Wednesday, April 7, 2010

please dont misinterpret my statement

ye, saya tak nak melenting hanya kerana saya perasan (read: ASSUME) ada orang lain yang akan singgah n baca content blog saya ni other than those people yang sudah sedia maklum tentang kewujudan blog ni. lagi2 tentang post saya yang sebelum ni sampai sanggup buat hujahan panjang lebar. (mungkin juga dia baca kat blog orang lain agaknya...hoho)

saya harap orang yang buat rumusan dan memberikan hujahan yang panjang lebar itu tidak menyalah ertikan maksud saya. tapi saya tetap mahu berterima kasih kepada beliau kerana cukup panjang lebar menerangkan satu persatu mengenai sejarahnya adat itu. blame me for being a science student who failed her history subject masa sekolah dulu. oleh itu, saya kurang peka terhadap sensitiviti masyarakat sekeliling mengenai isu tersebut.

bukan niat nak mengguris hati yang membaca, apatah lagi ingin membuat hujahan sendiri tentang sesuatu yang sudah sekian lama termaktub dalam sejarah bangsa sendiri. bukan. saya cuma ingin meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran. itu sahaja.

mungkin juga pernyataan yang dikeluarkan terlalu kasar untuk jiwa dan perasaan yang halus seperti perempuan tersebut. tapi saya menulis ketika hati tengah sedikit kecewa dengan permintaan yang macam2 hanya untuk sebuah majlis yang tak perlukan semua itu. dan saya mengecilkan skop adat tersebut kepada konsep perkahwinan sahaja kerana situasi itu yang saya alami skrg ni. saya tak sebut yang pernyataan itu sememangnya khusus untuk menerangkan tentang perjalanan sebuah majlis perkahwinan, tidak. tapi awak bukan dalam situasi di mana rasanya tidak memerlukan semua itu. dan saya bukan bermaksud untuk membuang terus kemelayuan saya. bukan.

sekali lagi ditekankan, saya hanya mengecilkan skop adat itu kepada konsep perkahwinan mengikut keadaan diri saya sekarang ini.

saya juga orang melayu. yang dilahirkan dalam keluarga melayu, yang masih juga sedikit sebanyak memelihara budaya masyarakat melayu. tapi saya juga seorang muslim. yang di dalam fikirannya hanya memikiran pentingnya untuk sebuah perkahwinan adalah pernikahan yang sah. itu yang saya tekankan. itu yang saya mahu.

saya tak pernah kata adat yang selama ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi itu salah. saya cuma kata ianya tidak perlu. dalam situasi saya. dalam situasi awak mungkin ya itu satu kemestian atau keperluan, tapi tidak pada saya. tapi pandangan saya tak mungkin akan diterima ramai, sebabnya kenapa?sebab adatnya begitu. kebiasaanya begitu bila mengadakan majlis perkahwinan. yang buat saya agak terkilan adalah apabila niat saya yang mahukan majlis seringkas mungkin disalah anggap. apabila dikeluarkan pernyataan "tersebut" terus dikecam seperti tidak mahu mengaku melayu.

saya quote dari blog famous yang i guess semua orang pun memang baca.

Tujuan Mengadakan Walimatulurus

Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.
Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.
Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.
Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

salahkah saya mahu bernikah mengikut cara Rasulullah?salahkan saya mahu menolak segala adat yang sekian lama diturunkan hanya kerana mahu mengikut cara Rasulullah?lagi satu, dengan saya menulis seperti ini, bukanlah bermaksud saya ni baik sangat. tidak. saya juga banyak dosanya. banyak juga khilafnya. dan banyak juga ilmu agama yang saya tak tahu. tapi selagi mampu, apa yang Rasulullah dah pernah buat, saya akan cuba turutkan. bukankah lebih afdal begitu.

oleh itu, saya harap jangan disalah erti pernyataan saya sebelum ini. saya bukan cetek pemikirannya, cuma saya tak mahu mengembangkan skop ayat tersebut. saya gunakan untuk menggambarkan situasi saya. saya cuma mahu dinikahkan dan kemudian diraikan bersama keluarga dan rakan. itu sahaja. jangan cepat sangat melatah. saya bukannya malu jadi melayu. dan saya bukan akan bernikah dengan mat saleh pun. hehe

p/s: saya tahu saya tak sempurna. saya tahu saya banyak celanya. tapi jangan cepat menuduh tanpa usul periksa. yang baik tetap datangnya dari Allah S.W.T. wassalam