rahsia itu sepatutnya tersimpan kemas hanya untuk santapan minda yang nakal.sesekali meronta untuk dikongsi namun malu awal-awal lagi memunculkan diri.hinakah aku jika berfikiran sedemikian?jahatkah aku kalau cuba menurut kata nafsu?hipokritkah aku andai berpura-pura naif?fikiran moden cuba mengawal akal fikiran.hakikat jauh cuba dijadikan alasan.pelajaran lalu tak dijadikan sempadan.perancangan dibuat mengikut keinginan.mengharap intimasi menjadi tunjang.tapi benarkah itu yang diinginkan?atau hanya menifestasi tanda kedewasaan?hanya memikirkan jauh bezanya dengan betul-betul melaksanakan...cerita benar?atau imagnasi yang terjangkau akal fikiran?pilihan mengikut keterbukaan masing-masing. =p
----
terfikir sejenak kebarangkalian yang mungkin terjadi.minda terhenti.berfikir dulu baru bertindak.ini yang selalu diungkapkan.namun benarkah kita berfikir terlebih dulu?atau bertindak dulu kemudian baru memikirkan langkah yang seterusnya?ada berani?jiwa kacau.
berperang dengan perasaan sendiri.melumpuhkan sistem pertahanan yang dibina bertahun-tahun lamanya.kenapa?persoalan itu tiada jawapannya.atau sengaja tidak mahu mencipta jawapan kepada soalan.kekeliruan wujud hanya menambahkan kusut.benarkah restu mereka?aku terlalu paranoid.jiwa kacau lagi.
tersedar dari kemelut yang menyesakkan.hadir cahaya yang cuba membimbing.menghulurkan tangan.aku hanya memandang sepi.malah aku melangkah setapak ke belakang.belum masanya.terima kasih cahaya.
hari itu tetap akan hadir jua.jangan khuatir.

No comments:
Post a Comment