Wednesday, April 28, 2010

forgetting it

sometimes when we're blessed with so many good things in life, we tend to forget. forget about lots of thing. forget about the consequences, forget about the time given to savour the good moments, forget about the small matters that somehow seems not so important anyway, but it is.


suka tulis ayat belit-belit. heh.


lepas ni terpaksa tak rajin bukak fb, tah2 emel pun jarang2 bukak. distance plays a major reason untuk bergado kot lepas ni. harapnya kami banyak bersabar. most importantly, sacrificing many2 quality time together. together here means seeing each other. kalau setakat smses and calls tu memang being together gak but its not the same with having the presence in front of my own eyes.


that's the bad thing kalau dah selalu sangat dimanjakan untuk kerap kali berjumpa. i tend to be clingy. i can be very independent sebenarnya kalau tak diajar untuk jadi clingy. semua pun boleh buat sendiri. yakin boleh sentiasa. kemana-mana, buat apa-apa pun boleh saje. ni diri sebenar sebelum getting involve with any guy la. but being in a relationship with a guy yang suka spoil kan diri ni, buat aku rasa hopeless kadang2. nak buat apa-apa sekarang ni, semua nak dia yang teman. bukan tak boleh cari kawan perempuan ke pe, but i have the tendency nak menyusahkan tunang sendiri. hehe. but i'm not gonna put the blame on him sepenuhnya. i mean, that's what love is all about right. makes u crazy most of the times. being rational is something so weird to happen. usually in our case, being rational hanya menjurus ke arah perang mulut je. so, aku sangat la kagum pada perempuan2 yang mempunyai teman lelaki kesayangan jauh dari pandangan. they seems to be a lot stronger kot.


banyak lagi benda tak settle.






p.s .......

Monday, April 26, 2010

sujud syukur

pada rezeki ynag diberikanNya
pada rasa belas yang ditunjukkanNya


syukur.


alhamdulillah.

Sunday, April 25, 2010

terlebih semuanya

kasih.

cinta.

sabar.

tenang.

jujur.



sebab itu sayangnya aku pada si pencuri hati.
sebab terlebih semuanya diberi.


ini berkat doa mahu disatukan.
ini hikmah setelah ditunangkan.


berkurang marahnya.
berkurang dendamnya.
bertambah sabarnya.
bertambah tenangnya.







p.s i love being suprised by him, eventho the flowers were not bought, but its the thought that counts, isnt it? :)

p.s i'm not the matchy2 type of person, but there's no harm in wearing the same code of color. baru la nampak macam couple poyo...heh =p

Friday, April 23, 2010

what do u do?

when u cant seem to let ur eyes close n drift into an imaginative dreamy dreams?

when u pour ur heart out and seems like talking to urself?

when u hate the one thing u love the most?

when u lose hope but still hoping?




i'm devastated.

Wednesday, April 21, 2010

dont wear yourself out with the unknown matters

my big bro pesan "jangan too stressed about making too much money; just focus on making just enough."




insyaAllah i will try not to stress myself out with the money matter. ye, cliche bila cakap duit=rezeki. macam tutup mata pada nikmat lain yang semuanya rezeki tapi hadir dalam bentuk yang berbeza.




shallow la fikir macam tu.

Monday, April 19, 2010

similar simptom

malam tadi borak2 sama itu incik tunang..oh, cptnya dah jadi tunangan. anyway, dia cakap "exactly 5 more months to go, sekarang ni cakap macam tak sabar, nanti dah sampai masa, confirm cakap 'biar betol'"...aku gelak je, bila tanya kenapa cakap camtu plak, dia cakap "takut tak hafal skrip lagi"...haha


exactly 5 more months to go. n hari ni, tolak lagi sehari dari 5 bulan. cptnye masa berlalu.


oh, nak cakap pasal benda lain sebenarnya. tak tau la is it such a coincidence, or memang perasaan semata-mata ataupun dah memang begitu ditakdirkan. incik tunang itu ada simptom yg sama juga dengan aku bila i'm having my menses. the back pain, the cravings, the annoyance attitude, the mood swings. and paling ketara sekarang ni, craving dia la, paling tak boleh percaya, bila dia plak cakap having back pain all of a sudden even waktu tu aku tak cakap pun lagi i'm having my menses. aku plak yg pelik. bab mengidam tu yg paling tak tahan. boleh plak dia tiba2 cakap lepas mkn kfc, "abg teringin la nak mkn burger tepi jalan". tanya gak la, kenapa tiba2 teringin ni? dia cakap, tah. mengidam kot. spesifik tu, nak burger tepi jalan je. heh. klaka. and benda ni bukan jadi sekarang je, dah few months perasan benda sama cuma tak cakap jela. takut2 nanti, bila aku mengandung, dia plak yg over mengidam. camne tu? haha


entri yg tak ilmiah langsung. heh

Saturday, April 17, 2010

gatal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers


nak jugak kan letak ticker tu...ahahaha...reminder tu untuk diri sendiri. and untuk sape2 yang tengah bertanya-tanya bilakah tarikhnya. tarikh tu cuma rancangan kami, kalau pun tidak berlaku apa2 majlis pada hari tersebut (Nauzubillah) nanti, bukanlah di atas perancangan yang dibuat sesama manusia, kerana Allah jua yang lebih mengetahui.


dah gatal la tu dah letak ticker kan. cakap bukan wedding blog...ahahaha...apa2 jela. ;p



p/s: ada hikmahnya juga baca blog ko paiz. tolongin aku ya...plzzzz :)

Friday, April 16, 2010

persediaan

bila ditanya: seberapa sediakah mental & fizikal?
aku jawab: tidak mungkin 100%

bila ditanya: setebal manakah ilmu didada?
aku jawab: tebal lagi kulit bawang

bila ditanya: setinggi manakah kemahuan?
aku jawab: setinggi gelodak perasaan dan nafsu yang belum tentu kawalannya

bila ditanya: mampukah galas tanggungjawab?
aku jawab: insyaAllah



dan tentu lagi banyak persoalan yang timbul. terus terang jika ditanya sudah bersediakah? jawapannya tentu sekali tidak. dan seandainya ditanya bila boleh sedia?seolah-olah tiada jawapan kepada soalan kerana ketidakpastian masa hadapan. mungkin juga sampai bila2 tak bersedia. mungkin juga.

jika mahu ditunggu hari bersedia. maka, tak terbinalah mahligai rumahtangga. bukan sampai bila2, tapi nak tunggu hari sudah bersedia. bila?

bersediakah aku, mampukah aku...antara soalan yang dikemukakan. andai diri seorang yang tabah, muslimah sejati, akhlak terpuji, boleh juga aku mendabik dada mengatakan aku bersedia dari semua aspek. fizikal, mental, ilmu agama, segala-galanya. tapi jika kewujudan di muka bumi adalah dengan menghabiskan setiap hela nafas melakukan amal ibadat bersulamkan dosa, harus ditunggu sehingga bersediakah?

setiap kita punya alasan sendiri. alasan aku: mahu dibuat pahala atas halalnya dinikahkan.

mungkin juga ada yang mencebik, bukankah sudah diasuh menjaga diri, menjaga batas, menjaga segala-galanya. ya. tapi manusia lemah ini tewas juga dengan bisikan jahat. untuk mengelak terjadinya perkara lebih buruk. onar yang mencemar. adalah lebih baik mencegah daripada merawat. nikah itu cegahnya. ini pendapat peribadi. "tapi belanja nak kahwin mahal"...ya, tiada yang murah di dunia ini. sebab itu aku tidak minta yang bukan2. cukup sekadar dinikahkan. tidak perlu khemah besar, tidak perlu pelamin mewah, tidak perlu baju beribu-ribu, dan tidak perlu juga cincin berkarat-karat. hanya sah bergelar isteri pada seorang lelaki yang mahu dipenuhi hidupnya atas kasih sayang kami berdua.

ya, memang benar ilmu agama terlalu sedikit. memang benar lebih banyak tak tahu daripada tahunya. memang benar senang sesatnya daripada mencari jalan yang benar. memang benar tidak benar-benar bersedia.

tapi hanya doa yang mampu diucapkan pada yang Maha Esa. moga pernikahan itu nanti menjadi penggalak untuk menjadi muslim yang lebih baik. berdua mungkin lebih tabah. berdua mungkin lebih banyak hikmah.





sekali lagi,

jika ditanya: sudah bersediakah?
aku jawab: sudah, dengan izin Allah

:)

Thursday, April 15, 2010

good night

ada masa rasa macam nak tidur je sepanjang masa. sebab malas nak hadapi dunia realiti. sebab kadang-kadang tidur lebih menggembirakan. kadang-kadang, bukan selalu. tapi bukan tujuannya dicipta manusia untuk tidur sepanjang masa.




penat. jiwa penat. badan penat. mungkin juga tenat.



oh, ini bukan wedding blog. so, entri2 ditulis disini tidak berbunyi seperti luahan, rungutan seorang bakal pengantin.

Monday, April 12, 2010

pemahaman dan penerimaan yang berbeza-beza

syukur masih ada manusia di luar sana yang terang-terangan mahu menasihat. tak pernah jemu. tak reti penat. terima kasih. kerana pincangnya hidup disebabkan kemahuan yang keterlaluan, menyebabkan kita tak pernah faham apa itu syukur.

syukur itu hanya bila dapat apa yang dihajat.
hanya bila mendengar berita gembira.
hanya bila tentang perkara bahagia.

tapi tak reti pula bersyukur bila tak dapat apa yang dihajat.
bila mendengar berita sedih.
bila tentang perkara dukacita.

tak bersyukurkah masih mampu bernafas tapi tidak punya pekerjaan terjamin?
tak bersyukurkah masih punya anggota sempurna tapi tak punya harta bertimbun-timbun?
tak bersyukurkah masih beragama islam tapi tidak punya kereta mewah, barangan kemas berjuta-juta?
tak bersyukurkah masih punya keluarga tapi tak mampu memiliki harta benda?

tak bersyukurkah?



kita cepat lupa. lupa pada apa yang telah diberi. masih juga meminta-minta yang lebih. lebih kaya. lebih banyak duit. lebih segala-galanya.

kak fynn bercerita tentang rezeki. membuatkan aku terfikir tentang syukur atas segala nikmat yang tuhan beri. semua itu rezeki. yang buruk. yang cantik. yang busuk. dan yang wangi. rezeki.

nikmat Allah beri tak siapa tahu datangnya dalam bentuk apa. material atau spiritual. tapi masyarakat kini hanya menganggap, setiap yang cantik itu yang dianggap rezeki. yang menarik di pandangan itu yang dianggap rezeki. namun musibah dan yang buruk itu bukanlah rezeki. ya, sebegitu cetek kita di didik. bukankah yang buruk dan segala macam musibah itu hadir dengan izinNya? bukankah Dia yang menetap setiap satunya?bukankah perjalanan kita telah ditentukanNya?

kenapa masih bertanya, "kenapa?"
kenapa masih merintih, "kenapa?"
kenapa masih merungut, "kenapa?"

berhenti bertanya "kenapa?" dan teruslah mengucapkan syukur atas apa jua dugaan dan cabaran yang telah ditentukan olehNya. kerana Dia Maha Mengetahui.




rezeki kita berbeza setiap satunya. belajar erti syukur. bersyukurlah walaupun sakit. bersyukurlah walaupun pahit.

Sunday, April 11, 2010

sambungan



disebabkan malas nak upload gambar satu-satu...so, nak senang keje, aku compile terus buat collage begini. senang. heh. malas sebenarnya

ni pulak few pics of both families. yang ramainya tu cuma famili belah lelaki. keluarga saya cuma la mak, abah n fortunately akak ipar n abang 2nd ada tolong2 sama. oh, ada famili issue sikit kenapa famili belah saya sikit je bilangannya. tapi takpe, yang penting dah selesai pun, alhamdulillah. syukur.

yang menyarungkan cincin tu adalah bakal atok saya. n yang bertudung hitam di sebelah atok tu, bakal mak mertua saya. yang berbaju melayu maroon duduk disebelah abah yang berbaju melayu kuning kotak2 adalah bakal bapa mertua saya and the rest adalah bakal makcik pakcik sepupu semua.

