Monday, February 23, 2009

project runway


definitely bukan pasal show 'project runway' yang aku minat tengok tu.


aku ada satu keinginan. disebabkan keadaan hidup yang agak kucar kacir (sekarang ni, rasanya), aku pernah terfikir untuk nak larikan diri jauh2, sejauh mana?ke mana?mana2 pun boleh, asalkan hilang daripada pandangan manusia2 yang aku selalu jumpa.

soalan2:
macam mana dengan keluarga?kawan2?mahu lari sendirian?tak sunyi kah?kau rasa boleh survive?

jawapan:
keluarga mana boleh dipinggirkan. kawan2 boleh kenal yang baru. lebih mudah nak urus bila sendiri. cari hiburan kalau sunyi. mungkin, siapa yang tahu tentang tahap independent diri aku dan survival method yang aku cipta sendiri.

soalan lagi:
sampai bila mahu lari?pengecut.

jawapan:
sampai penat. aku memang pengecut.



dan antara misi untuk tujuan pelarian semacam yang aku inginkan ini, aku bercadang nak menutup semua akaun (bukan akaun bank, ya saya tau tak kelakar) dunia maya seperti friendster, facebook, flixster, dan bermacam2 lagi. sebab aku tak mahu orang jumpa aku. tak mahu orang cari aku. kata nak lari, kena la menghilangkan diri. betul? dan bila kau cuba search nama penuh aku kat google pun, paparan "no search found" akan tertera. oh, tapi mahukan itu terjadi?


tapi aku dah mulakan dengan men'delete' akaun flickr. reason:
1) aku memang tak pro amek gambar
2) aku tengah sengkek, pokai tahap tak mampu (ni alasan pe ni??)
3) impulsive- without hesitation terus delete


so lepas ni mungkin akaun2 lain akan menyusul untuk menunggu giliran untuk di hapuskan. Justify Full*mungkin juga tidak*.


---------


lawak malam tadi *sori sebab lambat sket pick-up lawak tersebut*


kalau orang cakap betul, kita cakap 'right', right?
tapi kalau orang cakap salah, kenapa kita tak cakap 'left', right?


haha, if u dun find this funny, please read another blogs available. sekian.


:)


Sunday, February 22, 2009

sssshhhhhhhhhh!!!


i should probably just keep my mouth shut. sometimes, i went overboard talking (rambling, most definitely) about something. never really realize it until it was too late. kalau cakap pasal benda baik kira ok la kan. but if we talks about something which is good (in my opinion) tapi it sounded bad on the others, it might probably brings out not so much of a great response.


haih. should have known that from the very beginning.


pepatah orang melayu "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya"


these past few days, aku banyak teringat balik benda2 yang aku dah 'ter'cakap, yang sepatutnya aku tak cakap. well, mistakes happen all the times.


--------


sekarang aku rasa agak merana. sebab?duit.


takde duit memang buat hidup merana. memang betul hidup bukan semuanya tentang duit. tapi kita perlukan duit untuk keperluan meneruskan kehidupan. aku tak perlukan duit yang banyak. tak juga perlukan yang mewah2, tapi cukup sekadar menampung kehidupan hari ini, dan untuk menempuh hari2 esok. nak bayar tu, nak bayar ni. hutang situ, pinjam sini.


rasa stres.


aku mintak kerja pun orang tak panggil2 untuk di temuramah. camane?



aku nak cakap macam ada sorang selebriti ni kat majalah. *not the exact line, tapi lebih kurang macam ni la dia cakap, aku tukar sikit2 ikut keperluan aku*

"saya bukannya gadis yang materialistik. tapi saya perlukan pasangan hidup yang berkerjaya, dan berpendapatan tinggi yang boleh menjamin kehidupan saya kelak. sebab taraf kehidupan sekarang yang tinggi, memerlukan kos yang banyak."



so, maknanya apa?haha. berangan jela erina. berangan jela...


mimpi itu indah. tapi bila tersedar jangan pula kau melatah :)



Sunday, February 15, 2009

mimpi kita tak pernah sama

cerita hari semalam:


semalam ramai sangat manusia. terlalu ramai. kalau bangunan runtuh mesti tinggal sikit je manusia kat KL ni (ish erina, tak baik tau cakap macam ni).

ada orang buat wedding on ice. wah, kagum.



------


cerita hari ini:

mimpi #1

aku rasakan hangatnya cinta itu
aku sembunyikan cemburu itu
aku sandarkan pada kepercayaan itu


tapi
aku tetap jauh
jauh dari hatimu
malah bayangmu tak pernah ku sentuh


hakikat
kau terlalu kejam



mimpi #2

mimpi semalam
kenapa kau datang
menagih janji
yang telah lama aku kuburkan
bersama angan-angan
yang singgah tak pernah lama



mimpi #3

siapa aku di matamu, kasih?
siapa aku?


dimana tempatku di hatimu, kasih?
dimana tempatku?


sampai bila harus begini, kasih?
sampai bila?



--------


p/s sekarang aku sedar aku kena percaya pada instinct aku (bukan semata2), tapi aku boleh percaya pada instinct aku. aku sedar tentang perkara yang satu ni.


p/s/s can a holiday save me from all of this chaos?

Friday, February 13, 2009

sape yang tak suka kalau orang nak belanja??

sila angkat tangan...haa, mesti takde (dengan penuh yakin) sebab gerenti takde orang yang nak tolak rezeki, betul tak?


aku baru di offer untuk pergi bercuti di sabah. yang bagusnya aku cakap aku tengah sengkek, aku sesaje cakap aku nak dia belanjakan tiket pergi balik. serius je dia reply, 'ok'. cis, mentang2 la kau dah keje n tambang tiket murah, cepat je ko reply 'ok' ye. then dia cakap, 'aku tak kesah kalau nak bayarkan tiket tambang kau'. horray!!!


so, kalau tiada aral melintang dan umur masih panjang aku akan bercuti di sabah. yeiihaaaa, tapi bukan sekarang atau bulan depan, tapi bulan 10. ye kawan2, bulan 10 nanti. 8 bulan menunggu. sementara tu boleh la berangan dulu. hahahaha.



p/s bulan 10 nnt kalau aku tak mention apa2 pasal sabah, makanya itu petanda aku tak jejak kaki ke sana.

Thursday, February 12, 2009

PGL rules!!!

Except for a few 'mishaps' during the performance, aku rasa tak ada benda buruk yang aku boleh komplen pasal teater musikal Puteri Gunung Ledang. It is just fantastic, for a first timer, going to a musical theater performance is something that i'm looking forward to. I'm deeply engrossed with the story line, the actors, their performances.


They are all nothing but a great performer, entertain us with a great story, alongside with a great sound system which makes us hear the most beautiful voices through their songs, and their dancing, just fun and enjoyable. The props and all the effects are great too. And as i mention earlier, I'm just thrilled to be watching PGL the musical as my first theater performance.

Great performance

Great whole bunch of actors

Great lighting

Great sound system

Great everything

n feeling great sempat gak jumpa few artists...even if it is just from afar ;D

The experience is incomparable. I guess u just have to be in Istana Budaya and enjoy it yourself so that you'll be able to understand the excitement that i feel. Tapi ini last season Tiara berlakon dalam PGL the musical n the tickets are sold out. So, that's why i'm so grateful sempat dapat tengok this time around. Hehe...


No pics. Just me rambling bout the whole experience of my PGL nite out.



p/s: I caught myself spinning hearing Stephen Rahman's voice. Makes me drooling, n lelaki duduk sebelah aku mesti rasa annoying gila bila aku buat ayat :"wah, sedapnya suara dia". Haha, do i look like i care?

p/s/s Kaki ketar2 sebab rasa jakun melampau n tak pernah jumpa ramai artis dalam satu tempat n satu masa yang sama. Drive balik pun masih rasa ketar gak, nasib baik selamat sampai rumah..hehe


Monday, February 9, 2009

alasan






kita (ye, kamu2 sekalian dan aku juga) selalunya (tp bergantung pada individu la kan) akan cari alasan kalau nak mengelak daripada melakukan/berjumpa/bercakap (walau apa jua aktiviti) dengan seseorang/sesuatu. betul tak?


kadang2 kita buat/cipta alasan dengan niat untuk mengelakkan rasa kurang senang/sakit hati pihak yang satu lagi. selalunya aku buat macam tu la. tapi menipu dengan bagi alasan, dua benda yang berbeza ke? ke sama je? konfius.


tapi sekurang2nya kalau nak bagi alasan pun, at least bagi la alasan yang logik, relevan dan munasabah. jangan sampai terkantoi. nanti dua2 pihak pun akan rasa kurang syok. sebab dah rasa macam terpaksa dan memaksa.


last week rasanya, aku dengar dan tengok hot fm punya pagi show (am crew) dan topik yang diorang diskus ialah tentang alasan yang tidak munasabah. banyak la dengar cerita kelakar pasal alasan2 yang orang lain buat semata-mata nak break dengan partner diorang. ada 1 kes ni, aku rasa kelakar sebab ex-bf dia nak break dengan dia sebab dia naik 3 kilo, previously berat dia 49kg, then naik jadi 52kg. ex-bf dia ckp kalau pakai seluar pun dah tak cantik (wtf!!). n to make it worse, aku rasa tertampar sama la kan sebab perempuan tu sama tinggi je dengan aku n berat sama dengan aku gak. so which means, aku ni gemuk la kan kalau lelaki macam ex-bf perempuan tu jumpa perempuan macam aku. cis cis. aku healthy ok (based on scale herbalife cik mira tu) cuma kena minum banyak susu je (apa kaitan? oh, bone mass aku kurang daripada yang sepatutnya...hehe). back to the story, pada aku kalau kau dah tak suka, tak payah la nak bagi alasan macam ba-alif-nga-alif-nga (eja sendiri ye). kau cakap je tak suka, senang cerita. bercinta mana boleh paksa2 (ewah2 pandai je ko erina nak ckp cenggini, kau tu macam hebat sangat). kalau dah jumpa orang lain lagi best, cakap jela. ini tak, naik 3kilo terus nak break, apa kes? ni namanya ba-wau-dal-wau-ha (eja sekali lagi) tau??


ewah2, sedap betul aku nak kutuk2 orang. ini contoh je. maksudnya, kalau la kau nak bagi alasan pun, biar macam aku cakap tadi, logik, relevan dan munasabah. jangan buat alasan macam sampah. buat orang lagi benci. truth hurts. yes, everybody knows that. tapi biar kau sakitkan orang dengan kenyataan yang benar daripada kau sakitkan hati orang dengan kenyataan yang tak masuk akal.


lagi 1, kadang2 aku boleh tau kalau orang tak jujur dengan aku. i can 'smell' it. kalau aku tanya, jawab je jujur. kalau tak nak bagitau, cakap la 'aku tak boleh nak cerita/bagitau'. aku boleh faham. sebab itu hak kau nak cerita atau tak. tapi jangan buat alasan ok. tapi kalau terpaksa jugak, kena gak bagi alasan, bagi alasan yang logik, relevan dan munasabah. ok? aku tak marah.




p/s tadi mak bagi resipi buat nangka muda masak lemak, oh kalau rajin petang ni nak pergi pasar. operasi mencari barang tak tersembunyi. jom. nak ikut?






Saturday, February 7, 2009

terapi

orang cakap kalau kita bela binatang, ia merupakan satu terapi. tapi aku tak berapa gemar nak sentuh binatang yang comel2 yang boleh dijadikan binatang peliharaan, contohnya kucing or arnab. senang cerita aku tak berapa nak kawan sangat la dengan binatang berbulu. atas sebab2 t'tentu. ada tragedi yang menyebabkan aku agak fobia nak menyentuh/membelai haiwan2 tersebut. bukannya aku yang mengalami tragedi tu, tapi dengan menjadi saksi kepada sebuah episod yang tak akan pernah luput daripada ingatan.



tapi mak memang sayang binatang. adik pun. siap cakap dengan kucing lagi. abah tak. aku bukannya tak sayang/suka tapi tak boleh. i mean, belum boleh. maybe suatu hari nanti. kat rumah, ada seekor kucing betina yang aku rasa dah bertahun2 mendiami rumah aku di pontian nan indah itu. aku tak ingat mak bagi nama apa. tapi aku panggil dia kucing betina gatal, sebab setiap kali aku jumpa dia mesti perut dia berisi. i mean, aku tak leh nak kutuk dia gatal sebab dia hanyalah binatang yang tak berakal, tapi aku ingatkan kalau dah tua macam tu takde la nak pergi membunting lagi. tapi sekali lagi, dia hanyalah binatang yang tak berakal. dan seingat aku dalam banyak2 kali kucing betina gatal tu bunting, jarang2 ada anak yang survive, kecuali anak dia yang adik bongsu aku (or mak) bagi nama Abu dan ada seekor lagi yang aku tak tau apa namanya, iaitu adik Abu. Abu ni masa kecik2 comel je, walaupun aku tak pernah sentuh tapi aku leh gak bagi komen2 yang baik pasal kucing2 kat rumah aku tu. tapi bila dah besar, aku takut tengok muka dia, macam kucing jantan yang garang, aku rasa dia dapat muka gen bapak dia kot. Abu n adik Abu ni aku rasa lain2 bapak, sebab bulu langsung tak sama kaler. haa, tak salah kan aku panggil mak dia kucing betina gatal. eh, tapi dia hanyalah binatang yang tak berakal.



ok la, kenapa kali ni aku rajin sangat nak taip panjang2?



sebab tadi tolong bagi makan binatang yang cik dayah sabun roomate feveret aku tu bela, dia bela seekor arnab hitam yang diberi nama Momo (yeke dayah?ke ko tukar nama lain?). well, masa mula2 takut gak la, walaupun aku cuma diamanahkan untuk letakkan carrot dan makanan kesihatan si Momo tu dalam bekas makanan dia. seram tu, aku kan tak reti nak bercampur gaul dengan binatang berbulu, takut la kot2 masa aku bukak pintu kandang dia tu, dia melompat keluar. satu keje la aku nak kena pegang dia masuk balik kandang. tapi perkara tu tak terjadi.nasib baik. tapi lepas dah bagi makan tu, aku duk mencangkung tengok si Momo tu makan, dalam hati aku, aku terasa duk tengok binatang ni leh buat aku lupa sekejap pada masalah2 aku. buat aku rasa senangnya hidup jadi binatang peliharaan. ada orang bagi makan, ada orang tolong mandikan, tempat tinggal disediakan. tapi macam aku mention la, binatang tetap binatang, tidak berakal. aku kena bersyukur, sebab dilahirkan sebagai manusia, punya akal, hati dan perasaan. tapi eventho seronok je tengok si Momo tu dalam kandang, aku tak larat la nak ngadap dia lama2, sebab busuk...hehehe (aku tak diamanahkan untuk membersihkan Momo so, faham2 jela ye...penuh kandang dia dengan najis2 yang bulat2 itu) kesian kau Momo, tunggu tuan kau balik esok tau, nanti dia mandikan n bersihkan kandang kau tu, ok?



Justify Fullok lah, now introducing...





MOMO



Tuesday, February 3, 2009

i'm getting lazier by the day

kalau dulu memang rajin nak taip banyak benda, pasal semua2 lah...daripada yang paling mudah ke yang paling complicated...kalau boleh nak cerita semua...tapi sekarang ni dah lain pula...rasa malas teramat sangat...


n by the way...daripada entri yang cik daiasabun baru je letak tu (hanya berkaitan fakta nombor dua), aku saja je nak cerita pasal hal malam semalam...a phone call...n remembering the fact that i feel comfortable talking to that particular person...*sigh*


well...


memang blur la sangat2 sekarang ni...otak macam berkarat je...how to feel more energetic?drink energy drink? lately ada problem nak tidur...susah sangat nak lelap mata, n consequenses nye aku selalu lambat bangun tidur...bila dah bangun lambat, lagi la malas nak buat apa2...how i wish whatever that i wish for do come true, so that i wont feel this bad...



oh aku patutnya lebih bersyukur



p/s entri kat bawah ni tiada kaitan dengan sesiapa atau apa2 keadaan