Sunday, April 11, 2010

sambungan



disebabkan malas nak upload gambar satu-satu...so, nak senang keje, aku compile terus buat collage begini. senang. heh. malas sebenarnya

ni pulak few pics of both families. yang ramainya tu cuma famili belah lelaki. keluarga saya cuma la mak, abah n fortunately akak ipar n abang 2nd ada tolong2 sama. oh, ada famili issue sikit kenapa famili belah saya sikit je bilangannya. tapi takpe, yang penting dah selesai pun, alhamdulillah. syukur.

yang menyarungkan cincin tu adalah bakal atok saya. n yang bertudung hitam di sebelah atok tu, bakal mak mertua saya. yang berbaju melayu maroon duduk disebelah abah yang berbaju melayu kuning kotak2 adalah bakal bapa mertua saya and the rest adalah bakal makcik pakcik sepupu semua.

anyhow, majlis ni dibuat bukan la tergesa-gesa, tapi tak nak buat lebih2 pun, sebab dah dari awal memang aku mintak semuanya seringkas mungkin, tapi sebelum bernikah, adalah perlu keluarga lelaki datang menyatakan hasrat si lelaki untuk menikahi gadis pilihannya. ceh, ayat drama. inilah tujuan majlis merisik+bertunang sekaligus ni.

btw, the funny thing about our idea of having this coming wedding ceremony adalah based on keberadaan adik perempuan saya di malaysia. u see, aku nak nikah pun tunggu ko balik dulu tau faizati, terharu tak?hehe. which means, tarikh pernikahan adalah ditentukan oleh kehadiran adik perempuan. i only got 1 sister, so takkan la nak biar dia takde dalam gambar kot masa nikah nanti. decision dibuat pun lepas aku tanya mak, "bila anis boleh kahwin mak?" gila straight tanya kan. haha. mak ckp, bila2 pun boleh, tapi sebaiknya biar la semua adik beradik ada sama. which means, kena buat majlis masa ati cuti sem, and my 1st bro dah balik msia. tapi dengar khabarnya, he wont be able to make it to the wedding. atas sebab2 tertentu. and dia pun dah cakap "kalau nak buat majlis tak yah tunggu ktorg". baik.

so, the date has been finalized. cuma menghitung hari sahaja lah lepas ni. cuak~~~

hopefully, semuanya seperti apa yang dirancang, walaupun tahu mesti ada cacat cela, kurangnya di mana-mana. tapi sekurang-kurangnya telah diusahakan.

nanti sambung lagi la eh, dah takde idea nak tulis apa.

No comments: