rasa sesak nafas. rasa macam tak cukup udara. claustrophobic.
lagi-lagi dengan isu yang tak sudah-sudah. hati cepat sangat berubah.
isu berbangkit. keinginan mengatasi kewarasan. makanya lebih banyak mengundang amarah.
macam-macam. ada cerita sedih, kecewa, gembira, menginsafkan, terlalu banyak emosi dalam satu masa. buat aku rasa malas. dah dua hari sampai lab lagi beberapa minit nak jejak pukul 12 tengah hari.
cakap berapi nak mulakan yang baru. bukan azam baru. cuma memberikan kata semangat untuk diri. tapi nampaknya masih di takuk yang sama. azam ada cuma kesungguhan belum terlaksana secara zahiriah.
- sedih bila perkara yang mahu dielak, terjadi lagi.
- kecewa sebab perkara lama berulang kembali.
- gembira atas kejayaan yang tak disangka.
- insaf bila melihat ketabahan dan keyakinan yang tebal.
- sebak bila melihat kekuatan yang tak berbelah bagi.
- cemburu melihat kebahagiaan yang lain.
- sakit hati pada yang tak cuba mahu mengerti.
- rindu pada yang hilang.
- takut mengetahui yang tersirat.
- sayang pada yang tahu.
cukuplah sepuluh rasa bercampur baur buat masa ini. tapi lebih banyak perasaan negatif berbanding positif, kan.
cuba mencari diri yang hilang. dimana harus bermula?
No comments:
Post a Comment