Friday, November 28, 2008

mahu cuba?


The name: Instead Softcup
Reputation: A decade of success in convincing women to try it on, with sales up to 100 million units (in US)


Masa Kotex buat kempen Kem Kotex hari tu, aku tengok ramai bloggers (aku tau sebab aku suka baca blog orang) duk canang pasal kem remaja tu. n ramai la yang bercerita pasal hal-hal menstruasi la, sindrom la, whatever yang related dengan kitaran haid perempuan. i dun wanna elaborate much pasal experience masa period, sebab lain perempuan, lain keadaanya, n kalau nak cari info pasal PMS ke, apa ke, google je, sure keluar info yang ko nak cari. tapi sekarang ni aku nak cite, kita orang perempuan ada option lain selain pakai tuala pakai buang wanita dan tampon. they called it 'instead softcup'. and how does it looks like? seperti gambar di atas yang aku cilok dari KOSMO! Online.


aku pernah baca pasal sindrom kejutan toksik kat US disebabkan pemakaian tampon. sebab tu aku tak berapa yakin nak pakai tampon dan orang perempuan kat Msia rata-rata semua lebih suka pakai pad biasa daripada tampon. aku rasa la. aku sendiri pun tak pernah ada perasaan nak pakai tampon. dan aku tak pernah jumpa lagi ada perempuan yang pakai tampon unless dia swimmer, atau yang jenis buat aktiviti lasak. sebab pada aku, konsep Instead ni sama je dengan tampon, proses insertion pada vaginal canal. cuma bezanya tampon diperbuat daripada kapas/rayon n Instead diperbuat daripada PE (polyethylene). dan rasanya Instead ni boleh di recycle (jimat tu). i mean, lepas guna, cuci then boleh guna semula, sebab kalau guna pad biasa/tampon, mana boleh recycle (ke ada orang recyle?ewww).


obviously, aku rasa soalan paling common yang orang akan tanya. mesti related pasal selaput dara. betul tak?takut kalau pakai tampon/Instead ni, nanti dah tak dara dah. KELAKAR. dan disebabkan cerita tak dara ni, alkisah sebab takut dengan pemakaian tampon yang kononnya boleh menyebabkan perempuan hilang dara, ada sorang kawan perempuan aku yang buat-buat tau bagitau fakta salah tentang cara-cara nak pakai tampon pada perempuan-perempuan yang nak menuntut daripada dia (padahal dia sendiri pun tak pernah tengok tampon secara real depan mata, apatah lagi memakainya, aku rasa tengok kotak tampon dari jauh je dah buat dia tahu camane nak pakai). aku ingat aku yang salah dengar, tapi bila dia beria-ia cerita, dalam hati aku cakap "kalau tak berapa pasti tentang sesuatu, n kalau orang tanya, jangan la buat-buat tahu, buat malu je kalau orang tegur". tapi yang pasti aku tak tegur kesalahan dia tu, sebab aku tengah busy buat kerja lebih berfaedah, dan dia perempuan cantik, aku kesian pada perempuan cantik yang nampak kurang bijak dan pendek akal. aku tak nak dia rasa terhina bila aku betulkan ayat dia. sebab aku tau dia tau yang dia betul. kesian. harapnya sekarang dia dah tau macam mana nak pakai tampon dengan betul, walaupun dia sendiri tak pakai.


kalau nak tau lebih lanjut boleh baca di sini. sebab aku ni perempuan pemalas, makanya aku malas nak buat summary tentang artikel yang aku baca. so kalau nak tau, baca sendiri. n yes, it looks like a cup, yang cara pemakaiannye: diletakkan di bawah serviks di belakang tulang pubik. kena try dulu la baru boleh elaborate. orang kat KOSMO tu bagitau yang benda alah instead softcup ni AKAN dipasarkan di farmasi dan kedai serbaneka dengan harga rm19.90 sekotak untuk 5 keping. aku kena survey la, farmasi mana ada jual benda ni. mahu cuba. anda mahu? (ni soalan utntuk perempuan sahaja ya). jimat tu kalau boleh recycle.

Thursday, November 27, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Mari Solat ep. 4

Hari ni kita sambung semula episod Mari Solat episod ke-4


MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Sunday, November 23, 2008

Dear Friend,

A: you're going to be fine. everything is going to be fine.

B: how do you know?

i need prove.

A: do u need prove?

the prove is in the future.

and the future is not happening, yet.

so, have faith.

that's the only thing that we have.


have faith my dear friend, thats the only thing i can say to you right now. i can sing 'umbrella' and 'keep holding on' if u feel that will helps ;p (but without the fancy clothes)


"Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly"


do not simply give up. you know what i'm talking about. coz whatever is meant to be will work out perfectly. juz have a lil' bit of faith. imagine yourself as the sky. planes can fly right through you. storms and lightning crashing into you as well. but you will always be there. stay strong in your position. no matter what happens right in front of your eyes.


i'm not good with words. let alone comfort words. most of the times i babble a lot. rambling rubbish, and say ridiculous things. but you know how i feel for you. coz we're friends and i only want the best for you. in every way that i can help. coz i believe you'll be doing the same thing for me too. thats what friends are for. for good times. and bad times. and i'll be on your side forever more.




p/s aku harap kau baca la entri aku ni. aku tiba-tiba jadi melankolik lepas bangun tidur. dapat inspirasi kot.

p/s/s n jgn risau, bila ada masa nanti, kita tetap jumpa. aku nak gak claim apa yang ko dah belikan untuk aku.

Thursday, November 20, 2008

Mari Solat ep. 3


ASAR


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Wednesday, November 19, 2008

apa kau rasa?


kalau masa mula-mula lagu 'Cuba' by Faizal 'Superman' Tahir keluar, aku cuma banyak menghayati muzik dia je. ala-ala muzik indo, tapi only recently aku take some time nak go deep into the lyrics itself.


kinda funny. but i always felt that i tried so hard to be the nicest friend, sometimes. in some particular cases. lirik lagu 'Cuba' tu ada maksud dia tersendiri, tapi aku nak define that song according to what i understand.


pelik bila aku rasa dekat dengan lagu tu. dengan lirik itu. everything seems fit.


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu




rasa sakit itu ada. pedih juga. pernah ada yang marah pada aku sebab aku terlalu baik dengan kawan yang sebegini. tapi mana mungkin aku tinggalkan kawan yang dalam kesusahan. dalam kesedihan. tapi hilangnya sepantas hadirnya. hanya mencari aku tatkala diri dilanda hiba. apa kau rasa? kalau dalam situasi macam ni. aku percaya sudah terlalu ramai yang mengalami keadaan seperti ini. tapi aku baru mahu bercakap tentang perkara ini sebab aku baru sedar tentang lirik lagu itu.




lagi sedih dan lagi sakit kalau kau berlainan jantina dan kau pun ada simpan rasa sayang yang teramat sangat pada kawan yang seorang itu. dalam diam kau mesti terfikir, mesti ada chance satu hari nanti. chance yang bagaimana? terpulang pada keinginan kamu. tapi aku tahu apa yang aku inginkan bila aku berfikir sedemikian. tapi bila sampai ke hujung dia hanya anggap kau hanya tempat dia mengadu hal-hal yang sedih, tanpa pernah sedar tentang kau. aku rasa sudah tiba masanya kau ambil tindakan yang sewajarnya. kau masih mahu tunggu dan jadi kawan yang 'baik hati tapi kau rasa sakit hati'?. terpulang. tapi aku rasa baik aku amek pusing pada orang-orang yang betul-betul mahu ambil tahu pasal aku. dan bukannya datang cari aku bila kau rasa susah. sebab aku pun punya kehidupan lain.


p/s aku agak emosi sebab aku rasa seperti sampah.

Monday, November 17, 2008

bila dah malas

aku mula la sebok nak update benda-benda yang tak sepatutnya. contohnya:

1) upload gambar tak berapa baru dalam friendster
2) buat entri baru dalam blog
3) chatting
4) baca emel mengarut
5) download lagu
6) tengok video kat youtube


walhal sepatutnya aku patut buat perkara-perkara di bawah. seperti:

1) habiskan edit mana-mana yang patut paper yang sepatutnya di bawa ke PD
2) siapkan poster untuk presentation masa konferens di PD
3) cari artikel-artikel baru untuk research project
4) cuba taip (at least introduction) my master's tesis
5) rajin-rajin membaca (buku-buku berkaitan my research work)
6) try to complete everything else yang kecik-kecik tapi very important, cuma aku buat-buat tak nampak.


erina, erina. bila la nak berubah.


aku tengah cuba untuk berubah, sekurang-kurangnya perkara no 1 dan 2, ada progress. yang lain-lain aku try slowly-slowly ok.



-----


nukilan picisan hari ini


malam itu
rindu menggamit kembali
kau datang
bertanyakan semalam

kau mempersoalkan
perkara yang telah terjadi

jawapan apa lagi yang kau mahukan
andai sudah begitu tersurat ceritanya

oh
mentari esok
aku harapkan
berikan aku sinar
menerangi jalan
yang gelita
tatkala bulan sendiri
malu mahu menampakkan wajah
aku mengharap padamu
wahai sang suria

u really have to forgive me

benda ni bukannya perkara baru sebab sudah terlalu ramai yang mengingatkan. tapi kenyataanya bila kau mahu berkawan dengan aku, kau harus bersedia dari segi mental bahawa aku ni mengalami masalah mengingat sesuatu. dan kau harus bersedia mahu menceritakan semula apa yang kau mahu aku ingat. dan jangan nak rasa stres kalau aku suruh kau cerita semula. kalau rasa malas nak ulang, tak perlu. sebab pada aku, kalau benda-benda yang aku tak ingat selalunya tak berapa significant dalam hidup aku. dan kau tak perlu nak rasa kecik hati bila aku cakap macam tu. aku memang begini.


coz recently, aku manage nak berjejak kasihan dengan ramai kawan-kawan lama. makanya mereka-mereka suka bertanya soalan seperti ini

"erina, ko ingat lagi tak, dulu..."
"erina, masa kita darjah/form__, ko ingat lagi tak..."


dan selalunya aku akan jawab macam ni

"ha?" (selalu sangat aku akan reply macam ni)

lepas tu aku akan sambung

"ye ke"
"tah la"
"aku tak ingt lgsg"


sungguh kasihan. barangkali terlalu banyak sangat menelan semut rasanya. effect dia sangat la teruk. dan perkara seperti ni bukannya untuk perkara-perkara yang terjadi masa dulu-dulu je, perkara yang jadi sekarang pun aku boleh lupa dengan mudahnya (jika tak significant, ulangan). so from the bottom of my (broken??) heart, u guys really have to forgive me for being soooo forgetful. fullstop.


p/s ak rasa aku ada bad luck dengan tangga la, sebelum ni aku pernah cite pasal aku almost jatuh masa nak naik tangga kat entri lain. semalam aku hampir-hampir terjatuh masa nak turun tangga kat stesen komuter serdang yang glamer itu. dah la ramai orang, nasib baik aku sempat balance kan badan, kalau aku real jatuh, sure sakit. sakit ati sebab malu. hahahaha


p/s i got a very 'disturbing' smses n calls last nite. y do u have to tell me now, i mean now?? i hope i'll be strong.

Sunday, November 16, 2008

Love Story

by Taylor Swift

for the MV, watch here

We were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights, see the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said, "stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

So, I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Oh oh
Cause you were Romeo, I was the scarlet letter
And my daddy said, "stay away from Juliet"
But you were my everything to me
I was begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

Romeo, save me
They try to tell me how I feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town
And I said

Romeo, save me
I've been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head
I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said

Marry me, Juliet, you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad
Go pick out a white dress
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh oh
Oh oh oh oh

'Cause we were both young when I first saw you


p/s fairy tales...so lame n yet so attractive. daydreaming. wake up erina. wake up.

p/s/s the boy in the MV looks very much like Joe Jonas even tho he is not. diorang bru je break (Taylor and Joe Jonas), it seems such a big news in the US, well...celebrities. but i do love their new single 'Lovebug' by The Jonas Brothers.

Friday, November 14, 2008

my avatar


is this me?but the hair pretty much the same (i reckon)...but the eyebrows, definitely not mine. aku tak tweeze out/pluck/shave my eyebrow till it become so cantik macam itu. the eyes?dunno, but i think mungkin sama KOT. hahaha. hidung tu mungkin juga sama KOT. n the lips, oh i love the pink colour, even tho in real life i rarely put on lipsticks, only lip balm. n 1 more thing, i forgot nak letak my two very obvious moles, both on de right side of my face, satu dekat dengan hidung, 1 lagi kat dagu. dan aku pun ada 1 jaket kaler brown, bought from tized, only the muffler/scarf tu saya takde, tapi suka dengan design tu sebab ada huruf 'F' for farhani, boleh?? i'll be searching/hunting for the green muffler, if i ever found the right green shade.


u guys can do the same, here

Tuesday, November 11, 2008

azam baru


aku mahu jadi lebih sihat. oleh itu aku invest rm45.99 pada kasut ini.


cermin mata ni plak hanya pembaziran semata-mata.
telur ni de isi dalamnya.


ni isi dalam telur itu.


p/s hanya gambar yang pertama je yg jd tajuk entri, yg lain2 x berkaitan. sekian.

oh cerita itu aku tak mahu ulang kembali

sudah banyak entri yang aku taip tapi akhirnya tersimpan dalam folder draf. kenapa?. mungkin sifat semulajadi. tak sampai hati. aku risau dan takut-takut ada yang berkecil hati. dan sudah tentu aku tak mahu kejadian buruk yang pernah terjadi tak lama dulu berulang kembali. people can forgive but they rarely forgets. aku banyak luahkan perasaan melalui tulisan, biasanya masa tengah marah paling ketara, gembira pun ya juga, tapi kalau hal-hal yang gembira aku tak kisah mahu kongsi. kalau cerita tak indah aku rasa berat hati mahu orang tahu. semacam ada rasa kurang enak. kesan dan akibat perlu diambil kira. lagi-lagi kalau orang kenal kita macam mana.



sometimes aku boleh jadi seorang perempuan yang mean, cold, and pretty hot-tempered, dan perkataan baru untuk menggambarkan personaliti seorang perempuan bernama erina, sinis. ya semalam teman serumah beritahu, "rupanya, kau ni sinis orangnya"



and from Dictionary.com : cynic (n.) means a person who shows or expresses a bitterly or sneeringly cynical attitude.



maybe. tapi aku pernah kenal orang lebih sinis daripada aku, jenis yang tak sedar kesan daripada apa yang dituturkan. aku bersyukur walaupun aku sinis tapi aku masih sempat fikir dulu sebelum cakap dan masih mahu jaga hati orang sekeliling (aku rasa, kadang-kadang). walaupun kadang-kadang aku rasa aku lagi rela bergerak secara solo, tapi dalam banyak keadaan aku masih memerlukan kawan-kawan. oleh itu, tak patut aku sakitkan hati orang lain takut kalau-kalau suatu hari nanti aku memerlukan bantuan mereka.



sebab aku sukakan persamaan ini (i=0 without u) which means i equals to zero(nothing) without u (family n friends)




lagi satu, i'm positive that i'm skeptical. yang ini aku sangat-sangat pasti. walaupun dalam banyak hal aku cuba untuk menjadi se-positif mungkin, optimis tahap kau rasa nak lempang je muka aku bila masa aku bagi pandangan, tapi most of the time, i'm skeptical. oh dan kau tak mahu tahu cara aku berfikir, kau akan rasa lemas. dan semestinya kalau kau pernah berborak dengan aku tentang hal-hal yg rumit, taboo, selalunya kau akan senyum terpaksa. sebab nak jaga hati aku. ada orang pernah beritahu cara aku berfikir macam orang putih sikit. macam mana tu?aku buat kesimpulan, mesti dia rasa aku ni liberal. tapi bukan hal-hal yang berkaitan agama dan kepercayaan. tapi lebih kepada hal-hal dunia. mereka fikir aku terlampau cool (ada beberapa situasi) dan pada mereka adalah tidak wajar aku berlagak terlampau cool. sampai nampak macam aku tak kisah. macam tak peduli. macam bukan sifat seorang perempuan melayu beragama islam. tapi persetankan itu semua. sebab aku bukannya hidup untuk menggembirakan semua orang. aku tak segagah itu.



and from Dictionary.com : skeptical (adj.) means inclined to skepticism; having doubt



aku bukannya mahu orang tahu tentang perkara-perkara negatif mengenai aku. sebab selalunya kita cenderung untuk menyembunyikan perkara yang tampak jelek di mata masyarakat. dan semua sedia maklum, bagaimana orang malaysia berfikir. sama seperti kenapa concealer dicipta, untuk menutup cela di wajah. tapi kadang-kadang dengan menunjukkan sedikit sisi negatif dalam diri, buat kita rasa seperti manusia. ada lebihnya, ada kurangnya.



Sunday, November 9, 2008

Mari Solat ep. 2

hari ni kita sambung episod 2 dalam rancangan Mari Solat...minta maaf sebab lambat meng'update'


ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Thursday, November 6, 2008

sejak bila aku minat indie?

tapi aku layankan je lagu-lagu best, tak kesah la indie ke, tak indie ke...


Situasi by BUNKFACE


Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)

hal-hal politik yang aku tak berapa nak kesah tapi aku sebok nak cerita jugak

obama jadi presiden kulit hitam pertama di amerika. ajaib?aku rasa tidak, cuma mungkin sebelum obama, calon-calon yang tidak berkulit putih tidak bernasib baik, makanya mereka tidak dinobatkan sebagai presiden kulit hitam pertama amerika, lepas ini mungkin ada presiden kulit kaler lain yang bakal menggantikan warna hitam itu, siapa nak jangka?obama lebih bernasib baik. tapi ini cakap-cakap kawan sehari sebelum keputusan diumumkan.



"kau rasa obama ni lagi baik ke daripada bush?entah-entah lagi teruk. macam kes bush dulu, orang calonkan dia sebab rasa dia lebih baik daripada clinton yang ada skandal dengan monica lewinsky tu. tapi bila dah jadi presiden, lagi teruk daripada clinton. sebok nak bom orang je kejenye, sampai takde masa nak buat skandal (rasanya), al gore jugak yang dapat nobel prize siap dapat emmy award lagi."



tapi aku tak suka cakap hal-hal politik. buat aku rasa tua. dan aku memang in denial when it comes to age. even though it's juz a number. aku cuma berharap apa yang dicanangkan oleh en.obama semasa ingin memancing dan mengumpan para penyokong ditunaikan sebaiknya. manusia kadang-kadang jadi kurang betul bila diberi kuasa. tak perlu diberikan contoh sebab diri sendiri adalah contoh terbaik. melainkan kau adalah orang yang paling sempurna. tapi kita semua tau tiada apa yang sempurna kecuali Allah swt. aku harap en.obama waras.



dan cerita pasal dress yang bini en.obama pakai pun boleh jadi 1 isu yang hangat diperkatakan. ini di dunia fesyen terutamanya. dan aku rasa kombinasi warna merah hitam itu cantik.





p/s aku sudah tulis entri psl perkara yg menyakitkan hati, dan masih tersimpan dlm folder draf, bila agaknya aku nak post?mungkin petang nanti bila aku rasa aku tengah marah, sbb awal pagi mood aku selalunya lebih baik.

Wednesday, November 5, 2008

bila tiang tak kukuh, bangunan mudah runtuh kan?

kau benci tak bila orang cakap macam-macam pada kau n that person makes u look like an idiot?aku benci bila pendirian aku tak kuat, tak teguh, so akhirnya aku akan lebih banyak mendengar kata-kata orang di sekeliling. this is how i grew up. aku membesar dengan keadaan di mana aku lebih banyak mendengar cakap-cakap orang daripada percaya dengan keputusan yang dibuat sendiri.


aku jadi wild masa aku sekolah menengah dulu pun sebab terikut-ikut member yang kureng sikit perangainya. cerita ini panjang sebenarnya, tapi aku mahu jadi hipokrit, aku mahu kau anggap aku macam budak baik, sedangkan aku tau itu bukan diri aku, dan keputusannya aku tidak mahu elaborate disini apa benda wild aku pernah buat masa zaman muda remajaku dulu. bila ingat balik kenapa aku jadi macam tu ye?n obviously sebab aku terlalu taksub dengan cakap kawan-kawan. aku percaya diorang lagi tau daripada aku. padahal diorang tu sama bodoh je macam aku. tapi mana nak sedar semua tu bila pada masa tu kita rasa dunia kita yang punya. aku pernah potong rambut pendek mcm budak lelaki pun sebab ikut cakap kawan. bila tengok balik gambar lama dengan rambut pendek ala-ala tomboy aku rasa nak gelak. sekarang ni pun rambut aku tak sepanjang mana, cecah bahu pun tidak, tapi aku gunting rambut pendek ala-ala selebriti. dan aku rasa aku nampak comel dengan gaya rambut sekarang, tapi ada permintaan supaya rambut dibiarkan panjang. dan aku pun menurut juga cakap-cakap itu. sedangkan aku sendiri rasa rimas dengan keadaan rambut yang panjang. tapi hal-hal rambut ni masih boleh tolerate lagi. sebab tu aku tak kecoh bila disuruh membiarkan saja rambut tumbuh panjang, supaya boleh dibentuk, dan dibuat curl, agar tampak lebih menawan. tapi aku bukannya nak cerita pasal rambut.


walaupun aku membesar dalam keluarga yang di anggap agak sempurna keadaanya. tapi aku tetap rasa aku tak sebulu dengan mak abah dalam banyak hal. ni semua cerita masa zaman remaja. sekarang ni bila dah besar, aku malas nak argue dengan mak abah, sebab aku rasa aku dah banyak buat dosa, kenapa aku mesti tambah dosa dengan jadi anak derhaka. ok, back to the story, the point is, aku lagi banyak dengar cakap kawan daripada cakap mak abah masa aku membesar, ni dalam lingkungan umur dari 9 sampai 18 taun kot. aku banyak kali lawan cakap mak aku. aku tak rasa mak bukanlah seseorang yang kita leh jadikan kawan masa umur dalam peringkat nak mengenal diri. sebab aku rasa kata-kata kawanlah yang paling betul. ini membuatkan aku risau, kalau aku ada anak remaja suatu hari nanti, adakah dia akan jadi seperti aku, dan persoalan seperti ini lah yang membantutkan idea nak membina keluarga. aku takut dengan kanak-kanak, lagi takut dengan remaja.


dan bila umur dah mencecah 23 tahun sekalipun, aku masih rasa yang banyak keputusan yang aku buat dalam hidup ni bukan sepenuhnya aku yang buat. lebih banyak dengar cakap orang dan rasa keputusan yang datang daripada mulut orang jauh lebih bernas daripada idea aku sendiri. hal-hal sebegini yang buat aku rasa sangat-sangat tertekan kadang-kadang. sampai boleh buat aku jatuh sakit. dah beberapa kali jadi macam ni, tapi aku tetap juga jadi seorang yang tidak teguh pendiriannya. kenapa agaknya? dan sampai bila perkara sebegini harus dibiarkan?


persoalannya, adakah aku lagi bahagia jika membuat keputusan berdasarkan cakap-cakap orang?hati siapa yang perlu aku jaga terlebih dulu?hati sendiri atau hati orang-orang lain?



p/s smlm de org bgtau...kdg2 kwn2 ni byk m'bantu, tp kdg2 de gk yg jd 'hantu'...mmm, lu pikirlah sendiri, seperti kata nabil yang comel itu...oh, dan aku terserempak dgn 'Amat bang bang boom'...dan dia sgt comel berbaju kemeja hijau epal...tersenyum riang sendiri hanya dlm hati sbb org sebelah jeles ;p

Tuesday, November 4, 2008

Mari Solat ep. 1

Hari ni kita belajar sumthing yg ilmiah sikit ye...usually aku cerita benda merepek je...ok, entri ni aku pecahkan pada 5 episod, sbb umt islam de 5 waktu solat wajib...aku buat by episodes supaya aku tak pening nak baca banyak2 sekaligus...


Asal usul Solat

Episod 1: Solat Subuh

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


p/s ihsan kwn di buletin frenste

Dia


dia
hanya seorang lelaki
yang cuba sedaya upaya
untuk membahagiakan
hati seorang wanita yang keletihan
mencari dan meraba dalam kegelapan