Wednesday, December 31, 2008

antara care dengan busybody

benda ni macam bila orang cakap, there's a fine line between craziness and a genius. boleh ke di gambarkan seperti itu?aku rasa macam padan je.


boleh ke dua perkataan ni dibezakan? sebab most people akan cakap the only reason dia nak ambil tahu tentang sesuatu perkara/seseorang adalah atas dasar prihatin, ambil berat dan bukannya sebab memang dengan niat nak menyebok (busybody). kalau bertanya sikit-sikit, tapi aku masih tak rasa reluctant nak jawab, masih kira ok lagi. tapi kalau kau tanya banyak-banyak dan aku dah mula buat muka kelat bila nak jawab, sepatutnya kau boleh faham yang aku dah mula rasa yang kau ni macam busybody. aku jenis tak boleh terima bila orang terlampau care pada aku. nanti aku rasa rimas.


well, honestly aku pun macam yang lain-lain jugak. ada masa sibuk nak tahu hal-hal semasa. nak gak duduk bercerita tentang perkara-perkara yang melalaikan. tapi bila benda yang sama terjadi pada diri sendiri, rasa sedikit annoying mungkin.


polisi hidup aku mudah sahaja. aku tak akan bertanya pada orang lain tentang sesuatu yang mereka tak mahu kongsi, so in return aku mengharapkan orang lain buat benda yang sama pada aku. its a matter of privacy. macam aku tulis sebelum ni, i need my own space, dan ramai yang kurang faham tentang konsep itu. tapi aku tak marah, cuma sikit tersinggung bila ada yang pertikaikan. itu sahaja.


aku pun tak nak mencari musuh. aku pun tak ingin tak disenangi orang lain. cuma yela, mungkin aku meminta terlalu banyak daripada orang sekeliling. dan mereka tak dapat memberikan kerjasama. itu yang rasa semacam kurang best.


kebelakangan ni ada yang menegur, aku tulis dalam blog seperti orang sedih. i should start new year with a new attitude, i guess. so takde la spekulasi yang aku ni nampak macam damaged/ruined.


aku masih orang yang sama. cuma inginkan sedikit ketenteraman dan mengidamkan kedamaian dalam hiruk pikuk dan hingar bingar kehidupan.

Sunday, December 28, 2008

Good bye and Welcome

Tahun baru menjelang lagi. selamat tinggal 1429 H. selamat datang 1430 H. semoga segala yang baik dan indah berlaku sepanjang tahun depan. doa yang panjang demi kesejahteraan semua. semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.


---------


1429 H ditinggalkan dengan doa akhir tahun. dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib, pada hari terakhir bulan Zulhijjah. sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah syaitan: "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua." diharapkan dengan membaca doa ini, Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa kita yang setahun lalu.

Terjemahan Doa Akhir Tahun:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


----------


1430 H disambut kedatangannya dengan doa awal tahun. dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib, pada hari pertama bulan Muharram. sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

Terjemahan Doa Awal Tahun

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


-----------------------


semoga dengan kedatangan tahun baru ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Amin.


Saturday, December 27, 2008

betul ke kita tak boleh dapat apa yang kita nak? kalau kita berusaha, mesti ada ganjarannya kan?

well, aku cuma nak jadi manusia yang tahu dan faham tentang konsep bersyukur. kalau dulu mungkin aku akan hentak-hentak kaki tanda protes, dan mungkin juga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar kalau aku tak dapat apa yang aku nak, tapi itu dulu. rasanya lah. sekarang ni, lebih menuju ke arah ingin rasa bersyukur dengan apa yang dah diberikan. sebab itu yang terbaik buat masa ini. mungkin.

mungkin kedengaran seperti seorang yang mudah pasrah. tak mahu berusaha lebih untuk mendapatkan apa jua yang diinginkan. tapi apa yang kita tahu tentang masa akan datang. aku hanya buat keputusan pada masa ini. untuk kepentingan pada masa ini. yang ini aku pasti. mungkin.



------------



a bit gloomy with all the commotions surrounding me lately. disturbing somehow. and forlorn too. confused perhaps. fake smiles, fake laughs. my forte.

feel normal

semalam masih rasa cuak, tapi hari ni semuanya sudah pun terjawab segala persoalan yang membelenggu akal


saya rasa normal semula


sekian.


p/s disember mmg bulan malas

Monday, December 22, 2008

[monolog] part 3


walau hujan lebat malam tadi,

walau berat hati diuji,

walau tiada cahaya menanti,

walau sukar melangkah pergi,

aku tetap di sini.

mahu terus gagah.

dan tiada lagi sesalan.

hanya bahagia.

walau hanya seketika.




menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia


bait-bait lirik itu buat aku terfikir sudah tidak mahu lagi menulis 'Death Note' untuk diri sendiri.




p/s emosi melampau tidak sihat. jom jalan-jalan. terapi.


Friday, December 19, 2008

[monolog] part 2

aku agak terkesan dengan entri daripada blog ini. aku dan dia punya personaliti yang sama (mungkin) tentang kenapa aku mengalami kesukaran untuk kekal rapat dengan seseorang. aku cakap yang kami mungkin ada persamaan dari segi sikap hanya berdasarkan daripada penulisan dia di blog semata-mata (which is wrong), sebab aku juga percaya dunia blog hanyalah suatu alam yang boleh kau reka cerita macam-macam.


-----------------------------------


satu hal yang aku rasa aku cukup suka pasal diri aku. aku kurang ambil pusing pasal apa yang orang fikir pasal aku. i couldn't care less. tapi ada masa dan ketika bila aku rasa betul-betul vulnerable, segala jenis kekuatan yang ada dalam diri memang punah, ranap, musnah dengan sendirinya.


dan antara sebab kenapa aku tak banyak kawan yang baik dengan aku adalah dengan alasan orang biasanya rasa aku ni susah nak get along with. sebab tu orang buat assumptions. orang anggap aku cold. keras kepala. suka-buat-hal-sendiri-tak-endah-perasaan-orang-lain punya perangai. dan bitter mungkin. tapi aku pun tak berapa suka jadi loner. sebab tu aku masih ada kawan juga. betul-betul kawan. tapi tak ramai. yang lain-lain tu bukannya aku tak anggap kawan. tapi mereka tergolong dalam kategori kau kenal dan kawan demi kepentingan bersama. i'm definitely mean. dont u think so? or is it my own survival methods? who knows.


aku pernah cakap kat seorang kawan lelaki. aku cakap, aku biasanya boleh jadi rapat yang teramat sangat sampai kau rasa aku la kawan perempuan paling best kau kenal. sampai kau cakap "kenapa la aku tak kawan baik dengan kau dari dulu lagi?". tapi dengan pantasnya, tanpa tersekat-sekat aku menjawab, "kita kawan rapat ni pun sekejap je, percaya la pada aku, lepas few weeks or month, sure kita akan bawak diri masing-masing, dan dalam kes-kes yang teruk pun, kita mesti akan lost contact". it happens all the time. tapi kawan aku cakap, sebenarnya aku yang jauhkan diri daripada kawan-kawan. mungkin.


i keep a distance. from everybody. coz i need my own space. my privacy. sebab aku selesa begitu. bukannya dengan angkuh dan sombong aku cakap yang aku ni boleh survive tanpa orang-orang yang aku kenal, tapi ini pendirian aku. apa yang buat aku rasa bahagia. tapi dengan orang-orang yang aku rapat, perkara ni susah la sikit. memang tak boleh nak lari jauh. sebab pusing-pusing nanti aku tetap jumpa dengan mereka juga.


aku tak kisah kalau orang anggap aku pelik. jenis yang susah nk fit in. jenis yang buat hal sendiri. sebab aku rasa aku tak susahkan sesiapa pun. dan aku tak rugi apa-apa pun (bak kata dayah). dan kalau pun ada sesiapa yang terbaca entri ni dan rasa benci+marah+meluat dan perkataan-perkataan lain yang sewaktu dengannya, maka saya minta maaf terlebih dahulu.


p/s bercerita tentang diri sendiri dalam blog buat aku rasa vulnerable juga. tapi ini dunia blog. kau boleh reka cerita yang macam-macam. kau percaya ke apa yang aku tulis?

Wednesday, December 17, 2008

deadline

lepas tengok kalendar tahun depan...aku rasa i'll be 'very' busy. this is my premonition. no, seriously.

i'm hoping for so many things in life which is normal coz humans do have expectations, dreams, hopes, ambitions. it's just a matter of how and when you're going to execute it, and also who's involved during the process, thats going to help you to achieve it.



so many deadlines.

will i be able to keep my feet on the right track?

will i?

pray together with me.

i dont think my prayers alone is enough.

and i dont want to let it go, not yet. not now.



the end is approaching.

teach me to be solemn.

i need a solitary place.

can u provide solely for me?


Sunday, December 14, 2008

u make me the happiest woman ever...no doubt



leading a double life can be fun sometimes...where is this coming from n how do i know such things is fun after all? i guess i'm having one, like at this very moment. or i can say that i have some experience about that. who knows?? n that's the reason for the first statement.


macam jadi spy pulak rasanya. a student during day. a spy whenever your expertise is needed. but worry not. i'm not a double agent. a spy. or anything related to that. i'm just ordinary. plain. pretty much leading a normal life as much as everyone else. at least this is what everyone else thinks. but i beg to differ.


stop this nonsense right away, erina (attention: well, i love to order myself around, but i hate it when someone else does this to me).


-------


since i'm not gonna talk much about ridiculous things, let me review a movie that i watched yesterday...'Los dan Faun'...words that can be used to describe the movie

1-hilarious (find the other related synonyms; they are all of that)
2-worth paying the ticket (well, i only paid rm8 for weekends showtime ;p)
3-all the actors are 'sengal' belaka-(not in the bad way)-this is a compliment, they should feel proud ;D
4-i wanna watch it again-can someone ask me out on a movie date-again??


well, i know, its not really reviewing, its evaluating (is it different??). whatever. by the way, i used to watch movies in a cinema, not a lot, but maybe once a week...3-4 movies a month (is that consider sikit??). n i still keep the tickets, i don't really know the reason for keeping it, i just did. i can be a movie junkie, n i like to watch it better in a cinema rather than watching it from the dvd, n tengok dalam peti magik yang ada keluar gambar gerak-gerak tu...i love the big screen. but i take some time off, few months, i guess from going to the cinema, coz i don't have an acquaintance tagging along. n even if i did go to the cinema, the feeling is.....how to describe it?? unsavory, flavorless, insipid-these are the synonyms to bland. well, again, i'm exaggerating. n nonsense. damn. n utterly rubbish. stop at this very moment, erina!!


anyway, looking forward for 'Yes Man' by Jim Carrey and 'Bedtime Stories' by Adam Sandler. somehow, i love festive season, especially Christmas (don't get me wrong, i love Raya too, but that was for other reasons). coz movies are just great during this time of the year.


p/s got to remind myself. be guarded. be cautious. be very afraid. what the hell am i talking about. again my frens, i'm rubbish talking. n again, i'm not broken or damaged, neither am i disturbed. fret not.


Friday, December 12, 2008

current moods

kalau yang negatif...emosi saya seperti di bawah

MySpace

MySpace

MySpace

MySpace




tapi kalau yang positif...emosi saya macam yang kat bawah ni plak

MySpace

MySpace

MySpace

MySpace


sekian. terima kasih.



p/s jiwa kacau

Thursday, December 11, 2008

[monolog]

Disember...bulan malas-malasan...sebab tu sudah agak lama tak update blog...

------

mahu cerita sikit. ni cerita dah lama cuma aku tak pernah post. tapi entah kenapa aku nak publish entri ni kali ni. mungkin tengah rasa meluat.

------

ada orang tak boleh hidup bersendirian. rasa sunyi. rasa bosan tanpa teman. ada juga orang yang suka hidup menyendiri. kerana lebih selesa begitu. tanpa gangguan.


walaupun kadang-kadang aku lebih rela hidup tanpa teman, rakan @ sahabat, tapi aku juga percaya kita semua masih tetap memerlukan teman mendampingi diri once in a while. tapi kadang-kadang aku rasa meluat. sebab apa? sebab kadang-kadang bila hidup berkawan, kita terpaksa jadi hipokrit.


along the way, somehow kita mesti stumble upon someone yang boleh kita jadikan kawan sepanjang hayat (BFFL-best fren for life). kawan yang kau tak akan simpan rasa sakit hati atau dendam yang berpanjangan sebab masing-masing faham antara satu sama lain. kawan yang kau tak kisah mahu cerita segala benda buruk atau memalukan sebab kau tahu dia tak kan prejudis. dan kalau pun dia menegur kau tau dia buat macam tu sebab dia sayang. dan bukannya sebab nak jatuhkan maruah kau. dengan kawan yang sebegini kau tak perlu hipokrit. tapi dengan kawan yang kau rasa kurang senang, tapi terpaksa berkawan demi menjaga kepentingan masing-masing, tentu sekali kau terpaksa menjadi hipokrit. bukan begitu??depan dia pijak semut pun tak mati, mulut manis, tapi belakang dia habis dikutuk dari sekecil-kecil hal.


well. sekarang ni aku ada sedikit rasa meluat, tak banyak tapi cukup untuk aku tulis entri pasal masalah kecil ini. aku tak tau la samada aku ni yang jenis susah nak fit in atau orang lain susah nak terima. konfius.


pertama, aku kurang senang dengan sikap sesetengah manusia (ya, aku juga judge manusia lain, sama seperti kamu sekalian) yang cuma tahu condemn orang lain, dan bukannya membantu menyelesaikan masalah. kawan sebegini aku abaikan sahaja kehadiran mereka sebab kawan-kawan yang kurang memahami lebih banyak mencebik dan tak punya faith pada aku. dan ini buat aku rasa sedih. sebab aku pun ada perasaan. bertambah sedih bila orang fikir kau sudah jauh tersasar, jadi jahat sedangkan sebenarnya kau masih orang yang sama tapi hanya keluar mencari pengalaman berbeza. sebab aku rasa hidup ni terlampau dull kalau kau tak reti nak cari pengalaman lain.

kedua, aku juga kurang gemar dengan mereka-mereka yang terlalu obses dengan kesempurnaan. sebab orang yang sebegini selalu rasa diri mereka bagus. well, to be honest, itu hak peribadi kau mahu rasa bagus pasal diri sendiri, tapi jangan sampai kau buat orang lain rasa macam sampah. hanya kerana kau rasa kau lebih betul, kau lebih baik. cuba kau kembangkan sikit kotak pemikiran kau tu. tidaklah aku kutuk kau sebagai shallow dalam hati.

ketiga, aku rimas dengan orang-orang yang terlalu memikirkan perkara yang remeh. perkara kecil yang sengaja di perbesarkan. aku lagi rimas kalau kau tak pernah nak bersemuka dengan orang yang kau ada masalah, tapi kau selesaikan dengan cara kau sendiri. kau menyakitkan hati orang lain dalam diam. bukankah itu tindakan kurang matang. sudah dewasa, tapi berkelakuan seperti anak kecil. cuba relaks sikit. tak salah kalau sekali-sekala hidup ni tak seperti yang kau inginkan. jangan la cepat sangat nak melenting.

manusia.

aku juga manusia. aku judge orang lain. aku juga kutuk orang lain. aku pun tak terlepas dari mengata tentang orang lain. tapi aku menilai untuk memastikan sifat-sifat tersebut tak ada dalam diri aku. dan sesungguhnya aku bersyukur punya teman yang tetap melayan kerenah aku dan menerima aku seadanya. sebab kau buat aku rasa sempurna. walaupun banyak calitan hitam terpalit di jiwa ini. sebab bila aku buat silap, kau tetap ada. dan bila aku tanya, kau masih sudi mahu mendengar dan jawab.

aku rasa buat masa sekarang, tiga benda ni je la yang buat aku meluat. makanya kadang-kadang aku rasa hidup aku lebih bahagia kalau aku tak punya kawan. tapi aku masih perlukan kehadiran mereka as much as they still need me (i guess). ianya satu kitaran keperluan hidup.



kata-kata manis yang aku kutip dari blog orang lain
" Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treats you right, forget about the ones who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it."



p/s: dayah, kita memang sehati sejiwa, nanti kalau kau dah keje, nak cari roomate, jangan lupa cari aku. tu pun kalau kita keje kat area yang sama..hahaha