Sunday, December 28, 2008

Good bye and Welcome

Tahun baru menjelang lagi. selamat tinggal 1429 H. selamat datang 1430 H. semoga segala yang baik dan indah berlaku sepanjang tahun depan. doa yang panjang demi kesejahteraan semua. semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.


---------


1429 H ditinggalkan dengan doa akhir tahun. dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum Maghrib, pada hari terakhir bulan Zulhijjah. sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah syaitan: "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua." diharapkan dengan membaca doa ini, Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa kita yang setahun lalu.

Terjemahan Doa Akhir Tahun:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


----------


1430 H disambut kedatangannya dengan doa awal tahun. dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib, pada hari pertama bulan Muharram. sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: " Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

Terjemahan Doa Awal Tahun

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


-----------------------


semoga dengan kedatangan tahun baru ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Amin.


No comments: