Friday, March 25, 2011

macam2

rabu lepas tayar bocor lepas langgar lubang besar siap ada besi lagi dalam lubang tu. haih~~ dugaan.
tersadai tepi jalan. call husband. hopeless nak tukar sendiri. socket wrench dalam kereta tak muat plak dengan nut tayar. haih~~ dugaan lagi.
husband pergi cari wrench yang lain.
tunggu punya tunggu, ada kereta chevrolet optra silver stop belakang kereta. dia nak tolong. very unexpected. very much appreciated by his help. tp unfortunately saiz wrench dia lagi kecik untuk nut kereta aku. tapi dia cakap dia boleh hantar aku pergi hardware store, cari saiz wrench yang sesuai. tapi aku cakap takut husband aku sampai jap lagi. so i said no to him nicely. very nice guy.
husband sampai few minutes later. tukar tayar. alhamdulillah. then tengah busy tengok tayar ditukar (ni je keje aku), the same nice guy datang semula with a different wrench. sangat2 tak disangka. baiknya dia. terima kasih banyak2.
aku rasa aku pun tak sebaik hati macam tu, nak tolong orang kat tepi jalan.


kagum dengan kebaikan hati lelaki cina tu. dah la tak tanya nama apa. cuma tau dia bawak kereta apa. no plate kereta pun tak try nak ingat. cuma ingat WLS je. takpela, aku doakan dia baik2 je. may God blessed that guy.

Monday, March 21, 2011

permintaan

sebelum bernikah dulu, aku dan suami pernah berbincang untuk menangguhkan dulu tentang kelahiran 'orang baru'. mungkin sebab aku rasa belum cukup masa untuk kami saling kenal mengenal, tapi bila difikir-fikir kami ada sepanjang hayat kami (insyaAllah) untuk saling mengenal, seumur hidup untuk menghabiskan masa bersama, tapi perancangan keluarga ni bersyarat, only about a year, then after a year we'll start planning to have a baby (or babies?? :p). but now, after almost 6 months of happily married (alhamdulillah, eventho ada je gado2) as a woman, it is a natural feeling maybe, the feeling of having another life inside the womb makes me pretty excited to get pregnant as soon as possible. lagipun tujuan perkahwinan itu sendiri memang untuk menambahkan zuriat serta menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. tapi nak buat anak pun tak semudah yang disangka, eventho ada je yang terus pregnant from the 1st time having sex whatsoever. tu rezeki Allah nak bagi la kan.

tapi aku redha kalau Allah belum nak bagi apa2 rezeki untuk kami, sebab aku tau ada je pasangan suami isteri yang tunggu bertahun2 untuk kelahiran zuriat mereka. dan mereka tetap sabar. aku harap aku setabah itu. cuma mungkin apa yang aku boleh buat sekarang adalah berdoa. doa agar kami dikurniakan zuriat yang sempurna fizikal, baik akhlaknya dan bertakwa.


antara doa yang patut diamalkan adalah


1) surah Ali 'Imran:38

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) Doa.


2) surah al-Anbiya':89

- Maksudnya: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.


link



mahu buat macam2 untuk bakal baby sendiri. tak tau la ni cuma angan2 je ke atau bakal menjadi kenyataan, haha. tapi impian tu kena ada, barulah ada semangat nak buat. ok. tu cerita nanti2. cakap je lebih. =)

Friday, March 11, 2011

favourite malay male singer

always and always been anuar zain. :D
my husband jeolous kalau i praises about other guys, coz my adoration pada jejaka2 yang aku minat ni kadang2 mengalahkan adoration aku pada encik suami. tu yang dia jadi geram. tapi nanti dia counter attack cakap, "takpe, bukannya sayang kawin dengan diorang pun, kawin dengan abang gak" lepas tu dia gelak jahat. fine, fine. (-.-)

minat minat pun, bukannya aku tau sangat pun perkembangan terbaru abang nuar ni (eh, macam teringat ada kawan panggil dia abang nuar, sape eh?). ada orang publish post kat facebook pasal lirik sedetik lebih, then cari la lagu apa sebenarnya, rupanya soundtrack untuk movie merong mahawangsa, aku tak tau lirik yang melayu, sebab yang selalu keluar kat tv, version english punya :p so, dah dengar tu, cari2 lagi la lagu anuar yang tak pernah dengar. ni antaranya.

ok, my love, i tujukan lagu ni untuk u...walau i suka kat anuar zain macam mana pun, i'm yours till death do us part. ok :)


Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

http://www.youtube.com/watch?v=Y8sojgs-4Zg&feature=related




p/s: xnk embed html (video) sbb width video bsr sgt untuk width post aku.

Wednesday, March 9, 2011

berpenyakit malas

bila dah bersuami ni aku jadi makin malas nak update blog, macam nak cerita, tapi last2 malas nak taip, kadang2 dah taip tapi malas nak publish. macam2 alasan betul. dah la masih tak buat lagi correction tesis. nak betulkan tajuk pun tak buat2 lagi dari hari tu. tak tau la nak jadi apa. heh. lagi best duk borak2 dengan husband, baring depan tv, makan2 kot (alasan).

bila prof zul (co-supervisor) tanya soalan cepumas "takde niat nak sambung PhD ke?" lepas abes presentation bulan lepas, aku senyum2 kambing je, jawab "bukan sekarang kot prof, tunggu saya ready la agaknya" tah bila nak ready.

tapi nak tak nak kena jugak siapkan buat correction tesis tu. tolong la jadi rajin. sebenarnya, kalau rajin, 60 hari pun lebih dari cukup nak siapkan correction tu. tak banyak sangat. tapi leceh (alasan lagi). baiklah, cuba juga la nak siapkan within this two weeks. sebulan berlalu macam tu je, membazir masa tak buat pape. hohoho