Wednesday, September 16, 2009

puasa tahun ni

1) tahun ni kalau beli makanan berbuka kat bazar, mesti lepas bayar aku lupa nak amek duit belen...keep de change la gitu, mcm la byk sgt duit nk wat cenggitu...ceh

2) tahun ni adalah tahun paling sikit makan kuih muih n bli air...kiranya makan makanan berat je, air pun buat sndr...kira nk jimat la konon

3) tahun ni sudah pandai drive balik raya...haha, selama ni pandai gak, tp br tahun ni dapat rasa penat drive sendiri balik raya

4) tahun ni special sket - ada jemputan berbuka yang istimewa2...hehe

5) tahun ni walaupun cakap tak nak ada baju raya banyak2, tp dah tersedia 3 pasang baju...camne tu??

6) tahun ni rasa cepat sgt puasa...





tu jela kot ;p

Tuesday, September 8, 2009

down memory lane

Ramadhan telah pergi separuh bulannya...hati ini mungkin juga terhiris kerana ketidakupayaan untuk menjadi lebih baik, niat dan keinginan itu tetap ada, namun kesungguhan juga yang menjadi penghalang. Tetapi Allah lebih mengetahui. Jangan dipersoal apa yang tidak diketahui kerana itu juga menjadi punca kemarahan dan kedinginan yang mencengkam jiwa lantas membunuh diri.
Hati sayu mengenangkan yang telah terlewatkan, mengenangkan yang telah di sia-siakan, tapi perjalanan ini harapnya masih lagi panjang buat insan yang lemah dan sering terkapai-kapai mencari arah yang benar. Seringkali langkah menjadi sukar, hembusan nafas turut menjadi payah, namun kesusahan itu bukanlah penyebab untuk menjauh dariNya. Perlu diingatkan, perlu disedarkan bahawa hidup yang sesingkat ini adalah amanah buat setiap jasad yang hanya diberi pinjam sementara cuma. Amanah untuk tetap berkhidmat pada Tuan Empunya. KasihNya tak pernah hilang, namun terkadang kita lupa, menjauh demi kepuasan yang tidak pernah menjamin apa-apa kecuali nikmat yang sementara.
Ya Allah,
Semua dugaan dan rasa tidak upaya ini aku terima sebagai petanda yang Kau masih mahu membantu, menghalang aku dari terus lupa, lalai pada indahnya dunia yang Kau cipta. Peliharalah aku dari murkaMu, dekatkanlah aku pada rahmatMu. Semoga aku tidak alpa. Semoga aku tetap bersamaMu.
Amin.
----------
From time to time, ada masa terkenang juga...
To whom it may concern,
Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die...
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop...
I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you g0