Friday, March 12, 2010

hijau hijau dan hijau


semalam usaha menghabiskan duit di ikea, nak jugak beli tisu kaler2 kat ikea tu, ada je benda lain yang terpaksa di list-out kan, tapi tisu tu jangan harap aku nak letak balik even harga dia mahal lagi dari tisu biasa. first time pergi sana dulu, i was attracted to the bright colors. so, this time around bila dah dapat idea nak buat apa dengan tisu kaler2 tu, i dont think 11.90 is such a waste for 50 sheets.coz i can make lots of flowers from that tissue paper, to be used afterwards dengan harga 11.90 tu (gila kedekut aku ni...hehe)

remember previously pernah cakap kan, i'm addicted to doing things by myself and getting myself crazy over DIY thing, leads me to this website.
i have the intention of having this sort of paper carnation as for my bunga pahar or bunga telur as i called it. eventho it is not the typical bunga dip yang aku rasa mahal tu (walaupun orang cakap "cuma singgit je pun sebatang"), ataupun bunga reben2 yang biasa dapat tu, or even bunga yang siap ada tempat gantung2 tu. but it is still a flower, just a paper flower jela. lagipun aku fikir, bukannya orang nak simpan pun kan (but my mom did kalau orang bagi kat jemputan kawen...hehe) so baik bagi something yang not so costly tapi masih nampak ok juga, even kalau end up kat tong sampah pun aku tak rasa berapa ralat sangat. sebab tu beriya-iya nak beli tissue paper tu. sebab nak buat benda alah bunga carnation macam kat dalam gambar kat atas tu la.
ni la hasilnya. why green? haha...coz i love the green shade. not too bright, not too pale as well, so aku grab and terus beli. buat pun senang je, cuma kena ambil masa sikit la kalau nak buat banyak. aku nak buat 200 kot (kalau larat T_T)

dah siap, jadi aksesori kat botol air hijau baru beli sebab yang lama tertinggal kat jusco so macam dah berjodoh mahu beli botol air baru juga (hijau lagi (-_-"))

oh, nak bagitau gak betapa aku nak guna theme color hijau kan sebab gila sangat dengan color hijau...aku dah beriya-iya juga nak beli kasut color teal-green ni from vincci...i really do love the color, tapi malangnya sangat la ramai perempuan saiz 6 yang beli kasut ni (kot) sampai aku tak jumpa lagi dah kasut ni. last-last aku end up beli kasut kaler beige sebab malas dah nak berusaha cari kat tempat lain n berharap kasut kaler ni ada di pasaran.huh

lagi 1, memang konfem nak buat pomander balls (coz aku nak buat macam2 benda yang berbentuk bulat kat majlis kahwin tu nanti, biar sampai orang tengok naik pelik...haha)...mula2, nak buat guna fake flowers je, coz definitely fresh flowers is out of the question. tapi bila tau lagi murah buat guna kertas, hohohoho...senyum lebar saya dibuatnya. contoh seperti di bawah ini, diambil di sini.



oh, lepas tu, kan macam 'in' sekarang ni nak letak paper lantern kan kat wedding. aku tengok ramai je bloggers yang guna khidmat paper lantern ni. so, this is another round-shape idea. and instead of paper lantern, boleh gak guna bola rotan. aku pernah jumpa benda ni kat kedai pengantin tapi tak tanya plak harga. all of this is just an idea. tapi tah jadi buat kita tunggu jela masa majlis nanti, ok (^_^)




we definitely need lots of ka-ching for the whole preparation stuff. but i'm glad bit by bit everything come together nicely, eventho it is not perfect. because there's alot of idea that need to be finalized (due to money constraint), i have to start doing everything sikit-sikit from now on. any idea yang involved money-saving aku akan try buat. (0_o)...lagipun aku banyak fokus on stuff after marriage life, rather than focusing too much on this wedding day...nak tunjuk la kan betap aku tak kesah sangat pun pasal hal nak merisik, bertunang bagai yang dah agak nak dekat ni, aku tak tahu nak pakai baju apa pun. pakai baju raya jela kot...hehe. kawan-kawan saya lagi bising tau suruh pakai itu ini. but i love them all. hehe


oh,disebabkan terlampau excited jalan2 menghabiskan duit dekat ikea semalam, masa beli quilt cover set (ehem2, asal barang2 bilik tidur je, terus excited kan...haha) my bf said "kalau family abang datang bulan ni gak, leh tak yang?" (merisik ye, belum nikah lagi (*_*))






hehe.


anyway, i'm hoping and praying for everything to be just perfect for me and for us both families. no more hassle, and mind bothering sangat. mahu fikir benda lagi penting...

Wednesday, March 10, 2010

going crazy bout doing everything by myself

i'm not a perfectionist. no, i'm not (or maybe i'm just in denial ;p)

tapi kalau boleh mahu buat semua sendiri. sangat2 gila kuasa. like from the smallest matter to the biggest thing. cuma yang out of my control tu memang takleh nak buat apa la. terpaksa pass baton pada orang yang selayaknya. this is due to the want-everyhting-within-budget-tapi-mahu-rasa-puas-ati-juga. haa, macam tu la bunyinya.

anyway, semalam chat dengan adik perempuan yang sorang tu la. oh, oh n oh she's an angel. mahu tolong akak dia yang sorang ni (i rasa segan tau...huhu)...i'm blessed to have such a wonderful family members. ni tak cerita lagi mak abah nak tolong pe, dengan abang sulung yang tak tau lagi balik ke tak by the time saya dinikahkan tapi dah hulur dah duit pendahuluan (ehem2 ;p). abang second yang tak tahu boleh tak tolong mak abah buat labour work kat rumah tu nanti. abang third yang tak tahu lagi boleh sponsor pelamin ke tak (harap dia baik hati, ati cakap duit dia berkepuk-kepuk (O_o)), dengan adik2 lelaki yang boleh tak jadi rajin nak tolong kemas2 apa yang patut (harap boleh diharapkan, eventho dorang lagi suka duk dalam bilik main game (-_-") )

tapi, overall i just want this event to be memorable. cukup indah untuk dikenang kami sekeluarga.

maybe kan aku patut jadi low profile sikit kot. macam dah terover excited pun ada ni...belum apa2 pun dah cerita macam2. tapi ada orang cakap, a great news should be shared, so that everyone (i hope) akan terasa tempias gembira dan bahagia tu.

hehe. i'm happy, i feel blessed. thank God for all the blessings and the neverending great news. i'm ready to receive more.

Alhamdulillah.

Tuesday, March 9, 2010

musykil

disebabkan kemusykilan dan rasa cuak juga dan persoalan "kalau-kalau" berlanjutan, maka pencarian jawapan kepada soalan telah dicari.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/54648c376dd20883482574f9002e92f3?OpenDocument

yela, orang tua2 cakap, malu bertanya sesat jalan. lebih baik cari jawapan sebelum jump into conclusion lagi-lagi bila diri sendiri pun tak cukup ilmu juga. maknanya, saya tak payah risau-risau dah pasal hal tarikh atau bulan. cuma perlukan confirmation date je sekarang ni.

oh, sangat teruja menunggu j-card day tahun ini. mahu shopping!!! :) (bile ek??)

pasrah je dengan segala excitement yang mengelilingi diri sekarang ni. pasrah juga dengan situasi tak dapat apa yang dimahukan. malah dapat lebih lagi. alhamdulillah. terima kasih banyak2 pada kekasih yang banyak bersabar dengan kerenah bakal suri dia yang sorang ni. and kerenah mak dia sendiri, dan oh macam2 lagi benda remeh temeh yang tiba2 jadi besar gedabak di mata ini. and senang pulak tu nak sedih2 la, kecewa la, sikit2 nak nangis la. sori eh dear. tp i masih sayang kt u tau. hehe


bless us.

Monday, March 8, 2010

this day a year ago

it was this day, exactly a year ago, we met, for the very first time, having Remove Formatting from selectionconversation seriously.


i dont have a specific place in mind when i agreed to meet him that day. and it wasnt like a plan or anything. and i suggest this place coz the previous week i was driving all by myself to this place hoping to gain back my strength (i hope) and some senses.

when he asked "where should we meet?" and i can only suggest this particular place.

i can still remember what he wore on that very day, but i can only remember few things bout my attire that day (i pay too much attention to others than to myself??what??). he wore his red MU jersey with jeans and his sandals (which ends up t'cabut on that day, but still wearable lagi sampai sekarang sbb dah anta jahit and i still love seeing him wearing it) and he brings along a bottle of Coke (he dont remember bout this one,hehe). what i can remember bout myself, i wore a black shirt with jeans,and the most memorable stuff is the yellow bag (i love it so much tapi dah teruk sangat keadaannya, so kena buang jugak at last...wuwu) but i cant remember tudung apa, and sandal apa...anyway, which only brings smile to my face when i heard this song:

i remember what you wore on our first day

u came into my life and i thought hey

u know this could be something

masa mula2 dia ajak jumpa tu, tak rasa apa pun. but, trying to make a good impression, i tried to be there early. and somehow i feel anxious and nervous as well bila dah sampai. we have never been friends. i mean, real good friends. we say hi, and thats just about it, we never had any serious conversation before. but he already had an intention of talking to me bout his relationship at that time (i ask him "why me?" n he said "i dunno"). and as a good listener i am, i'm just trying to help out (by lending my ears of course, little did i know what was coming for both of us in the future). he already told me that he would be late coz it took him around 40-45 mins to be at our meeting place. ada la few incident happen sementara tunggu dia sampai, creepy gak tapi tak payah la cerita. and dia plak leh tak tau laman bunga raya tu kat mana, and end up aku plak kena gi jemput dia kat depan masjid putrajaya. anyway, tu tak penting.

bila dah jumpa tu, we start talking bout small matters first and i found it awkward initially (surprisingly, he didnt felt that way)...dia selamba je. cover kot.hehe...and from there dia start cerita hal2 serius, hal2 yang buat dia kecewa. waktu tu memang confirm la aku duk jadi pembimbing rakan sebaya yang berjaya (info: ktorg b'dua PRS kt skola). bagi nasihat baik punya, sedangkan diri sendiri pun banyak masalah gak...haha, tapi kitorang exchange stories gak la...we both were in a difficult situation at that time, so basically i found him as my confidante, as crying shoulders mungkin eventhough aku takde la menangis kat bahu dia, literally.

i'm actually suprised by his different personality when we met. i've known him for someone else previously and that images was hard to be erased, but he made me changed my mind. he is for who he is. but i see it differently coz i never knew him before. and i never knew that i can fall in love with him.

that is the starting point of our life together. the turning point. at that time i juz want to gave up a relationship that is so incredible yet so impossible to happen for a relationship that gives me an ease of mind and insyaAllah gives me lots of new perspective to look at. it took me quite some time to accept him (eventhough it is not actually) coz i've been in a complicated relationship previously and i really have to build trust and confident for him first before trying to accept him for who he is and not trying to make any comparison or being judgemental for no particular reason or trying to change him into someone else.

lepas mencapai kata sepakat kitorang pun berjanji untuk membahagiakan satu sama lain, memberikan apa yang termampu untuk menjadikan hubungan yang sedia ada tetap kekal. aku pasti jodoh,maut Allah dah tentukan. tapi aku harap dialah jodoh aku. untuk hari ini dan seterusnya. hingga hujung nyawa (ecece...macam movie yusri dgn erra plak...haha).

kami dah janji. kami kena tepati.

sayang itu bukan untuk kelmarin, semalam atau hari ini sahaja. tapi untuk selamanya.

janji tau. (pinky promise)

:)

Saturday, March 6, 2010

mahu menangis, tapi air mata tak mahu keluar

mungkin juga macam2 jadi sebab aku lalai
mungkin juga macam2 jadi sebab aku sombong
mungkin juga macam2 jadi sebab aku lupa
mungkin juga



tertahan-tahan rasa sedih
terkenang-kenang masa lalu
terngiang-ngiang peringatan mak

*diam*

meleleh air mata

Thursday, March 4, 2010

benci betul kalau ada accident and orang yang tak nak tolong tu sebok duk slow kan kereta semata2 nak tengok accident. melambatkan pemandu lain yang nak cepat je.

tadi ada accident. dah mula rasa stres sebab takut parking space yang cuma 1 tu dah ada orang lain letak kereta dulu. dah la keluar rumah agak awal and masih ngantuk, bila nampak kereta macam tak berapa bergerak dah agak dah mesti accident punya kat depan tu. tapi tak dengar pun bunyi siren ambulan so fikir la kenapa lambat sangat gerak. kot la kalau jalan kena block ke pe. tapi bila dah nak dekat kat tempat kejadian, nampak la ada seorang lelaki masih berlumuran darah kat kepala (tak tau la masih sedar ke dah 'selamat jalan') and orang ramai duk kerumun je, tak buat apa pun, nak tunggu ambulan gaknya. tapi yang buat sakit hati tu, orang yang bawak kereta ni leh plak la bawak slow2 sebab nak tengok apa jadi. geram tul.

kalau tak nak tolong, jangan sebok nak tengok. kalau nak tengok, turun dari kereta pegi tolong orang tu.




nasib baik sempat cop parking space...hehe ;p

Tuesday, March 2, 2010

terkesan

baru dua jam sebelumnya, beriya iya mahukan itu ini secara spesifik. bercerita mahukan yang begitu begini bagai punya modal tapi selepas membaca tulisan perempuan yang satu itu, terus padam niat mahu itu ini. betapa besarnya hati dia, betapa kerdilnya terasa diri.

nampaknya, besar juga pengaruh perempuan itu. andai dia sebahagian diri, andai dia kakak sendiri.

mudahnya pemikiran aku, mudah lagi tanggapan beliau. sikitnya mahu aku, lebih sikit dapatnya beliau.

dan semua itu, buat aku terfikir. beri kesan pada hati, bersyukurlah wahai hati pada rezeki yang sedikit kerana aku sudah terlebih bahagia.

pernah sempat mendengar ceramah singkat di masjid, walau tak mendengar sehingga ke hujung cerita, tapi intipatinya tersemat kemas dalam ingatan.

cuma yang lupa, perbualan ini antara siapa dengan siapa, tapi kejadiannya berlaku di zaman Nabi. pertanyaannya: antara orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang kuat beribadah (mungkin, correct me if i'm wrong) siapakah antara mereka berdua yang lebih tinggi darjatnya di mata Allah s.w.t?

dijawabnya pertanyaan itu setelah puas mencari jawapan: ternyata orang kaya yang bersyukur lebih tinggi darjatnya. simply sebab dia tergolong dalam golongan yang sedikit jumlahnya didunia ini.



ya Tuhan, biarlah aku tergolong dalam golongan yang sedikit jumlahnya...menjadi antara golongan yang bersyukur.