Wednesday, April 7, 2010

please dont misinterpret my statement

ye, saya tak nak melenting hanya kerana saya perasan (read: ASSUME) ada orang lain yang akan singgah n baca content blog saya ni other than those people yang sudah sedia maklum tentang kewujudan blog ni. lagi2 tentang post saya yang sebelum ni sampai sanggup buat hujahan panjang lebar. (mungkin juga dia baca kat blog orang lain agaknya...hoho)

saya harap orang yang buat rumusan dan memberikan hujahan yang panjang lebar itu tidak menyalah ertikan maksud saya. tapi saya tetap mahu berterima kasih kepada beliau kerana cukup panjang lebar menerangkan satu persatu mengenai sejarahnya adat itu. blame me for being a science student who failed her history subject masa sekolah dulu. oleh itu, saya kurang peka terhadap sensitiviti masyarakat sekeliling mengenai isu tersebut.

bukan niat nak mengguris hati yang membaca, apatah lagi ingin membuat hujahan sendiri tentang sesuatu yang sudah sekian lama termaktub dalam sejarah bangsa sendiri. bukan. saya cuma ingin meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran. itu sahaja.

mungkin juga pernyataan yang dikeluarkan terlalu kasar untuk jiwa dan perasaan yang halus seperti perempuan tersebut. tapi saya menulis ketika hati tengah sedikit kecewa dengan permintaan yang macam2 hanya untuk sebuah majlis yang tak perlukan semua itu. dan saya mengecilkan skop adat tersebut kepada konsep perkahwinan sahaja kerana situasi itu yang saya alami skrg ni. saya tak sebut yang pernyataan itu sememangnya khusus untuk menerangkan tentang perjalanan sebuah majlis perkahwinan, tidak. tapi awak bukan dalam situasi di mana rasanya tidak memerlukan semua itu. dan saya bukan bermaksud untuk membuang terus kemelayuan saya. bukan.

sekali lagi ditekankan, saya hanya mengecilkan skop adat itu kepada konsep perkahwinan mengikut keadaan diri saya sekarang ini.

saya juga orang melayu. yang dilahirkan dalam keluarga melayu, yang masih juga sedikit sebanyak memelihara budaya masyarakat melayu. tapi saya juga seorang muslim. yang di dalam fikirannya hanya memikiran pentingnya untuk sebuah perkahwinan adalah pernikahan yang sah. itu yang saya tekankan. itu yang saya mahu.

saya tak pernah kata adat yang selama ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi itu salah. saya cuma kata ianya tidak perlu. dalam situasi saya. dalam situasi awak mungkin ya itu satu kemestian atau keperluan, tapi tidak pada saya. tapi pandangan saya tak mungkin akan diterima ramai, sebabnya kenapa?sebab adatnya begitu. kebiasaanya begitu bila mengadakan majlis perkahwinan. yang buat saya agak terkilan adalah apabila niat saya yang mahukan majlis seringkas mungkin disalah anggap. apabila dikeluarkan pernyataan "tersebut" terus dikecam seperti tidak mahu mengaku melayu.

saya quote dari blog famous yang i guess semua orang pun memang baca.

Tujuan Mengadakan Walimatulurus

Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.
Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.
Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.
Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

salahkah saya mahu bernikah mengikut cara Rasulullah?salahkan saya mahu menolak segala adat yang sekian lama diturunkan hanya kerana mahu mengikut cara Rasulullah?lagi satu, dengan saya menulis seperti ini, bukanlah bermaksud saya ni baik sangat. tidak. saya juga banyak dosanya. banyak juga khilafnya. dan banyak juga ilmu agama yang saya tak tahu. tapi selagi mampu, apa yang Rasulullah dah pernah buat, saya akan cuba turutkan. bukankah lebih afdal begitu.

oleh itu, saya harap jangan disalah erti pernyataan saya sebelum ini. saya bukan cetek pemikirannya, cuma saya tak mahu mengembangkan skop ayat tersebut. saya gunakan untuk menggambarkan situasi saya. saya cuma mahu dinikahkan dan kemudian diraikan bersama keluarga dan rakan. itu sahaja. jangan cepat sangat melatah. saya bukannya malu jadi melayu. dan saya bukan akan bernikah dengan mat saleh pun. hehe

p/s: saya tahu saya tak sempurna. saya tahu saya banyak celanya. tapi jangan cepat menuduh tanpa usul periksa. yang baik tetap datangnya dari Allah S.W.T. wassalam

Saturday, April 3, 2010

trying to get things done, before i leave

oho...byk benda lagi tak setel...nak marking lab report student yang berlambak-lambak tu lagi...haih~~~

nak balik seminggu je pun, tapi before nak balik tu la banyak benda nak kena siapkan. haih~~~

berusaha lah!!!!

--------

btw, ingat lagi entry ini??

ini hasil daripada inspirasi itu. tapi as i mentioned before, perempuan gila lace ni tak reti nak buat se-kreatif perempuan itu. so yang termampu adalah keluarkan duit beli kain lace yang rasa tak berapa murah tapi mana nak dapat lace murah kan, so patch sahaja ke atas kain tersebut. hmmm...mudah begitu, tapi tak semudah itu ye puan-puan, banyak masa yang dicurahkan ke atas kain tersebut tapi saya sangat suka hasilnya. :)



ini kaki baju tersebut. lace dia lebar gak, sebab tu nampak besar, yg melingkar2 bunga ke atas tu sebab kunun2 mahu nampak menarik. gigih gile~~~

ini pulak lengan baju yang segigih mungkin dijahit manik kecik2 tu diatasnya~~~
mahu tambah manik2 lagi gamaknya. macam kosong sangat
ini pulak gigih jahit manik2 hitam tu kat lace area bustline. gigih ye, gigih~~~




note: this is not supposed to be my engagement attire. no, it is not. it started out as any other kain plain yang aku tah kenapa macam nak beli hari tu kat kamdar, then pergi anta kat tailor, ckp design camne nak buat semua, sampai bf tanya nak buat apa tempah baju tu, aku pun tak tau nak jawab apa, aku cakap "suka2 je"...boleh tak jawab camtu je???hahaaa

anyway, come to the day when both of us decided nak nikah, then it strucks me that aku nak upgrade baju ni jadi baju runway kat karpet merah...ecece, poyo ko nak jalan atas red carpet kan...haaaaaa

so, thats when all the lace patchment work starts, mulanya baju tu cuma sehelai baju ala2 jubah kosong yang cuma dijahitkan lace seinci lebarnya di area bustline. itu sahaja. then, bila dah ada idea nak buat camana, de lace hunting bermula...haha, n eventually i found what i want and the work starts. penat wei, penat bahu duk menjahit tangan lace tu, sampai kebas punggung aku duk mengadap benda alah tu, n when i'm concentrating doing something, aku sangat la tak kesah pasal benda lain. masa ni la, ignorance terhadap bf sendiri berlaku. BUT luckily, dia faham aku camana, dia faham aku suka gila dengan benda yang aku buat, so he ends up biarkan aku wat pe yang aku nak buat, bila aku dah penat baru aku pegi cari dia, msg ke, call ke, dating ke...stuff like dat la...i'm not a multi-tasking person, no i'm not, eventho beberapa kali cubaan dibuat untuk nak membuktikan aku ada kebolehan multi-tasking tu, tapi hampa jua...huhu, camane nak jadi mommy ni nanti???

anyhow, bila dah siap, duk tergantung diam2 jela kat cloth cover dalam almari tu. sayang punya pasal, sanggup tu pegi cari cloth cover, jmp la yg murah 9.90 kat ikea, 1 besar, 2 kecik.

ok, bila dah duk diam2 dalam almari tu, come to a time when his families dah decide nak dtg merisik+tunang semua kan, i got clueless on what to wear for the occasion, aku ingat mula2 nak pakai sempoi je, sebab dalam kepala otak dah fikir baju yang aku buat tu nak reserve untuk majlis kenduri je nanti. but then, kita cuma merancang kan, Allah punya plan gak yang menjadi. knowing that his mother dah pun belikan kain juga untuk majlis kenduri kitorang, therefore baju yang aku buat tu dah tak tau nak pakai kat majlis belah mana. huhu

and one day, my bf said "pakai jela baju yang syg buat tu utk tunang, penat2 syg tampal lace semua, takkan la nak simpan je kot".

and well folks, itu la dia cerita baju tu. heh. macam karangan sekola rendah.

yes, being a non-traditional believer (sangat), aku bercantik-cantik juga nak tunang nanti. tunang je pon. haih~~~

semalam, jenguk fesbuk kawan sekola lama, baru terjumpa, sempoi nak mati cara they got engaged. pakai baju biasa2, macam nak g kenduri kawen camtu la, yang laki tu siap pakai macam nak kuar g tgk wayang jela simplenya. mak laki tu sarung cincin, dah siap. takde la nak duk bersimpuh berbalas pantun la, bersirih junjung la, bertepak sireh la, berpelamin la, berkhemah siap la. haih~~~

aku nak macam tu, tapi tak dapat macam tu pun. macam org tunang biasa gak. haih~~~ ni mengeluh bukan sebab gila sangat nak jadi out-of-the-ordinary or nak sangat jadi lain dari orang lain. TAK. aku mengeluh sebab bersusah payah pada benda yang rasanya irrelevent. haih~~~

call me ungrateful, call me whatever, tapi aku memang tak nampak significant nya. daripada konon2 nak jumpa between families je, daripada konon2 mcm luncheon biasa, terus jadi macam kebiasaan, penat pikir. sekarang ni, me n en.bakal tunang cuma pikir, ikutkan je. malas dah nak bagi pendapat. sebab nanti pun dianggap penderhaka adat. yes, derhaka adat ye.

btw, i couldnt agree with the statement "biar mati anak, jangan mati adat" full of crap thing. fin

kang nanti aku cakap lepas, orang ingat aku ni perempuan gila. tak reti jaga adab. mak abah tak besarkan aku jadi perempuan camtu ye.

p/s emo. bkn malu jadi melayu, tapi ini pendapat peribadi, jangan terguris hati pada yang membaca. coz i'm not judging you, i'm being judgemental to the one creating this from the very beginning. full of crap.

Friday, April 2, 2010

bakat

bila dah besar ni macam baru perasan adik beradik saya banyak juga bakatnya. heh

macam adik perempuan saya, pandai amek gambar. tah sejak bila tah minat tu dipupuk. walaupun dia ala2 humble gitu bila orang komen gambar2 dia amek lawa2 belaka, tapi memang serius dia reti amek gambar. tp tu pun kalau dia ada masa la. kalau dia busy study nak exam sume, dia heran apa dengan bidang fotografi, betul tak faizati??hehe

macam adik lelaki saya yang tengah study kt ukm. dia minat berlakon, berlakon teater. hebat sungguh. sebab dia berani menghadap penonton. aku dulu masa masuk english debate team kat sekolah pun sebab kena paksa, sebab aku baca karangan inggeris laju n aku reti pronounce words in english correctly. heh. pengecut tul. oh, saya fobia dengan orang ramai. huhu

macam abang sulung saya, dia ni idola adik-adik dia. dia ni study engineering, tapi hebat je bab2 komputer, programming kot, tah pe tah yang dia reti tu, n dia pun terer gak design2. dia ni jenis yang pandai exploitasi kebolehan, sebab tu dia jadi idola..hehe

macam abang saya yg no3 pun sama gak, dari masa aku kecik lagi dah anggap dia ni yang paling berseni sekali. dia suka lukis2 n most definitely tulisan dia sangat la cantik. u know, budak laki kan ada tendency nak tulis buruk (mind u, ada je pompuan yg tulisan buruk..huhu) tapi tulisan dia masyaAllah memang la cantik, rasanya sekarang pun masih sama lg cantik.

abang no2 tatau pe seninya dia. tapi dulu dia minat lagu rock2 gitu la, seni gak la tu kan. hehe

adik bongsu plak pun tatau lagi pe seninya dia, mungkin belum develop lg gaknya, nanti dia dah besar sket mula la tunjuk kot. hihi.

aku?tah. mengarut je pandai. hahahaha



bosan. ni la kejenya. :)

Thursday, April 1, 2010

terlalu

april dah tiba. masa makin suntuk. ruang makin sempit. rasa tertimpa-timpa.

ooo...terpaksa korbankan salah satu. sebenarnya boleh je nak grab dua2, tapi sebab dah malas nak discuss pasal hal2 yang selama ni memang hanya buat pening kepala je, so adalah baiknya aku teruskan juga dengan plan asal. malas mahu pikir.

tak salah jadi tamak. tapi bukan sekarang. masih banyak yang perlu di hold on to.

sekian.



p/s: mengantuk melampau. badan berangin. hidung berhingus. mahu tilam. mahu lelap mata......

Sunday, March 28, 2010

dah terdesak

mula-mula macam nak tulis tajuk tu dah tersedak...which kalau nak diikutkan memang lebih kurang sama je nak menggambarkan keadaan macam mana. i'm choking, but luckily not literally. malas tu memang sejenis penyakit kan. kenapa la penyakit malas aku ni melarat-larat. kenapa la takde penawar. haih~~

tapi malas tu cuma timbul bila melibatkan benda-benda yang tak menarik. seperti study misalnya, cari bahan-bahan berilmiah untuk tesis misalnya, cuba nak siapkan apa yang sepatutnya menjadi priority misalnya, tapi alih-alih jadi lebih rajin nak cari bahan-bahan berilmiah gak tapi untuk perkara yang less important. oh, kenapalah begini jadinya. bila mahu rajen ye...

mr. Z selalu marah saya bila saya cakap malas mahu makan, bukan sebab saya di dalam cubaan nak mengecikkan peha yang memang takde harapan nak kecik dengan sendirinya, tapi sebab saya malas mahu keluar rumah mencari makanan, ye saya pemalas. dan mr. Z dah la memang pantang kalau orang tak makan ni, sebab memang favorite thing to do everyday dia pun makan juga. haih~~

tapi saya tak malas pun kalau makan dengan dia. makin bertambah-tambah lagi kadang-kadang. selera saya mengalahkan saiz perut kadang-kadang. hihi. sebenarnya saya cuma nak berteman bila makan. saya tak suka makan sorang2. sebab tu saya agak tak berapa kesah bila berat badan naik sikit (sikit je tau, banyak2 nanti leh buat teriak satu rumah (-_-")) sebab the only reason pun sebab mr. Z tak kesah cuma dia tak bagi makan macam orang gila, berpada-pada la. so padan la berdua pun, dia perut buncit, aku pun join perut buncit club gak...haha

daripada nak cerita pasal benda lain, terus cerita pasal makanan kan, nampak sangat gila makan..hihi...anyway, macam kena puasa gak kot before tunang ni...ecece, poyo je, nak kasi turun sikit perut tu, pakai corset nanti pun macam tak leh cover sangat kalau dah perut tu memang nak tertonjol (dulu aku buat alasan "rahim" bukannye "lemak terkumpul kat perut" penyebab perut aku buncit, denial sungguh hahaha)...peha dah memang konfem saiz tu gak sebab the only exercise aku buat pun adalah berjalan...ko ingat leh kurus dalam masa 2minggu kaki ko leh kecik ke ngn jalan2 je...haih~~ terlebih berangan je

oh2, excited sampai geram (>.<)

hihi

Sunday, March 21, 2010

being different makes you look weird

yes, i got the stare, i got the glare, when i said i want something different. something not common to the malay wedding custom. something out of the norm. i got it.

believe me, it is hard. hard to manage, hard to make a stand on your own. but luckily, i have parents who are not that typical parents. who are so easy to deal with. who thinks that "this is your wedding, you do it as you want it". thanks mak abah.

it is so hard to make people understand my opinion. to make people believes the importance of having the most important things done, rather than thinking about the unnecessary matters. my mom always said "jangan dengar cakap orang, sebab mulut manusia tak pernah boleh ditutup, perasaan puas takkan pernah dapat dipenuhi, jadi buat seikhlas hati, asalkan diri sendiri puas hati". she's got a point, sampai bila nak puaskan hati orang lain je kerjanya, sedangkan diri sendiri terpaksa berperang dengan perasaan serba salah. as if, the people around yang tolong buat keputusan, not me. which is so wrong. and i hate that.

i read somewhere on a blog, yang dia tak mahu itu, tapi mahu ini, but it seems so out of the norm, but not a wrong thing to do pun, tapi disebabkan bukan tradisinya begitu, so it sounds wrong to do so. which sounds lots of crap to me. just because you want something different, something out of the norm, doesnt make you look weird. it makes you stands out actually. nampak so strong nak tegakkan apa yang kita nak for the wedding. as for me, LESS is definitely MORE. i want less hassle, less problems, less argument. but i'm really hoping for more love, more care, more blessing from friends and families and definitely Allah swt.

the marriage is more important than the wedding. think more of the marriage and less for the wedding. that is what i'm doing rite now, n that is what i'm gonna teach my future child.

and i'm glad i'm not alone thinking bout the dilemma, thanks to my bf for supporting every decisions that i made. hope it worth every sweat and tears that i've been putting in.

hope nothing goes wrong. i'm praying really hard on that. insyaAllah.

Wednesday, March 17, 2010

saya risau

lagi-lagi bila mendengar berita yang kurang menyenangkan, berita yang menyedihkan, berita yang membuat jiwa saya kacau, perasaan saya berkecamuk...huhu

bila musibah melanda, selalunya baru kita sedar betapa besarnya kuasa Maha Pencipta, betapa kecilnya upaya kita. sekali dia kata jadi, maka jadilah ia...kun fa ya kun

bila sudah tiba masa, setiap apa jua yang terjadi semua atas mahuNya, walau mengalir air mata darah sekalipun, tiada apa yang boleh mengubah keputusan yang telah dibuatNya. saya sedar itu.

tapi sebagai hamba yang terlalu banyak kali menderhakai and violate janji saya pada yang meminjamkan nyawa didunia ini, saya jadi takut. takut terjadi perkara-perkara buruk, musibah yang sememangnya tidak terjangka disebabkan tahap keupayaan mengetahui yang terbatas. saya tak gagah, saya tak kuat kalau-kalau terjadi sedemikian rupa. tapi saya pasti tentu sekali ada hikmah yang tersembunyi.

walau gembira saya terbatas. tapi gundah saya tak kelihatan. biar pahit yang ditelan, manis senyum juga yang dilempar. walau rasa susah bertimpa-timpa, tetap ada tempat untuk berpaut menggagahkan diri berdiri.

ya Allah, hanya restuMu yang mampu buat kami bahagia. biarlah rasa cinta yang disemai ini berkekalan. Amin


--------


this is another musykil issue. seperti post sebelumnya. hal-hal musykil tentang perkara biasa yang dilakukan pengantin islam di malaysia. so, i've been wandering around cari jawapan. and i found it. kalau dah Jakim bagitau camtu, so memang betul la kan.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/3e8f015ad782d5c248257516007d6c6c?OpenDocument

musykil tentang pemakaian inai. bukan pada perempuan, sebab aku dah tau dah perempuan diharuskan memakai inai, even yang bercorak pun, asalkan tak menyerupai binatang atau yang menyerupai apa-apa lambang yang menyesatkan.

tapi pada lelaki. sebab rata-rata lelaki yang bernikah, mesti pakai inai kat tiga jari last tu, apa maksud eh?kenapa mesti tiga je, nape tak semua je dah alang-alang pakai kan. tapi aku memang tak mahu pun my future hubby pakai. tah. dari dulu lagi rasa macam tak appropriate je tengok. tapi yela. orang lain yang kawen kan, bukan aku, so apa kena mengena nak sebok-sebok, lagipun dulu tak tau, sekarang dah tau. so, kiranya bagus la kan. sekarang dah tak musykil dah...hehe :)



p/s pening kepala nak cari photographer (@_@)