Thursday, November 19, 2009

humor itu perlu ada,

air mata juga perlu ada,

tapi marah tak perlu berpanjangan,

sedih perlu ada kesudahan,

kerana hati sayu mengenangkan,

jika ianya berlanjutan.





--------


ya, perempuan ini lembut hatinya, halus jiwanya. setabah mana sekalipun, sekeras mana sekalipun, akan tiba saat dan ketika, walau hanya sedikit hatinya terguris, lama juga baru boleh pulih.

yang berjantina perempuan ini sulit difahami, sukar ditembusi fikirannya. apa dimahunya, apa dikehendakinya, apa difikirnya. dan jika ada yang mendabik dada menyatakan kehebatannya membaca perilaku dan mengetahui apa yang bermain di fikiran, perempuan ini hanya mampu tersenyum, membiarkannya bangga dengan kemampuannya itu. sedangkan jauh di dalam hati, hanya sedikit yang kau lihat, hanya sedikit yang kau dapat, walhal perkara yang difikirkan perempuan ini jauh lebih hebat dari yang kau andaikan.

namun,
diam ku berbahaya. senyum ku punya makna. jangan diperlekeh hal yang diandaikan tidak mustahak. kelak sendiri yang merana.


-------



tu slot drama ala2 air mata sket la. bese la pompuan. nangis. normal la tu. kalau tak nangis kat luar, nangis gak kat dalam. normal.

org laki pun nangis gak. tapi ego besar sgt, tu yang malu2 nak tayang dpn org. ceh. poyo.

ni wat ayat2 mudy ni sebab kena wat presentation sok pg, so stres.

2 comments:

butiranpasir said...

I like the poem, it is true and inspiring. Especially about the happiness, sadness, and anger. Easy to understand yet meaningful. Nice :)

E F K said...

thank you :)

hanya sekadar luahan hati, yg kadang2 sukar untuk diungkapkan melalui bicara, tapi lebih mudah melalui baris2 ayat yg ditaip...