Monday, April 12, 2010

pemahaman dan penerimaan yang berbeza-beza

syukur masih ada manusia di luar sana yang terang-terangan mahu menasihat. tak pernah jemu. tak reti penat. terima kasih. kerana pincangnya hidup disebabkan kemahuan yang keterlaluan, menyebabkan kita tak pernah faham apa itu syukur.

syukur itu hanya bila dapat apa yang dihajat.
hanya bila mendengar berita gembira.
hanya bila tentang perkara bahagia.

tapi tak reti pula bersyukur bila tak dapat apa yang dihajat.
bila mendengar berita sedih.
bila tentang perkara dukacita.

tak bersyukurkah masih mampu bernafas tapi tidak punya pekerjaan terjamin?
tak bersyukurkah masih punya anggota sempurna tapi tak punya harta bertimbun-timbun?
tak bersyukurkah masih beragama islam tapi tidak punya kereta mewah, barangan kemas berjuta-juta?
tak bersyukurkah masih punya keluarga tapi tak mampu memiliki harta benda?

tak bersyukurkah?



kita cepat lupa. lupa pada apa yang telah diberi. masih juga meminta-minta yang lebih. lebih kaya. lebih banyak duit. lebih segala-galanya.

kak fynn bercerita tentang rezeki. membuatkan aku terfikir tentang syukur atas segala nikmat yang tuhan beri. semua itu rezeki. yang buruk. yang cantik. yang busuk. dan yang wangi. rezeki.

nikmat Allah beri tak siapa tahu datangnya dalam bentuk apa. material atau spiritual. tapi masyarakat kini hanya menganggap, setiap yang cantik itu yang dianggap rezeki. yang menarik di pandangan itu yang dianggap rezeki. namun musibah dan yang buruk itu bukanlah rezeki. ya, sebegitu cetek kita di didik. bukankah yang buruk dan segala macam musibah itu hadir dengan izinNya? bukankah Dia yang menetap setiap satunya?bukankah perjalanan kita telah ditentukanNya?

kenapa masih bertanya, "kenapa?"
kenapa masih merintih, "kenapa?"
kenapa masih merungut, "kenapa?"

berhenti bertanya "kenapa?" dan teruslah mengucapkan syukur atas apa jua dugaan dan cabaran yang telah ditentukan olehNya. kerana Dia Maha Mengetahui.




rezeki kita berbeza setiap satunya. belajar erti syukur. bersyukurlah walaupun sakit. bersyukurlah walaupun pahit.

No comments: