Friday, April 17, 2009

aku ibarat air yang mengalir.

semalam petang sanggup balik lambat daripada waktu yang normal sebab nak duduk borak pasal hal2 remeh tapi agak penting.

ada sorang akak C ni berada dalam situasi dilema (agaknya) di antara 2 jejaka. cerita common. berharap jejaka A masuk meminang sebelum jejaka B berbuat terlebih dahulu. bimbang sekiranya tak dapat menolak permintaan jejaka B andaikata keluarga B yang datang terlebih dahulu. susah tu. aku tanya, kenapa tak boleh tolak pulak kak?



cerita 15 minit sebelum tu (ringkasannya):

jejaka A: self-driven, boleh berdikari, pandai ambil hati, tapi baru sahaja bekerja, maka tiada peluang mahu terus masuk meminang.

jejaka B: jenis yang mementingkan kecantikan, memang tak tahu mengambil hati perempuan, jenis yang dependant, tapi beritahu kawan baik sendiri bahawa hidup sepi tanpa kehadiran akak C.



haih. nampak macam jejaka A boleh menang mudah kalau mereka berlawan tanpa kekerasan. tapi akak C ni masih lagi rasa dia boleh hidup bersama dengan jejaka B seandainya B yang masuk meminang terlebih dahulu. sebab walaupun dia banyak celanya, tapi sebagai perempuan yang independant dan mampu menyara hidupnya sendiri, kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya hanya untuk kepentingan tidur bersama, mempunyai zuriat, dan of course kasih sayang dan perhatian daripada the opposite sex. itu sahaja. sebab itulah dia rasa eventho dia sayang A, kalau B yang masuk meminang terlebih dulu, akak C pun tak mahu tunggu lama demi A.


so, apa yang akak tu buat sekarang? tunggu. tunggu siapa yang datang dulu.


kenyataannya, aku juga bersetuju dalam diam. kalau aku bernasib baik mungkin juga aku akan berbahagia dengan jejaka yang menjadi igauan. tapi kalau juga bukan jodoh bersama jejaka igauan, i guess second best is all i will know.






-------------------

seorang teman berbangsa cina mencelah:

hakikatnya, perempuan ni macam air.


aku buat muka tak paham. dalam hati terfikir, ni chinese proverb ke pe?tolong elaborate.


dia menerangkan, perempuan ni macam air. masih juga perlukan bekas kalau mahu ditakung. tapi punya dua bentuk keadaan yang cukup berbeza, boleh mengeras seperti ais, icy cold. dan boleh juga mencair.


selama ni cuma dengar hati perempuan macam kerak nasi. semalam baru tau perempuan ni ibarat air juga. menyejukkan badan tatkala disimbah ke tubuh, mendinginkan kerongkong tatkala kehausan.


mahu elaborate panjang, tapi aku ketandusan kata2. mungkin di entri yang lain.

No comments: