Monday, February 9, 2009

alasan






kita (ye, kamu2 sekalian dan aku juga) selalunya (tp bergantung pada individu la kan) akan cari alasan kalau nak mengelak daripada melakukan/berjumpa/bercakap (walau apa jua aktiviti) dengan seseorang/sesuatu. betul tak?


kadang2 kita buat/cipta alasan dengan niat untuk mengelakkan rasa kurang senang/sakit hati pihak yang satu lagi. selalunya aku buat macam tu la. tapi menipu dengan bagi alasan, dua benda yang berbeza ke? ke sama je? konfius.


tapi sekurang2nya kalau nak bagi alasan pun, at least bagi la alasan yang logik, relevan dan munasabah. jangan sampai terkantoi. nanti dua2 pihak pun akan rasa kurang syok. sebab dah rasa macam terpaksa dan memaksa.


last week rasanya, aku dengar dan tengok hot fm punya pagi show (am crew) dan topik yang diorang diskus ialah tentang alasan yang tidak munasabah. banyak la dengar cerita kelakar pasal alasan2 yang orang lain buat semata-mata nak break dengan partner diorang. ada 1 kes ni, aku rasa kelakar sebab ex-bf dia nak break dengan dia sebab dia naik 3 kilo, previously berat dia 49kg, then naik jadi 52kg. ex-bf dia ckp kalau pakai seluar pun dah tak cantik (wtf!!). n to make it worse, aku rasa tertampar sama la kan sebab perempuan tu sama tinggi je dengan aku n berat sama dengan aku gak. so which means, aku ni gemuk la kan kalau lelaki macam ex-bf perempuan tu jumpa perempuan macam aku. cis cis. aku healthy ok (based on scale herbalife cik mira tu) cuma kena minum banyak susu je (apa kaitan? oh, bone mass aku kurang daripada yang sepatutnya...hehe). back to the story, pada aku kalau kau dah tak suka, tak payah la nak bagi alasan macam ba-alif-nga-alif-nga (eja sendiri ye). kau cakap je tak suka, senang cerita. bercinta mana boleh paksa2 (ewah2 pandai je ko erina nak ckp cenggini, kau tu macam hebat sangat). kalau dah jumpa orang lain lagi best, cakap jela. ini tak, naik 3kilo terus nak break, apa kes? ni namanya ba-wau-dal-wau-ha (eja sekali lagi) tau??


ewah2, sedap betul aku nak kutuk2 orang. ini contoh je. maksudnya, kalau la kau nak bagi alasan pun, biar macam aku cakap tadi, logik, relevan dan munasabah. jangan buat alasan macam sampah. buat orang lagi benci. truth hurts. yes, everybody knows that. tapi biar kau sakitkan orang dengan kenyataan yang benar daripada kau sakitkan hati orang dengan kenyataan yang tak masuk akal.


lagi 1, kadang2 aku boleh tau kalau orang tak jujur dengan aku. i can 'smell' it. kalau aku tanya, jawab je jujur. kalau tak nak bagitau, cakap la 'aku tak boleh nak cerita/bagitau'. aku boleh faham. sebab itu hak kau nak cerita atau tak. tapi jangan buat alasan ok. tapi kalau terpaksa jugak, kena gak bagi alasan, bagi alasan yang logik, relevan dan munasabah. ok? aku tak marah.




p/s tadi mak bagi resipi buat nangka muda masak lemak, oh kalau rajin petang ni nak pergi pasar. operasi mencari barang tak tersembunyi. jom. nak ikut?






No comments: