Monday, March 21, 2011

permintaan

sebelum bernikah dulu, aku dan suami pernah berbincang untuk menangguhkan dulu tentang kelahiran 'orang baru'. mungkin sebab aku rasa belum cukup masa untuk kami saling kenal mengenal, tapi bila difikir-fikir kami ada sepanjang hayat kami (insyaAllah) untuk saling mengenal, seumur hidup untuk menghabiskan masa bersama, tapi perancangan keluarga ni bersyarat, only about a year, then after a year we'll start planning to have a baby (or babies?? :p). but now, after almost 6 months of happily married (alhamdulillah, eventho ada je gado2) as a woman, it is a natural feeling maybe, the feeling of having another life inside the womb makes me pretty excited to get pregnant as soon as possible. lagipun tujuan perkahwinan itu sendiri memang untuk menambahkan zuriat serta menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. tapi nak buat anak pun tak semudah yang disangka, eventho ada je yang terus pregnant from the 1st time having sex whatsoever. tu rezeki Allah nak bagi la kan.

tapi aku redha kalau Allah belum nak bagi apa2 rezeki untuk kami, sebab aku tau ada je pasangan suami isteri yang tunggu bertahun2 untuk kelahiran zuriat mereka. dan mereka tetap sabar. aku harap aku setabah itu. cuma mungkin apa yang aku boleh buat sekarang adalah berdoa. doa agar kami dikurniakan zuriat yang sempurna fizikal, baik akhlaknya dan bertakwa.


antara doa yang patut diamalkan adalah


1) surah Ali 'Imran:38

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) Doa.


2) surah al-Anbiya':89

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.


link



mahu buat macam2 untuk bakal baby sendiri. tak tau la ni cuma angan2 je ke atau bakal menjadi kenyataan, haha. tapi impian tu kena ada, barulah ada semangat nak buat. ok. tu cerita nanti2. cakap je lebih. =)

No comments: