Sunday, December 27, 2009

kisah jalan-jalan

sesi jalan-jalan dengan abah:

1 benda yg aku suka bila naik kete ngn abah, or naik apa2 kenderaan la senang cite, bas ke lori ke, xkesah la...abah suka mengaji...especially for long journey, aku baca doa naik kenderaan jela most of de time, ni pun sbb dah hafal sejak mule2 pandai drive...short distance punya journey abah baca bismillah n doa naik kenderaan jela besenye n kalau mak ada sama konfem borak n nyakat mak je kejenye,nyanyi sket2...hehe...tp kalau nak jalan jauh n driving, usually abah akan baca surah yassin. ni paling common, then lepas tu xtau abah baca surah pe, aku pn x pernah tanya...then maybe wirid sket senyap2 n kalau dia dah ngantuk, nti dia trus tdo...lps tu bila dah bosan, dia ajak la borak2, bg nasihat la, n yg plg best ble dgr abah ckp n dia selitkan ayat2 Al-Quran n hadis2 nabi...tp kalau borak byk2 ngn abah pn x bpe best, sbb last2 mst masuk bab politik gk...bknnye x ske, tp mmg x bpe gemar la nk campur aduk cite ngn bnde2 politik ni, tp nk wat cmne, abah dah stat b'cite, kena la dgr...

masa drive g kemaman hr tu, abah snggup temankan aku ke sana, sdgkn aku tau abah mmg x bpe sehat pn, tp mengenangkan aku xde spe yg nk di ajak bsme, abah meng'offer' diri temankan...as usual, ritual baca yassin tu tetap ada, n slot tdo tu wajib, tp ada 1 bnde yg funny yet sweet happen ble abah t'jg dr tdo...dia cakap "dah sampai mne, ros?" hehe. abah mmpi mak gaknya mse dia tdo tu, xleh jauh dr mak lgsg :p...hehe, xdla sbnrnye abah dah bese kemana-mana ngn mak, so soalan cmtu mst dah bese abah tanya kt mak ble mak drive. n kdg2 abah t'sasul bahasakan diri dia "abg" instead of "abah"...mcm as if dia ckp ngn mak. comel kan mak abah saya?? dorang tak perfect, tp hidup bahagia berdua begitulah yg aku harapkan bersama teman sejiwa nanti. mak pernah ckp, "x kaya kat dunia xpe, yg penting happy". sbb aku slalu ckp kt mak, "kan best kalau kite kaya mak, nak apa je leh"...mudah sungguh pemikiran mak, pernah aku ceritakan dl, mak wanita kuat, gigih membantu keluarga, keluarga kami tak kaya, xde tanah ber ekar2, takde rumah besar, xde kerete mewah, xde barang kemas berlonggok2, serba serbi tak sempurna kalau nak diukur sama keluarga lain, tp aku bersyukur masih punya orang tua. punya keluarga yg masih mahu sama menitis air mata bila susah. mahu sama gembira bila ada yg berjaya. kalau nak cerita pasal keluarga tak mungkin pernah cukup. tapi aku selalu mengingatkan diri sendiri, biar tidak punya apa2, biar menginginkan hidup manusia lain yg jauh lebih beruntung, tapi aku rasa hidup ini sudah cukup lengkap. cukup.


btw, aku cakap psl sesi jalan-jalan kan td?hehe...melalut sudah :)


ok, kesimpulannya...aku rasa selamat bila naik kereta ngn abah...abah mungkin bukan lelaki terkuat, lelaki tertinggi, lelaki terkaya, lelaki yg mcm2 lagi kualitinya, tp abah penyelamat jiwa...buat hati rasa tenang, jiwa tenteram...tak gusar memikirkan yg bukan2, walaupun tahu ajal maut Tuhan yg tentukan. lagi satu, abah hebat...abah tak perfect, tp abah tetap hebat...walaupun dl abah garang,hehe...mak ckp, dl darah muda, msh pns lg, tu yg nk jerkah2 je kejenya...hehe, mak mak...



sesi jalan-jalan ngn teman sejiwa:

ecece...nak cite gk kt sni, diam2 sudah la kan, lg mahu heboh...hahaha...ni cerita versi pendek jela eh, nti org ckp mcm2 plak klu aku cite lebih2...dah la x kawen lg...erkkk

1 perangai aku xleh nk ubah, suke melentok kt bahu dia bila dia drive...walaupun tau menyusahkan keadaan si pemandu disebabkan kereta kami berdua versi manual...aktiviti tukar gear menyukarkan beliau dan kadang2 lenguh bahu kalau lama sangat duk terlentok...hahaha...tp dia tak pernah komplen, rasanya macam tak pernah...so, bgus la kan cmtu...smpi ke tua la nti aku wat cmtu, kesian dia...tp aku pn lenguh gak leher kalau duk terlentok lama cmtu, so ikut ske la nk terlentok bpe lme...hehe


sesi jalan-jalan ngn org lain n aku tak perlu drive

aku suka tengok jalan n tgk no plat kete org...skrg ni dah x bpe rajin la nk kira2...dl mse kecik2 aku suka tambh sume no plat kete...cth: XXX 1234 =1+2+3+4 = 10...n dis will continues sampai la ada org ajak aku borak ke, aku sebok nyanyi ke (ni paling fav la, asal tau je lagu tu, mmg aku karaoke dlm kete, sambil tidak mengambil kira perasaan org lain), makan ke (eh, tp kdg2 aku smpt gak mengira even tgh mkn pn)...bnde ni dah jd habit, dr kecik lg, tp dh bsr ni, jarang2 la...lg2 bile aku lg byk drive sndr dr jd penumpang je :p

oh, n aku suke tgk no plat pelik2...cute...cth: XXX 2121, aku tak pernah perasan no tu bawak maksud ke, then teman sejiwa sebut 2kali baru aku perasan...bukan ke bunyi macam "tuan,tuan" in english??hehe

lagi 1...ABC 123, cute gle, MyVi putih rasenye, jmp kt Mid...n byk lg la cth2 no plat yg bukan common...





tu jela utk hr ni...nti ble2 smbg lg :)

Saturday, December 26, 2009

disturbed

knowing the fact that i'll be facing the enemy, making it even harder to face the reality.

kejadian semalam

~~bila dah kena sergah, baru rasa cuak~~

alamak...

Wednesday, December 23, 2009

of what had been happening lately

sick...again (tp xpela, itu kan lumrah, tanda Tuhan masih ingat, dan mahu kita beringat juga)

cerita Avatar best...eventho 2jam stgh duk dalam panggung wayang, but it's worth every hour spent watching it. nasib baik bawak ubat selsema, kalau tak memang terganggu la nak tengok cite tu. note:baru stat sakit, batuk n selsema..uhuk2

masih tak punya kesempatan nak membeli belah barangan yang ada dalam senarai. duit kurang, even ada sale macam mana hebat pun tak membolehkan aku berbaziran.

kursus pra-perkahwinan yang menarik. aha, ada ura2 yang mengatakan tah stat bila gaknya, nak buat 3hari 2mlm??2hari 1mlm??yuran naik??well, kalau ikut logik, bila dah buat kursus makin panjang tempohnya, memang la yuran naik, nak compensate isu2 logistik kot. hehe

tu je kot.



as i said before, i love repetition rite??so, i repeatedly mainkan lagu ni...bila dah suka 1lagu, lekat la jap, tp nti lme2 bosan gak....ahaha


Sara Bareilles - Gravity.

Wednesday, December 16, 2009

dulu dan sekarang serta masa akan datang

ingatkan sudah rasa aman
ingatkan sudah rasa selamat

rupanya masih tersisa rasa cemburu
rupanya masih berbaki rasa terhiris

rupanya...


namun

yang pernah indah itu sudah menjadi sejarah
yang pernah molek itu sudah menjadi tinggalan

langkah perlu lebih teratur
percaturan yang dibuat belum tentu mendatangkan untung

perlu bijak
perlu berusaha

mahu apa yang dimahu
tinggal apa yang ditinggal

kasih pada yang ada
benci pada yang tiada

----------

bosan je cakap benda tah pape kan...

Monday, December 14, 2009

sakit sakit

semua sakit

1 badan sakit

kaki rasa sejuk

kepala rasa berat

badan rasa panas pulak

ni semua PAC punya pasal~~~haih~~~

ulang alik serdang-kemaman-serdang

kematu my back side ok

pening+almost muntah drive kat karak

~~~haih~~~

tobat

lain kali get physically prepared ye (tu pun kalau dapat lain kali)...mentally tu masih leh cope lg

pengsan~~~

Saturday, December 5, 2009

goosebumps

dan semuanya bukan sebab cite seram ke, cite violent ke...ni semua penangan baca blog orang lain yang discuss pasal wedding plan dorg...ahaaaa, seram!!!

banyaknya kne plan
banyaknya kne prepare
banyaknya kne fikir
banyaknya kne kuar duit

seram!!!!!!

kalau fikir2 balik, boleh ke kitorang buat macam pe yg kitorang rancangkan???adoi....pening~~~

dan yang paling penting sebenarnya, adakah kitorang dah betul2 ready nak hadapi semua tekanan2 tu??tu belum cite lagi pasal tekanan selepas majlis tu, mean alam rumahtangga....aaaaaaaa, seram lagi skali!!!!!!!!

tah pe yang seram pun kurang pasti. tapi cuak tu dah start rasa la, even takde pe yg confirm pun lagi. semua pun setakat cakap2 je. tapi kalau cakap2 pun dah rasa tercabar dengan apa yang diborakkan, ini kan pulak kalau dah betul2 confirm. memang meremang bulu roma dan for sure kena ikhtiarkan gak benda tu sampai berjaya. pening~~~

Friday, December 4, 2009

it is time to make it real

i used to think that i got so many time left to think for those things related to marriage stuff. lately, i do realize maybe i should reconsider that thought. aha...sejak bila dah mula nak fikir2 ni??sejak diberitahu yang mungkin juga masanya dah tiba...aha, mengeluh panjang juga tapi senyum lebar tu wajib la...gile gatal :p


tapi seperti ayat yg cukup fofuler "kita hanya mampu merancang, Tuhan juga la yang menentukan" very true, tapi perancangan tu pun penting gak kn, diiringi doa yang mengharapkan kelancaran semua rancangan2 tersebut...


dan yang penting kena pandai calculate. basically budget untuk semua2 la, daripada persiapan untuk majlis kenduri kahwin sampai la ke keperluan selepas menjadi pasangan suami isteri nanti. aaahhh, cakap seperti orang dewasa, stres...tapi sooner or later benda2 ni semua menjadi part of this blog punya top of the list to tell about. aha...


tak ingat bila jumpa menda alah ni, smoothie pe tah nama dia, tp sgt menarik...klu aku kawin nanti, tlg spe2 blikn mnde alah ni eh :) tak sme jenama pn xpe, asalkn fungsi dia sama....hehe, sekian.

Monday, November 30, 2009

sudah2 la tu~~~


hasad dengki, iri hati dan cemburu tu antara sifat yang ada pada setiap manusia. cuma bezanya bagi setiap individu ialah cara bagaimana masing2 meluahkannya. dan atas sebab apa. tapi mungkin juga ada manusia yang suka2 je dengki kat orang lain, cemburu tak tentu pasal. dengan niat yang jahat plak tu. bukannya dengki dengan niat untuk menyedarkan diri sendiri. macam kau dengki kawan kau pandai, cantik plak tu, then semua orang pun senang nak hang out dengan dia. kau dengki kat kawan kau yang superb tu then pergi jaja cerita yang tak tau hujung pangkal, yang boleh diklasifikasikan seperti memfitnah. padahal kawan kau tu tak kacau kau pun. dia buat hal dia je. kau yang dengki sangat kat dia sebab tu jadi busuk hati and konon2 cuba nak menjatuhkan reputasi kawan kau tu. lumrah la kan, dalam dunia ni manusia mana pernah rasa puas dengan apa yang dia ada, sebab tu perasaan dengki, cemburu tu ada. tapi why not, bila kau dengki pada orang lain, kau cuba tengok kelebihan yang ada pada orang lain tu sebagai pendorong untuk kau sendiri jadi sebaik dia atau lebih baik dari dia, tapi dengan cara kau sendiri. lagipun apa la yang kau dapat kalau menyebarkan fitnah yang bukan2 pasal orang lain. bukannya boleh jadi kaya pun. tak pun cuba cari kelebihan sendiri and make a good use out of it, tapi 1 hal yang pasti, manusia juga suka dengan hot juicy gossip, tak kesah la benda tu betul ke tak betul ke, orang peduli apa dengan bukti. yang penting cerita tu. so, a story will always be good when shared with others, rite??

kita jumpa lagi 1 hari nanti ok~~



sebab tu aku lagi suka buat hal sendiri. i dont give a shit about this whole thing. actually, not really la, cuma aku tak ambil kesah sangat. i'm not an angel myself, so who am i to talk about others. kita dilahirkan dengan sifat curiosity, tapi jangan la sampai over the edge, sampai tak tau limit. pepatah inggeris ada menyebut ~curiosity kills a cat~...so, jangan la sampai 'membunuh'...hidup ni singkat sangat, buat la benda2 yang kita rasa menggembirakan. tapi kalau dah sifat dengki tu tebal sangat dalam diri n dengki dengan niat jahat tu memang dah sebati, rasa2nya pandai2 la jaga diri. tiba2 teringat dengan watak sarah dalam drama nurkasih. i hate the character n she made the character so real, aku rasa macam nak cekik2 je si sarah tu kalau jumpa. kenapa la real sangat dia menjiwai watak tu. gila dengki dengan semua orang, i mean dengan orang2 yang menyebabkan dia tak dapat apa yang dia nak. mimik muka dia memang superb. oh, kalau la aku leh berlakon jahat macam tu...haha, berangan jela erina~~~

Thursday, November 26, 2009

interview

Perkara penting bila dapat panggilan untuk ditemuduga:

1) Dont ever be late for an interview, be punctual or rather be early...whatever the situation is or wherever the location is, try to get to the place before the interview session starts.

2) Try putting on a pair of a very reliable, comfortable shoes. New doesnt mean that it is comfortable, stylish shoes doesnt count as well. However, you have to look presentable and pleasant.
- Disebabkan kes dimana perlu membeli kasut-closed-toe-black-shoes-which-is-comfortable-yet-with-professional-look, kaki yg sepatutnya pakai saiz 37, tp taram beli saiz 36 gak sbb rasa leh jalan even sempit pn, end up hurting her own feet...ni lah padah mahu nampak ala2 comel plus it comes with a very cheap price tag, sudahnya diri sendiri yg sengsara, br jln 5min dah rasa tobat xnk pakai lagi kasut tu...haha

3) Be prepared - mentally and physically.
- At least kemaskini resume n sijil2 before pegi interview...jangan la dah sampai sana baru sebok nk kemas2...nanti gelabah tak tentu pasal, menggangu konsentrasi nak kena interview plak...plus jgn lupa bwk extra copy of resume n qualification cert.

4) Be polite, nice and smile :)

5) N kalau tak berjaya pun, usaha la lagi...pasti berjaya suatu hari nanti :)





ni semua berdasarkan pengalaman sendiri...bila la agaknya nak dpt keje tetap...huhu


~~~ooopss, tambahan:

in whatever circumstances, mesti masuk toilet or duk depan cermin, belek diri biar molek baru pergi interview ok...jgn percaya yang diri sendiri dah elok hanya kerana sebelum keluar umah percaya dah puas belek diri depan cermin. IMPORTANT: be presentable n tak comot.

- situasi: pergi interview dihantar teman sejiwa dengan menunggang motorsikal, little did she know betapa tebalnya asap2 kenderaan yg dihidu dan tertempek di wajah sepanjang perjalanan lebih setengah jam itu. percaya muka dah cukup presentable untuk di interview, lantas dengan percaya diri terus masuk ke syarikat yang diarahkan untuk mendaftar, da menunggu giliran untuk ditemuduga tanpa sedikit rasa perlunya untuk ke toilet nak touch-up2 pe yg patut...haih, bkn ke tu memang sifat perempuan??hairan....anyway, after the interview sessions finished, perempuan tu pun mula ada rasa ingin ke tandas, dan sejurus melihat wajah di cermin, betapa terkejutnya beliau...bibir yg dicalit dengan gincu berona natural itu dilitupi dengan tompokan2 hitam, ye puan2 hasil asap2 dan habuk2 di jalanan...
~~patut la orang yg interview tu duk tengok je bibir aku, aku ingat aku over concious, padahal....
so, moral of the story, penampilan itu penting...oh, ada baiknya pakai la face mask bila naik motor ye, sedih sungguh...hehe, kalau aku tak dapat keje memang sah2 sebab bibir hitam la jawabnye...huhu

Friday, November 20, 2009

doa

harapnya hari ini tak seperti semalam-semalamnya...

----

oho. tibe2 rasa macam mahu jadi rajin.
doakan saya.
semoga rasa rajin itu kekal.
sehingga ia benar2 tamat.

----

Thursday, November 19, 2009

humor itu perlu ada,

air mata juga perlu ada,

tapi marah tak perlu berpanjangan,

sedih perlu ada kesudahan,

kerana hati sayu mengenangkan,

jika ianya berlanjutan.





--------


ya, perempuan ini lembut hatinya, halus jiwanya. setabah mana sekalipun, sekeras mana sekalipun, akan tiba saat dan ketika, walau hanya sedikit hatinya terguris, lama juga baru boleh pulih.

yang berjantina perempuan ini sulit difahami, sukar ditembusi fikirannya. apa dimahunya, apa dikehendakinya, apa difikirnya. dan jika ada yang mendabik dada menyatakan kehebatannya membaca perilaku dan mengetahui apa yang bermain di fikiran, perempuan ini hanya mampu tersenyum, membiarkannya bangga dengan kemampuannya itu. sedangkan jauh di dalam hati, hanya sedikit yang kau lihat, hanya sedikit yang kau dapat, walhal perkara yang difikirkan perempuan ini jauh lebih hebat dari yang kau andaikan.

namun,
diam ku berbahaya. senyum ku punya makna. jangan diperlekeh hal yang diandaikan tidak mustahak. kelak sendiri yang merana.


-------



tu slot drama ala2 air mata sket la. bese la pompuan. nangis. normal la tu. kalau tak nangis kat luar, nangis gak kat dalam. normal.

org laki pun nangis gak. tapi ego besar sgt, tu yang malu2 nak tayang dpn org. ceh. poyo.

ni wat ayat2 mudy ni sebab kena wat presentation sok pg, so stres.

Friday, November 13, 2009

berterima kasih

kadang2 kita selalu lupa nak berterima kasih.
selalunya kita ambil mudah benda2 yang kita dah punya.
take things for granted.

sedikit rasa berterima kasih sudah memadai.
sebagai tanda menghargai.

oleh itu,
berterima kasihlah.
walau sedikit.



-----



i was being given a bottle of perfume by my brother as for my birthday gift. little did i know that the perfume he gave me is a limited edition perfume by The Body Shop. sangat2 terharu dan sedikit terkesima.


itu pun nasib baik ada hati ingin bertanya pada salesgirl kt Body Shop. sebabnya aku sendiri tak pernah jumpa bila cuba cari perfume tu, bila tanya dia jawab "oh, its a limited edition, u r lucky to have it in ur possession"....aha, i've never had anything which is limited edition. terima kasih akmal, nasib baik tak abes guna lagi perfume tu...tp dah tinggal 1/3 je.hehehe


see, it is not so hard untuk berterima kasih kan. but if i knew about it sooner, mungkin aku akan lebih menghargai pemberian tersebut.

Thursday, November 12, 2009

kenapa


sebab itu aku tak suka buka mulut bercerita.
sebab bila dah stat cite, orang banyak fikir, n banyak tau, n banyak reaksi, n banyak komen.


benci.


orang introvert macam aku ni patutnya lagi senang duk diam2, jangan sebok duk heboh bercerita, sebab nanti orang naik meluat dengar. sebab aku suka repetition. i repeat whatever i said. n thats the ultimate annoyance. to anyone.



-----



sebenarnya, takde masalah apa2 pun, cuma entah la, paranoid sendiri agaknya. sekarang aku rasa mahu diam diri. lagi bahagia. macam dulu.



bila nak naik lagi bot ni??tp make sure takde baby yg join sama, kalau tak, ada yang meraung atas bot n cepat je guide tu buat tour keliling tasik...ish3

Monday, November 9, 2009

Cerita

Poket kosong tak menghalang untuk aku mengikuti rombongan teman2 di lab ke cameron...wuhooo!!! but dat was like, a week ago punya cerita...hehe...tp sebab dah bayar lebih awal so takde la rasa ralat sangat nak pegi enjoy!!!haha



ini tandanya saya sangat gembira walaupun jiwa gundah gulana ~spoil itu tong sampah~

3days,2nights experience...wat a wonderful memories yang dapat dikenang, other than de usual farm visits, kitorang ada wat jungle trekking on 2nd day, quite adventurous, tiring, tp at de same time very refreshing eventho pegi jungle trekking dengan hanya memakai kasut crocs putih seperti dalam gambar di atas...hehe, even tour guide tu pun geleng kepala bila dia tengok kasut yang bakal di gunakan...haha, balik jungle trekking tu jangan tanya la kaki memang patut dan wajib buat rawatan kuku...tp si kedekut ni cuma membasuh n memberus sahaja kaki n kuku2nya sehingga bersih, sendirian berhad. tp de good thing is, my crocs is like brand new once i washed it...orang lain siap ada yang pikir nak buang terus kasut, sebab dah takde rupa asal langsung kasut yang tersarung di kaki, semuanya penangan lumpur disebabkan selalu sangat ujan lately. owh, lepas tu ada la singgah air terjun lata iskandar, its beautiful there...cuma tak bwk baju lebih je, so tak leh la mandi air terjun...n singgah gak umah orang asli n berkenalan dengan Ali, i do believe he is de leader there n kawan2nya yang mabuk itu, siap dengan pakaian tradisional cawat sume...aha...tiada bukti foto2 di tempat2 yang disebutkan di atas kerana ketidakupayaan untuk menjadi rajin mengupload. sekian.

Thursday, October 22, 2009

pretty much the same thing


it's pretty hard to convince urself to be 'up' and cheerful when everything else is bothering u...thats my situation. rite now.


n trying to move urself forward is the most difficult thing to do.


eventho i am grateful for being given a chance to live another day, however deep down inside i do believe it is such a waste of giving me that chance. for i have been wasting it away, just like that.(kedengaran seperti manusia yg tidak tahu bersyukur, bukankah begitu??)



i do realize, aku lagi banyak mengeluh dari berasa gembira, lately....marah dengan diri sendiri mungkin, adakah self-hatred itu adalah sesuatu yg hina??rasa gembira hanya sementara cuma, apatah lagi mahu rasa yang lebih sempurna. tapi sedikit rasa gembira sudah cukup membuat diri rasa bahagia. aku percaya.


---


percubaan untuk menge'post' entri setelah sekian lama tidak berjaya berbuat demikian...hehe





contoh katil -curi amek gmbr kat harvey norman ;p

Wednesday, September 16, 2009

puasa tahun ni

1) tahun ni kalau beli makanan berbuka kat bazar, mesti lepas bayar aku lupa nak amek duit belen...keep de change la gitu, mcm la byk sgt duit nk wat cenggitu...ceh

2) tahun ni adalah tahun paling sikit makan kuih muih n bli air...kiranya makan makanan berat je, air pun buat sndr...kira nk jimat la konon

3) tahun ni sudah pandai drive balik raya...haha, selama ni pandai gak, tp br tahun ni dapat rasa penat drive sendiri balik raya

4) tahun ni special sket - ada jemputan berbuka yang istimewa2...hehe

5) tahun ni walaupun cakap tak nak ada baju raya banyak2, tp dah tersedia 3 pasang baju...camne tu??

6) tahun ni rasa cepat sgt puasa...





tu jela kot ;p

Tuesday, September 8, 2009

down memory lane

Ramadhan telah pergi separuh bulannya...hati ini mungkin juga terhiris kerana ketidakupayaan untuk menjadi lebih baik, niat dan keinginan itu tetap ada, namun kesungguhan juga yang menjadi penghalang. Tetapi Allah lebih mengetahui. Jangan dipersoal apa yang tidak diketahui kerana itu juga menjadi punca kemarahan dan kedinginan yang mencengkam jiwa lantas membunuh diri.
Hati sayu mengenangkan yang telah terlewatkan, mengenangkan yang telah di sia-siakan, tapi perjalanan ini harapnya masih lagi panjang buat insan yang lemah dan sering terkapai-kapai mencari arah yang benar. Seringkali langkah menjadi sukar, hembusan nafas turut menjadi payah, namun kesusahan itu bukanlah penyebab untuk menjauh dariNya. Perlu diingatkan, perlu disedarkan bahawa hidup yang sesingkat ini adalah amanah buat setiap jasad yang hanya diberi pinjam sementara cuma. Amanah untuk tetap berkhidmat pada Tuan Empunya. KasihNya tak pernah hilang, namun terkadang kita lupa, menjauh demi kepuasan yang tidak pernah menjamin apa-apa kecuali nikmat yang sementara.
Ya Allah,
Semua dugaan dan rasa tidak upaya ini aku terima sebagai petanda yang Kau masih mahu membantu, menghalang aku dari terus lupa, lalai pada indahnya dunia yang Kau cipta. Peliharalah aku dari murkaMu, dekatkanlah aku pada rahmatMu. Semoga aku tidak alpa. Semoga aku tetap bersamaMu.
Amin.
----------
From time to time, ada masa terkenang juga...
To whom it may concern,
Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die...
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop...
I want you to know
It doesn't matter where we take this road
Someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you g0

Wednesday, August 19, 2009

terkadang menjauh

ketika benci mula menghimpit, semua yang indah terkubur menghilang...


~~


semua itu hanya kerana sedikit pergeseran yang kalau difikir-fikir semula, tiada keberuntungannya di perbesar-besarkan.

cubaan untuk memulihkan mengambil banyak masa dan tenaga dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

dua-dua berkeras mempertahankan situasi, mengalah tapi dengan nada tidak puas hati.

tanda protes.


~~


kesimpulannya:


berbaik demi kasih yang bersemi

berdamai demi rasa yang ingin disemadi

berdua itu tidak mudah

namun berjauh hati itu lagi payah.


~~


bersabar...demi kita

Monday, August 17, 2009

time flies~~


in a few days dah nak mula berpuasa semula...masa berlalu pantas


~~


Marilah Bersama Menyambut Kedatangan Ramadhan


~~


pergi itu pasti

datang itu barangkali

namun penting untuk diketahui

tatkala nafas menghilang

jauh ku kenang

jasad melayang


~~



unik kan tempat simpan air ni...aku nak 1, tp nanti bila dah kaya la baru jumpa kat umah aku...haha

Saturday, July 25, 2009

wat a day...

this is my saturday...wat about u guys?? ;p

p/s the prizes is pretty 'cute' too...hehe


Thursday, July 23, 2009

lama sudah

it has been a while since my last entry. about a month. kalau nak ikutkan takde la lama sangat, sebab ada orang tak update blog 4 bulan pun dia kesah apa...tapi 4 a student+job seeker+part time demo macam aku ni, patutnya ada banyak masa gak la kan nak update sket2, but unfortunately dats not de case. hampir2 saja blog ini ditutup dengan penuh gayanya. tapi mengenangkan entri2 mengarut, n masih juga ada keinginan mahu meng'update', impian tu terkubur begitu sahaja.


alot of things already happen these past few weeks. alot i would have to say. many sweets plus not so much of a relevant events, undesirable moments which involves lots of money...but look at it in a positive perspective, its already implanted as part of my life journey. wat did i do? embrace it. yup, embrace it. mengeluh dan bersedih hanya pada first few minutes or maybe the first hour, then i will laugh myself out wif many other things that surrounds me...


thank God for those yg sweet n kind enuf to spend their time 4 me...nak tolong mana2 yg ptt, dgr mana2 yg dirintihkn...u guys are the sweetest creature ever...


my 1 n only sis is coming back dis wednesday, praying 4 her safe return, n all of her frens too...moga2 cuti kali ni lebih meriah dr taun2 lps...n of kos la lg lme stay kt umh utk raya taun ni kan, faizati??


doa yg panjang supaya dimudahkan perjalanan di muka bumi milik Allah ni, diterangkan mata yg kabur, diluruskan hati yang bengkok, ditunjukkan jalan yg benar...


kadang2 yg terlihat itu bukanlah yg terbaik, namun harus dibukakan mata untuk melihat yg tersirat, mungkin ada petanda disebalik rasa gundah itu. n please do not hate. itu membunuh diri sendiri namanya. bukan pada jasadnya, tapi pada hatinya. rasa itu kekal. selamanya selagi tidak disemai dengan rasa kasih...



p/s suka tengok drama nurkasih, walaupun terpaksa tgk online, sebab jmt mlm kena ngaja tuisyen...huhu

Thursday, June 18, 2009

______________--------_________________

Heart flutters when he sings "U make it real"







The best things in life happens when you least expect it...we believe in that, n we will live through that

Monday, June 15, 2009

bila diri sendiri rasa hebat

kembang kuncup la kan hidung, telinga pun nak join sekali...hehe


------


bila seorang lelaki bagitau yang dia rasa impressed pada perempuan yang drive kereta manual, aku tak berapa nak layan sangat (bunyi macam ayat nak tackle je, mesti la bolayan)

tapi bila kawan lelaki dia pun cakap kagum sebab aku drive kereta manual (sebab lelaki tu drive kereta auto berjenama sama)...aku mula la senyum2 simpul, senyum kambing, senyum pe2 jela, tapi cover2 sikit sebab tak nak nampak macam bangga diri. hahahaha


------


so, 1 hari aku rasa bangga diri. cuma tak tunjuk je ;p


------


tula, masa orang cakap dia kagum aku tak percaya, kena ada orang yang menyokong baru percaya...huahuahua

Sunday, June 14, 2009

rupanya aku memang suka mengajar

tapi pada students yang tahu menghargai kesungguhan seorang guru. bukannya yang kurang kurang dengan gurunya. jenis pelajar sebegini memang buat darah menyirap je. huh


tapi lumrah, bukan mudah nak mengambil hati remaja. i used to be a teenager once, n i know it is a difficult phase in my life. my parents find me hard to deal with coz i'm playing hard with them. sebab sangat rebellious. but i'm no longer a teenager (belia la, remaja dah out ;p) but i can still understand why a teenager acts like a teenager. somehow i do believe they just need attentions and love and a little bit of freedom, coz they are so eager to grow up, coz they believe everything about grown-up things is amazing, fantastic and great. well, in fact they know nothing. but we'll only learn when we went through the experience ourself. sebab cakap banyak pun tak guna, marah macam mana pun tiada gunanya, apatah lagi jika menggunakan kekerasan. so what we can do right now, juz let the teenagers have a taste of life that they're craving, longing for. believe me, one day they'll realize and they'll come back. coz they already grow up and they understand being a grown ups is not that flattering. huh.


kenapa cakap psl teenager tibe2?pengalaman mengajar budak2 primary and secondary sangat2 la berbeza ye. dan saya sayang students primary school saya sebab diorang salam saya lepas abes kelas. hehe, saya jadi sopan bila orang buat sopan dengan saya. hehe...i wish them all the best, membesarlah jadi anak2 yang berguna, terjamin masa depannya, disayangi semua.

Monday, June 8, 2009

kenapalah rajin sangat nak buat inspection

hari ni, adalah one of those days yang stres, rasa nak marah2 senantiasa, dan ditambah dengan hal2 yg remeh, buat lagi mendidih darah dalam badan.

have u ever got urself stuck in a situation where u r actually late for work@meeting someone, then suddenly out of nowhere ada plak pegawai berseragam yang rajin nak buat inspection. bukankah mengganggu kelancaran perjalanan sebenarnya tu. haih.

di UPM ni, masa tengah cuti semester, usually side gates jarang dibuka, most of the time, hanya main gate je yg digunakan untuk laluan keluar masuk UPM, so pagi tadi dengan harapan mahu membuat labwork yang slotnya aku amek pada pukul 9pg (tapi keluar rumah pun 8.55, pe kes aku nak marah2 pada pak guard sbb wat inspection kat main gate, yang bila aku pandai2 nak guna side gates, sume pun tutup, wtfffwknksdfndklagsnjdbjsv)...adegan mencarut masa drive sorang2 pagi td.

then aku wat u-turn, terpaksa la masuk guna pintu gerbang yang semenggah tu...dalam kete, rasa panas je, even ada air-cond sekalipun...masuk2 je, aku wat muka straight masa lalu sebelah pak guard, tak pandang langsung, kalau selalunya aku memang baik hati mau senyum sama kamu ye en.pengawal keselamatan, tapi pagi ni jangan harap...dah lah jalan tu cuma untuk sebuah kenderaan je lalu untuk satu2 masa, dia punya jem sampai ke trafik light depan kubur cina tu lagi, wtfsjbjbuerbgksnvksbksfnk...mencarut lagi sekali.

then, untuk menambahkan kestresan hari ni, lab berkunci, aku memang la tak pegang kunci, tapi aku tak expect sume pun cuti serentak...so, in de end, plan hari ni sume pun tak menjadi...well, sebab tu lah aku ada masa mahu update blog...haih




~apa yang dirancang tak semestinya yang terbaik~

Thursday, June 4, 2009

I'm sorry

coz i broke ur heart...times too many to be even remembered.

-----




but i felt the same thing before u did


so, farewell n gud luck.

Tuesday, May 26, 2009

penat lagi memenatkan

nak kena mkn abc. baru rasa sejuk sikit badan. sebab sakit hati melampau, sebab penat yang bukan haknya kepunyaan. it is someone else's burden, tapi aku dengan baik hatinya mahu ringan tangan menolong. akhirnya memakan diri sendiri. perasaanya seperti mahu menampar2, menumbuk2 tanpa rasa bersalah pada sesiapa yang sudi menjadi punching bag aku. stress woo. meluap-luap rasa marah kat dada ni. tah tak tau nak luah camne dah.

i mean, sudahlah orang yang menyuruh aku tu punya teman yang sama sahaja tahap kebolehannya seperti aku, tapi kenapa tidak mahu disusahkan teman yang spesial itu...aah, mungkin juga sebab kasih melampau, maka tak mahu dibebankan dengan hal2 sebegini. aaahhh...ini tidak adil.

dah la hr2 stres call fly.fm tak dapat2. ni pun boleh mendatangkan marah. sabar erina, sabar (dalam hati).



masih ada esok hari. nak duit. ada sesiapa nak tolong?. damn broke. cit.






by the way, in my lab, we're targeting two luvbirds yang tak segan2 menunjukkan aksi menarik untuk tontonan umum.aku rasa tiap2 tahun pun akan ada cerita macam ni kot, perlu di dokumentarikan. menarik.

smlm
the male luvbird ckp: lps ni sume housemate ko mesti tau pasal cite ni kan
aku cakap: kenapa plak?
the male luvbird ckp: yela, mesti kau gosip2 ngn dorang pasal ktorg kn
aku cakap: takde maknenya. aku tak rajin nak bercerita ngn orang lain. orang lain je yang suke b'cite psl hal aku.
the male luvbird ckp: a'ah la kan...mmmmm

dlm ati (takkan la terasa kot aku cakap cmtu)...hahaha, tu cite lama la, tp lama2 pun, sampai bila2 pn aku ingt, bkn b'dendam atau masih sakit hati sebab orang menjaja cerita, cuma b'ingat lah ye...kalau bukan sekarang, esok lusa tuhan bayar balik apa yang kau pernah buat kat orang lain. i call that karma. either good or bad, it is still the same. be nice to others, jgn m'buat cerita yang tak benar. itu fitnah namanya. kalau hal betul aku pun tak bising2.

Monday, May 18, 2009

kabarkan pada titisan hujan, aku rindu...

mungkin juga rasa paranoia itu kembali menghimpit. walau sudah berkali ditegaskan sudah punya penyuluh jalan. tetap juga rasa gelap. sedihnya tak tertanggung. peritnya tak terluah. sakitnya tak terlihat. namun jika jauh ditenung ke dalam anak mata, tetap ada garis rindu.


sangat suka bayang2 itu

Saturday, May 16, 2009

kerna terpaksa

susah hati juga bila mahu kabarkan berita sedih lagi perit pada teman yang sukar menerima kenyataan pahitnya kebenaran itu.


tapi aku harus berani.



akibatnya? aku juga yang disalahkan.



begitulah selalunya. truth hurts. lagi sakit bila lagi banyak yang aku explain, lagi teruk jadinya.
haih. sudahnya, aku diamkan terus. kurang sikit sakit. aku rasa la.



Leaving someone when you love someone
Is the hardest thing to do
When you love someone as much as I love you

~Celine Dion~



p/s i'm taking my chances rite now, what do you say?

Friday, May 15, 2009

Belated Mother's Day

pagi td (abaikan timeline dia, ni cerita 3hari lps kot) dengar celoteh Pak Nil kat stesen radio era (apasal cakap skema ni??) well, the story is pasal jaga tepi kain orang. kinda agree dengan apa yang Din Beramboi n Aznil cakap. nak buat mesyuarat tingkap pun biar la munasabah. kalau isteri jiran sebelah rumah kena dera patut la kita sebok2 amek tau, penderaan tu takkan la nak buat tak nampak je. kalau anak jiran terbiar tak diberi makan minum, tak dijaga seeloknya adalah baik untuk kita ambil tahu juga, hal2 yang begini patut juga kalau kita sebok2 mahu jaga tepi kain diorang. kasihan. yang susah dibantu, yang melarat ditolong. tapi kalau duk sebok jadi AJK mesyuarat tingkap bincang pasal hal rumah tangga orang lain, memburuk2kan lagi keadaan, plus tambah fitnah lagi. itu tak betul. macam keluarga sendiri dah cukup sempurna terjaga. sampai ada masa nak ambil tahu perihal keluarga orang lain. tapi ini hakikat juga. aku kurang arif pasal bangsa lain, tapi melayu memang prihatin. 'prihatin' sangat2. sebab tu dulu masa mak n abah decide nak pindah kat kawasan perumahan yang rata2nya berbangsa cina, aku agak pelik. bila aku tanya kenapa, mak jawab "senang, takde jiran sebok2 datang bertandang ke rumah saje2 je nak borak, mak tak kuasa nak layan". i juz luv my mom. ;)





cerita kat atas tak berkaitan dengan tajuk entri. tapi related juga dengan kewujudan ibu saya dan kepentingannya untuk seisi keluarga saya. dah lewat hampir seminggu, so be it. at least sy ingat juga.




Happy Mother's Day.




:)






p/s 1 particular thing happens way too fast, however i'm praying n hoping n wishing that it will last forever.

Friday, May 8, 2009

dam haji


main dam memang tak pandai. tapi sebenarnya senang je rupanya. kena pandai susun strategi je. tapi kalah gak even main 2 kali. kena banyak praktis ;p

tapi bila buat suara merengek2, manja dan mengada2 pun tak berkesan untuk bagi chance aku menang, of kos la aku kena perah idea, fikir n cari jalan, susun strategi. tapi kalah juga. cis cis cis.

better luck next time.



p/s nak main dam aji pun kena g jauh2, pe cite?

Tuesday, May 5, 2009

cerita sama

pernah tak rasa kadang2 ada cerita macam ada kaitan tiba2 je muncul, macam nak bagi petanda. aku jarang2 beli cleo, tapi beli untuk bacaan dalam bas ke kampung halaman sempena cuti, and found out may's issue page 140 ( go buy it yourself) related to "the other women" issue. ha ha.

dan tadi baru je baca kak fynn mention benda sama in her blog. tapi based on a caller having some kind of dilemma talking bout her worries out loud in a radio. duh!!

apa yang kak fynn cerita pjg2 tentang entri yang 1 ini, aku tergelak sama. mungkin juga kerana aku lakukan kesilapan yang sama. hanya kerana. sometimes we try so damn hard to defense all of the actions yang kita buat, only to found out that it backfires. he he ;p

cakap memang senang. yes. tak dapat disangkal. tapi tak cakap juga bukan sesuatu yang mudah. mungkin bila sudah melalui, baru juga aku rasa pedihnya. ayat last kak fynn buat diri sendiri rasa tertampar.

"tak penat ke main tak nampak dengan kekasih yang sedang berpimpin tangan dengan juwita hati dia?"

penat kak. ha ha. tapi kadang2 manusia ni degil. susah nak rasa serik. jadi rasa yang penat tu buat macam pandang sebelah mata tertutup je. yes, kalau aku cakap sebegini rupa depan kak fynn, boleh saja aku ditampar betul2. ha ha.

walau apa jua yang diperkatakan, all of us are entitled to voice out an opinion. dan jangan cepat melenting jika memang itu hakikatnya. aku tidak. sebab aku sudah sedar hakikat itu. cuma mungkin di peringkat awal agak sukar mengawal perasaan, makanya pertembungan emosi menghasilkan amarah yang meluap2. akhirnya membinasakan diri sendiri. fasa musnah pernah aku rasa. tapi fasa pulih tentu sekali mengambil masa.

mengakui juga memerlukan kekuatan. tapi aku juga tak mahu digelar bodoh. sudah penat mungkin. kalau dulu aku boleh kompromi, tapi kini mungkin aku patut suruh orang lain yang kompromi dengan kehendak aku. tolerate yang melampau tapi tak mendatangkan manfaat, cuma rasa sesak tidak akan aku layani. mungkin.




p/s nak tulis surat kat cleo magazine pasal hal "the other woman" tu. untung2 aku dapat jadi the lucky 1, leh wat badan jadi wangi. benda free. he he




Wednesday, April 29, 2009

Percayalah....but not by Siti Nurhaliza (of course!!!)

You feel that you were put on this earth to do good work (i believe so...) and not receive any credit for it (err...is it?? ;p). You tend to be critical of yourself (definitely) and others (most definitely ;p) and you also worry about things that are beyond your control (absolutely). A little pessimistic sometimes (or is it everytime??), you tend to be an intellectual snob (am i??). You bottle up all your insecurities and fears (agree!!), and hesitate to reach out for help (annoyingly true). And once in a while, you become a busybody (who doesn't??) - that's when you also feel responsible for other people's problems (everytime...*sigh*).

Advice: Modesty has its own limits - take credit for your efforts (tepuk bahu sendiri, sekian). Give yourself a break (very, very true indeed) and know that you do not have to be successful in everything you do (yeah, its hard but i'll try). Keep focused (very hard to do that) and don't get tangled in other people's affairs too often (this part, i cant guarantee, coz i got involved in others affair many times, and end up having an affair myself..ooopss).



p/s tah pe2 je ;p

dun worry...

When the day is long and the night, the night is yours alone,
When you're sure you've had enough of this life, well hang on
Don't let yourself go, 'cause everybody cries and everybody hurts sometimes

Sometimes everything is wrong. Now it's time to sing along
When your day is night alone, (hold on, hold on)
If you feel like letting go, (hold on)
When you think you've had too much of this life, well hang on

'Cause everybody hurts. Take comfort in your friends
Everybody hurts. Don't throw your hand. Oh, no. Don't throw your hand
If you feel like you're alone, no, no, no, you are not alone

If you're on your own in this life, the days and nights are long,
When you think you've had too much of this life to hang on

Well, everybody hurts sometimes,
Everybody cries. And everybody hurts sometimes
And everybody hurts sometimes. So, hold on, hold on
Hold on, hold on, hold on, hold on, hold on, hold on
Everybody hurts. You are not alone


R.E.M


--------------------


rasa bosan dan menjengkelkan juga bila hari2 mengeluh dan bercerita tentang kepayahan hidup, mengandaikan seperti hanya diri sendiri sahaja yang diuji. sedangkan hakikatnya, tiada apa yang perlu dikhuatiri. kerana semua juga akan dan pernah rasa punah, rasa ranap, rasa dibuang. dan kadangkala sepositif mana sekalipun cuba meyakinkan diri, sedetik rasa negatif mencalarkan keinginan dan angan2 indah. makanya, hold on and just keep hanging on. sebab semua orang pun akan dan pernah terluka. in many ways. dan kita bukannya sendirian. dan tak pernah sendirian. semua juga rasa sama.

sibuk sangat kah?

hari2 masih log in akaun blogspot sendiri, tapi dengan tujuan mahu tengok/baca blog orang lain, apa cerita terbaru, latest update.

tapi kemahuan untuk menaip di blog sendiri tidak terlaksana juga. buntu mungkin, runsing mungkin.

semalam keluar, ada yang menegur...seperti tiada, tapi ada. jasad di depan mata, tapi jiwa melayang entah ke mana. terkesan dengan 'kehilangan' aku, dia sedikit terguris. aku mungkin juga boleh jadi seorang yang multi-tasking, tapi juga boleh celaru bila banyak perkara mengganggu.

mengeluh juga bukan boleh mendatangkan apa2 kebaikan. *haih*

.
.
.
.
.

----------

layaknya bulan mei nanti ada persembahan yang aku mahu turut serta. sedang mencari teman sejiwa untuk dibawa bersama. mahu dibebaskan rasa terkurung itu. mahu hirup aroma yang baru. terkesima dengan warna-warni indah terhampar di depan mata. rasa teruja. high tiba2. mungkin juga ini kebahagiaan aku.

Tuesday, April 21, 2009

hari ini

updated:

pagi yang mendebarkan. sesi pembentangan kajian mengenai projek yang dijalankan. i believe everything happens for a reason. n today is not an exception. its over and done, for today. relieved?not entirely. coz there is still another presentation on friday. and a test on thursday. packed, busy schedule. n this morning i had experienced the most 'interesting' and shocking moment in my life. never ever been bombarded with questions such as this morning. but surprisingly, i do feel grateful, coz the examiner actually making me realize the importance of even a simple sentence/word. the significance and every little detail does matter. silly me. so caught up with the big picture, the tiny information that doesnt require much of attention before this, actually brings me close to destruction. macam teruk je description tu, however it is not that bad actually :)

Friday, April 17, 2009

aku ibarat air yang mengalir.

semalam petang sanggup balik lambat daripada waktu yang normal sebab nak duduk borak pasal hal2 remeh tapi agak penting.

ada sorang akak C ni berada dalam situasi dilema (agaknya) di antara 2 jejaka. cerita common. berharap jejaka A masuk meminang sebelum jejaka B berbuat terlebih dahulu. bimbang sekiranya tak dapat menolak permintaan jejaka B andaikata keluarga B yang datang terlebih dahulu. susah tu. aku tanya, kenapa tak boleh tolak pulak kak?



cerita 15 minit sebelum tu (ringkasannya):

jejaka A: self-driven, boleh berdikari, pandai ambil hati, tapi baru sahaja bekerja, maka tiada peluang mahu terus masuk meminang.

jejaka B: jenis yang mementingkan kecantikan, memang tak tahu mengambil hati perempuan, jenis yang dependant, tapi beritahu kawan baik sendiri bahawa hidup sepi tanpa kehadiran akak C.



haih. nampak macam jejaka A boleh menang mudah kalau mereka berlawan tanpa kekerasan. tapi akak C ni masih lagi rasa dia boleh hidup bersama dengan jejaka B seandainya B yang masuk meminang terlebih dahulu. sebab walaupun dia banyak celanya, tapi sebagai perempuan yang independant dan mampu menyara hidupnya sendiri, kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya hanya untuk kepentingan tidur bersama, mempunyai zuriat, dan of course kasih sayang dan perhatian daripada the opposite sex. itu sahaja. sebab itulah dia rasa eventho dia sayang A, kalau B yang masuk meminang terlebih dulu, akak C pun tak mahu tunggu lama demi A.


so, apa yang akak tu buat sekarang? tunggu. tunggu siapa yang datang dulu.


kenyataannya, aku juga bersetuju dalam diam. kalau aku bernasib baik mungkin juga aku akan berbahagia dengan jejaka yang menjadi igauan. tapi kalau juga bukan jodoh bersama jejaka igauan, i guess second best is all i will know.






-------------------

seorang teman berbangsa cina mencelah:

hakikatnya, perempuan ni macam air.


aku buat muka tak paham. dalam hati terfikir, ni chinese proverb ke pe?tolong elaborate.


dia menerangkan, perempuan ni macam air. masih juga perlukan bekas kalau mahu ditakung. tapi punya dua bentuk keadaan yang cukup berbeza, boleh mengeras seperti ais, icy cold. dan boleh juga mencair.


selama ni cuma dengar hati perempuan macam kerak nasi. semalam baru tau perempuan ni ibarat air juga. menyejukkan badan tatkala disimbah ke tubuh, mendinginkan kerongkong tatkala kehausan.


mahu elaborate panjang, tapi aku ketandusan kata2. mungkin di entri yang lain.

Thursday, April 16, 2009

wo bu neng shuo...sshhh

next week is an absolutely busy week (i guess).

presentation dua kali. test sekali.

tapi langsung tak prepare apa2.

langsung takde rasa apa2.

excited tak.

nervous tak.

butterflies in de stomach lagi la tak.

maybe dah jadi robot agaknya.

takde perasaan.

cuma bezanya aku masih makan, tidur, pergi toilet, mandi etc.

-----------

cakap pasal tidur. semalam penat ter'over'. tidur sampai sakit2 badan. which means, tidur yang terlampau lama (more than 10 hours). tapi tak rasa guilty pun. selalunya kalau aku in de middle of something big, something crucial, diri sendiri rasa bersalah kalau saje2 je buang masa dengan tidur yang lama. tapi semalam tak. menunjukkan aku tak ambil peduli langsung. n i wonder why...mmmm


oh, talking bout guilty. i do have my own guilty pleasures. tapi mana leh cite kat cni. it's suppose to be one of those dirty little secrets that is nicely wrapped and perfectly hidden somewhere only i know. aku sangat suka cakap berkias2, dan berbelit2, eventho aku suka orang being straight forward bila cakap dengan aku. sebab aku malas mahu tafsir apa yang orang lain cuba sampaikan. tapi aku suka mendera orang lain supaya mentafsir sendiri apa yang aku cuba luahkan. kejam kan?hahaha...see, tak rasa guilty pun.


mahu hidup suka ria.
mahu hidup gembira.
mahu banyak benda.
mahu banyak perkara.

tapi

hidup bukan selalunya tentang suk ria sahaja.
hidup kadang2 perlu duka dan lara.
bukan semua benda kita perlukan.
dan tentu sekali bukan semua perkara boleh membahagiakan.


p/s: to the one i care-kita semua sama sahaja, jangan kau sembunyikan apa yang kau mahu tunjukkan. coz it is so damn obvious, i can see rite thru it, from the very beginning. even when there is a time u try so damn hard to conceal it. u r not good in hiding, babe. u shud learn from me instead. haha

Friday, April 10, 2009

somewhere only "WE" know


somewhere at putrajaya


somewhere

malas nk edit gambar...straight from the handphone itself. mind the 2-MEGApixel ok. its not that flattering, compared to 10-MP camera (duh!!)


just 2 pics, places to unwind. brings pleasure too.


will be going/travelling to more places after this. gonna do it. have to do it. before its too late.



-------



out of nowhere. heard this on 1 of my friend's friendster page. sesiapa tau sape nyanyi, sila kontek saya. sekian.



ku akui ku sangat2 menginginkanmu
tapi kini ku sedar ku di antara kalian
aku tak mengerti
ini semua harus terjadi

ku akui ku sangat2 mengharapkanmu
tapi kini ku sedar ku tak akan bisa
aku tak mengerti
ini semua harus terjadi

lupakan aku
kembali padanya
aku bukan siapa2...untukmu
kucintai mu tak bererti bahwa
ku harus memilikimu selamanya




p/s kindly remind me to be polite. coz i'm starting to say all those nasty words.

Monday, April 6, 2009

tiada kaitan

mahu tulis banyak benda, tapi tak terluah.
mahu cerita banyak perkara, tapi tak terucap.

tapi hanya diam sendiri, buat jiwa terasing.

.
.
.
.
.

mendung, gerimis, hujan mencurah.
kebasahan dalam mencari sebuah indah.

guruh, kilat, petir.
meneroka kembali getir.

.
.
.
.
.

termenung lagi.

Friday, April 3, 2009

can i just enjoy the show?



I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show








its hard to enjoy the show when u kept on thinking bout the tiniest little thing that is hovering around u. quite troublesome.


n now i'm making the same mistake all over again. the situation is pretty much the same, except for the 'victim'. different character. can i just enjoy the show?


its fun when u see it from a different perspective. but at the same time, it is as if i'm writing my own suicide note. really suicidal. damn.


so, will i be able to enjoy the show? n i need a ticket to see the show. but i dont have one. how? really big question mark.



p/s ...................................................................

Monday, March 30, 2009

apa aktiviti hujung minggu??

by supporting the earth hour campaign...we did turn off the lights (only) for about an hour pada hari sabtu, 28 mac...tapi aku tak daftar pun, takpe kan?hahaha...tengok berita tv3 dalam gelap...maybe next year i'll do it again, n maybe i'll register first...hehe



go n watch 'Talentime'...really great. i wanna watch it again. dalam jangka masa terdekat. mau join?tapi sendiri bayar tiket la, aku sengkek bulan ni...dan aku memang kedekut. heh


bak kata atilia...'enjoy the movie'

http://www.youtube.com/watch?v=wsVx2XwOEQU





p/s aku malas nak tulis blog lately.dah takde idea.camane nak buat bisnes cik paiz klu cmni kekdahnye...sila jwb ;p

Tuesday, March 24, 2009

ada tiada

bila kehadiran tak memberikan kesan
terasa seperti hilang

bila yang ada seperti tiada
terasa seperti mencengkam




-----------
andai bisa kupetik gitar, kan ku senandungkan lagu puisi untuk mu.
untuk merungkai rasa berat di hati.

Friday, March 13, 2009

markah lebih

(tse hau, chin tat, danny, siew yang)
(me, yana)



cuma mereka berempat je student lelaki dalam kelas semester ni. both of us (me n yana) sangat2 terharu dengan mereka2 ini. too good to be true. sampai nak nangis dengan perangai diorang ni. bukannya sebab nakal tapi terlampau baik. melampau-lampau baik. n there's nothing wrong with being nice to other people. dan untuk itu kitorang decide at the end of semester nak bagi markah lebih sket for these 4 deserving students. bukannya nak berat sebelah, tapi orang berbuat baik dengan kita, should get rewarded. thats how i see it.


p/s aku terasa diri sangat 'berumur' bila diorang stat panggil akak. ish.

Saturday, March 7, 2009

sesi mengeluh

updated:

pagi yang mendebarkan. sesi pembentangan kajian mengenai projek yang dijalankan. i believe everything happens for a reason. n today is not an exception. its over and done, for today. relieved?not entirely. coz there is still another presentation on friday. and a test on thursday. packed, busy schedule. n this morning i had experienced the most 'interesting' and shocking moment in my life. never ever been bombarded with questions such as this morning. but surprisingly, i do feel grateful, coz the examiner actually making me realize the importance of even a simple sentence/word. the significance and every little detail does matter. silly me. so caught up with the big picture, the tiny information that doesnt require much of attention before this, actually brings me close to destruction. macam teruk je description tu, however it is not that bad actually :)

Friday, March 6, 2009

melayang

haih...nak kata malang, tak juga...aku anggap bukan rezeki. sesuatu yang bukan milik, sampai bila2 pun kau tak akan dapat, unless fate is very kind to u and turn the whole thing around. i'm not that lucky, believe me.


masa mula2 mak call, hati sudah berbunga riang, dah terbayang hari minggu yang bakal dihabiskan dengan aktiviti pembaziran. tapi mungkin juga tidak sebab tidak ada keperluannya, cuma hanya keinginan. aku memang tak boleh pegang duit, tak kira lah jumlahnya, sedikit apatah lagi yang banyak, habis aku laburkan pada 'pelaburan' yang tak membawa keuntungan. oh, mungkin juga ini yang Tuhan mahu aku sedar.


dan pada ketika aku disedarkan bahawa ianya bukan lagi kepunyaan, aku seolah-olah nampak bayangan duit kertas itu 'terbang' di depan mata. berpinar mata apatah lagi bila panas terik matahari turut sama memancarkan sinar. haih...kejam sungguh.


rm600++...banyak yang aku dah congak2kan ke mana hala tuju kertas2 itu nanti. cit. angan2.


haih. keluhan panjang. esok lusa ada lah rezeki lain pula. aku baru cakap dengan diri sendiri, semalam kena saman, tapi hari ni dapat durian runtuh. cit. angan2. kena korek duit poket belakang la jawabnya nak bayar itu saman. oh, kalau aku tangguh dulu, ada penalti tak rasa2nya?.


semalam hujan lebat waktu tengahari, kenapa hari ni tidak ya?kalau ya boleh aku jadikan alasan pulang awal, dan lelapkan mata di bilik, kalau tak pun sambil golek2 tengok movie. haih.


p/s ayat 2nd, perenggan pertama aku tujukan lagi sekali pada diri sendiri. erina, u gotta move on. self-motivated? no, merely a warning coz i'm so stubborn.


Thursday, March 5, 2009

tak sedar diri sungguh

rasanya sekarang ni minat nak tengok drama jepun/korea patut disemai kembali. dulu2 masa aku rasa takde kesusahan sangat dalam kehidupan sehari-hari, aku suka habiskan masa dengan menonton drama korea/jepun. masa tengah hot cerita tu la. rasa bahagia je masa tu. lepas tu i got 'busy' with other things and thought that tengok drama ni such a waste of time, so aku stop doing that for a while. tapi rasanya sekarang is a good time to start watching those dramas all over again. yeyy!!!


bring it on bebeh...nk tengok sampai tak tidur malam, hahaha...nampaknya perempuan ini masih tak sedar diri lagi.


oh, get a life erina. this is not life, meh??konpius.


Monday, February 23, 2009

project runway


definitely bukan pasal show 'project runway' yang aku minat tengok tu.


aku ada satu keinginan. disebabkan keadaan hidup yang agak kucar kacir (sekarang ni, rasanya), aku pernah terfikir untuk nak larikan diri jauh2, sejauh mana?ke mana?mana2 pun boleh, asalkan hilang daripada pandangan manusia2 yang aku selalu jumpa.

soalan2:
macam mana dengan keluarga?kawan2?mahu lari sendirian?tak sunyi kah?kau rasa boleh survive?

jawapan:
keluarga mana boleh dipinggirkan. kawan2 boleh kenal yang baru. lebih mudah nak urus bila sendiri. cari hiburan kalau sunyi. mungkin, siapa yang tahu tentang tahap independent diri aku dan survival method yang aku cipta sendiri.

soalan lagi:
sampai bila mahu lari?pengecut.

jawapan:
sampai penat. aku memang pengecut.



dan antara misi untuk tujuan pelarian semacam yang aku inginkan ini, aku bercadang nak menutup semua akaun (bukan akaun bank, ya saya tau tak kelakar) dunia maya seperti friendster, facebook, flixster, dan bermacam2 lagi. sebab aku tak mahu orang jumpa aku. tak mahu orang cari aku. kata nak lari, kena la menghilangkan diri. betul? dan bila kau cuba search nama penuh aku kat google pun, paparan "no search found" akan tertera. oh, tapi mahukan itu terjadi?


tapi aku dah mulakan dengan men'delete' akaun flickr. reason:
1) aku memang tak pro amek gambar
2) aku tengah sengkek, pokai tahap tak mampu (ni alasan pe ni??)
3) impulsive- without hesitation terus delete


so lepas ni mungkin akaun2 lain akan menyusul untuk menunggu giliran untuk di hapuskan. Justify Full*mungkin juga tidak*.


---------


lawak malam tadi *sori sebab lambat sket pick-up lawak tersebut*


kalau orang cakap betul, kita cakap 'right', right?
tapi kalau orang cakap salah, kenapa kita tak cakap 'left', right?


haha, if u dun find this funny, please read another blogs available. sekian.


:)


Sunday, February 22, 2009

sssshhhhhhhhhh!!!


i should probably just keep my mouth shut. sometimes, i went overboard talking (rambling, most definitely) about something. never really realize it until it was too late. kalau cakap pasal benda baik kira ok la kan. but if we talks about something which is good (in my opinion) tapi it sounded bad on the others, it might probably brings out not so much of a great response.


haih. should have known that from the very beginning.


pepatah orang melayu "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya"


these past few days, aku banyak teringat balik benda2 yang aku dah 'ter'cakap, yang sepatutnya aku tak cakap. well, mistakes happen all the times.


--------


sekarang aku rasa agak merana. sebab?duit.


takde duit memang buat hidup merana. memang betul hidup bukan semuanya tentang duit. tapi kita perlukan duit untuk keperluan meneruskan kehidupan. aku tak perlukan duit yang banyak. tak juga perlukan yang mewah2, tapi cukup sekadar menampung kehidupan hari ini, dan untuk menempuh hari2 esok. nak bayar tu, nak bayar ni. hutang situ, pinjam sini.


rasa stres.


aku mintak kerja pun orang tak panggil2 untuk di temuramah. camane?



aku nak cakap macam ada sorang selebriti ni kat majalah. *not the exact line, tapi lebih kurang macam ni la dia cakap, aku tukar sikit2 ikut keperluan aku*

"saya bukannya gadis yang materialistik. tapi saya perlukan pasangan hidup yang berkerjaya, dan berpendapatan tinggi yang boleh menjamin kehidupan saya kelak. sebab taraf kehidupan sekarang yang tinggi, memerlukan kos yang banyak."



so, maknanya apa?haha. berangan jela erina. berangan jela...


mimpi itu indah. tapi bila tersedar jangan pula kau melatah :)



Sunday, February 15, 2009

mimpi kita tak pernah sama

cerita hari semalam:


semalam ramai sangat manusia. terlalu ramai. kalau bangunan runtuh mesti tinggal sikit je manusia kat KL ni (ish erina, tak baik tau cakap macam ni).

ada orang buat wedding on ice. wah, kagum.



------


cerita hari ini:

mimpi #1

aku rasakan hangatnya cinta itu
aku sembunyikan cemburu itu
aku sandarkan pada kepercayaan itu


tapi
aku tetap jauh
jauh dari hatimu
malah bayangmu tak pernah ku sentuh


hakikat
kau terlalu kejam



mimpi #2

mimpi semalam
kenapa kau datang
menagih janji
yang telah lama aku kuburkan
bersama angan-angan
yang singgah tak pernah lama



mimpi #3

siapa aku di matamu, kasih?
siapa aku?


dimana tempatku di hatimu, kasih?
dimana tempatku?


sampai bila harus begini, kasih?
sampai bila?



--------


p/s sekarang aku sedar aku kena percaya pada instinct aku (bukan semata2), tapi aku boleh percaya pada instinct aku. aku sedar tentang perkara yang satu ni.


p/s/s can a holiday save me from all of this chaos?

Friday, February 13, 2009

sape yang tak suka kalau orang nak belanja??

sila angkat tangan...haa, mesti takde (dengan penuh yakin) sebab gerenti takde orang yang nak tolak rezeki, betul tak?


aku baru di offer untuk pergi bercuti di sabah. yang bagusnya aku cakap aku tengah sengkek, aku sesaje cakap aku nak dia belanjakan tiket pergi balik. serius je dia reply, 'ok'. cis, mentang2 la kau dah keje n tambang tiket murah, cepat je ko reply 'ok' ye. then dia cakap, 'aku tak kesah kalau nak bayarkan tiket tambang kau'. horray!!!


so, kalau tiada aral melintang dan umur masih panjang aku akan bercuti di sabah. yeiihaaaa, tapi bukan sekarang atau bulan depan, tapi bulan 10. ye kawan2, bulan 10 nanti. 8 bulan menunggu. sementara tu boleh la berangan dulu. hahahaha.



p/s bulan 10 nnt kalau aku tak mention apa2 pasal sabah, makanya itu petanda aku tak jejak kaki ke sana.

Thursday, February 12, 2009

PGL rules!!!

Except for a few 'mishaps' during the performance, aku rasa tak ada benda buruk yang aku boleh komplen pasal teater musikal Puteri Gunung Ledang. It is just fantastic, for a first timer, going to a musical theater performance is something that i'm looking forward to. I'm deeply engrossed with the story line, the actors, their performances.


They are all nothing but a great performer, entertain us with a great story, alongside with a great sound system which makes us hear the most beautiful voices through their songs, and their dancing, just fun and enjoyable. The props and all the effects are great too. And as i mention earlier, I'm just thrilled to be watching PGL the musical as my first theater performance.

Great performance

Great whole bunch of actors

Great lighting

Great sound system

Great everything

n feeling great sempat gak jumpa few artists...even if it is just from afar ;D

The experience is incomparable. I guess u just have to be in Istana Budaya and enjoy it yourself so that you'll be able to understand the excitement that i feel. Tapi ini last season Tiara berlakon dalam PGL the musical n the tickets are sold out. So, that's why i'm so grateful sempat dapat tengok this time around. Hehe...


No pics. Just me rambling bout the whole experience of my PGL nite out.



p/s: I caught myself spinning hearing Stephen Rahman's voice. Makes me drooling, n lelaki duduk sebelah aku mesti rasa annoying gila bila aku buat ayat :"wah, sedapnya suara dia". Haha, do i look like i care?

p/s/s Kaki ketar2 sebab rasa jakun melampau n tak pernah jumpa ramai artis dalam satu tempat n satu masa yang sama. Drive balik pun masih rasa ketar gak, nasib baik selamat sampai rumah..hehe


Monday, February 9, 2009

alasan






kita (ye, kamu2 sekalian dan aku juga) selalunya (tp bergantung pada individu la kan) akan cari alasan kalau nak mengelak daripada melakukan/berjumpa/bercakap (walau apa jua aktiviti) dengan seseorang/sesuatu. betul tak?


kadang2 kita buat/cipta alasan dengan niat untuk mengelakkan rasa kurang senang/sakit hati pihak yang satu lagi. selalunya aku buat macam tu la. tapi menipu dengan bagi alasan, dua benda yang berbeza ke? ke sama je? konfius.


tapi sekurang2nya kalau nak bagi alasan pun, at least bagi la alasan yang logik, relevan dan munasabah. jangan sampai terkantoi. nanti dua2 pihak pun akan rasa kurang syok. sebab dah rasa macam terpaksa dan memaksa.


last week rasanya, aku dengar dan tengok hot fm punya pagi show (am crew) dan topik yang diorang diskus ialah tentang alasan yang tidak munasabah. banyak la dengar cerita kelakar pasal alasan2 yang orang lain buat semata-mata nak break dengan partner diorang. ada 1 kes ni, aku rasa kelakar sebab ex-bf dia nak break dengan dia sebab dia naik 3 kilo, previously berat dia 49kg, then naik jadi 52kg. ex-bf dia ckp kalau pakai seluar pun dah tak cantik (wtf!!). n to make it worse, aku rasa tertampar sama la kan sebab perempuan tu sama tinggi je dengan aku n berat sama dengan aku gak. so which means, aku ni gemuk la kan kalau lelaki macam ex-bf perempuan tu jumpa perempuan macam aku. cis cis. aku healthy ok (based on scale herbalife cik mira tu) cuma kena minum banyak susu je (apa kaitan? oh, bone mass aku kurang daripada yang sepatutnya...hehe). back to the story, pada aku kalau kau dah tak suka, tak payah la nak bagi alasan macam ba-alif-nga-alif-nga (eja sendiri ye). kau cakap je tak suka, senang cerita. bercinta mana boleh paksa2 (ewah2 pandai je ko erina nak ckp cenggini, kau tu macam hebat sangat). kalau dah jumpa orang lain lagi best, cakap jela. ini tak, naik 3kilo terus nak break, apa kes? ni namanya ba-wau-dal-wau-ha (eja sekali lagi) tau??


ewah2, sedap betul aku nak kutuk2 orang. ini contoh je. maksudnya, kalau la kau nak bagi alasan pun, biar macam aku cakap tadi, logik, relevan dan munasabah. jangan buat alasan macam sampah. buat orang lagi benci. truth hurts. yes, everybody knows that. tapi biar kau sakitkan orang dengan kenyataan yang benar daripada kau sakitkan hati orang dengan kenyataan yang tak masuk akal.


lagi 1, kadang2 aku boleh tau kalau orang tak jujur dengan aku. i can 'smell' it. kalau aku tanya, jawab je jujur. kalau tak nak bagitau, cakap la 'aku tak boleh nak cerita/bagitau'. aku boleh faham. sebab itu hak kau nak cerita atau tak. tapi jangan buat alasan ok. tapi kalau terpaksa jugak, kena gak bagi alasan, bagi alasan yang logik, relevan dan munasabah. ok? aku tak marah.




p/s tadi mak bagi resipi buat nangka muda masak lemak, oh kalau rajin petang ni nak pergi pasar. operasi mencari barang tak tersembunyi. jom. nak ikut?






Saturday, February 7, 2009

terapi

orang cakap kalau kita bela binatang, ia merupakan satu terapi. tapi aku tak berapa gemar nak sentuh binatang yang comel2 yang boleh dijadikan binatang peliharaan, contohnya kucing or arnab. senang cerita aku tak berapa nak kawan sangat la dengan binatang berbulu. atas sebab2 t'tentu. ada tragedi yang menyebabkan aku agak fobia nak menyentuh/membelai haiwan2 tersebut. bukannya aku yang mengalami tragedi tu, tapi dengan menjadi saksi kepada sebuah episod yang tak akan pernah luput daripada ingatan.



tapi mak memang sayang binatang. adik pun. siap cakap dengan kucing lagi. abah tak. aku bukannya tak sayang/suka tapi tak boleh. i mean, belum boleh. maybe suatu hari nanti. kat rumah, ada seekor kucing betina yang aku rasa dah bertahun2 mendiami rumah aku di pontian nan indah itu. aku tak ingat mak bagi nama apa. tapi aku panggil dia kucing betina gatal, sebab setiap kali aku jumpa dia mesti perut dia berisi. i mean, aku tak leh nak kutuk dia gatal sebab dia hanyalah binatang yang tak berakal, tapi aku ingatkan kalau dah tua macam tu takde la nak pergi membunting lagi. tapi sekali lagi, dia hanyalah binatang yang tak berakal. dan seingat aku dalam banyak2 kali kucing betina gatal tu bunting, jarang2 ada anak yang survive, kecuali anak dia yang adik bongsu aku (or mak) bagi nama Abu dan ada seekor lagi yang aku tak tau apa namanya, iaitu adik Abu. Abu ni masa kecik2 comel je, walaupun aku tak pernah sentuh tapi aku leh gak bagi komen2 yang baik pasal kucing2 kat rumah aku tu. tapi bila dah besar, aku takut tengok muka dia, macam kucing jantan yang garang, aku rasa dia dapat muka gen bapak dia kot. Abu n adik Abu ni aku rasa lain2 bapak, sebab bulu langsung tak sama kaler. haa, tak salah kan aku panggil mak dia kucing betina gatal. eh, tapi dia hanyalah binatang yang tak berakal.



ok la, kenapa kali ni aku rajin sangat nak taip panjang2?



sebab tadi tolong bagi makan binatang yang cik dayah sabun roomate feveret aku tu bela, dia bela seekor arnab hitam yang diberi nama Momo (yeke dayah?ke ko tukar nama lain?). well, masa mula2 takut gak la, walaupun aku cuma diamanahkan untuk letakkan carrot dan makanan kesihatan si Momo tu dalam bekas makanan dia. seram tu, aku kan tak reti nak bercampur gaul dengan binatang berbulu, takut la kot2 masa aku bukak pintu kandang dia tu, dia melompat keluar. satu keje la aku nak kena pegang dia masuk balik kandang. tapi perkara tu tak terjadi.nasib baik. tapi lepas dah bagi makan tu, aku duk mencangkung tengok si Momo tu makan, dalam hati aku, aku terasa duk tengok binatang ni leh buat aku lupa sekejap pada masalah2 aku. buat aku rasa senangnya hidup jadi binatang peliharaan. ada orang bagi makan, ada orang tolong mandikan, tempat tinggal disediakan. tapi macam aku mention la, binatang tetap binatang, tidak berakal. aku kena bersyukur, sebab dilahirkan sebagai manusia, punya akal, hati dan perasaan. tapi eventho seronok je tengok si Momo tu dalam kandang, aku tak larat la nak ngadap dia lama2, sebab busuk...hehehe (aku tak diamanahkan untuk membersihkan Momo so, faham2 jela ye...penuh kandang dia dengan najis2 yang bulat2 itu) kesian kau Momo, tunggu tuan kau balik esok tau, nanti dia mandikan n bersihkan kandang kau tu, ok?



Justify Fullok lah, now introducing...





MOMO



Tuesday, February 3, 2009

i'm getting lazier by the day

kalau dulu memang rajin nak taip banyak benda, pasal semua2 lah...daripada yang paling mudah ke yang paling complicated...kalau boleh nak cerita semua...tapi sekarang ni dah lain pula...rasa malas teramat sangat...


n by the way...daripada entri yang cik daiasabun baru je letak tu (hanya berkaitan fakta nombor dua), aku saja je nak cerita pasal hal malam semalam...a phone call...n remembering the fact that i feel comfortable talking to that particular person...*sigh*


well...


memang blur la sangat2 sekarang ni...otak macam berkarat je...how to feel more energetic?drink energy drink? lately ada problem nak tidur...susah sangat nak lelap mata, n consequenses nye aku selalu lambat bangun tidur...bila dah bangun lambat, lagi la malas nak buat apa2...how i wish whatever that i wish for do come true, so that i wont feel this bad...



oh aku patutnya lebih bersyukur



p/s entri kat bawah ni tiada kaitan dengan sesiapa atau apa2 keadaan

Tuesday, January 27, 2009

rasa

merenung jauh


terlintas

rasa sakit itu

rasa pedih itu

rasa kesal itu

rasa musnah itu

rasa

itu



ditinggalkan

dipinggirkan

diabaikan



penat

letih



----------------



mahu rasa gembira

mahu rasa ceria

mahu rasa bahagia



tanpa pura-pura



hati ini menipu

hati itu terluka

keduanya tidak lagi seiring

tiada lagi mimpi indah

tiada lagi suara merdu yang menyapa

tiada lagi senyuman manis yang kelihatan

jasad tiada lagi

bayang turut menghilang




hujan mencurah

membasahi tubuh

menutup linangan air mata




sekilas ku pandang

raut wajah itu untuk ke sekian kali

untuk yang terakhir kali

selamat jalan cinta

berbahagialah

kerana bukan disini penghujung kisah kasihmu

bukan disini, cinta



------tamat------

Wednesday, January 21, 2009

simplicity is what i'm yearning for

been busy lately. am i?


----------


terlihat foto indah yang menggambarkan kebahagiaan. aku mahukan itu. jauh dari kemewahan yang kau kejarkan. lari dari tanggapan yang menjengkelkan. aku mahu apa yang aku rasa sudah cukup. cukup indah, cukup bahagia, cukup. kerana itu yang lebih penting, itu yang lebih mustahak. biarkan aku tuli dari mendengar mulut-mulut yang mencemuh. biarkan aku buta dari melihat bibir-bibir yang mencebik, wajah-wajah yang kebingungan. biarkan, kerana itu yang aku mahu. kerana sekali lagi aku ingin katakan, itu aku rasa sudah cukup. rasa yang melimpah ruah itu lebih aku fikirkan. bukannya hal yang hanya dibuat dengan niat untuk riak, menunjuk-nunjuk.


----------


simplicity is what i'm looking for, longing for, yearning for. the absence from all the luxury, freedom from all the complexity. because the only thing that matters is the unity.


Friday, January 16, 2009

this is me. do not simply put a label on my forehead.

setiap hari mendengar cerita sedih tentang rakyat Palestin. hati diruntun hiba. bangga pada yang berani dan nekad menyuarakan pendapat. kerana mereka percaya keganasan itu bukanlah penyelesaian. kekurangan aku kerana tidak segagah itu. kelebihan mereka kerana ketabahan itu.


moga peperangan ini segera tamat.



------------


in my previous entries, aku ada selitkan few infos about my personality. well, besides being a dreamer, i'm also a loner. i used to think that it is pathetic to think that i'm such a loser by being a loner. however, these quotation that i found makes me realize, this is exactly the scenario. i'm tired of trying to blend in with the crowd because i've been dissappointed by them over and over again. so, i decide why even bother to fit it when the rest of the people keep on making the same mistakes. i do not isolate myself from the world. this is just me. so please do not simply put a label on my forehead.


Let me tell you this: if you meet a loner, no matter what they tell you, it’s not because they enjoy solitude. It’s because they have tried to blend into the world before, and people continue to disappoint them. —Jodi Picoult, My Sister's Keeper.


taken from here
through here

Sunday, January 11, 2009

entah la

kalau aku suka certain lagu, aku selalunya akan nyanyi lagu tu berulang-ulang kali dan aku akan repeatedly dengar track tu sampai aku rasa jemu. dan selalunya lagu tu akan keep on playing by itself dalam kepala otak ni. macam auto-play la, kau tak suruh pun tapi bila ada certain masa kau rasa macam nak menyanyi, lagu tu akan automatically played by itself.


dan aku sangat suka humming. like all the time. dulu ada sorang kawan perempuan aku pernah tegur. kitaorang baru je kenal. then satu benda yang dia realize, dia cakap, "awak ni suka humming eh?" well, aku ingatkan takde sape yang perasan benda tu ;p


-----------


ada bloggers yang pernah mention benda ni. perempuan memang ramainya (tak semua) suka buat kuiz. tak kisahlah kuiz online ke, kuiz dalam majalah ke. asalkan kuiz. aku masa zaman belajar yang masih ada konsep exam, kuiz adalah benda aku paling tak suka. lagi-lagi kalau kuiz terkejut. unprepared ok? ish3.


anyway, aku ada buat 1 personality test. and the results seperti di bawah. i'm such A DREAMER. itu yang diorang dapat analyze. wah wah wah. betul kot. aku tak berapa nak setuju on certain parts of the question. but hey, it wont hurt if u do it just for fun kan??


Click to view my Personality Profile page



dan berdasarkan keputusan tu memang patut pun diorang label aku The Dreamer. tp sebenarnya aku anggap best je diorang bagi label Si Pemimpi (ada ke perkataan ni?tapi aku apa kisah). lagi 1% je aku dapat A dalam kategori si Loner. haha. yang ni betul kot. tapi takkan la tinggi betul percentage dia. nampak sangat aku ni tak suka bercampur gaul dengan orang lain. lagi-lagi bila dia analyze pasal human interactions, 80% intrapersonal, 50% interpersonal. do i have to do something about that?hehe. based on experience. tak ada maknanya pada perempuan nama erina ni. ;D


terlalu mengikut perasaan? results: aku jarang-jarang buat keputusan ikut otak. lebih pada gerak hati. that shows in the result itself 74% intuitive, 68% feeling. yay. dan aku agak peka pada banyak benda through senses. sebab tu aku score 63% perceiving.


lagi 1. tak pelik kalau aku score tinggi dalam musical, 80% tu. macam aku mention kat atas, aku kan suka nyanyi. part naturalist tu, most probably aku cuma score 60% sebab aku bukannya animal lover tapi aku masih nak protect the environment. so diorang bagi aku markah lebih sikit dari half. haha


------------


p/s simpati pada rakyat palestin. sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. aku hanya mampu berdoa. kerana aku tak mampu buat lebih dari itu.

Thursday, January 8, 2009

aku dah la memang pemalas.ko plak rajin nak main tag2 ni


kita buat tag team. nak tak cik paiz??(ikhlas ni)


The last person to tag you was ?
never been tagged before, 1st tagger(is there such a word??) is cik faiez comey kiut miut itu
2.
Your relationship with him/her ?
kawan masa sekolah rendah, main pos-pos surat guna poster (slalunya) untuk dijadikan sampul masa sekolah menengah walaupun sekolah sebelah menyebelah je. ni kes ngada-ngada over ye. sekian.

Your 5 impressions towards him/her ?
comey, selalu sakit (kesian dia ni), tak makan sayur (ish3) patut la ko slalu sakit ;p, baik dan perkataan lain yang menggambarkan baik dan oh, suara dia seksi (seingat aku) hehehe

The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
tah la...aku cepat lupa, tapi biasa la kan, dulu hepi2 je masa kat sekolah

The most memorable words that he/she has said to you ?
tah la

If he/she becomes your lover, you will...
naah...no way, she's not my type hahahaha, jgn marah cik faiez ;p

If he/she becomes your enemy, you will...
do nothing...y fight??peace no war...ok??

If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...
???aku rasa dia dah cukup best la tu...kita kena terima manusia lain seadanya, betul tak cik faiez?? ;p

If he/she becomes your enemy, the reason is...
i cant find a reason for us to be an enemy in the 1st place...ke ko saje nak cari gaduh ngan aku??tolong jawab cik faiez??

The most desirable things to do for him/her are...
none...aku pemalas+tak berapa kreatif+sengkek plak tu=i'll do nothing (boleh tak cenggini??;D)

Overall impression towards him/her is...
she is who she is...nice person to be friends with

How do you think the people around you will feel about you ?
do i have to answer this?u tnye la orang yang kenal i...hehe

Who is your ideal ?
not going to tell...but found him already...simpan dalam gua, so orang tak leh jumpa ;p

What do you hate about yourself ?
skrg ni...rasa malas yang melampau, tp rajin plak nak m'jawab soalan tag tah pape ni...musykil2

For the people who care for you and like you, say something about them.
thanks for all the cares and love...very much appreciated

Bra or panties ?
erkk..kena pilih salah satu ke?bukan kena pakai dua2 ke?;p

Chocolate or ice-cream ?
i would go for both...ada sesapa nak belanja...saya free weekend ni ;D

10 people to tag
whoever yang rasa nak buat tag ni...silakan, aku tak paksa

Who is number 2 having a relationship with ?
i dun put numbers...so skip soalan ni

Is she/he a male or a female ?
skip gak...ini alasan bagus untuk tak jawab soalan ni

If number 7 and 10 got together, would that be a good thing ?
how am i suppose to know?

How about 5 and 8 ?When was the last time you had a chat with them ?
again...skip question

Number 4 single ?
dunno.
..

Say something about number 1.
again...i'm skipping

What do you think about number 3 and 6 being together ?
skipping again...lama2 kurus aku kalau skipping je kejenye


Describe number 9.
cant answer that

What will you do if number 6 and 7 fight ?
let them be...coz i dun even know who is number 1,2,3...let alone 6 or 7...


p/s hari ni mendung+rasa sejuk melampau (sebab duduk dlm bilik ada aircon)+rajin sikit (tu pun sebab kena paksa)+mengantuk+nak jalan2 g holiday kat korea (smlm ceting dgn member, ko ajak aku g singapore jek...kuciwa aku tau)+tengah fikir nak makan pe petang nanti...mmmm