Wednesday, April 29, 2009

sibuk sangat kah?

hari2 masih log in akaun blogspot sendiri, tapi dengan tujuan mahu tengok/baca blog orang lain, apa cerita terbaru, latest update.

tapi kemahuan untuk menaip di blog sendiri tidak terlaksana juga. buntu mungkin, runsing mungkin.

semalam keluar, ada yang menegur...seperti tiada, tapi ada. jasad di depan mata, tapi jiwa melayang entah ke mana. terkesan dengan 'kehilangan' aku, dia sedikit terguris. aku mungkin juga boleh jadi seorang yang multi-tasking, tapi juga boleh celaru bila banyak perkara mengganggu.

mengeluh juga bukan boleh mendatangkan apa2 kebaikan. *haih*

.
.
.
.
.

----------

layaknya bulan mei nanti ada persembahan yang aku mahu turut serta. sedang mencari teman sejiwa untuk dibawa bersama. mahu dibebaskan rasa terkurung itu. mahu hirup aroma yang baru. terkesima dengan warna-warni indah terhampar di depan mata. rasa teruja. high tiba2. mungkin juga ini kebahagiaan aku.

No comments: