be will work out perfectly. juz have a lil' bit of faith. imagine yourself as the sky. planes can fly right through you. storms and lightning crashing into you as well. but you will always be there. stay strong in your position. no matter what happens right in front of your eyes.


i'm not good with words. let alone comfort words. most of the times i babble a lot. rambling rubbish, and say ridiculous things. but you know how i feel for you. coz we're friends and i only want the best for you. in every way that i can help. coz i believe you'll be doing the same thing for me too. thats what friends are for. for good times. and bad times. and i'll be on your side forever more.




p/s aku harap kau baca la entri aku ni. aku tiba-tiba jadi melankolik lepas bangun tidur. dapat inspirasi kot.

p/s/s n jgn risau, bila ada masa nanti, kita tetap jumpa. aku nak gak claim apa yang ko dah belikan untuk aku.

Thursday, November 20, 2008

Mari Solat ep. 3


ASAR


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Wednesday, November 19, 2008

apa kau rasa?


kalau masa mula-mula lagu 'Cuba' by Faizal 'Superman' Tahir keluar, aku cuma banyak menghayati muzik dia je. ala-ala muzik indo, tapi only recently aku take some time nak go deep into the lyrics itself.


kinda funny. but i always felt that i tried so hard to be the nicest friend, sometimes. in some particular cases. lirik lagu 'Cuba' tu ada maksud dia tersendiri, tapi aku nak define that song according to what i understand.


pelik bila aku rasa dekat dengan lagu tu. dengan lirik itu. everything seems fit.


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu




rasa sakit itu ada. pedih juga. pernah ada yang marah pada aku sebab aku terlalu baik dengan kawan yang sebegini. tapi mana mungkin aku tinggalkan kawan yang dalam kesusahan. dalam kesedihan. tapi hilangnya sepantas hadirnya. hanya mencari aku tatkala diri dilanda hiba. apa kau rasa? kalau dalam situasi macam ni. aku percaya sudah terlalu ramai yang mengalami keadaan seperti ini. tapi aku baru mahu bercakap tentang perkara ini sebab aku baru sedar tentang lirik lagu itu.




lagi sedih dan lagi sakit kalau kau berlainan jantina dan kau pun ada simpan rasa sayang yang teramat sangat pada kawan yang seorang itu. dalam diam kau mesti terfikir, mesti ada chance satu hari nanti. chance yang bagaimana? terpulang pada keinginan kamu. tapi aku tahu apa yang aku inginkan bila aku berfikir sedemikian. tapi bila sampai ke hujung dia hanya anggap kau hanya tempat dia mengadu hal-hal yang sedih, tanpa pernah sedar tentang kau. aku rasa sudah tiba masanya kau ambil tindakan yang sewajarnya. kau masih mahu tunggu dan jadi kawan yang 'baik hati tapi kau rasa sakit hati'?. terpulang. tapi aku rasa baik aku amek pusing pada orang-orang yang betul-betul mahu ambil tahu pasal aku. dan bukannya datang cari aku bila kau rasa susah. sebab aku pun punya kehidupan lain.


p/s aku agak emosi sebab aku rasa seperti sampah.

Monday, November 17, 2008

bila dah malas

aku mula la sebok nak update benda-benda yang tak sepatutnya. contohnya:

1) upload gambar tak berapa baru dalam friendster
2) buat entri baru dalam blog
3) chatting
4) baca emel mengarut
5) download lagu
6) tengok video kat youtube


walhal sepatutnya aku patut buat perkara-perkara di bawah. seperti:

1) habiskan edit mana-mana yang patut paper yang sepatutnya di bawa ke PD
2) siapkan poster untuk presentation masa konferens di PD
3) cari artikel-artikel baru untuk research project
4) cuba taip (at least introduction) my master's tesis
5) rajin-rajin membaca (buku-buku berkaitan my research work)
6) try to complete everything else yang kecik-kecik tapi very important, cuma aku buat-buat tak nampak.


erina, erina. bila la nak berubah.


aku tengah cuba untuk berubah, sekurang-kurangnya perkara no 1 dan 2, ada progress. yang lain-lain aku try slowly-slowly ok.



-----


nukilan picisan hari ini


malam itu
rindu menggamit kembali
kau datang
bertanyakan semalam

kau mempersoalkan
perkara yang telah terjadi

jawapan apa lagi yang kau mahukan
andai sudah begitu tersurat ceritanya

oh
mentari esok
aku harapkan
berikan aku sinar
menerangi jalan
yang gelita
tatkala bulan sendiri
malu mahu menampakkan wajah
aku mengharap padamu
wahai sang suria