Tuesday, May 26, 2009

penat lagi memenatkan

nak kena mkn abc. baru rasa sejuk sikit badan. sebab sakit hati melampau, sebab penat yang bukan haknya kepunyaan. it is someone else's burden, tapi aku dengan baik hatinya mahu ringan tangan menolong. akhirnya memakan diri sendiri. perasaanya seperti mahu menampar2, menumbuk2 tanpa rasa bersalah pada sesiapa yang sudi menjadi punching bag aku. stress woo. meluap-luap rasa marah kat dada ni. tah tak tau nak luah camne dah.

i mean, sudahlah orang yang menyuruh aku tu punya teman yang sama sahaja tahap kebolehannya seperti aku, tapi kenapa tidak mahu disusahkan teman yang spesial itu...aah, mungkin juga sebab kasih melampau, maka tak mahu dibebankan dengan hal2 sebegini. aaahhh...ini tidak adil.

dah la hr2 stres call fly.fm tak dapat2. ni pun boleh mendatangkan marah. sabar erina, sabar (dalam hati).



masih ada esok hari. nak duit. ada sesiapa nak tolong?. damn broke. cit.






by the way, in my lab, we're targeting two luvbirds yang tak segan2 menunjukkan aksi menarik untuk tontonan umum.aku rasa tiap2 tahun pun akan ada cerita macam ni kot, perlu di dokumentarikan. menarik.

smlm
the male luvbird ckp: lps ni sume housemate ko mesti tau pasal cite ni kan
aku cakap: kenapa plak?
the male luvbird ckp: yela, mesti kau gosip2 ngn dorang pasal ktorg kn
aku cakap: takde maknenya. aku tak rajin nak bercerita ngn orang lain. orang lain je yang suke b'cite psl hal aku.
the male luvbird ckp: a'ah la kan...mmmmm

dlm ati (takkan la terasa kot aku cakap cmtu)...hahaha, tu cite lama la, tp lama2 pun, sampai bila2 pn aku ingt, bkn b'dendam atau masih sakit hati sebab orang menjaja cerita, cuma b'ingat lah ye...kalau bukan sekarang, esok lusa tuhan bayar balik apa yang kau pernah buat kat orang lain. i call that karma. either good or bad, it is still the same. be nice to others, jgn m'buat cerita yang tak benar. itu fitnah namanya. kalau hal betul aku pun tak bising2.

Monday, May 18, 2009

kabarkan pada titisan hujan, aku rindu...

mungkin juga rasa paranoia itu kembali menghimpit. walau sudah berkali ditegaskan sudah punya penyuluh jalan. tetap juga rasa gelap. sedihnya tak tertanggung. peritnya tak terluah. sakitnya tak terlihat. namun jika jauh ditenung ke dalam anak mata, tetap ada garis rindu.


sangat suka bayang2 itu

Saturday, May 16, 2009

kerna terpaksa

susah hati juga bila mahu kabarkan berita sedih lagi perit pada teman yang sukar menerima kenyataan pahitnya kebenaran itu.


tapi aku harus berani.



akibatnya? aku juga yang disalahkan.



begitulah selalunya. truth hurts. lagi sakit bila lagi banyak yang aku explain, lagi teruk jadinya.
haih. sudahnya, aku diamkan terus. kurang sikit sakit. aku rasa la.



Leaving someone when you love someone
Is the hardest thing to do
When you love someone as much as I love you

~Celine Dion~



p/s i'm taking my chances rite now, what do you say?

Friday, May 15, 2009

Belated Mother's Day

pagi td (abaikan timeline dia, ni cerita 3hari lps kot) dengar celoteh Pak Nil kat stesen radio era (apasal cakap skema ni??) well, the story is pasal jaga tepi kain orang. kinda agree dengan apa yang Din Beramboi n Aznil cakap. nak buat mesyuarat tingkap pun biar la munasabah. kalau isteri jiran sebelah rumah kena dera patut la kita sebok2 amek tau, penderaan tu takkan la nak buat tak nampak je. kalau anak jiran terbiar tak diberi makan minum, tak dijaga seeloknya adalah baik untuk kita ambil tahu juga, hal2 yang begini patut juga kalau kita sebok2 mahu jaga tepi kain diorang. kasihan. yang susah dibantu, yang melarat ditolong. tapi kalau duk sebok jadi AJK mesyuarat tingkap bincang pasal hal rumah tangga orang lain, memburuk2kan lagi keadaan, plus tambah fitnah lagi. itu tak betul. macam keluarga sendiri dah cukup sempurna terjaga. sampai ada masa nak ambil tahu perihal keluarga orang lain. tapi ini hakikat juga. aku kurang arif pasal bangsa lain, tapi melayu memang prihatin. 'prihatin' sangat2. sebab tu dulu masa mak n abah decide nak pindah kat kawasan perumahan yang rata2nya berbangsa cina, aku agak pelik. bila aku tanya kenapa, mak jawab "senang, takde jiran sebok2 datang bertandang ke rumah saje2 je nak borak, mak tak kuasa nak layan". i juz luv my mom. ;)





cerita kat atas tak berkaitan dengan tajuk entri. tapi related juga dengan kewujudan ibu saya dan kepentingannya untuk seisi keluarga saya. dah lewat hampir seminggu, so be it. at least sy ingat juga.




Happy Mother's Day.




:)






p/s 1 particular thing happens way too fast, however i'm praying n hoping n wishing that it will last forever.

Friday, May 8, 2009

dam haji


main dam memang tak pandai. tapi sebenarnya senang je rupanya. kena pandai susun strategi je. tapi kalah gak even main 2 kali. kena banyak praktis ;p

tapi bila buat suara merengek2, manja dan mengada2 pun tak berkesan untuk bagi chance aku menang, of kos la aku kena perah idea, fikir n cari jalan, susun strategi. tapi kalah juga. cis cis cis.

better luck next time.



p/s nak main dam aji pun kena g jauh2, pe cite?

Tuesday, May 5, 2009

cerita sama

pernah tak rasa kadang2 ada cerita macam ada kaitan tiba2 je muncul, macam nak bagi petanda. aku jarang2 beli cleo, tapi beli untuk bacaan dalam bas ke kampung halaman sempena cuti, and found out may's issue page 140 ( go buy it yourself) related to "the other women" issue. ha ha.

dan tadi baru je baca kak fynn mention benda sama in her blog. tapi based on a caller having some kind of dilemma talking bout her worries out loud in a radio. duh!!

apa yang kak fynn cerita pjg2 tentang entri yang 1 ini, aku tergelak sama. mungkin juga kerana aku lakukan kesilapan yang sama. hanya kerana. sometimes we try so damn hard to defense all of the actions yang kita buat, only to found out that it backfires. he he ;p

cakap memang senang. yes. tak dapat disangkal. tapi tak cakap juga bukan sesuatu yang mudah. mungkin bila sudah melalui, baru juga aku rasa pedihnya. ayat last kak fynn buat diri sendiri rasa tertampar.

"tak penat ke main tak nampak dengan kekasih yang sedang berpimpin tangan dengan juwita hati dia?"

penat kak. ha ha. tapi kadang2 manusia ni degil. susah nak rasa serik. jadi rasa yang penat tu buat macam pandang sebelah mata tertutup je. yes, kalau aku cakap sebegini rupa depan kak fynn, boleh saja aku ditampar betul2. ha ha.

walau apa jua yang diperkatakan, all of us are entitled to voice out an opinion. dan jangan cepat melenting jika memang itu hakikatnya. aku tidak. sebab aku sudah sedar hakikat itu. cuma mungkin di peringkat awal agak sukar mengawal perasaan, makanya pertembungan emosi menghasilkan amarah yang meluap2. akhirnya membinasakan diri sendiri. fasa musnah pernah aku rasa. tapi fasa pulih tentu sekali mengambil masa.

mengakui juga memerlukan kekuatan. tapi aku juga tak mahu digelar bodoh. sudah penat mungkin. kalau dulu aku boleh kompromi, tapi kini mungkin aku patut suruh orang lain yang kompromi dengan kehendak aku. tolerate yang melampau tapi tak mendatangkan manfaat, cuma rasa sesak tidak akan aku layani. mungkin.




p/s nak tulis surat kat cleo magazine pasal hal "the other woman" tu. untung2 aku dapat jadi the lucky 1, leh wat badan jadi wangi. benda free. he he