Wednesday, December 31, 2008

antara care dengan busybody

benda ni macam bila orang cakap, there's a fine line between craziness and a genius. boleh ke di gambarkan seperti itu?aku rasa macam padan je.


boleh ke dua perkataan ni dibezakan? sebab most people akan cakap the only reason dia nak ambil tahu tentang sesuatu perkara/seseorang adalah atas dasar prihatin, ambil berat dan bukannya sebab memang dengan niat nak menyebok (busybody). kalau bertanya sikit-sikit, tapi aku masih tak rasa reluctant nak jawab, masih kira ok lagi. tapi kalau kau tanya banyak-banyak dan aku dah mula buat muka kelat bila nak jawab, sepatutnya kau boleh faham yang aku dah mula rasa yang kau ni macam busybody. aku jenis tak boleh terima bila orang terlampau care pada aku. nanti aku rasa rimas.


well, honestly aku pun macam yang lain-lain jugak. ada masa sibuk nak tahu hal-hal semasa. nak gak duduk bercerita tentang perkara-perkara yang melalaikan. tapi bila benda yang sama terjadi pada diri sendiri, rasa sedikit annoying mungkin.


polisi hidup aku mudah sahaja. aku tak akan bertanya pada orang lain tentang sesuatu yang mereka tak mahu kongsi, so in return aku mengharapkan orang lain buat benda yang sama pada aku. its a matter of privacy. macam aku tulis sebelum ni, i need my own space, dan ramai yang kurang faham tentang konsep itu. tapi aku tak marah, cuma sikit tersinggung bila ada yang pertikaikan. itu sahaja.


aku pun tak nak mencari musuh. aku pun tak ingin tak disenangi orang lain. cuma yela, mungkin aku meminta terlalu banyak daripada orang sekeliling. dan mereka tak dapat memberikan kerjasama. itu yang rasa semacam kurang best.


kebelakangan ni ada yang menegur, aku tulis dalam blog seperti orang sedih. i should start new year with a new attitude, i guess. so takde la spekulasi yang aku ni nampak macam damaged/ruined.


aku masih orang yang sama. cuma inginkan sedikit ketenteraman dan mengidamkan kedamaian dalam hiruk pikuk dan hingar bingar kehidupan.

Sunday, December 28, 2008

Good bye and Welcome

Tahun baru menjelang lagi. selamat tinggal 1429 H. selamat datang 1430 H. semoga segala yang baik dan indah berlaku sepanjang tahun depan. doa yang panjang demi kesejahteraan semua. semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.


---------


1429 H ditinggalkan dengan doa akhir tahun. dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib, pada hari terakhir bulan Zulhijjah. sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah syaitan: "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua." diharapkan dengan membaca doa ini, Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa kita yang setahun lalu.

Terjemahan Doa Akhir Tahun:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


----------


1430 H disambut kedatangannya dengan doa awal tahun. dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib, pada hari pertama bulan Muharram. sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

Terjemahan Doa Awal Tahun

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


-----------------------


semoga dengan kedatangan tahun baru ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Amin.


Saturday, December 27, 2008

betul ke kita tak boleh dapat apa yang kita nak? kalau kita berusaha, mesti ada ganjarannya kan?

well, aku cuma nak jadi manusia yang tahu dan faham tentang konsep bersyukur. kalau dulu mungkin aku akan hentak-hentak kaki tanda protes, dan mungkin juga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar kalau aku tak dapat apa yang aku nak, tapi itu dulu. rasanya lah. sekarang ni, lebih menuju ke arah ingin rasa bersyukur dengan apa yang dah diberikan. sebab itu yang terbaik buat masa ini. mungkin.

mungkin kedengaran seperti seorang yang mudah pasrah. tak mahu berusaha lebih untuk mendapatkan apa jua yang diinginkan. tapi apa yang kita tahu tentang masa akan datang. aku hanya buat keputusan pada masa ini. untuk kepentingan pada masa ini. yang ini aku pasti. mungkin.



------------



a bit gloomy with all the commotions surrounding me lately. disturbing somehow. and forlorn too. confused perhaps. fake smiles, fake laughs. my forte.

feel normal

semalam masih rasa cuak, tapi hari ni semuanya sudah pun terjawab segala persoalan yang membelenggu akal


saya rasa normal semula


sekian.


p/s disember mmg bulan malas

Monday, December 22, 2008

[monolog] part 3


walau hujan lebat malam tadi,

walau berat hati diuji,

walau tiada cahaya menanti,

walau sukar melangkah pergi,

aku tetap di sini.

mahu terus gagah.

dan tiada lagi sesalan.

hanya bahagia.

walau hanya seketika.




menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia


bait-bait lirik itu buat aku terfikir sudah tidak mahu lagi menulis 'Death Note' untuk diri sendiri.




p/s emosi melampau tidak sihat. jom jalan-jalan. terapi.


Friday, December 19, 2008

[monolog] part 2

aku agak terkesan dengan entri daripada blog ini. aku dan dia punya personaliti yang sama (mungkin) tentang kenapa aku mengalami kesukaran untuk kekal rapat dengan seseorang. aku cakap yang kami mungkin ada persamaan dari segi sikap hanya berdasarkan daripada penulisan dia di blog semata-mata (which is wrong), sebab aku juga percaya dunia blog hanyalah suatu alam yang boleh kau reka cerita macam-macam.


-----------------------------------


satu hal yang aku rasa aku cukup suka pasal diri aku. aku kurang ambil pusing pasal apa yang orang fikir pasal aku. i couldn't care less. tapi ada masa dan ketika bila aku rasa betul-betul vulnerable, segala jenis kekuatan yang ada dalam diri memang punah, ranap, musnah dengan sendirinya.


dan antara sebab kenapa aku tak banyak kawan yang baik dengan aku adalah dengan alasan orang biasanya rasa aku ni susah nak get along with. sebab tu orang buat assumptions. orang anggap aku cold. keras kepala. suka-buat-hal-sendiri-tak-endah-perasaan-orang-lain punya perangai. dan bitter mungkin. tapi aku pun tak berapa suka jadi loner. sebab tu aku masih ada kawan juga. betul-betul kawan. tapi tak ramai. yang lain-lain tu bukannya aku tak anggap kawan. tapi mereka tergolong dalam kategori kau kenal dan kawan demi kepentingan bersama. i'm definitely mean. dont u think so? or is it my own survival methods? who knows.


aku pernah cakap kat seorang kawan lelaki. aku cakap, aku biasanya boleh jadi rapat yang teramat sangat sampai kau rasa aku la kawan perempuan paling best kau kenal. sampai kau cakap "kenapa la aku tak kawan baik dengan kau dari dulu lagi?". tapi dengan pantasnya, tanpa tersekat-sekat aku menjawab, "kita kawan rapat ni pun sekejap je, percaya la pada aku, lepas few weeks or month, sure kita akan bawak diri masing-masing, dan dalam kes-kes yang teruk pun, kita mesti akan lost contact". it happens all the time. tapi kawan aku cakap, sebenarnya aku yang jauhkan diri daripada kawan-kawan. mungkin.


i keep a distance. from everybody. coz i need my own space. my privacy. sebab aku selesa begitu. bukannya dengan angkuh dan sombong aku cakap yang aku ni boleh survive tanpa orang-orang yang aku kenal, tapi ini pendirian aku. apa yang buat aku rasa bahagia. tapi dengan orang-orang yang aku rapat, perkara ni susah la sikit. memang tak boleh nak lari jauh. sebab pusing-pusing nanti aku tetap jumpa dengan mereka juga.


aku tak kisah kalau orang anggap aku pelik. jenis yang susah nk fit in. jenis yang buat hal sendiri. sebab aku rasa aku tak susahkan sesiapa pun. dan aku tak rugi apa-apa pun (bak kata dayah). dan kalau pun ada sesiapa yang terbaca entri ni dan rasa benci+marah+meluat dan perkataan-perkataan lain yang sewaktu dengannya, maka saya minta maaf terlebih dahulu.


p/s bercerita tentang diri sendiri dalam blog buat aku rasa vulnerable juga. tapi ini dunia blog. kau boleh reka cerita yang macam-macam. kau percaya ke apa yang aku tulis?

Wednesday, December 17, 2008

deadline

lepas tengok kalendar tahun depan...aku rasa i'll be 'very' busy. this is my premonition. no, seriously.

i'm hoping for so many things in life which is normal coz humans do have expectations, dreams, hopes, ambitions. it's just a matter of how and when you're going to execute it, and also who's involved during the process, thats going to help you to achieve it.



so many deadlines.

will i be able to keep my feet on the right track?

will i?

pray together with me.

i dont think my prayers alone is enough.

and i dont want to let it go, not yet. not now.



the end is approaching.

teach me to be solemn.

i need a solitary place.

can u provide solely for me?


Sunday, December 14, 2008

u make me the happiest woman ever...no doubt



leading a double life can be fun sometimes...where is this coming from n how do i know such things is fun after all? i guess i'm having one, like at this very moment. or i can say that i have some experience about that. who knows?? n that's the reason for the first statement.


macam jadi spy pulak rasanya. a student during day. a spy whenever your expertise is needed. but worry not. i'm not a double agent. a spy. or anything related to that. i'm just ordinary. plain. pretty much leading a normal life as much as everyone else. at least this is what everyone else thinks. but i beg to differ.


stop this nonsense right away, erina (attention: well, i love to order myself around, but i hate it when someone else does this to me).


-------


since i'm not gonna talk much about ridiculous things, let me review a movie that i watched yesterday...'Los dan Faun'...words that can be used to describe the movie

1-hilarious (find the other related synonyms; they are all of that)
2-worth paying the ticket (well, i only paid rm8 for weekends showtime ;p)
3-all the actors are 'sengal' belaka-(not in the bad way)-this is a compliment, they should feel proud ;D
4-i wanna watch it again-can someone ask me out on a movie date-again??


well, i know, its not really reviewing, its evaluating (is it different??). whatever. by the way, i used to watch movies in a cinema, not a lot, but maybe once a week...3-4 movies a month (is that consider sikit??). n i still keep the tickets, i don't really know the reason for keeping it, i just did. i can be a movie junkie, n i like to watch it better in a cinema rather than watching it from the dvd, n tengok dalam peti magik yang ada keluar gambar gerak-gerak tu...i love the big screen. but i take some time off, few months, i guess from going to the cinema, coz i don't have an acquaintance tagging along. n even if i did go to the cinema, the feeling is.....how to describe it?? unsavory, flavorless, insipid-these are the synonyms to bland. well, again, i'm exaggerating. n nonsense. damn. n utterly rubbish. stop at this very moment, erina!!


anyway, looking forward for 'Yes Man' by Jim Carrey and 'Bedtime Stories' by Adam Sandler. somehow, i love festive season, especially Christmas (don't get me wrong, i love Raya too, but that was for other reasons). coz movies are just great during this time of the year.


p/s got to remind myself. be guarded. be cautious. be very afraid. what the hell am i talking about. again my frens, i'm rubbish talking. n again, i'm not broken or damaged, neither am i disturbed. fret not.


Friday, December 12, 2008

current moods

kalau yang negatif...emosi saya seperti di bawah

MySpace

MySpace

MySpace

MySpace




tapi kalau yang positif...emosi saya macam yang kat bawah ni plak

MySpace

MySpace

MySpace

MySpace


sekian. terima kasih.



p/s jiwa kacau

Thursday, December 11, 2008

[monolog]

Disember...bulan malas-malasan...sebab tu sudah agak lama tak update blog...

------

mahu cerita sikit. ni cerita dah lama cuma aku tak pernah post. tapi entah kenapa aku nak publish entri ni kali ni. mungkin tengah rasa meluat.

------

ada orang tak boleh hidup bersendirian. rasa sunyi. rasa bosan tanpa teman. ada juga orang yang suka hidup menyendiri. kerana lebih selesa begitu. tanpa gangguan.


walaupun kadang-kadang aku lebih rela hidup tanpa teman, rakan @ sahabat, tapi aku juga percaya kita semua masih tetap memerlukan teman mendampingi diri once in a while. tapi kadang-kadang aku rasa meluat. sebab apa? sebab kadang-kadang bila hidup berkawan, kita terpaksa jadi hipokrit.


along the way, somehow kita mesti stumble upon someone yang boleh kita jadikan kawan sepanjang hayat (BFFL-best fren for life). kawan yang kau tak akan simpan rasa sakit hati atau dendam yang berpanjangan sebab masing-masing faham antara satu sama lain. kawan yang kau tak kisah mahu cerita segala benda buruk atau memalukan sebab kau tahu dia tak kan prejudis. dan kalau pun dia menegur kau tau dia buat macam tu sebab dia sayang. dan bukannya sebab nak jatuhkan maruah kau. dengan kawan yang sebegini kau tak perlu hipokrit. tapi dengan kawan yang kau rasa kurang senang, tapi terpaksa berkawan demi menjaga kepentingan masing-masing, tentu sekali kau terpaksa menjadi hipokrit. bukan begitu??depan dia pijak semut pun tak mati, mulut manis, tapi belakang dia habis dikutuk dari sekecil-kecil hal.


well. sekarang ni aku ada sedikit rasa meluat, tak banyak tapi cukup untuk aku tulis entri pasal masalah kecil ini. aku tak tau la samada aku ni yang jenis susah nak fit in atau orang lain susah nak terima. konfius.


pertama, aku kurang senang dengan sikap sesetengah manusia (ya, aku juga judge manusia lain, sama seperti kamu sekalian) yang cuma tahu condemn orang lain, dan bukannya membantu menyelesaikan masalah. kawan sebegini aku abaikan sahaja kehadiran mereka sebab kawan-kawan yang kurang memahami lebih banyak mencebik dan tak punya faith pada aku. dan ini buat aku rasa sedih. sebab aku pun ada perasaan. bertambah sedih bila orang fikir kau sudah jauh tersasar, jadi jahat sedangkan sebenarnya kau masih orang yang sama tapi hanya keluar mencari pengalaman berbeza. sebab aku rasa hidup ni terlampau dull kalau kau tak reti nak cari pengalaman lain.

kedua, aku juga kurang gemar dengan mereka-mereka yang terlalu obses dengan kesempurnaan. sebab orang yang sebegini selalu rasa diri mereka bagus. well, to be honest, itu hak peribadi kau mahu rasa bagus pasal diri sendiri, tapi jangan sampai kau buat orang lain rasa macam sampah. hanya kerana kau rasa kau lebih betul, kau lebih baik. cuba kau kembangkan sikit kotak pemikiran kau tu. tidaklah aku kutuk kau sebagai shallow dalam hati.

ketiga, aku rimas dengan orang-orang yang terlalu memikirkan perkara yang remeh. perkara kecil yang sengaja di perbesarkan. aku lagi rimas kalau kau tak pernah nak bersemuka dengan orang yang kau ada masalah, tapi kau selesaikan dengan cara kau sendiri. kau menyakitkan hati orang lain dalam diam. bukankah itu tindakan kurang matang. sudah dewasa, tapi berkelakuan seperti anak kecil. cuba relaks sikit. tak salah kalau sekali-sekala hidup ni tak seperti yang kau inginkan. jangan la cepat sangat nak melenting.

manusia.

aku juga manusia. aku judge orang lain. aku juga kutuk orang lain. aku pun tak terlepas dari mengata tentang orang lain. tapi aku menilai untuk memastikan sifat-sifat tersebut tak ada dalam diri aku. dan sesungguhnya aku bersyukur punya teman yang tetap melayan kerenah aku dan menerima aku seadanya. sebab kau buat aku rasa sempurna. walaupun banyak calitan hitam terpalit di jiwa ini. sebab bila aku buat silap, kau tetap ada. dan bila aku tanya, kau masih sudi mahu mendengar dan jawab.

aku rasa buat masa sekarang, tiga benda ni je la yang buat aku meluat. makanya kadang-kadang aku rasa hidup aku lebih bahagia kalau aku tak punya kawan. tapi aku masih perlukan kehadiran mereka as much as they still need me (i guess). ianya satu kitaran keperluan hidup.



kata-kata manis yang aku kutip dari blog orang lain
" Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treats you right, forget about the ones who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it."



p/s: dayah, kita memang sehati sejiwa, nanti kalau kau dah keje, nak cari roomate, jangan lupa cari aku. tu pun kalau kita keje kat area yang sama..hahaha

Friday, November 28, 2008

mahu cuba?


The name: Instead Softcup
Reputation: A decade of success in convincing women to try it on, with sales up to 100 million units (in US)


Masa Kotex buat kempen Kem Kotex hari tu, aku tengok ramai bloggers (aku tau sebab aku suka baca blog orang) duk canang pasal kem remaja tu. n ramai la yang bercerita pasal hal-hal menstruasi la, sindrom la, whatever yang related dengan kitaran haid perempuan. i dun wanna elaborate much pasal experience masa period, sebab lain perempuan, lain keadaanya, n kalau nak cari info pasal PMS ke, apa ke, google je, sure keluar info yang ko nak cari. tapi sekarang ni aku nak cite, kita orang perempuan ada option lain selain pakai tuala pakai buang wanita dan tampon. they called it 'instead softcup'. and how does it looks like? seperti gambar di atas yang aku cilok dari KOSMO! Online.


aku pernah baca pasal sindrom kejutan toksik kat US disebabkan pemakaian tampon. sebab tu aku tak berapa yakin nak pakai tampon dan orang perempuan kat Msia rata-rata semua lebih suka pakai pad biasa daripada tampon. aku rasa la. aku sendiri pun tak pernah ada perasaan nak pakai tampon. dan aku tak pernah jumpa lagi ada perempuan yang pakai tampon unless dia swimmer, atau yang jenis buat aktiviti lasak. sebab pada aku, konsep Instead ni sama je dengan tampon, proses insertion pada vaginal canal. cuma bezanya tampon diperbuat daripada kapas/rayon n Instead diperbuat daripada PE (polyethylene). dan rasanya Instead ni boleh di recycle (jimat tu). i mean, lepas guna, cuci then boleh guna semula, sebab kalau guna pad biasa/tampon, mana boleh recycle (ke ada orang recyle?ewww).


obviously, aku rasa soalan paling common yang orang akan tanya. mesti related pasal selaput dara. betul tak?takut kalau pakai tampon/Instead ni, nanti dah tak dara dah. KELAKAR. dan disebabkan cerita tak dara ni, alkisah sebab takut dengan pemakaian tampon yang kononnya boleh menyebabkan perempuan hilang dara, ada sorang kawan perempuan aku yang buat-buat tau bagitau fakta salah tentang cara-cara nak pakai tampon pada perempuan-perempuan yang nak menuntut daripada dia (padahal dia sendiri pun tak pernah tengok tampon secara real depan mata, apatah lagi memakainya, aku rasa tengok kotak tampon dari jauh je dah buat dia tahu camane nak pakai). aku ingat aku yang salah dengar, tapi bila dia beria-ia cerita, dalam hati aku cakap "kalau tak berapa pasti tentang sesuatu, n kalau orang tanya, jangan la buat-buat tahu, buat malu je kalau orang tegur". tapi yang pasti aku tak tegur kesalahan dia tu, sebab aku tengah busy buat kerja lebih berfaedah, dan dia perempuan cantik, aku kesian pada perempuan cantik yang nampak kurang bijak dan pendek akal. aku tak nak dia rasa terhina bila aku betulkan ayat dia. sebab aku tau dia tau yang dia betul. kesian. harapnya sekarang dia dah tau macam mana nak pakai tampon dengan betul, walaupun dia sendiri tak pakai.


kalau nak tau lebih lanjut boleh baca di sini. sebab aku ni perempuan pemalas, makanya aku malas nak buat summary tentang artikel yang aku baca. so kalau nak tau, baca sendiri. n yes, it looks like a cup, yang cara pemakaiannye: diletakkan di bawah serviks di belakang tulang pubik. kena try dulu la baru boleh elaborate. orang kat KOSMO tu bagitau yang benda alah instead softcup ni AKAN dipasarkan di farmasi dan kedai serbaneka dengan harga rm19.90 sekotak untuk 5 keping. aku kena survey la, farmasi mana ada jual benda ni. mahu cuba. anda mahu? (ni soalan utntuk perempuan sahaja ya). jimat tu kalau boleh recycle.

Thursday, November 27, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Mari Solat ep. 4

Hari ni kita sambung semula episod Mari Solat episod ke-4


MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Sunday, November 23, 2008

Dear Friend,

A: you're going to be fine. everything is going to be fine.

B: how do you know?

i need prove.

A: do u need prove?

the prove is in the future.

and the future is not happening, yet.

so, have faith.

that's the only thing that we have.


have faith my dear friend, thats the only thing i can say to you right now. i can sing 'umbrella' and 'keep holding on' if u feel that will helps ;p (but without the fancy clothes)


"Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly"


do not simply give up. you know what i'm talking about. coz whatever is meant to be will work out perfectly. juz have a lil' bit of faith. imagine yourself as the sky. planes can fly right through you. storms and lightning crashing into you as well. but you will always be there. stay strong in your position. no matter what happens right in front of your eyes.


i'm not good with words. let alone comfort words. most of the times i babble a lot. rambling rubbish, and say ridiculous things. but you know how i feel for you. coz we're friends and i only want the best for you. in every way that i can help. coz i believe you'll be doing the same thing for me too. thats what friends are for. for good times. and bad times. and i'll be on your side forever more.




p/s aku harap kau baca la entri aku ni. aku tiba-tiba jadi melankolik lepas bangun tidur. dapat inspirasi kot.

p/s/s n jgn risau, bila ada masa nanti, kita tetap jumpa. aku nak gak claim apa yang ko dah belikan untuk aku.

Thursday, November 20, 2008

Mari Solat ep. 3


ASAR


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Wednesday, November 19, 2008

apa kau rasa?


kalau masa mula-mula lagu 'Cuba' by Faizal 'Superman' Tahir keluar, aku cuma banyak menghayati muzik dia je. ala-ala muzik indo, tapi only recently aku take some time nak go deep into the lyrics itself.


kinda funny. but i always felt that i tried so hard to be the nicest friend, sometimes. in some particular cases. lirik lagu 'Cuba' tu ada maksud dia tersendiri, tapi aku nak define that song according to what i understand.


pelik bila aku rasa dekat dengan lagu tu. dengan lirik itu. everything seems fit.


Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu




rasa sakit itu ada. pedih juga. pernah ada yang marah pada aku sebab aku terlalu baik dengan kawan yang sebegini. tapi mana mungkin aku tinggalkan kawan yang dalam kesusahan. dalam kesedihan. tapi hilangnya sepantas hadirnya. hanya mencari aku tatkala diri dilanda hiba. apa kau rasa? kalau dalam situasi macam ni. aku percaya sudah terlalu ramai yang mengalami keadaan seperti ini. tapi aku baru mahu bercakap tentang perkara ini sebab aku baru sedar tentang lirik lagu itu.




lagi sedih dan lagi sakit kalau kau berlainan jantina dan kau pun ada simpan rasa sayang yang teramat sangat pada kawan yang seorang itu. dalam diam kau mesti terfikir, mesti ada chance satu hari nanti. chance yang bagaimana? terpulang pada keinginan kamu. tapi aku tahu apa yang aku inginkan bila aku berfikir sedemikian. tapi bila sampai ke hujung dia hanya anggap kau hanya tempat dia mengadu hal-hal yang sedih, tanpa pernah sedar tentang kau. aku rasa sudah tiba masanya kau ambil tindakan yang sewajarnya. kau masih mahu tunggu dan jadi kawan yang 'baik hati tapi kau rasa sakit hati'?. terpulang. tapi aku rasa baik aku amek pusing pada orang-orang yang betul-betul mahu ambil tahu pasal aku. dan bukannya datang cari aku bila kau rasa susah. sebab aku pun punya kehidupan lain.


p/s aku agak emosi sebab aku rasa seperti sampah.

Monday, November 17, 2008

bila dah malas

aku mula la sebok nak update benda-benda yang tak sepatutnya. contohnya:

1) upload gambar tak berapa baru dalam friendster
2) buat entri baru dalam blog
3) chatting
4) baca emel mengarut
5) download lagu
6) tengok video kat youtube


walhal sepatutnya aku patut buat perkara-perkara di bawah. seperti:

1) habiskan edit mana-mana yang patut paper yang sepatutnya di bawa ke PD
2) siapkan poster untuk presentation masa konferens di PD
3) cari artikel-artikel baru untuk research project
4) cuba taip (at least introduction) my master's tesis
5) rajin-rajin membaca (buku-buku berkaitan my research work)
6) try to complete everything else yang kecik-kecik tapi very important, cuma aku buat-buat tak nampak.


erina, erina. bila la nak berubah.


aku tengah cuba untuk berubah, sekurang-kurangnya perkara no 1 dan 2, ada progress. yang lain-lain aku try slowly-slowly ok.



-----


nukilan picisan hari ini


malam itu
rindu menggamit kembali
kau datang
bertanyakan semalam

kau mempersoalkan
perkara yang telah terjadi

jawapan apa lagi yang kau mahukan
andai sudah begitu tersurat ceritanya

oh
mentari esok
aku harapkan
berikan aku sinar
menerangi jalan
yang gelita
tatkala bulan sendiri
malu mahu menampakkan wajah
aku mengharap padamu
wahai sang suria

u really have to forgive me

benda ni bukannya perkara baru sebab sudah terlalu ramai yang mengingatkan. tapi kenyataanya bila kau mahu berkawan dengan aku, kau harus bersedia dari segi mental bahawa aku ni mengalami masalah mengingat sesuatu. dan kau harus bersedia mahu menceritakan semula apa yang kau mahu aku ingat. dan jangan nak rasa stres kalau aku suruh kau cerita semula. kalau rasa malas nak ulang, tak perlu. sebab pada aku, kalau benda-benda yang aku tak ingat selalunya tak berapa significant dalam hidup aku. dan kau tak perlu nak rasa kecik hati bila aku cakap macam tu. aku memang begini.


coz recently, aku manage nak berjejak kasihan dengan ramai kawan-kawan lama. makanya mereka-mereka suka bertanya soalan seperti ini

"erina, ko ingat lagi tak, dulu..."
"erina, masa kita darjah/form__, ko ingat lagi tak..."


dan selalunya aku akan jawab macam ni

"ha?" (selalu sangat aku akan reply macam ni)

lepas tu aku akan sambung

"ye ke"
"tah la"
"aku tak ingt lgsg"


sungguh kasihan. barangkali terlalu banyak sangat menelan semut rasanya. effect dia sangat la teruk. dan perkara seperti ni bukannya untuk perkara-perkara yang terjadi masa dulu-dulu je, perkara yang jadi sekarang pun aku boleh lupa dengan mudahnya (jika tak significant, ulangan). so from the bottom of my (broken??) heart, u guys really have to forgive me for being soooo forgetful. fullstop.


p/s ak rasa aku ada bad luck dengan tangga la, sebelum ni aku pernah cite pasal aku almost jatuh masa nak naik tangga kat entri lain. semalam aku hampir-hampir terjatuh masa nak turun tangga kat stesen komuter serdang yang glamer itu. dah la ramai orang, nasib baik aku sempat balance kan badan, kalau aku real jatuh, sure sakit. sakit ati sebab malu. hahahaha


p/s i got a very 'disturbing' smses n calls last nite. y do u have to tell me now, i mean now?? i hope i'll be strong.

Sunday, November 16, 2008

Love Story

by Taylor Swift

for the MV, watch here

We were both young when I first saw you
I closed my eyes and the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights, see the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello
Little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said, "stay away from Juliet"
And I was crying on the staircase
Begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

So, I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Oh oh
Cause you were Romeo, I was the scarlet letter
And my daddy said, "stay away from Juliet"
But you were my everything to me
I was begging you, please don't go
And I said

Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story
Baby, just say yes

Romeo, save me
They try to tell me how I feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town
And I said

Romeo, save me
I've been feeling so alone
I keep waiting for you, but you never come
Is this in my head
I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said

Marry me, Juliet, you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad
Go pick out a white dress
It's a love story
Baby, just say yes

Oh oh oh
Oh oh oh oh

'Cause we were both young when I first saw you


p/s fairy tales...so lame n yet so attractive. daydreaming. wake up erina. wake up.

p/s/s the boy in the MV looks very much like Joe Jonas even tho he is not. diorang bru je break (Taylor and Joe Jonas), it seems such a big news in the US, well...celebrities. but i do love their new single 'Lovebug' by The Jonas Brothers.

Friday, November 14, 2008

my avatar


is this me?but the hair pretty much the same (i reckon)...but the eyebrows, definitely not mine. aku tak tweeze out/pluck/shave my eyebrow till it become so cantik macam itu. the eyes?dunno, but i think mungkin sama KOT. hahaha. hidung tu mungkin juga sama KOT. n the lips, oh i love the pink colour, even tho in real life i rarely put on lipsticks, only lip balm. n 1 more thing, i forgot nak letak my two very obvious moles, both on de right side of my face, satu dekat dengan hidung, 1 lagi kat dagu. dan aku pun ada 1 jaket kaler brown, bought from tized, only the muffler/scarf tu saya takde, tapi suka dengan design tu sebab ada huruf 'F' for farhani, boleh?? i'll be searching/hunting for the green muffler, if i ever found the right green shade.


u guys can do the same, here

Tuesday, November 11, 2008

azam baru


aku mahu jadi lebih sihat. oleh itu aku invest rm45.99 pada kasut ini.


cermin mata ni plak hanya pembaziran semata-mata.
telur ni de isi dalamnya.


ni isi dalam telur itu.


p/s hanya gambar yang pertama je yg jd tajuk entri, yg lain2 x berkaitan. sekian.

oh cerita itu aku tak mahu ulang kembali

sudah banyak entri yang aku taip tapi akhirnya tersimpan dalam folder draf. kenapa?. mungkin sifat semulajadi. tak sampai hati. aku risau dan takut-takut ada yang berkecil hati. dan sudah tentu aku tak mahu kejadian buruk yang pernah terjadi tak lama dulu berulang kembali. people can forgive but they rarely forgets. aku banyak luahkan perasaan melalui tulisan, biasanya masa tengah marah paling ketara, gembira pun ya juga, tapi kalau hal-hal yang gembira aku tak kisah mahu kongsi. kalau cerita tak indah aku rasa berat hati mahu orang tahu. semacam ada rasa kurang enak. kesan dan akibat perlu diambil kira. lagi-lagi kalau orang kenal kita macam mana.



sometimes aku boleh jadi seorang perempuan yang mean, cold, and pretty hot-tempered, dan perkataan baru untuk menggambarkan personaliti seorang perempuan bernama erina, sinis. ya semalam teman serumah beritahu, "rupanya, kau ni sinis orangnya"



and from Dictionary.com : cynic (n.) means a person who shows or expresses a bitterly or sneeringly cynical attitude.



maybe. tapi aku pernah kenal orang lebih sinis daripada aku, jenis yang tak sedar kesan daripada apa yang dituturkan. aku bersyukur walaupun aku sinis tapi aku masih sempat fikir dulu sebelum cakap dan masih mahu jaga hati orang sekeliling (aku rasa, kadang-kadang). walaupun kadang-kadang aku rasa aku lagi rela bergerak secara solo, tapi dalam banyak keadaan aku masih memerlukan kawan-kawan. oleh itu, tak patut aku sakitkan hati orang lain takut kalau-kalau suatu hari nanti aku memerlukan bantuan mereka.



sebab aku sukakan persamaan ini (i=0 without u) which means i equals to zero(nothing) without u (family n friends)




lagi satu, i'm positive that i'm skeptical. yang ini aku sangat-sangat pasti. walaupun dalam banyak hal aku cuba untuk menjadi se-positif mungkin, optimis tahap kau rasa nak lempang je muka aku bila masa aku bagi pandangan, tapi most of the time, i'm skeptical. oh dan kau tak mahu tahu cara aku berfikir, kau akan rasa lemas. dan semestinya kalau kau pernah berborak dengan aku tentang hal-hal yg rumit, taboo, selalunya kau akan senyum terpaksa. sebab nak jaga hati aku. ada orang pernah beritahu cara aku berfikir macam orang putih sikit. macam mana tu?aku buat kesimpulan, mesti dia rasa aku ni liberal. tapi bukan hal-hal yang berkaitan agama dan kepercayaan. tapi lebih kepada hal-hal dunia. mereka fikir aku terlampau cool (ada beberapa situasi) dan pada mereka adalah tidak wajar aku berlagak terlampau cool. sampai nampak macam aku tak kisah. macam tak peduli. macam bukan sifat seorang perempuan melayu beragama islam. tapi persetankan itu semua. sebab aku bukannya hidup untuk menggembirakan semua orang. aku tak segagah itu.



and from Dictionary.com : skeptical (adj.) means inclined to skepticism; having doubt



aku bukannya mahu orang tahu tentang perkara-perkara negatif mengenai aku. sebab selalunya kita cenderung untuk menyembunyikan perkara yang tampak jelek di mata masyarakat. dan semua sedia maklum, bagaimana orang malaysia berfikir. sama seperti kenapa concealer dicipta, untuk menutup cela di wajah. tapi kadang-kadang dengan menunjukkan sedikit sisi negatif dalam diri, buat kita rasa seperti manusia. ada lebihnya, ada kurangnya.



Sunday, November 9, 2008

Mari Solat ep. 2

hari ni kita sambung episod 2 dalam rancangan Mari Solat...minta maaf sebab lambat meng'update'


ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Thursday, November 6, 2008

sejak bila aku minat indie?

tapi aku layankan je lagu-lagu best, tak kesah la indie ke, tak indie ke...


Situasi by BUNKFACE


Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)

hal-hal politik yang aku tak berapa nak kesah tapi aku sebok nak cerita jugak

obama jadi presiden kulit hitam pertama di amerika. ajaib?aku rasa tidak, cuma mungkin sebelum obama, calon-calon yang tidak berkulit putih tidak bernasib baik, makanya mereka tidak dinobatkan sebagai presiden kulit hitam pertama amerika, lepas ini mungkin ada presiden kulit kaler lain yang bakal menggantikan warna hitam itu, siapa nak jangka?obama lebih bernasib baik. tapi ini cakap-cakap kawan sehari sebelum keputusan diumumkan.



"kau rasa obama ni lagi baik ke daripada bush?entah-entah lagi teruk. macam kes bush dulu, orang calonkan dia sebab rasa dia lebih baik daripada clinton yang ada skandal dengan monica lewinsky tu. tapi bila dah jadi presiden, lagi teruk daripada clinton. sebok nak bom orang je kejenye, sampai takde masa nak buat skandal (rasanya), al gore jugak yang dapat nobel prize siap dapat emmy award lagi."



tapi aku tak suka cakap hal-hal politik. buat aku rasa tua. dan aku memang in denial when it comes to age. even though it's juz a number. aku cuma berharap apa yang dicanangkan oleh en.obama semasa ingin memancing dan mengumpan para penyokong ditunaikan sebaiknya. manusia kadang-kadang jadi kurang betul bila diberi kuasa. tak perlu diberikan contoh sebab diri sendiri adalah contoh terbaik. melainkan kau adalah orang yang paling sempurna. tapi kita semua tau tiada apa yang sempurna kecuali Allah swt. aku harap en.obama waras.



dan cerita pasal dress yang bini en.obama pakai pun boleh jadi 1 isu yang hangat diperkatakan. ini di dunia fesyen terutamanya. dan aku rasa kombinasi warna merah hitam itu cantik.





p/s aku sudah tulis entri psl perkara yg menyakitkan hati, dan masih tersimpan dlm folder draf, bila agaknya aku nak post?mungkin petang nanti bila aku rasa aku tengah marah, sbb awal pagi mood aku selalunya lebih baik.

Wednesday, November 5, 2008

bila tiang tak kukuh, bangunan mudah runtuh kan?

kau benci tak bila orang cakap macam-macam pada kau n that person makes u look like an idiot?aku benci bila pendirian aku tak kuat, tak teguh, so akhirnya aku akan lebih banyak mendengar kata-kata orang di sekeliling. this is how i grew up. aku membesar dengan keadaan di mana aku lebih banyak mendengar cakap-cakap orang daripada percaya dengan keputusan yang dibuat sendiri.


aku jadi wild masa aku sekolah menengah dulu pun sebab terikut-ikut member yang kureng sikit perangainya. cerita ini panjang sebenarnya, tapi aku mahu jadi hipokrit, aku mahu kau anggap aku macam budak baik, sedangkan aku tau itu bukan diri aku, dan keputusannya aku tidak mahu elaborate disini apa benda wild aku pernah buat masa zaman muda remajaku dulu. bila ingat balik kenapa aku jadi macam tu ye?n obviously sebab aku terlalu taksub dengan cakap kawan-kawan. aku percaya diorang lagi tau daripada aku. padahal diorang tu sama bodoh je macam aku. tapi mana nak sedar semua tu bila pada masa tu kita rasa dunia kita yang punya. aku pernah potong rambut pendek mcm budak lelaki pun sebab ikut cakap kawan. bila tengok balik gambar lama dengan rambut pendek ala-ala tomboy aku rasa nak gelak. sekarang ni pun rambut aku tak sepanjang mana, cecah bahu pun tidak, tapi aku gunting rambut pendek ala-ala selebriti. dan aku rasa aku nampak comel dengan gaya rambut sekarang, tapi ada permintaan supaya rambut dibiarkan panjang. dan aku pun menurut juga cakap-cakap itu. sedangkan aku sendiri rasa rimas dengan keadaan rambut yang panjang. tapi hal-hal rambut ni masih boleh tolerate lagi. sebab tu aku tak kecoh bila disuruh membiarkan saja rambut tumbuh panjang, supaya boleh dibentuk, dan dibuat curl, agar tampak lebih menawan. tapi aku bukannya nak cerita pasal rambut.


walaupun aku membesar dalam keluarga yang di anggap agak sempurna keadaanya. tapi aku tetap rasa aku tak sebulu dengan mak abah dalam banyak hal. ni semua cerita masa zaman remaja. sekarang ni bila dah besar, aku malas nak argue dengan mak abah, sebab aku rasa aku dah banyak buat dosa, kenapa aku mesti tambah dosa dengan jadi anak derhaka. ok, back to the story, the point is, aku lagi banyak dengar cakap kawan daripada cakap mak abah masa aku membesar, ni dalam lingkungan umur dari 9 sampai 18 taun kot. aku banyak kali lawan cakap mak aku. aku tak rasa mak bukanlah seseorang yang kita leh jadikan kawan masa umur dalam peringkat nak mengenal diri. sebab aku rasa kata-kata kawanlah yang paling betul. ini membuatkan aku risau, kalau aku ada anak remaja suatu hari nanti, adakah dia akan jadi seperti aku, dan persoalan seperti ini lah yang membantutkan idea nak membina keluarga. aku takut dengan kanak-kanak, lagi takut dengan remaja.


dan bila umur dah mencecah 23 tahun sekalipun, aku masih rasa yang banyak keputusan yang aku buat dalam hidup ni bukan sepenuhnya aku yang buat. lebih banyak dengar cakap orang dan rasa keputusan yang datang daripada mulut orang jauh lebih bernas daripada idea aku sendiri. hal-hal sebegini yang buat aku rasa sangat-sangat tertekan kadang-kadang. sampai boleh buat aku jatuh sakit. dah beberapa kali jadi macam ni, tapi aku tetap juga jadi seorang yang tidak teguh pendiriannya. kenapa agaknya? dan sampai bila perkara sebegini harus dibiarkan?


persoalannya, adakah aku lagi bahagia jika membuat keputusan berdasarkan cakap-cakap orang?hati siapa yang perlu aku jaga terlebih dulu?hati sendiri atau hati orang-orang lain?



p/s smlm de org bgtau...kdg2 kwn2 ni byk m'bantu, tp kdg2 de gk yg jd 'hantu'...mmm, lu pikirlah sendiri, seperti kata nabil yang comel itu...oh, dan aku terserempak dgn 'Amat bang bang boom'...dan dia sgt comel berbaju kemeja hijau epal...tersenyum riang sendiri hanya dlm hati sbb org sebelah jeles ;p

Tuesday, November 4, 2008

Mari Solat ep. 1

Hari ni kita belajar sumthing yg ilmiah sikit ye...usually aku cerita benda merepek je...ok, entri ni aku pecahkan pada 5 episod, sbb umt islam de 5 waktu solat wajib...aku buat by episodes supaya aku tak pening nak baca banyak2 sekaligus...


Asal usul Solat

Episod 1: Solat Subuh

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


p/s ihsan kwn di buletin frenste

Dia


dia
hanya seorang lelaki
yang cuba sedaya upaya
untuk membahagiakan
hati seorang wanita yang keletihan
mencari dan meraba dalam kegelapan

Thursday, October 30, 2008

down under

hari ini aku rasa suasana suram

it has been exactly 9 hours and 30 minutes since the last time we had our last conversation...and 1 thing that really sucks is the fact that the last words he text me "Please leave me alone 4 now"



terrible


and i blame myself





jangan kau pergi terlalu lama,
kerana aku sunyi sendirian.


sayang,
maaf...sekali lagi.



p/s the clock is still ticking...can i make it stop?can i freeze the moment?

Sunday, October 26, 2008

aku anggap kata-kata kau macam gula-gula

adik perempuan aku cakap macam tu...

oleh itu aku nak cakap kat diri sendiri.aku anggap kata-kata kau macam gula-gula.

ada macam-macam jenis gula-gula.ada yang manis, ada yang masam, ada yang ada coklat kat dalam gula-gula tu.

orang leh buat macam-macam jenis, macam-macam bentuk gula-gula.tapi terpulang pada diri aku sendiri aku nak makan gula-gula yang mana satu.nak pilih yang mana, bentuk apa, kaler apa, brand apa.

terima kasih sebab ko bagi aku gula-gula.aku amik je.sbb orang kata tak baik tolak rezeki.tapi aku simpan je dulu gula-gula yang ko bagi.aku tak makan pun.aku tengok je.mungkin aku makan suatu hari nanti.mungkin tak.sape nak tau.aku pun tak reti nak tengok masa depan.


aku nak semua gula-gula belang-belang itu...bolehkah?

dan aku pun nak semua gula-gula (or is it chocolate?) di atas...bolehkah? (as long as halal)


p/s cuba kira berapa banyak perkataan berganda yang aku gunakan.haha.aku dah lama tak bermain dengan bahasa.aku tiba-tiba rindu.

Friday, October 24, 2008

what i want is not necessarily what i need

saya janji nak tulis entry baru only after a week...n today is friday so here i am...almost forgot that a week has passed already...


n yes...aku tak dapat nk melawan godaan frenster (kne reply komen kwn2...huhu) n facebook (ni pn sbb nk reply msg abg)...alasan sungguh...hahahaha


nothing much going on these past few days...cuma starting from last saturday sampai hari rabu, UPM organizes Sesi Konvokesyen yg ke-32...sempat la jmp ziha, nani n few others yg celebrate konvokesyen diorg...fikir2 most definitely takkan sempat nak join sesi konvokesyen next year...i guess i'll juz have to wait till 2010 punye session...hopefully by dat time i've found a job already...*sigh*


what else?


been thinking bout lots of stuff lately...typical arguments...dan sememangnye hidup ini kadang-kadang lebih mudah jika kita tak berfikir terlalu banyak (rasanye la)...


pasal tajuk entri kali ni...relevan kah pernyataan di atas?


berdasarkan pengalaman yg tak seberapa ni...i can conclude that statement ada relevan nye...sbb hanya bersandarkan beberapa insiden dalam hidup, saya berani mengatakan yg kadang-kadang apa yang kita mahu tak semestinye kita perlukan...its kinda true


dulu pernah minat gila-gila kat sorg mamat ni...kwn sekelas...admiring him since form 2 (due to some silly game yg ktorg invent mse boring2 duk dlm klas mse musim sukan...ya, saya mmg tak aktif)...gila-gila minat kat dia smpi dkt 6, 7 taun la lbh kurang...major crush la org kate...tp pd 1 hari yg pelik, dia tibe2 mintak jd 'lebih dr kawan'...i'm stunned...kelu lidah...tp entah kenapa aku tak pernah rasa excited pn bile dia ckp mcm tu...bkn ke spttnye aku rasa hepi n overjoyed sbb 1 bnde yg aku tunggu2 dkt 7 taun akhirnye dimakbulkan gak?i cannot explain that...


mungkin aku masih belum bersedia...mungkin aku kurang percaya...tp baru sekarang aku paham yg sebenarnye aku tak perlukan dia...i really2 want him to be my bf, i do, coz i think he's cool, he's juz great (pd pndgn aku) plus he's good looking (spe yg tak nk bf hensem kn..hehe)...tp the moment dia mintak jd lbh dari kawan, aku tak rasa apa2...tp aku tetap rasa sedih n sakit jiwa sekejap bila tau dia da de awek len...waktu tu mula la nk sumpah seranah kata dia tu sebenarnye tak ikhlas pn nk jd 'lbh dr kawan'...tp masalahnya aku sendiri pn tak pernah berikan jawapan pd soalan dia tu...aku cakap bg aku masa fikir...tp berbulan-bulan aku fikir...aku sebenarnya yg buat dia rasa bengang kot...sbb biar dia tunggu jawapan aku lama sgt...so, in the meantime maybe dia g usha awek len yg available...hahaha, last2 aku gk yg melepas...takpe la, mcm aku ckp awal2 tadi, mungkin aku memang tak perlukan dia langsung dlm hidup aku...sebagai kawan mungkin ya, lebih dari kawan definitely not...


n de lg la insiden2 len yg buat aku terfikir n teringat balik (down memory lane)...tp honestly, aku tak pernah menyesal pn atas apa jua keputusan yg aku buat sebelum ni...whether its a good, bad, brilliant or simply stupid decision, sbb itu semua yg mengajar aku menjadi lebih matang, lebih dewasa (hate to admit it but i have to...huk3)...





colorful...i need colors in my life

Thursday, October 16, 2008

puasa

Arahan berkuatkuasa esok selama seminggu, 7 days to be exact


Mulai esok, aku nk berpuasa, bukannya puasa ganti@puasa 6 tapi berpuasa daripada browsing thru:

1) my own blog
2) my friendster
3) my facebook
4) other's blog
5) unnecessary websites




Harapnya menjadi...wish me luck dan doakan aku cukup kuat untuk menentang godaan-godaan tersebut...


Yang boleh dilihat hanya

1) emel yahoo
2) emel gmail
3) website upm, gso, dan sewaktu dengannya
4) ym thru emel chat di yahoo shj




So, till we meet again next friday...

Wednesday, October 15, 2008

beware of what u eat

As a caffeine junkie, saya memang tak leh go thru one whole day without having at least a cup of coffee...i've tried to stop being a junkie (many many times) tapi it seems like the temptation is much more stronger, the aroma, the taste...just heaven


For those yang tak berapa menggemari kopi sebagai favorite beverages will never understands...n nowadays terdapat banyak jenis kopi...mocha, cappucino, latte dan banyak lagi...n i found this article on the internet about worst 'healthy' drinks...n of course coffee is included...but they give u suggestions on what u should drink n what u should not


Iced Coffee

Drink This
Dunkin’ Donuts Caramel Crème Iced Latte (16 oz)
260 calories
9 g fat
40 g sugars

Not That
Starbucks 2% Iced Dulce de Leche Latte (16 oz)
420 calories
16 g fat
52 g sugars

In the hierarchy of espresso drinks, lattes sit squarely at the bottom. That's because they're more milk than java, and are susceptible to huge pumps of sugar syrup from eager-to-please baristas. A macchiato gives the same caffeine kick for a tiny fraction of the caloric cost by swapping out the excess steamed milk for a crown of frothed milk. It's a simple but meaningful switch for caffeine junkies looking for a healthier fix...

Tuesday, October 14, 2008

Monday, October 13, 2008

FP

hari ini bukanlah hari yang terbaik dalam hidup saya.food poisoning (FP) again (he calls it 'foot' poisoning, n the question he asked "u pijak pe syg smpi kne foot poisoning?"....haha, very the funny okke...n he said "laughter is the best medicine"...i can barely catch my breath, n he asked me to laugh some more...crazy fellow


seingat saya yang memang pelupa tahap dewa ni (lama x guna perumpamaan ni), saya pernah kena the worst food poisoning 2 kali...i dun really remember the cause, maybe yang 1st tu pasal kuih gula hangus kot (lps tu fobia nk mkn kuih gula hangus, even kalau skrg ni jmp nk mkn pn rse was-was)...yg 2nd pasal mee goreng segera agaknye (sampai skrg masih fobia, x pernah sentuh pn apatah lagi menjamahnye), tah la saya mmg pelupa...ke terbalik?tapi papehal pn...2 perkara di atas telah membuatkan hidup saya merana, sambil b'guling-guling atas katil (nasib baik x b'guling-guling dlm lantai tandas)...coz 1 event i can still remember vividly, saya jatuh pitam (i think) depan pintu toilet, sambil mengerang kesakitan, n my mum kne papah saya turun tingkat bawah, g klinik n kne cucuk at my bum (announcement: doktor tu lelaki ye, sekian terima kaseh)...n my sis plak leh gelak x ingat when she sees me guling-guling dpn toilet (hampeh)...tul x faizati?u tell me if i'm wrong, n mse 2 kite pn xde la kamcing2 sgt kan kan...sbb 2 la ko gelakkn ak je (hampeh hampeh)


n the weird thing is...saya sorg je yg duk tekan2 perut sambil guling2...padahal org len yg mkn sme ngn saya leh plak xde pape...mmm, musykil


tapi hari ni pnye food poisoning not that bad la...coz bila sampai lab pagi ni, i can still handle it...even tho rse pedih once in a while, tp still ok lg la...tp hakikat sbnrnye, saya malas nk ke PK (pusat kesihatan) UPM...walaupn free (mne de, kite byr sbnrnye) tp tetap malas...like u dun know me ;p


dan saya percaya, punca keracunan pd kali ini ialah...either lontong yg d makan sbgai sarapan or nasi putih+sotong+sambal goreng yg d makan sbgai makanan mlm (dinner) semalam...n both makanan d beli d kedai, bknnye d masak sndr...


p/s mybe de episod FP lg lps ni??who knows...

rahsia dua hati tak ingin dikongsi

rahsia itu sepatutnya tersimpan kemas hanya untuk santapan minda yang nakal.sesekali meronta untuk dikongsi namun malu awal-awal lagi memunculkan diri.hinakah aku jika berfikiran sedemikian?jahatkah aku kalau cuba menurut kata nafsu?hipokritkah aku andai berpura-pura naif?fikiran moden cuba mengawal akal fikiran.hakikat jauh cuba dijadikan alasan.pelajaran lalu tak dijadikan sempadan.perancangan dibuat mengikut keinginan.mengharap intimasi menjadi tunjang.tapi benarkah itu yang diinginkan?atau hanya menifestasi tanda kedewasaan?hanya memikirkan jauh bezanya dengan betul-betul melaksanakan...cerita benar?atau imagnasi yang terjangkau akal fikiran?pilihan mengikut keterbukaan masing-masing. =p


----


terfikir sejenak kebarangkalian yang mungkin terjadi.minda terhenti.berfikir dulu baru bertindak.ini yang selalu diungkapkan.namun benarkah kita berfikir terlebih dulu?atau bertindak dulu kemudian baru memikirkan langkah yang seterusnya?ada berani?jiwa kacau.



berperang dengan perasaan sendiri.melumpuhkan sistem pertahanan yang dibina bertahun-tahun lamanya.kenapa?persoalan itu tiada jawapannya.atau sengaja tidak mahu mencipta jawapan kepada soalan.kekeliruan wujud hanya menambahkan kusut.benarkah restu mereka?aku terlalu paranoid.jiwa kacau lagi.



tersedar dari kemelut yang menyesakkan.hadir cahaya yang cuba membimbing.menghulurkan tangan.aku hanya memandang sepi.malah aku melangkah setapak ke belakang.belum masanya.terima kasih cahaya.



hari itu tetap akan hadir jua.jangan khuatir.



Saturday, October 11, 2008

berhenti sebelum kau kecewa

ruang ini kosong.sekosong kotak pemikiran.


tapi cerita itu cuba untuk menyelinap masuk.walau berkali-kali ku tegah.jalan ceritanya tetap sama.cuma posisi dan tempat sahaja berbeza.makhluk Tuhan yang lemah.dan tetap lemah jika tak ingin berubah.fikiranku jauh melayang.mengenang memori itu.


ah...manusia.cepat sahaja alpa.


ini membuatkan aku teringat tentang perbualan semalam.tenang tatkala menjawab pertanyaan yang memberinya peluang.hanya mengundang rasa jengkel dihati lelaki itu.itu hanya soalan yang menduga.dan ternyata dia takut.takut kehilangan.


percaya?mungkin.


-----


dan ini cerita lain tatkala menunggu filem 'painted skin' ditayangkan di layar besar.di sudut gelap duduk berdua.ku luahkan rasa beban itu.marahku bertempat.benciku bersebab.ternyata dia turut bersetuju.terima kasih kerana memahami.


adakah dia mengerti?mungkin.


tapi tolong hentikan.segala kepuraan.aku benci.kau buat aku lemas.kau buat aku rimas.kepala aku pusing.kau buat aku pening.aku mahu kau berhenti.


berhenti sebelum kau kecewa.berhenti sebelum kau buat aku merana.aku mahu terbang.walau sayap patah ini menyakitkan.tapi aku aman.


-----

Tuesday, October 7, 2008

permanent brain damage


i have a plan.
but Allah have already planned everything.
if only i know in advance what is His plans for me.
now i feel like a complete bloody moron.
damn.

dedicated to U

u know what larling (no, of kos u dunno)...but this song specially dedicated to U...n thanx 2 adik kesayangan saya 4 introducing this song 2 me...kumpulan 9 bebola ni sure make a damn nice song...tp like my sis said, tah2 1 lagu ni je yg best...the rest tah2 mcm hampeh je...ayat 2 saya yg tmbh sendiri ye...sekian


Lirik Lagu Nine Ball - Hingga Akhir Waktu

LIrik Lagu NineBall - Hingga Akhir Waktu

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau disini
Tepiskan sepiku bersamamu

***

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi

Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Bagiku semua sangat berarti

Kuingin kau disini

Bagiku semua sangat berarti lagi

Kuingin kau disini

Tak `kan pernah ada yg lain disisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi

Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

Hingga akhir waktu ...

Hingga akhir waktu ...

Hingga akhir waktu ...

Video Klip Nine Ball - Hingga Akhir Waktu

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

lyric add by Hendrik aka Palermo


powered by lirik lagu indonesia

Monday, October 6, 2008

selamat hari raya


da nk dekat seminggu umat islam menyambut kehadiran syawal...tp masih belum t'lmbt utk saya mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

andai pernah terguris hati dan perasaan sepanjang perkenalan...di sini saya ingin memohon ampun dan maaf diatas kekhilafan diri...

raya taun ni a bit hepi kalau nk compare ngn taun lepas...sbb

1) taun ni ati dpt beraya kt m'sia
2) saya celebrate raya bkn ngn famili je...tp ngn 'org penting baru' =p

tp dlm hepi2 2, de sedihnye jgk...tp biarla, mls nk cite...hari raya supposed to be the day of celebration...so, kite ptt cite bnde yg hepi2 jer...kan kan =D

Thursday, September 25, 2008

gigi

hari ni saya nk cite bnde mngarut je...smlm mse saya berus gigi, tibe2 saya dapat idea nk wat entry psl gigi...hahaha


saya selalu rasa pelik kenapa saya amek mse yg agak lme nk m'berus gigi (saya ske sgt berus gigi kot, hahaha)...n 1 more thing, saya hanya m'ggunakan berus gigi medium n kadang2 jenis yg hard (soft mmg out of the topic, klu pakai soft, tahan seminggu jela jwbnye)...usually berus gigi 2 cuma dpt b'tahan i think about a month before i dispose it...doktor gigi pesan, tukar ur toothbrush every 3 month, so klu korg bli berus gigi yg jenis 'bli 3 dpt 1 free'...leh la wat jd stok utk pakai setaun...tp klu saya, berus gigi 2 cuma leh tahan 4 bulan je...hahaha...n saya de tendency utk m'berus gigi scr kuat, even tho saya tau tindakan spt itu hanya akan bring damage to my gums...hei, i can't help it, da mmg mcm 2, nk wat cmne lg, coz i always believe klu berus slow2 n scr lembut, nnt gigi x bersih ;D


n saya de perangai pelik...kalau saya t'tido tnpa m'berus gigi t'lebih dulu...nnt de some sort of mcm alarm yg wake me up in de middle of de nite n i will automatically masuk bilik air n trus g gosok gigi (even tho wktu 2 da kul 5 pg n saya kne bgn solat subuh kul 6)...lps 2 tido smla...hahaha, org kate saya pelik, sbb usually bile saya tnye de x yg wat mcm 2...dorg mst jawab "tido lg baik la erina, bgn pagi nnt pn kne gosok gigi gk kn..."


hahaha...biarla org nk kate pe...saya mmg begini...n lagi 1, normally org dewasa (saya masih remaja...wakakaka) de 32 batang gigi kekal...br la consider de 1 full set of teeth...tp saya cuma de 28 batang gigi...yg lg 4 xtau pe cite...xnk tumbuh kot, org ckp klu mse gigi geraham yg paling last tumbuh 2 mmg sakit la, siap leh sampai demam2 lg...eee, lg rela de 28 je drpd sakit2 nk tmbh lg 4...saya mmg fobia ngn rse sakit (if u know me very well, u know wat i mean)


n mse umor saya msh belasan taun...saya ingt nk pakai braces...tp mak ckp"nk watpe? gigi da elok da 2..." saya mls nk explain

n bile komplen kt kwn2...dorg pn ckp mnde yg sme...tp klu saya de duit n de kekuatan yg cukup utk pakai braces...i'll do it, y not...i like my teeth to be straight n nice...x kesah la org kate da ok ke, pe ke...bknnye saya x bsyukur ngn pe yg Allah da berikan, cuma yela lumrah manusia utk kelihatan cantik...n pd saya mmpunyai gigi yg t'susun 2 adalah cantik...


sekian terima kaseh ;D


p/s saya pn ske gk ngn indon grup GIGI

Wednesday, September 24, 2008

L.O.V.E


Love changes everything

Love makes you fly

It can break your wings

Climie Fischer



saya suka lompat2 gi blog orang lain if i have a free time, n most of the time saya msti de jmp something amazing or shocking, n semalam saya jmp ayat yg sweet but meaningful kat atas ni...owh, by the way this is extracted from http://www.30dayartist.com/chinyew/2006/book.html

real genius n i like his works...i guess there's a pinch of art in me as well...coz i really adore his artwork as much as i like saharil's work in http://www.saharil.com/

n mybe since someone close to me is pretty much related to the art field, so i thought this is some sort of encouragement n support that i can give him...

More I MISS YOU graphics'

"If I never met u, I wouldn't like u. If I didn't like u, I wouldn't love u. If I didn't love u, I wouldn't miss u. But I did, I do and I will"


Tuesday, September 23, 2008


Someone who doesn't really need your help will still ask you to lend them a hand.

Should i feel flattered or annoyed??



rentetan semalam episod 2

international conferences...huhuhu
my 1st burfday cake...i'm expecting another 1 at home ;p
kami2 yg diraikan...
makanan yg d order
the burning cake...
seberg n his expensive phone
basyar n phone br (daddy dia bg...hehe)
guru 'besar' taza...haha
haizum in de middle (also celebrating her)
me n sook mey (my other 'twin') ;D
very the blurry la...jln sume ala2 model gitu...muahaha

cukup2 la 2 ye...mls da nk upload gmbr byk2...

Monday, September 22, 2008

flu strikes back!!!

hate it so so much...

tp biarla...nk wat canne lg...i'm used to it already...kne telan ubat mse buke pose nnt...

tp skrg ni rse mcm nk pecah kepala je...waaaaa...lmbt lg ke nk azan maghrib??

n mlm ni, de gathering makan ramai2...kt chop n steak

buke pose ramai2 + celebrate haizum, aku n sook mey's burfday...

sok aku tempek gmbr makan2 mlm ni...okke!!!





n i'm officially 23 years 'young' yesterday...ada org 2 t'salah tarikh besday saya...sbg hukumannye...i nk bigger n valuable gift tau, kecik pn xpe as long as valuable...x leh kompromi!! (ayat kne tegas sket...hehe)

Thursday, September 18, 2008

selamat ulang tahun kelahiran

semalam genap 58 tahun ibu saya menjalani kehidupannya di muka bumi milik Allah s.w.t ini...

saya mengagumi ketabahan dan kecekalannya...

penat lelah dan jerih payahnya membesarkan dan mendidik kami adik beradik membuatkan saya terfikir...mampukah saya menjadi seorang ibu seperti ibu saya??

akankah saya diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang seperti ibu saya untuk saya melihat sendiri bakal zuriat saya membesar??

persoalan yg hanya akan terjawab sekiranya saya sendiri menjadi seorang ibu...




segala doa yang terbaik ditujukan buat ibu dan bapa yg tersayang...


M for a million hugs
O for an oodless of love
T for thousands of kisses
H for half a million treats
E for endless smiles
R for being right there for me


p/s i would like to be called mummy or mama...hehehe

rentetan semalam

memula kena la kuarkn duit dulu ye...

lps 2...duk la beramai2 borak+ngumpt(ye ke??)
*dayah,baiti,suji

lps 2 men kenyit2 mata ye kwn2...kui3
*syikin, yana

ooohhh...eh, ni ak yg amek ke??ke ko yg amek dayah...awat blur jer...muahaha

dayah mmg cenggini...tul x??hahaha
*arma,dayah

saya wat muka blur je dgr org len bebel...huhuhuhu
*farhana (a.k.a bern) n farhani

burrppp!!!.....hehe, alhamdulillah

cinta ibarat menunggu bas

Senarionya...

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... takde tempat duduk"

Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain"

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan"

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain"

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?


Kesimpulannya...

Menginginkan apa yg awak idamkan tu memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu...tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha, jgn panik....

Bila ada bas yang melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah buat muka blur, mata t'kebil2 then baru la dengan muka selambanya saya keep on walking!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.


p/s saya harap saya beri peluang yg sewajarnya pada "bas" yg 1 itu...