Wednesday, November 5, 2008

bila tiang tak kukuh, bangunan mudah runtuh kan?

kau benci tak bila orang cakap macam-macam pada kau n that person makes u look like an idiot?aku benci bila pendirian aku tak kuat, tak teguh, so akhirnya aku akan lebih banyak mendengar kata-kata orang di sekeliling. this is how i grew up. aku membesar dengan keadaan di mana aku lebih banyak mendengar cakap-cakap orang daripada percaya dengan keputusan yang dibuat sendiri.


aku jadi wild masa aku sekolah menengah dulu pun sebab terikut-ikut member yang kureng sikit perangainya. cerita ini panjang sebenarnya, tapi aku mahu jadi hipokrit, aku mahu kau anggap aku macam budak baik, sedangkan aku tau itu bukan diri aku, dan keputusannya aku tidak mahu elaborate disini apa benda wild aku pernah buat masa zaman muda remajaku dulu. bila ingat balik kenapa aku jadi macam tu ye?n obviously sebab aku terlalu taksub dengan cakap kawan-kawan. aku percaya diorang lagi tau daripada aku. padahal diorang tu sama bodoh je macam aku. tapi mana nak sedar semua tu bila pada masa tu kita rasa dunia kita yang punya. aku pernah potong rambut pendek mcm budak lelaki pun sebab ikut cakap kawan. bila tengok balik gambar lama dengan rambut pendek ala-ala tomboy aku rasa nak gelak. sekarang ni pun rambut aku tak sepanjang mana, cecah bahu pun tidak, tapi aku gunting rambut pendek ala-ala selebriti. dan aku rasa aku nampak comel dengan gaya rambut sekarang, tapi ada permintaan supaya rambut dibiarkan panjang. dan aku pun menurut juga cakap-cakap itu. sedangkan aku sendiri rasa rimas dengan keadaan rambut yang panjang. tapi hal-hal rambut ni masih boleh tolerate lagi. sebab tu aku tak kecoh bila disuruh membiarkan saja rambut tumbuh panjang, supaya boleh dibentuk, dan dibuat curl, agar tampak lebih menawan. tapi aku bukannya nak cerita pasal rambut.


walaupun aku membesar dalam keluarga yang di anggap agak sempurna keadaanya. tapi aku tetap rasa aku tak sebulu dengan mak abah dalam banyak hal. ni semua cerita masa zaman remaja. sekarang ni bila dah besar, aku malas nak argue dengan mak abah, sebab aku rasa aku dah banyak buat dosa, kenapa aku mesti tambah dosa dengan jadi anak derhaka. ok, back to the story, the point is, aku lagi banyak dengar cakap kawan daripada cakap mak abah masa aku membesar, ni dalam lingkungan umur dari 9 sampai 18 taun kot. aku banyak kali lawan cakap mak aku. aku tak rasa mak bukanlah seseorang yang kita leh jadikan kawan masa umur dalam peringkat nak mengenal diri. sebab aku rasa kata-kata kawanlah yang paling betul. ini membuatkan aku risau, kalau aku ada anak remaja suatu hari nanti, adakah dia akan jadi seperti aku, dan persoalan seperti ini lah yang membantutkan idea nak membina keluarga. aku takut dengan kanak-kanak, lagi takut dengan remaja.


dan bila umur dah mencecah 23 tahun sekalipun, aku masih rasa yang banyak keputusan yang aku buat dalam hidup ni bukan sepenuhnya aku yang buat. lebih banyak dengar cakap orang dan rasa keputusan yang datang daripada mulut orang jauh lebih bernas daripada idea aku sendiri. hal-hal sebegini yang buat aku rasa sangat-sangat tertekan kadang-kadang. sampai boleh buat aku jatuh sakit. dah beberapa kali jadi macam ni, tapi aku tetap juga jadi seorang yang tidak teguh pendiriannya. kenapa agaknya? dan sampai bila perkara sebegini harus dibiarkan?


persoalannya, adakah aku lagi bahagia jika membuat keputusan berdasarkan cakap-cakap orang?hati siapa yang perlu aku jaga terlebih dulu?hati sendiri atau hati orang-orang lain?



p/s smlm de org bgtau...kdg2 kwn2 ni byk m'bantu, tp kdg2 de gk yg jd 'hantu'...mmm, lu pikirlah sendiri, seperti kata nabil yang comel itu...oh, dan aku terserempak dgn 'Amat bang bang boom'...dan dia sgt comel berbaju kemeja hijau epal...tersenyum riang sendiri hanya dlm hati sbb org sebelah jeles ;p

2 comments:

piece or peace said...

gud to see u like this

E F K said...

ni cuma lakonan semata-mata

jgn percaya pe yg aku tulis, aku cuma suka menarik perhatian orang dalam penulisan di blog

sekian, terima kasih

have a nice day ;p