Sunday, October 31, 2010

irritated

bukan pasal apa2, cuma sedikit terkilan dengan sikap sesetengah kita. saya juga mungkin sedemikian rupa sikapnya sedikit masa dahulu. tapi saya bukanlah jenis yang cepat berkecil hati, dan saya tak suka fikir jauh2, merajuk yang bukan2, sampai sendiri sakit hati.

tapi bila diri sendiri dah melalui pengalaman nak buat majlis perkahwinan, saya rasa lemas bila ada yang pertikai bila kita buat majlis tapi tak menjemput semua2 orang. i mean, do you remember everyone, i mean EVERYONE bila nak invite tetamu?no right. and even if you do remember every single person of your friends or whoever that person you wanna invite to, there are certain circumstances yang menghalang kita daripada menjemput si polan,si polan tersebut. mungkin itu majlis tertutup. mungkin itu majlis untuk saudara2 terdekat. mungkin undangan terhad. mungkin memang tuan rumah langsung tak nak jemput, sebenarnya. mungkin.

saya lemas bila nak menjawab soalan

"laa, dah kawen ke, x jemput pn :( "
"xtau pun dh tunang, tbe2 dh kawen, x jmpt pn :( "
"smpi ati x bgtau dh kawen :( "

i hate the last icon. :(

abes tu, masa ko kawen, ada aku sebok tnye knpe ko x jmput aku?nak jugak la reply cmtu, tp malas nak panjang2 cerita. i'm not that kind of a person.

lagi 1, paling tak gemar bila ada yang pertikai tak jemput tu untuk majlis pertunangan. as many would have known, an engagement in islam pun is not something you're suppose to hebah2. sebab kalau dah dikecoh2kan tapi tak sampai ke tahap bernikah, hanya akan menimbulkan aib pada kedua belah keluarga. sebab tu kalau tunang majlisnya lebih tertutup, mainly untuk family sahaja. majlis perkahwinan lain la cerita, memang patut dihebahkan pada semua, untuk mengelak fitnah. tapi an engagement? come on la. lepas tu cakap macam as if betul2 nak dtg kalau dijemput padahal diri sendiri terikat dengan kerja dan menetap nun jaun di seberang laut.

and again, saya kurang gemar bila ada yang beria mintak kad jemputan padahal deep down inside memang tak ada niat nak datang pun. memang la salah kalau buruk sangka pada orang lain. tapi as always yang aku pernah tengok, yang paling nak sangat mintak kad jemputan tu la yang tak datang. aku tak marah pun. cuma kecewa sikit. kalau dah dapat kad tu cuba la penuhi jemputan tu, unless you're in a very difficult situation where you cant even attend the ceremony as much as you want to.

dah, tu je nak bebel. :)

-----

it has been more than a month since we got married. so fast. but it only makes me wanting you more each and every single day.




i wanna be by your side for the rest of our life.

Tuesday, October 26, 2010

beringat

dua hari lepas bersama suami ziarah cikgu tuisyen bahasa inggeris beliau. Auntie Mar. pertama kali berjumpa, kelihatan orangnya sopan, lemah lembut. tutur bicaranya menyejukkan pendengaran. dan nasihatnya juga banyak. demi kebahagiaan kami berdua. untuk tetap bersama selamanya.

tapi bukan sekadar nasihat untuk kekalkan hubungan antara suami isteri. tapi juga nasihat untuk kami yang selalunya lupa, terlalu asyik dengan apa yang ada, sampai lupa pada asal usulnya. pada yang memberi, pada yang maha kuasa.

apa yang cuba disampaikan adalah mudah. cari keredhaan Illahi. dalam apa jua yang dilakukan setiap hari. supaya hidup lebih bermakna di muka bumi milik Allah yang hanya diberi pinjam masa kepada kita sementara cuma. contoh yang diberikan juga mudah. antara kita sendiri sedar atau tidak. saya mengaku saya juga lupa. seperti kebanyakan kita semua. tapi saya cuba untuk menjadi yang lebih baik. saya mahu jadi lebih baik. di mata Allah swt.

Auntie Mar pesan, jangan bawa balik hal kerja ke rumah. coz if you do, i'll be a neverending story. whatever happens kat tempat kerja pun never ever bring the tension ke rumah. and vice versa. coz it is a two different thing. home. and work. and never combine those two together. you'll feel even more frustated. i agree with that.

Auntie Mar pesan lagi, bila kita bekerja kena ikhlas bekerja, sebab bila tak ikhlas, tu yang timbul masalah mencuri masa kerja dengan membuat perkara2 lain, seperti, layan FB masa time kerja. even if kalau bagi alasan kerja dah siap, it is still salah dan haram duit gaji yang kita terima sebab kita tak jalankan kerja berdasarkan apa yang telah kita janji masa kita mula menerima pekerjaan tersebut, sebab dalam offer letter tak ada syarikat yang menawarkan contohnya 2 jam sehari melayari FB. betul tak?bukan setakat FB je, for those yang buat kerja freelance, yang menyalahgunakan masa kerja dengan menyiapkan kerja2 freelance, yang menyalahgunakan harta syarikat untuk kepentingan sendiri, so it is not part of the job scope, and when you take advantage of it, of course it is not a right thing to do. saya sendiri rasa tertampar masa dengar. malu dengan Tuhan. sebab saya tak jujur bila bekerja. haih~~



tapi itu lah. kena disedarkan. baru kita beringat.



hal-hal parenting pun ada juga. i just hope i wont be those kind of a parent yang menyalahkan orang lain demi menutup kesalahan sendiri dalam mendidik anak dan menguruskan keluarga. takut. saya mahu yang terbaik untuk bakal anak2 saya. saya mahu dia membesar jadi orang yang mempunyai nilai2 murni dalam dirinya, tapi saya takut saya silap ketika mengasuhnya dari kecil sebab terlalu memanjakannya. dan saya juga takut anak2 membenci saya sekiranya saya terlalu berkasar dengan mereka. dilemma. hanya berdoa yang mampu saya lakukan. untuk mereka.

jangan mudah putus asa. cari redha Allah, dan insyaAllah kemudahan lah yang Allah akan berikan buat kita semua. saya akan cuba.



----------



saya bahagia bila suami beritahu dia gembira bila bangun tiap2 pagi saya ada dekat sebelah. and i feel the same way too.

Saturday, October 16, 2010

just the way you are

there were times when everything seem so insignifact
and
there were times when everything seem so different
but
there were times when everything comes so naturally familiar
until you cant even have time to think even for a second.


be still, my love
be still
as there are more times for both of us to be together
as one.

Sunday, October 3, 2010

habes dah

alhamdulillah...dah siap dah majlis dua2 belah pihak. saya tak macam b2b yg lain2. yg impi macam2, yg dapat macam2. saya cuma mahu yg mudah. dan saya dpt yg mudah. alhamdulillah.

dan saya tak plan yg macam2. even untuk honeymoon pun tak. masing2 penat. saya tak mahu pun memberatkan tubuh badan sendiri dengan kesana kesini untuk berbulan madu. tilam dimana-mana pun sama rasanya. peluk suami kat mana2 pun sama juga rasanya. oleh itu, kami sebulat suara mahu sama2 berehat dirumah menghabiskan cuti. mudah kan? :)

untuk org yg berfikiran simple macam saya, apa yang saya dapat pun dah lebih dari cukup. apa yg saya mahu, saya dapat. beruntung dah tu.

tapi untuk tidak menghabiskan cuti dengan duduk di rumah semata-mata, i lured my husbad to take some time off to get a body massage along with a foot and hand spa. he loves it more than i do. haha. me personally, love having a well groom partner by my side. sebab tu ajak gak dia pergi buat manicure n pedicure, n dia rasa awkward at first bila kuku kaki n tangan habis berkilat semua. macam gay dia cakap. haha. but i love it. suka bukan sebab kuku dia berkilat, badan berurut sume. tapi suka sebab we did it together. i hate it when i went for a massage or facial on my own. bosan. so bila dah nikah ni, i took the advantage of doing all of that with my husband, n bila dah legally married ni, nak buat massage satu bilik pun boleh. hehehe. honeymoon nanti2 jela. bila dua2 ada masa free, n ada tenaga nak bergerak situ sini.

bila ada berita gembira. mesti ada juga berita sedihnya. nenek belah mak saya meninggal pada hari khamis malam jumaat kelmarin. tak sakit tak apa. cuma perginya sendiri. tak susahkan siapa-siapa. tak juga diberitahu siapa-siapa. senyap sendiri. pergi sendiri. cuma bersyukur sempat jumpa masa hari raya, dan sempat juga melihat saya bernikah. doa saya semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. al-fatihah buat arwah nyai po'ah.