anyhow, majlis ni dibuat bukan la tergesa-gesa, tapi tak nak buat lebih2 pun, sebab dah dari awal memang aku mintak semuanya seringkas mungkin, tapi sebelum bernikah, adalah perlu keluarga lelaki datang menyatakan hasrat si lelaki untuk menikahi gadis pilihannya. ceh, ayat drama. inilah tujuan majlis merisik+bertunang sekaligus ni.

btw, the funny thing about our idea of having this coming wedding ceremony adalah based on keberadaan adik perempuan saya di malaysia. u see, aku nak nikah pun tunggu ko balik dulu tau faizati, terharu tak?hehe. which means, tarikh pernikahan adalah ditentukan oleh kehadiran adik perempuan. i only got 1 sister, so takkan la nak biar dia takde dalam gambar kot masa nikah nanti. decision dibuat pun lepas aku tanya mak, "bila anis boleh kahwin mak?" gila straight tanya kan. haha. mak ckp, bila2 pun boleh, tapi sebaiknya biar la semua adik beradik ada sama. which means, kena buat majlis masa ati cuti sem, and my 1st bro dah balik msia. tapi dengar khabarnya, he wont be able to make it to the wedding. atas sebab2 tertentu. and dia pun dah cakap "kalau nak buat majlis tak yah tunggu ktorg". baik.

so, the date has been finalized. cuma menghitung hari sahaja lah lepas ni. cuak~~~

hopefully, semuanya seperti apa yang dirancang, walaupun tahu mesti ada cacat cela, kurangnya di mana-mana. tapi sekurang-kurangnya telah diusahakan.

nanti sambung lagi la eh, dah takde idea nak tulis apa.

Saturday, April 10, 2010

100410


compilation of few pics from today's event. tak banyak yang boleh di capture sebab ketiadaan fotografer bertauliah...hehe

kecik giler kan gambar dia. haha. attention ati: takat besar tu jela ko leh tgk eh...gile kejam kan suh ko tgk gambar tak b'kualiti camni.

anyway, sila perhati gambar belah kanan atas. betapa sopannya bakal suami saya duduk bersimpuh n aku plak yang duduk gaya camtu kan...hehe

ye, saya tak sopan. macam aku sorang je yang over happy dalam gambar tu. ape kes?cover nervous sebenarnya. haha

kena curik gambar dari bakal adik ipar la jawabnya kalau nak ada gambar bertunang versi lain. heh. ok la, till then. wish both of us luck. harapnya semua berjalan lancar n tak ada apa yang boleh menggugat perjalanan niat kami. insyaAllah.



p/s: sebak jugak bile t'dgr abah ckp nak 'menyerahkan' pada bakal keluarga mertua. suruh jaga elok2 since mak abah jauh nak tengok2 kan. tunang pun dah sebak. kang nikah camne ek?ish3...

Thursday, April 8, 2010

damn tired

tak pernah la agaknya rasa sepenat ini mengemas rumah...penat betul. betul2 penat...huhu...nasib baik la balik rumah few days before, or else memang macam tongkang pecah la gamaknya time orang datang nanti...

mula2 macam nak cari baju baru, since rasa macam overboard je baju yang di canang dulu tu. tp bila cari2 kat bandar kecik tu, tak jumpa plak yang berkenan, last2 bila dah penat kemas habuk kat rumah ni sorang2, decided malas plak nak gi cari baju lain...ngada2 tul kan nak tukar2 la konon, nyampah gile...haha

oh, masih ada gak drama even tinggal few days je lagi ni ha...haih~~~

neway, dapat in advance, ucapan tahniah dari kawan2 serumah n adik kesayangan yang jauh di mata, dekat di hati tu...ececece, geli...haha

i juz hope nothing goes wrong in any way pun. sebab aku tak kuat.



anyhow...hepi 36th of being togetherness mak abah...lama betul kan...anis pun nak jadi macam mak abah gak nanti...doakan ya...

Wednesday, April 7, 2010

please dont misinterpret my statement

ye, saya tak nak melenting hanya kerana saya perasan (read: ASSUME) ada orang lain yang akan singgah n baca content blog saya ni other than those people yang sudah sedia maklum tentang kewujudan blog ni. lagi2 tentang post saya yang sebelum ni sampai sanggup buat hujahan panjang lebar. (mungkin juga dia baca kat blog orang lain agaknya...hoho)

saya harap orang yang buat rumusan dan memberikan hujahan yang panjang lebar itu tidak menyalah ertikan maksud saya. tapi saya tetap mahu berterima kasih kepada beliau kerana cukup panjang lebar menerangkan satu persatu mengenai sejarahnya adat itu. blame me for being a science student who failed her history subject masa sekolah dulu. oleh itu, saya kurang peka terhadap sensitiviti masyarakat sekeliling mengenai isu tersebut.

bukan niat nak mengguris hati yang membaca, apatah lagi ingin membuat hujahan sendiri tentang sesuatu yang sudah sekian lama termaktub dalam sejarah bangsa sendiri. bukan. saya cuma ingin meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran. itu sahaja.

mungkin juga pernyataan yang dikeluarkan terlalu kasar untuk jiwa dan perasaan yang halus seperti perempuan tersebut. tapi saya menulis ketika hati tengah sedikit kecewa dengan permintaan yang macam2 hanya untuk sebuah majlis yang tak perlukan semua itu. dan saya mengecilkan skop adat tersebut kepada konsep perkahwinan sahaja kerana situasi itu yang saya alami skrg ni. saya tak sebut yang pernyataan itu sememangnya khusus untuk menerangkan tentang perjalanan sebuah majlis perkahwinan, tidak. tapi awak bukan dalam situasi di mana rasanya tidak memerlukan semua itu. dan saya bukan bermaksud untuk membuang terus kemelayuan saya. bukan.

sekali lagi ditekankan, saya hanya mengecilkan skop adat itu kepada konsep perkahwinan mengikut keadaan diri saya sekarang ini.

saya juga orang melayu. yang dilahirkan dalam keluarga melayu, yang masih juga sedikit sebanyak memelihara budaya masyarakat melayu. tapi saya juga seorang muslim. yang di dalam fikirannya hanya memikiran pentingnya untuk sebuah perkahwinan adalah pernikahan yang sah. itu yang saya tekankan. itu yang saya mahu.

saya tak pernah kata adat yang selama ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi itu salah. saya cuma kata ianya tidak perlu. dalam situasi saya. dalam situasi awak mungkin ya itu satu kemestian atau keperluan, tapi tidak pada saya. tapi pandangan saya tak mungkin akan diterima ramai, sebabnya kenapa?sebab adatnya begitu. kebiasaanya begitu bila mengadakan majlis perkahwinan. yang buat saya agak terkilan adalah apabila niat saya yang mahukan majlis seringkas mungkin disalah anggap. apabila dikeluarkan pernyataan "tersebut" terus dikecam seperti tidak mahu mengaku melayu.

saya quote dari blog famous yang i guess semua orang pun memang baca.

Tujuan Mengadakan Walimatulurus

Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.
Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.
Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.
Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

salahkah saya mahu bernikah mengikut cara Rasulullah?salahkan saya mahu menolak segala adat yang sekian lama diturunkan hanya kerana mahu mengikut cara Rasulullah?lagi satu, dengan saya menulis seperti ini, bukanlah bermaksud saya ni baik sangat. tidak. saya juga banyak dosanya. banyak juga khilafnya. dan banyak juga ilmu agama yang saya tak tahu. tapi selagi mampu, apa yang Rasulullah dah pernah buat, saya akan cuba turutkan. bukankah lebih afdal begitu.

oleh itu, saya harap jangan disalah erti pernyataan saya sebelum ini. saya bukan cetek pemikirannya, cuma saya tak mahu mengembangkan skop ayat tersebut. saya gunakan untuk menggambarkan situasi saya. saya cuma mahu dinikahkan dan kemudian diraikan bersama keluarga dan rakan. itu sahaja. jangan cepat sangat melatah. saya bukannya malu jadi melayu. dan saya bukan akan bernikah dengan mat saleh pun. hehe

p/s: saya tahu saya tak sempurna. saya tahu saya banyak celanya. tapi jangan cepat menuduh tanpa usul periksa. yang baik tetap datangnya dari Allah S.W.T. wassalam

Saturday, April 3, 2010

trying to get things done, before i leave

oho...byk benda lagi tak setel...nak marking lab report student yang berlambak-lambak tu lagi...haih~~~

nak balik seminggu je pun, tapi before nak balik tu la banyak benda nak kena siapkan. haih~~~

berusaha lah!!!!

--------

btw, ingat lagi entry ini??

ini hasil daripada inspirasi itu. tapi as i mentioned before, perempuan gila lace ni tak reti nak buat se-kreatif perempuan itu. so yang termampu adalah keluarkan duit beli kain lace yang rasa tak berapa murah tapi mana nak dapat lace murah kan, so patch sahaja ke atas kain tersebut. hmmm...mudah begitu, tapi tak semudah itu ye puan-puan, banyak masa yang dicurahkan ke atas kain tersebut tapi saya sangat suka hasilnya. :)



ini kaki baju tersebut. lace dia lebar gak, sebab tu nampak besar, yg melingkar2 bunga ke atas tu sebab kunun2 mahu nampak menarik. gigih gile~~~

ini pulak lengan baju yang segigih mungkin dijahit manik kecik2 tu diatasnya~~~
mahu tambah manik2 lagi gamaknya. macam kosong sangat
ini pulak gigih jahit manik2 hitam tu kat lace area bustline. gigih ye, gigih~~~




note: this is not supposed to be my engagement attire. no, it is not. it started out as any other kain plain yang aku tah kenapa macam nak beli hari tu kat kamdar, then pergi anta kat tailor, ckp design camne nak buat semua, sampai bf tanya nak buat apa tempah baju tu, aku pun tak tau nak jawab apa, aku cakap "suka2 je"...boleh tak jawab camtu je???hahaaa

anyway, come to the day when both of us decided nak nikah, then it strucks me that aku nak upgrade baju ni jadi baju runway kat karpet merah...ecece, poyo ko nak jalan atas red carpet kan...haaaaaa

so, thats when all the lace patchment work starts, mulanya baju tu cuma sehelai baju ala2 jubah kosong yang cuma dijahitkan lace seinci lebarnya di area bustline. itu sahaja. then, bila dah ada idea nak buat camana, de lace hunting bermula...haha, n eventually i found what i want and the work starts. penat wei, penat bahu duk menjahit tangan lace tu, sampai kebas punggung aku duk mengadap benda alah tu, n when i'm concentrating doing something, aku sangat la tak kesah pasal benda lain. masa ni la, ignorance terhadap bf sendiri berlaku. BUT luckily, dia faham aku camana, dia faham aku suka gila dengan benda yang aku buat, so he ends up biarkan aku wat pe yang aku nak buat, bila aku dah penat baru aku pegi cari dia, msg ke, call ke, dating ke...stuff like dat la...i'm not a multi-tasking person, no i'm not, eventho beberapa kali cubaan dibuat untuk nak membuktikan aku ada kebolehan multi-tasking tu, tapi hampa jua...huhu, camane nak jadi mommy ni nanti???

anyhow, bila dah siap, duk tergantung diam2 jela kat cloth cover dalam almari tu. sayang punya pasal, sanggup tu pegi cari cloth cover, jmp la yg murah 9.90 kat ikea, 1 besar, 2 kecik.

ok, bila dah duk diam2 dalam almari tu, come to a time when his families dah decide nak dtg merisik+tunang semua kan, i got clueless on what to wear for the occasion, aku ingat mula2 nak pakai sempoi je, sebab dalam kepala otak dah fikir baju yang aku buat tu nak reserve untuk majlis kenduri je nanti. but then, kita cuma merancang kan, Allah punya plan gak yang menjadi. knowing that his mother dah pun belikan kain juga untuk majlis kenduri kitorang, therefore baju yang aku buat tu dah tak tau nak pakai kat majlis belah mana. huhu

and one day, my bf said "pakai jela baju yang syg buat tu utk tunang, penat2 syg tampal lace semua, takkan la nak simpan je kot".

and well folks, itu la dia cerita baju tu. heh. macam karangan sekola rendah.

yes, being a non-traditional believer (sangat), aku bercantik-cantik juga nak tunang nanti. tunang je pon. haih~~~

semalam, jenguk fesbuk kawan sekola lama, baru terjumpa, sempoi nak mati cara they got engaged. pakai baju biasa2, macam nak g kenduri kawen camtu la, yang laki tu siap pakai macam nak kuar g tgk wayang jela simplenya. mak laki tu sarung cincin, dah siap. takde la nak duk bersimpuh berbalas pantun la, bersirih junjung la, bertepak sireh la, berpelamin la, berkhemah siap la. haih~~~

aku nak macam tu, tapi tak dapat macam tu pun. macam org tunang biasa gak. haih~~~ ni mengeluh bukan sebab gila sangat nak jadi out-of-the-ordinary or nak sangat jadi lain dari orang lain. TAK. aku mengeluh sebab bersusah payah pada benda yang rasanya irrelevent. haih~~~

call me ungrateful, call me whatever, tapi aku memang tak nampak significant nya. daripada konon2 nak jumpa between families je, daripada konon2 mcm luncheon biasa, terus jadi macam kebiasaan, penat pikir. sekarang ni, me n en.bakal tunang cuma pikir, ikutkan je. malas dah nak bagi pendapat. sebab nanti pun dianggap penderhaka adat. yes, derhaka adat ye.

btw, i couldnt agree with the statement "biar mati anak, jangan mati adat" full of crap thing. fin

kang nanti aku cakap lepas, orang ingat aku ni perempuan gila. tak reti jaga adab. mak abah tak besarkan aku jadi perempuan camtu ye.

p/s emo. bkn malu jadi melayu, tapi ini pendapat peribadi, jangan terguris hati pada yang membaca. coz i'm not judging you, i'm being judgemental to the one creating this from the very beginning. full of crap.

Friday, April 2, 2010

bakat

bila dah besar ni macam baru perasan adik beradik saya banyak juga bakatnya. heh

macam adik perempuan saya, pandai amek gambar. tah sejak bila tah minat tu dipupuk. walaupun dia ala2 humble gitu bila orang komen gambar2 dia amek lawa2 belaka, tapi memang serius dia reti amek gambar. tp tu pun kalau dia ada masa la. kalau dia busy study nak exam sume, dia heran apa dengan bidang fotografi, betul tak faizati??hehe

macam adik lelaki saya yang tengah study kt ukm. dia minat berlakon, berlakon teater. hebat sungguh. sebab dia berani menghadap penonton. aku dulu masa masuk english debate team kat sekolah pun sebab kena paksa, sebab aku baca karangan inggeris laju n aku reti pronounce words in english correctly. heh. pengecut tul. oh, saya fobia dengan orang ramai. huhu

macam abang sulung saya, dia ni idola adik-adik dia. dia ni study engineering, tapi hebat je bab2 komputer, programming kot, tah pe tah yang dia reti tu, n dia pun terer gak design2. dia ni jenis yang pandai exploitasi kebolehan, sebab tu dia jadi idola..hehe

macam abang saya yg no3 pun sama gak, dari masa aku kecik lagi dah anggap dia ni yang paling berseni sekali. dia suka lukis2 n most definitely tulisan dia sangat la cantik. u know, budak laki kan ada tendency nak tulis buruk (mind u, ada je pompuan yg tulisan buruk..huhu) tapi tulisan dia masyaAllah memang la cantik, rasanya sekarang pun masih sama lg cantik.

abang no2 tatau pe seninya dia. tapi dulu dia minat lagu rock2 gitu la, seni gak la tu kan. hehe

adik bongsu plak pun tatau lagi pe seninya dia, mungkin belum develop lg gaknya, nanti dia dah besar sket mula la tunjuk kot. hihi.

aku?tah. mengarut je pandai. hahahaha



bosan. ni la kejenya. :)

Thursday, April 1, 2010

terlalu

april dah tiba. masa makin suntuk. ruang makin sempit. rasa tertimpa-timpa.

ooo...terpaksa korbankan salah satu. sebenarnya boleh je nak grab dua2, tapi sebab dah malas nak discuss pasal hal2 yang selama ni memang hanya buat pening kepala je, so adalah baiknya aku teruskan juga dengan plan asal. malas mahu pikir.

tak salah jadi tamak. tapi bukan sekarang. masih banyak yang perlu di hold on to.

sekian.



p/s: mengantuk melampau. badan berangin. hidung berhingus. mahu tilam. mahu lelap mata......