Tuesday, May 5, 2009

cerita sama

pernah tak rasa kadang2 ada cerita macam ada kaitan tiba2 je muncul, macam nak bagi petanda. aku jarang2 beli cleo, tapi beli untuk bacaan dalam bas ke kampung halaman sempena cuti, and found out may's issue page 140 ( go buy it yourself) related to "the other women" issue. ha ha.

dan tadi baru je baca kak fynn mention benda sama in her blog. tapi based on a caller having some kind of dilemma talking bout her worries out loud in a radio. duh!!

apa yang kak fynn cerita pjg2 tentang entri yang 1 ini, aku tergelak sama. mungkin juga kerana aku lakukan kesilapan yang sama. hanya kerana. sometimes we try so damn hard to defense all of the actions yang kita buat, only to found out that it backfires. he he ;p

cakap memang senang. yes. tak dapat disangkal. tapi tak cakap juga bukan sesuatu yang mudah. mungkin bila sudah melalui, baru juga aku rasa pedihnya. ayat last kak fynn buat diri sendiri rasa tertampar.

"tak penat ke main tak nampak dengan kekasih yang sedang berpimpin tangan dengan juwita hati dia?"

penat kak. ha ha. tapi kadang2 manusia ni degil. susah nak rasa serik. jadi rasa yang penat tu buat macam pandang sebelah mata tertutup je. yes, kalau aku cakap sebegini rupa depan kak fynn, boleh saja aku ditampar betul2. ha ha.

walau apa jua yang diperkatakan, all of us are entitled to voice out an opinion. dan jangan cepat melenting jika memang itu hakikatnya. aku tidak. sebab aku sudah sedar hakikat itu. cuma mungkin di peringkat awal agak sukar mengawal perasaan, makanya pertembungan emosi menghasilkan amarah yang meluap2. akhirnya membinasakan diri sendiri. fasa musnah pernah aku rasa. tapi fasa pulih tentu sekali mengambil masa.

mengakui juga memerlukan kekuatan. tapi aku juga tak mahu digelar bodoh. sudah penat mungkin. kalau dulu aku boleh kompromi, tapi kini mungkin aku patut suruh orang lain yang kompromi dengan kehendak aku. tolerate yang melampau tapi tak mendatangkan manfaat, cuma rasa sesak tidak akan aku layani. mungkin.




p/s nak tulis surat kat cleo magazine pasal hal "the other woman" tu. untung2 aku dapat jadi the lucky 1, leh wat badan jadi wangi. benda free. he he




No comments: