Friday, March 6, 2009

melayang

haih...nak kata malang, tak juga...aku anggap bukan rezeki. sesuatu yang bukan milik, sampai bila2 pun kau tak akan dapat, unless fate is very kind to u and turn the whole thing around. i'm not that lucky, believe me.


masa mula2 mak call, hati sudah berbunga riang, dah terbayang hari minggu yang bakal dihabiskan dengan aktiviti pembaziran. tapi mungkin juga tidak sebab tidak ada keperluannya, cuma hanya keinginan. aku memang tak boleh pegang duit, tak kira lah jumlahnya, sedikit apatah lagi yang banyak, habis aku laburkan pada 'pelaburan' yang tak membawa keuntungan. oh, mungkin juga ini yang Tuhan mahu aku sedar.


dan pada ketika aku disedarkan bahawa ianya bukan lagi kepunyaan, aku seolah-olah nampak bayangan duit kertas itu 'terbang' di depan mata. berpinar mata apatah lagi bila panas terik matahari turut sama memancarkan sinar. haih...kejam sungguh.


rm600++...banyak yang aku dah congak2kan ke mana hala tuju kertas2 itu nanti. cit. angan2.


haih. keluhan panjang. esok lusa ada lah rezeki lain pula. aku baru cakap dengan diri sendiri, semalam kena saman, tapi hari ni dapat durian runtuh. cit. angan2. kena korek duit poket belakang la jawabnya nak bayar itu saman. oh, kalau aku tangguh dulu, ada penalti tak rasa2nya?.


semalam hujan lebat waktu tengahari, kenapa hari ni tidak ya?kalau ya boleh aku jadikan alasan pulang awal, dan lelapkan mata di bilik, kalau tak pun sambil golek2 tengok movie. haih.


p/s ayat 2nd, perenggan pertama aku tujukan lagi sekali pada diri sendiri. erina, u gotta move on. self-motivated? no, merely a warning coz i'm so stubborn.


2 comments:

cik sabun said...

jaat! sape yg saman ko tuh..

E F K said...

pakcik suar ketat kt upm nan indah ni la cik sabun...waaaa