Tuesday, December 27, 2011

genap 40 hari

yes, saya cuma ambil masa yang paling singkat, which is 40 hari instead of 44, tapi kalau ikutkan takde beza pun since aku bukannya berpantang macam orang biasa buat, aku just buat or makan macam biasa je, as long as berkhasiat dan tak memudaratkan baby ataupun diri sendiri. tapi ada few things la yang aku ikutkan, such as pakai stokin and tak minum minuman yang sejuk, also berurut. other than that takdela ikut rules yang extreme sgt. yang penting baby sihat dan aku masih bertenaga nak jalani kehidupan seharian.



mula2 ingat malas nak update pun, or worst case nak delete je akaun, but then again rasa sayang plak. continue jela, cuma tak rajin jela nak update byk2. anak manja, nak berkepit ngn mak dia je, tapi takpe mak dia suka je mengulit ngn dia. hihi






introducing hana nur zahra, born pagi jumaat yang mulia, 18/11/2011 at 0822 thru ELLSCS sebab baby breech...ni gambar masa lahir, gmbr yg len nanti2 la upload

Wednesday, November 16, 2011

towards the end

few more days left till the EDD. i'm anxious, my husband too, and the baby seems restless inside, as well. hope everything went well, insyaAllah. whatever happens, happens for a reason. we just hope and pray it will be as accordingly, but if it happens the other way around, then there's nothing that we can do about it or mourning over it, as Allah swt knows better.

semalam birthday hubby, tapi no celebration, no cake whatsoever. myb next year we can celebrate a double birthday celebration, insyaAllah :)


these past few days i kept remembering things that shouldnt be remembered, people who should be forgotten, and all the 'what if' questions keep on popping inside my head. but as much as i want things to happen as i want it to be, Allah had already planned the best for me. i dont hold any grudge nor am i hoping to turn back the time. the one that already happened in the past remain a memory and the one that is waiting in the future, that should be cherish and be grateful about.

Wednesday, September 7, 2011

sabar

lama terbengkalai. bukan membawa diri. bukan berkecil hati. bukan juga apa-apa. cuma sengaja. i believe i have more to live for now than rambling less relevant stuff on the web.

hati gusar pada benda-benda remeh. tutup mata dan telinga pada benda yang sepatutnya. i am scared of the unknown, even more terrified with the things i know (or should know). tapi dengan peniup semangat disisi setiap hari, penyejuk jiwa, pelengkap raga. aku bersyukur pada murahnya rezeki yang diberikan olehNya. ramadhan dan syawal pertama sebagai suami isteri bersama nyawa kecil yang dibawa kehulu kehilir sepanjang masa.

tak sabar menunggu kelahiran si kecil ini. geram tengok baby orang lain. tak sabar nak kendong anak sendiri. sabar. sabar.

i have this weird habit, kalau aku rasa baby kurang aktif for that particular day, aku akan suruh husband 'borak' dengan baby. sometimes the baby responded, sometimes not. but i like the idea that my voice is not the only voice that the baby hears.

tak banyak yang aku mahukan buat masa sekarang. hanya kesihatan yang baik buat diri sendiri, baby dan suami. proses kelahiran yang mudah dan peliharalah kami dari perkara-perkara musibah yang tak boleh kami hadapi.

berilah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang. kebahagiaan yang dirasakan sekarang harapnya dikekalkan buat masa yang panjang.

Monday, June 27, 2011

confused

bukannya confused pasal apa2 pun. cuma terfikir juga kadang2 why it seems like dengan orang yang kita kenal baik dulu2 tiba2 jadi macam total stranger pula sekarang ni. i guess, over the time, thing starts to change as well. the same goes with friendship juga. i used to think yang as long as kita kenal seseorang tu, sampai bila2 pun dia kawan kita, but it is not actually.

tak kisah la pun, mungkin ada hikmahnya juga sesuatu tu berlaku kan. cuma kita je yang tak dapat nak tafsirkan.

tapi kawan yang seorang ni, harapnya bukan sebegitu. tak sanggup nak berpisah lama. takut nanti merana sendiri.



Saturday, June 18, 2011

entering second trimester

for some, second trimester is the best trimester between the 1st and the 3rd, but unfortunately for me, i'm still experiencing the same symptoms like in the 1st trimester, however i can managed it better now as i have lots of experience due to the nausea and constant vomiting. sometimes, memang rasa terlampau penat, sebab muntah2 yang tak habis2. makan apa pun keluar balik, cuba macam2 pun tetap masih muntah2, tapi tak pernah pun rasa nak give up, especially bila buat monthly scan dapat tengok baby membesar sewajarnya.

pernah rasa yang perut ni macam tak besar2 pun, so bising2 la risau tak tentu pasal, takut muntah2 semua tu effect baby, takut baby tak dapat enough nutrient la, baby tak besar la, macam2 la fikir, almaklumla perempuan paranoid. memang macam ni. bila tanya adik perempuan yang belajar kat alex tu, dia cakap ok je kalau baby grows accordingly, memang at this stage perut tak besar sangat. tak puas ati, pergi buat ultrasound, doctor cakap the baby is growing at exactly 17 weeks, as it should be. baru lega. hehe. macam2. and bila bebel2 cerita kat doktor tu, dia cakap biasa la, 1st time pregnant memang ibunya banyak sangat fikir. mostly yang takut2 kan diri sendiri je. so sekarang ni cuba untuk jadi lebih positif je. most of the time. and if anything bad happens pun (mintak2 tak la, nauzubillah) itu adalah atas qada dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk aku. redha je. lagipun Allah kan lebih mengetahui.

oh, masa scan hari tu, secara kasarnya doktor tu cakap mungkin dah nampak genital part of the baby, and secara kasarnya kami dah tahu gender baby ni. tapi at 17 weeks, most probably the genital part tu tak fully develop lagi. so kita tunggu lagi la, tak nak excited beli barang baby based on gender. takut nanti tak boleh dipakai untuk adik2 dia (eh, dah fikir ada adik2 pulak :p).

sekarang ni cuma doa yang kesihatan diri makin elok and baby is doing fine inside. kurangkan fikir yang bukan2. yang penting kami berdua sihat sepanjang tempoh kehamilan ni dan baby pun selamat dilahirkan nanti. :)

Sunday, May 22, 2011

the reality :)



hahaha...just make me feel a lot better about the pregnancy ;p

Wednesday, May 18, 2011

13 minggu










ni video scan hari tu...mami dedi sgt hepi tgk baby yg br umur 13 minggu ni, sgt jakun jugak tengok ada nyawa lain duk gerak2 dlm perut mami. baby nampak macam besar tapi panjang dia baru je lebih kurang 6.5 cm je. comel kan...hihi. nanti mami letak lagi video scan bila baby dah besar sket dari ni. tapi semua2 pun dah nampak, heartbeat dia, tulang belakang, jari tangan ada 10, nampak siku, jari kaki tak leh kira sebab baby bengkok kan kaki. next time bagi mami tengok jari kaki plak ok :). btw, dia baring sebijik macam dedi dia. hahaha. gelak je dua2 masa tengok balik video tu.



anyhow, mami tiap2 hari doa baby sihat duduk diam2 dalam perut mami. lagi few months insyaAllah, baby boleh jumpa mami dedi kat luar perut mami plak, ok :)

Thursday, May 12, 2011

cerita minggu ni

i dont really like to count actually, particularly when i have to wait a whole week for it to end. like; 12 weeks. coz deep down inside i juz cant wait for the 1st trimester to end. it is not like it is such a terrible thing to experience, it is not like i hate the experience. no, it is not like that. when i feel good, then i dont think to much, i dont really think about being tired, so sick and such thing. i feel great about my growing belly. but, only when i feel so sick in the morning, before going to bed, or when i'm driving, i feel so terrible. and sometimes out of nowhere, i'll start crying. coz i feel so tired, so useless and so weak.

tak baik kan merintih macam ni. anak ni rezeki Allah bagi. ada orang merayu2 berdoa diberikan zuriat yang terlahir dari kasih halal antara suami isteri tapi tak diperkenan doanya. sedangkan aku bila dah diperkenan doa tapi sibuk mengadu tak tahan nak hadapi semua ni. berdosa sungguh rasa diri ni.

this is the time when i realized i'm not so strong as i thought i would be. i can be independent, tapi tak kuat. aku selalu cakap kat diri sendiri, kalau mak boleh mengandung dan bersalinkan kami 7 beradik, why cant i do it. macam loser je kan. but my husband always n always make me feel better. and make me feel a bit strong. or make me believe that i'm still attractive eventho muka selekeh or buruk gila sebab rasa tak sihat. or baru lepas muntah depan dia.

hari tu pun masuk hospital lagi sekali. UTI. ingatkan sakit lain, cuak takut2 baby kena pape. bila ada sorg medical officer (lelaki) yang amek blood pressure tu tnye, pernah scan ke tak sblm ni, sbb nak make sure the baby is in the right position or not (nauzubillah), aku dah fikir macam2 dah. sebab simptom yang aku describe kat dia tu buat dia suspect camtu kot, lagipun memang aku tak pernah pergi scan lg, sebab bila jumpa doktor pun dia cakap takut tak berapa nampak pape pun except macam ada bulat kecik dalam perut. dia cakap nanti ada sorang doktor perempuan akan examine and scan the belly. dalam hati doa2 bukan macam apa yang aku takutkan. my husband cakap, kita tengok dulu camna and redha je dengan apa2 keputusan pun.

ok, masuk dalam, doktor check, alhamdulillah baby dalam uterus, not anywhere else. cuak ok. ectopic pregnancy is not something that i'm prepared my mental with. and somehow bila dapat tengok baby tu terus hilang rasa sakit yang mencucuk2 tadi. and i noticed my husband smile, the kind of smile that can rarely be seen. the sincere one :)

ok la, dah dpt tengok baby, sihat semua, jantung dia berdegup laju je. i feel so happy, so blessed rasa nak nangis je masa tu. but we're not done yet. kena tunggu urine test plak, tunggu punya tunggu, lama la plak, almaklum la, hospital kerajaan, lepas tu ramai pulak patient malam tu, hubby cakap dia lapar. aku pun lapar gak sebenarnya masa tu, so kitorang lari pergi mcD jap, hehe. at least takdela bazir masa menunggu sambil berlapar kan. bijak tak kami?haha

dapat result, confirm UTI. so dapat antibiotik, balik rumah sambung tido.

Sunday, May 8, 2011

another 196 more days and i'm worried where the baby should be delivered...penat jugak la mata ni ngadap laptop baca forum, komen2 para ibu tempat terbaik nak bersalin. haih~

hospital kerajaan kah? hospital swasta kah?

the thing is as a muslim, ada few important stuff yang perlu diambil kira bila masuk bab2 bersalin ni, paling penting utamakan doktor beragama islam sebolehnya untuk menyambut kelahiran bayi, women first then men, then kalau dah xde option lain baru cari doktor bukan islam, perempuan dulu br lelaki. tapi sebolehnya aku nak dapatkan doktor perempuan islam la yang menyambutnya nanti. dan kalau nak pilih doktor sendiri obviously kena pergi hospital swasta la kan. hospital kerajaan takde masa nak layan kehendak camtu, ikut nasib la kan. kalau dapat doktor perempuan alhamdulillah. cuma tricky nye kat sini, nak cari hospital/klinik swasta yang ada service untuk deliver baby dengan harga yang berpatutan. tu yang duk survey2 forum tu. ada gak la few input berguna. cuma kena bincang dengan husband dulu la yang mana dia setuju.

oh, last friday terpaksa ajak kawan single terbaik. hehehe, cik mira ke mid valley. sebab dia sorang je yang rasanya available nak teman mak buyung yang excited nak pergi mom & baby expo tu. dapat goody bag yang menarik. ada beli few important stuff jugak such as cloth diaper (yes, try to be a green-mom here!!!) and botol susu, dah tu je yang tergerak nak beli, padahal kalau diikutkan banyak lagi yang nak diangkut,sebab dah prepare duit dalam kad lg,hahaha tapi alangkah sedih sebab kudrat yang x seberapa menghadkan proses pembelian. tu pun duk tercungap gak la, nasib baik perut belum besar lagi, kalau dah besar xtau camne...haih

tu je buat masa sekarang, walaupun ada problem dehydration last week sampai masuk hospital pukul 3pagi, sekarang ni dah makin ok rasanya, alhamdulillah...harapnya tak de lagi la recurring event camtu, pucat ye muka husband tengok bini dia 1st time jadi lembik camtu, dapat gak la merasa duk atas wheelchair, hehehe

anyway, selamat hari ibu buat ibu tersayang, Hjh Rosnah Hussin, doa anis hanya yang baik2 untuk mak. tak lupa juga utk ibu mertua, Hjh Nosidah Abd Kadir, doa yang baik2 untuk mak juga :)

Wednesday, April 20, 2011

nature boy




~The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return~

Friday, April 15, 2011

8 weeks and counting

by the time aku letak post baru yang ini 'permintaan', i'm already pregnant for few weeks, so maybe perasaan nak tulis post tu related to my changing hormone :). actually, byk ups and downs juga before and after figure out that i'm pregnant. but, alhamdulillah everything is back to normal now, as it should have been.

sekarang ni, i just need to take a very good care of myself. alhamdulillah my husband banyak membantu. normally, the 1st trimester ni la yang banyak beri cabaran la kot for first time being pregnant. tapi alhamdulillah jugak, since aku banyak jugak dengar yang ramai perempuan memang teruk condition masa 1st trimester, i'm just experiencing a mild nausea, a little bit of vomitting here and there. i'm so glad about that. as long as aku tak lewat makan, i'll be fine. sebab once aku dah masuk angin, memang ada possibility nak muntah, tapi tak severe pun. and my husband always make me feel comfortable in every way that he can.

aku cuma mengharapkan kesihatan yang baik sepanjang masa mengandung ni, kesihatan yang baik juga untuk baby and of course untuk husband jugak la kan, or else siapa yang nak tolong aku kalau husband sakit...hehe. and hopefully Allah memudahkan segala-galanya untuk kami sekeluarga. Amin

pregnancy calendar

Saturday, April 2, 2011

ada gembira, ada sedih

bencinya bila ada perasaan yang cukup menyakitkan hati tapi tak sanggup nak luahkan. either pada orang lain atau tulis dalam blog. haih~~. sebab tak boleh luahkan?sebab aku tahu mengaibkan orang lain tu berdosa, apatah lagi kalau orang yang aku geram sangat2 tu adalah orang yang rapat dengan aku. aku sepatutnya gembira sekarang ni. SEPATUTNYA. tapi kegembiraan tu cepat betul dimusnahkan oleh rasa tak bertanggungjawab manusia lain. benci. Ya Allah, tabahkanlah hatiku. dorongi aku ke jalan yang Kau redhai.

Friday, March 25, 2011

macam2

rabu lepas tayar bocor lepas langgar lubang besar siap ada besi lagi dalam lubang tu. haih~~ dugaan.
tersadai tepi jalan. call husband. hopeless nak tukar sendiri. socket wrench dalam kereta tak muat plak dengan nut tayar. haih~~ dugaan lagi.
husband pergi cari wrench yang lain.
tunggu punya tunggu, ada kereta chevrolet optra silver stop belakang kereta. dia nak tolong. very unexpected. very much appreciated by his help. tp unfortunately saiz wrench dia lagi kecik untuk nut kereta aku. tapi dia cakap dia boleh hantar aku pergi hardware store, cari saiz wrench yang sesuai. tapi aku cakap takut husband aku sampai jap lagi. so i said no to him nicely. very nice guy.
husband sampai few minutes later. tukar tayar. alhamdulillah. then tengah busy tengok tayar ditukar (ni je keje aku), the same nice guy datang semula with a different wrench. sangat2 tak disangka. baiknya dia. terima kasih banyak2.
aku rasa aku pun tak sebaik hati macam tu, nak tolong orang kat tepi jalan.


kagum dengan kebaikan hati lelaki cina tu. dah la tak tanya nama apa. cuma tau dia bawak kereta apa. no plate kereta pun tak try nak ingat. cuma ingat WLS je. takpela, aku doakan dia baik2 je. may God blessed that guy.

Monday, March 21, 2011

permintaan

sebelum bernikah dulu, aku dan suami pernah berbincang untuk menangguhkan dulu tentang kelahiran 'orang baru'. mungkin sebab aku rasa belum cukup masa untuk kami saling kenal mengenal, tapi bila difikir-fikir kami ada sepanjang hayat kami (insyaAllah) untuk saling mengenal, seumur hidup untuk menghabiskan masa bersama, tapi perancangan keluarga ni bersyarat, only about a year, then after a year we'll start planning to have a baby (or babies?? :p). but now, after almost 6 months of happily married (alhamdulillah, eventho ada je gado2) as a woman, it is a natural feeling maybe, the feeling of having another life inside the womb makes me pretty excited to get pregnant as soon as possible. lagipun tujuan perkahwinan itu sendiri memang untuk menambahkan zuriat serta menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. tapi nak buat anak pun tak semudah yang disangka, eventho ada je yang terus pregnant from the 1st time having sex whatsoever. tu rezeki Allah nak bagi la kan.

tapi aku redha kalau Allah belum nak bagi apa2 rezeki untuk kami, sebab aku tau ada je pasangan suami isteri yang tunggu bertahun2 untuk kelahiran zuriat mereka. dan mereka tetap sabar. aku harap aku setabah itu. cuma mungkin apa yang aku boleh buat sekarang adalah berdoa. doa agar kami dikurniakan zuriat yang sempurna fizikal, baik akhlaknya dan bertakwa.


antara doa yang patut diamalkan adalah


1) surah Ali 'Imran:38

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) Doa.


2) surah al-Anbiya':89

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.


link



mahu buat macam2 untuk bakal baby sendiri. tak tau la ni cuma angan2 je ke atau bakal menjadi kenyataan, haha. tapi impian tu kena ada, barulah ada semangat nak buat. ok. tu cerita nanti2. cakap je lebih. =)

Friday, March 11, 2011

favourite malay male singer

always and always been anuar zain. :D
my husband jeolous kalau i praises about other guys, coz my adoration pada jejaka2 yang aku minat ni kadang2 mengalahkan adoration aku pada encik suami. tu yang dia jadi geram. tapi nanti dia counter attack cakap, "takpe, bukannya sayang kawin dengan diorang pun, kawin dengan abang gak" lepas tu dia gelak jahat. fine, fine. (-.-)

minat minat pun, bukannya aku tau sangat pun perkembangan terbaru abang nuar ni (eh, macam teringat ada kawan panggil dia abang nuar, sape eh?). ada orang publish post kat facebook pasal lirik sedetik lebih, then cari la lagu apa sebenarnya, rupanya soundtrack untuk movie merong mahawangsa, aku tak tau lirik yang melayu, sebab yang selalu keluar kat tv, version english punya :p so, dah dengar tu, cari2 lagi la lagu anuar yang tak pernah dengar. ni antaranya.

ok, my love, i tujukan lagu ni untuk u...walau i suka kat anuar zain macam mana pun, i'm yours till death do us part. ok :)


Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

http://www.youtube.com/watch?v=Y8sojgs-4Zg&feature=related




p/s: xnk embed html (video) sbb width video bsr sgt untuk width post aku.

Wednesday, March 9, 2011

berpenyakit malas

bila dah bersuami ni aku jadi makin malas nak update blog, macam nak cerita, tapi last2 malas nak taip, kadang2 dah taip tapi malas nak publish. macam2 alasan betul. dah la masih tak buat lagi correction tesis. nak betulkan tajuk pun tak buat2 lagi dari hari tu. tak tau la nak jadi apa. heh. lagi best duk borak2 dengan husband, baring depan tv, makan2 kot (alasan).

bila prof zul (co-supervisor) tanya soalan cepumas "takde niat nak sambung PhD ke?" lepas abes presentation bulan lepas, aku senyum2 kambing je, jawab "bukan sekarang kot prof, tunggu saya ready la agaknya" tah bila nak ready.

tapi nak tak nak kena jugak siapkan buat correction tesis tu. tolong la jadi rajin. sebenarnya, kalau rajin, 60 hari pun lebih dari cukup nak siapkan correction tu. tak banyak sangat. tapi leceh (alasan lagi). baiklah, cuba juga la nak siapkan within this two weeks. sebulan berlalu macam tu je, membazir masa tak buat pape. hohoho

Tuesday, February 8, 2011

hari ini

sementara nak tunggu student, nak curi masa update sikit.

1) super duper glad to see my brother n his whole family yang dah 4 tahun tak jumpa since dia buat PhD kt surrey, england...really misses them so much...kimi cool gile buat muka salam semua org yang jemput dorang kat KLIA (or maybe he's being indifferent, kot...hehe, who knows) and luqman started showing off his 'action' (being cranky, of course) right after seeing so many unfamiliar faces. yela, masa dia ikut parents dia baru je few months old, practically he doesnt even know all those people yang duk tengok2 dia dalam stroller tu, he got scared, i guess...

2) i'm so not in a great mood when knowing that my mother is not in the best condition. she has been laying in bed for the past few days, so sick yet i cant even find the time to see her. i made a promise to myself to come back home this friday right after my viva, yes another heartbreaking sad news, my master viva, FINALLY!!!

3) my sister is coming back home, yeahhhhhhhhh!!!!! in a couple of days, baru je 4 bulan dia balik egypt dah balik cuti semula...hehehe, terima kasih kerajaan mesir sebab membuatkan rakyat sendiri merusuh, so student2 malaysia boleh balik di sponsor ;p

4) kena belajar buat business proposal, nak bagi orang yang banyak duit bagi pinjam kat orang yang tak banyak duit macam kitorang ni. kali ni bukan main2, tak tipu, ni bisnes betul2 punya, bukan jenis bisnes MLM, confirm. nak modal besar dengan harapan dapat untung lagi besar. ahahaha...kena serius :)



anyway, yang no 4 tu cuma rancangan je dulu. tapi kalau itu la jalan yang terbaik untuk kami berdua n bakal zuriat kami, insyaAllah kami rela bertungkus lumus usaha. lagipun rezeki tak datang bergolek, usaha dan ikhtiar kena ada, tawakal dan doa sememangnya perlu. mana la tau nanti kalau menjadi bisnes plan ni, kot2 la aku leh tolong orang lain ke kan. :)

Saturday, February 5, 2011

glad

1) so damn glad to hear news bout my sis yg study kat alex, egypt...she's doing fine, alhamdulillah...

2) finally, living together as a couple, by ourself...rented a small apartment, me gladly playing housewifey at home without any guilt. haha

3) opportunity comes in, trying to figure out the next moves, if everything went as according to plan, insyaAllah everyhting will happen as we planned it.

so many great thing happens...i'm so glad, syukur alhamdulillah :)

Thursday, January 27, 2011

new everything

bulan januari dah nak habis dah pun, tapi 1 post pun tak terupload. malas je puncanya. hehe. btw, cari2 masa nak buat blog header baru (sebab baru pandai buat -_-") search kat internet benda lain, jumpa benda lain, maka me'rajin'kan diri. haha.

sekarang tengah gila belajar crochet. ni semua gara2 adik kesayangan yang belajar kat alex tu bawak balik cuti last year - crochet kit for kids...mula2 macam rasa susah sgt nak follow instructions tapi lepas tu makin gila pulak nak buat. sekarang ni la. konon2 banyak masa free so bazir2 masa buat pattern macam2, siap subscribe e-pattern lagi. erkk o_0