Wednesday, December 31, 2008

antara care dengan busybody

benda ni macam bila orang cakap, there's a fine line between craziness and a genius. boleh ke di gambarkan seperti itu?aku rasa macam padan je.


boleh ke dua perkataan ni dibezakan? sebab most people akan cakap the only reason dia nak ambil tahu tentang sesuatu perkara/seseorang adalah atas dasar prihatin, ambil berat dan bukannya sebab memang dengan niat nak menyebok (busybody). kalau bertanya sikit-sikit, tapi aku masih tak rasa reluctant nak jawab, masih kira ok lagi. tapi kalau kau tanya banyak-banyak dan aku dah mula buat muka kelat bila nak jawab, sepatutnya kau boleh faham yang aku dah mula rasa yang kau ni macam busybody. aku jenis tak boleh terima bila orang terlampau care pada aku. nanti aku rasa rimas.


well, honestly aku pun macam yang lain-lain jugak. ada masa sibuk nak tahu hal-hal semasa. nak gak duduk bercerita tentang perkara-perkara yang melalaikan. tapi bila benda yang sama terjadi pada diri sendiri, rasa sedikit annoying mungkin.


polisi hidup aku mudah sahaja. aku tak akan bertanya pada orang lain tentang sesuatu yang mereka tak mahu kongsi, so in return aku mengharapkan orang lain buat benda yang sama pada aku. its a matter of privacy. macam aku tulis sebelum ni, i need my own space, dan ramai yang kurang faham tentang konsep itu. tapi aku tak marah, cuma sikit tersinggung bila ada yang pertikaikan. itu sahaja.


aku pun tak nak mencari musuh. aku pun tak ingin tak disenangi orang lain. cuma yela, mungkin aku meminta terlalu banyak daripada orang sekeliling. dan mereka tak dapat memberikan kerjasama. itu yang rasa semacam kurang best.


kebelakangan ni ada yang menegur, aku tulis dalam blog seperti orang sedih. i should start new year with a new attitude, i guess. so takde la spekulasi yang aku ni nampak macam damaged/ruined.


aku masih orang yang sama. cuma inginkan sedikit ketenteraman dan mengidamkan kedamaian dalam hiruk pikuk dan hingar bingar kehidupan.

No comments: