dulu masa sekolah rendah, aku selalu fikir aku ni tak cukup pandai macam kawan2 aku yang lain eventho ramai yang think otherwise. aku tak dapat straight A masa UPSR, aku tak masuk sekolah asrama penuh, duk dengan family sampai form 5. aku pernah la dapat offer masuk MRSM lepas PMR, tapi aku reject offer tu sebab aku rasa aku tak suka lagi nak duk jauh2 dari famili, padahal dapat kat muar je pun...haha
then masuk sekolah menengah pun kat sebelah sekolah bestari, so pressure la kan. lagi la ingat diri sendiri tak hebat macam orang lain, yang duk asrama penuh, yang macam buat2 tak kenal bila jumpa kat tepi jalan, pasar malam sume sebab rasa macam tak sama taraf, sebab aku sekolah kampung, ko masuk sekolah asrama. self-esteem rendah masa sekolah dulu...huhu
then, dapat offer masuk matrikulasi...jauh kena merantau ke perak. 1st time kuar dari daerah pontian terchenta. anyway, aku ingat dulu semua orang pun dapat masuk matriks sebab aku dapat. aku fikir kawan2 aku yang duk asrama mesti ramai yang fly g oversea sebab dorang mesti lagi hebat dari aku la kan. tapi tak pun. diam2 aku cakap, ni rezeki aku, rezeki dorang lain kot Tuhan bagi.
abes setahun kat gopeng, dapat offer masuk IPTA. aku pun ada pandangan yang mesti kawan2 aku pun dapat offer yang sama macam aku, mesti dapat course yang lg gempak daripada aku, uni lg gempak. macam2 la. tapi tak semua pun. diam2 aku cakap, ni rezeki aku, rezeki dorang lain kot Tuhan bagi.
3 tahun baca buku, amek test, jawab exam sume, dapat skrol, trus sambung wat master. aku tak rasa apa2 pun sebab bukannya benda hebat pun buat master sekarang ni. i mean, semua orang boleh buat kalau mahu, dan ada peluang. no biggy. tapi bukan semua amek keputusan nak sambung master. n respons orang2 yg tak buat pada aku, "hebat ar, wat master" . kalau aku terus buat PhD tah pe pulak respons orang gaknye. neway, yela memang ni la cerita yang Allah dah sediakan untuk aku. so alhamdulillah
then, apa releven nya cerita di atas?
lately, aku banyak berjejak kasih dengan kawan2 lama. then, 1 benda aku realize. tak semestinya kita hebat masa kecik, menjamin kehebatan yang sama pada masa dewasa. tapi ayat tu takde la mempunyai signifikan tertentu, cuma sekadar menggambarkan apa yang dilihat pada permukaan secara general. sebab manusia punya rasa yang tersendiri, orang lain mungkin tak rasa kita berjaya tapi diri sendiri rasa berjaya dah cukup bagus la. aku tak hebat pun masa kecik, tapi aku rasa aku berjaya je sekarang ni, eventho tak de keje tetap pun. hehe
i'm a late bloomers i would have to say. ada sesetengah bunga mengambil masa yang singkat untuk berkembang dan layu dengan kadar yang cepat juga, while some other flowers might take years to bloom even pada mula2nya macam tak semenggah mana pun bunga tu.
so, all and all, aku bersyukur, jalan yang Allah telah sediakan untuk aku adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan yang lain2nya. cuma jalan hati sahaja penuh ranjau dan onak duri. ini cerita lain episod ok.
semoga jalan seterusnya lebih mudah.
Amin.
No comments:
Post a Comment