Monday, February 23, 2009

project runway


definitely bukan pasal show 'project runway' yang aku minat tengok tu.


aku ada satu keinginan. disebabkan keadaan hidup yang agak kucar kacir (sekarang ni, rasanya), aku pernah terfikir untuk nak larikan diri jauh2, sejauh mana?ke mana?mana2 pun boleh, asalkan hilang daripada pandangan manusia2 yang aku selalu jumpa.

soalan2:
macam mana dengan keluarga?kawan2?mahu lari sendirian?tak sunyi kah?kau rasa boleh survive?

jawapan:
keluarga mana boleh dipinggirkan. kawan2 boleh kenal yang baru. lebih mudah nak urus bila sendiri. cari hiburan kalau sunyi. mungkin, siapa yang tahu tentang tahap independent diri aku dan survival method yang aku cipta sendiri.

soalan lagi:
sampai bila mahu lari?pengecut.

jawapan:
sampai penat. aku memang pengecut.



dan antara misi untuk tujuan pelarian semacam yang aku inginkan ini, aku bercadang nak menutup semua akaun (bukan akaun bank, ya saya tau tak kelakar) dunia maya seperti friendster, facebook, flixster, dan bermacam2 lagi. sebab aku tak mahu orang jumpa aku. tak mahu orang cari aku. kata nak lari, kena la menghilangkan diri. betul? dan bila kau cuba search nama penuh aku kat google pun, paparan "no search found" akan tertera. oh, tapi mahukan itu terjadi?


tapi aku dah mulakan dengan men'delete' akaun flickr. reason:
1) aku memang tak pro amek gambar
2) aku tengah sengkek, pokai tahap tak mampu (ni alasan pe ni??)
3) impulsive- without hesitation terus delete


so lepas ni mungkin akaun2 lain akan menyusul untuk menunggu giliran untuk di hapuskan. Justify Full*mungkin juga tidak*.


---------


lawak malam tadi *sori sebab lambat sket pick-up lawak tersebut*


kalau orang cakap betul, kita cakap 'right', right?
tapi kalau orang cakap salah, kenapa kita tak cakap 'left', right?


haha, if u dun find this funny, please read another blogs available. sekian.


:)


No comments: