Friday, April 16, 2010

persediaan

bila ditanya: seberapa sediakah mental & fizikal?
aku jawab: tidak mungkin 100%

bila ditanya: setebal manakah ilmu didada?
aku jawab: tebal lagi kulit bawang

bila ditanya: setinggi manakah kemahuan?
aku jawab: setinggi gelodak perasaan dan nafsu yang belum tentu kawalannya

bila ditanya: mampukah galas tanggungjawab?
aku jawab: insyaAllah



dan tentu lagi banyak persoalan yang timbul. terus terang jika ditanya sudah bersediakah? jawapannya tentu sekali tidak. dan seandainya ditanya bila boleh sedia?seolah-olah tiada jawapan kepada soalan kerana ketidakpastian masa hadapan. mungkin juga sampai bila2 tak bersedia. mungkin juga.

jika mahu ditunggu hari bersedia. maka, tak terbinalah mahligai rumahtangga. bukan sampai bila2, tapi nak tunggu hari sudah bersedia. bila?

bersediakah aku, mampukah aku...antara soalan yang dikemukakan. andai diri seorang yang tabah, muslimah sejati, akhlak terpuji, boleh juga aku mendabik dada mengatakan aku bersedia dari semua aspek. fizikal, mental, ilmu agama, segala-galanya. tapi jika kewujudan di muka bumi adalah dengan menghabiskan setiap hela nafas melakukan amal ibadat bersulamkan dosa, harus ditunggu sehingga bersediakah?

setiap kita punya alasan sendiri. alasan aku: mahu dibuat pahala atas halalnya dinikahkan.

mungkin juga ada yang mencebik, bukankah sudah diasuh menjaga diri, menjaga batas, menjaga segala-galanya. ya. tapi manusia lemah ini tewas juga dengan bisikan jahat. untuk mengelak terjadinya perkara lebih buruk. onar yang mencemar. adalah lebih baik mencegah daripada merawat. nikah itu cegahnya. ini pendapat peribadi. "tapi belanja nak kahwin mahal"...ya, tiada yang murah di dunia ini. sebab itu aku tidak minta yang bukan2. cukup sekadar dinikahkan. tidak perlu khemah besar, tidak perlu pelamin mewah, tidak perlu baju beribu-ribu, dan tidak perlu juga cincin berkarat-karat. hanya sah bergelar isteri pada seorang lelaki yang mahu dipenuhi hidupnya atas kasih sayang kami berdua.

ya, memang benar ilmu agama terlalu sedikit. memang benar lebih banyak tak tahu daripada tahunya. memang benar senang sesatnya daripada mencari jalan yang benar. memang benar tidak benar-benar bersedia.

tapi hanya doa yang mampu diucapkan pada yang Maha Esa. moga pernikahan itu nanti menjadi penggalak untuk menjadi muslim yang lebih baik. berdua mungkin lebih tabah. berdua mungkin lebih banyak hikmah.





sekali lagi,

jika ditanya: sudah bersediakah?
aku jawab: sudah, dengan izin Allah

:)

No comments: