Thursday, December 11, 2008

[monolog]

Disember...bulan malas-malasan...sebab tu sudah agak lama tak update blog...

------

mahu cerita sikit. ni cerita dah lama cuma aku tak pernah post. tapi entah kenapa aku nak publish entri ni kali ni. mungkin tengah rasa meluat.

------

ada orang tak boleh hidup bersendirian. rasa sunyi. rasa bosan tanpa teman. ada juga orang yang suka hidup menyendiri. kerana lebih selesa begitu. tanpa gangguan.


walaupun kadang-kadang aku lebih rela hidup tanpa teman, rakan @ sahabat, tapi aku juga percaya kita semua masih tetap memerlukan teman mendampingi diri once in a while. tapi kadang-kadang aku rasa meluat. sebab apa? sebab kadang-kadang bila hidup berkawan, kita terpaksa jadi hipokrit.


along the way, somehow kita mesti stumble upon someone yang boleh kita jadikan kawan sepanjang hayat (BFFL-best fren for life). kawan yang kau tak akan simpan rasa sakit hati atau dendam yang berpanjangan sebab masing-masing faham antara satu sama lain. kawan yang kau tak kisah mahu cerita segala benda buruk atau memalukan sebab kau tahu dia tak kan prejudis. dan kalau pun dia menegur kau tau dia buat macam tu sebab dia sayang. dan bukannya sebab nak jatuhkan maruah kau. dengan kawan yang sebegini kau tak perlu hipokrit. tapi dengan kawan yang kau rasa kurang senang, tapi terpaksa berkawan demi menjaga kepentingan masing-masing, tentu sekali kau terpaksa menjadi hipokrit. bukan begitu??depan dia pijak semut pun tak mati, mulut manis, tapi belakang dia habis dikutuk dari sekecil-kecil hal.


well. sekarang ni aku ada sedikit rasa meluat, tak banyak tapi cukup untuk aku tulis entri pasal masalah kecil ini. aku tak tau la samada aku ni yang jenis susah nak fit in atau orang lain susah nak terima. konfius.


pertama, aku kurang senang dengan sikap sesetengah manusia (ya, aku juga judge manusia lain, sama seperti kamu sekalian) yang cuma tahu condemn orang lain, dan bukannya membantu menyelesaikan masalah. kawan sebegini aku abaikan sahaja kehadiran mereka sebab kawan-kawan yang kurang memahami lebih banyak mencebik dan tak punya faith pada aku. dan ini buat aku rasa sedih. sebab aku pun ada perasaan. bertambah sedih bila orang fikir kau sudah jauh tersasar, jadi jahat sedangkan sebenarnya kau masih orang yang sama tapi hanya keluar mencari pengalaman berbeza. sebab aku rasa hidup ni terlampau dull kalau kau tak reti nak cari pengalaman lain.

kedua, aku juga kurang gemar dengan mereka-mereka yang terlalu obses dengan kesempurnaan. sebab orang yang sebegini selalu rasa diri mereka bagus. well, to be honest, itu hak peribadi kau mahu rasa bagus pasal diri sendiri, tapi jangan sampai kau buat orang lain rasa macam sampah. hanya kerana kau rasa kau lebih betul, kau lebih baik. cuba kau kembangkan sikit kotak pemikiran kau tu. tidaklah aku kutuk kau sebagai shallow dalam hati.

ketiga, aku rimas dengan orang-orang yang terlalu memikirkan perkara yang remeh. perkara kecil yang sengaja di perbesarkan. aku lagi rimas kalau kau tak pernah nak bersemuka dengan orang yang kau ada masalah, tapi kau selesaikan dengan cara kau sendiri. kau menyakitkan hati orang lain dalam diam. bukankah itu tindakan kurang matang. sudah dewasa, tapi berkelakuan seperti anak kecil. cuba relaks sikit. tak salah kalau sekali-sekala hidup ni tak seperti yang kau inginkan. jangan la cepat sangat nak melenting.

manusia.

aku juga manusia. aku judge orang lain. aku juga kutuk orang lain. aku pun tak terlepas dari mengata tentang orang lain. tapi aku menilai untuk memastikan sifat-sifat tersebut tak ada dalam diri aku. dan sesungguhnya aku bersyukur punya teman yang tetap melayan kerenah aku dan menerima aku seadanya. sebab kau buat aku rasa sempurna. walaupun banyak calitan hitam terpalit di jiwa ini. sebab bila aku buat silap, kau tetap ada. dan bila aku tanya, kau masih sudi mahu mendengar dan jawab.

aku rasa buat masa sekarang, tiga benda ni je la yang buat aku meluat. makanya kadang-kadang aku rasa hidup aku lebih bahagia kalau aku tak punya kawan. tapi aku masih perlukan kehadiran mereka as much as they still need me (i guess). ianya satu kitaran keperluan hidup.



kata-kata manis yang aku kutip dari blog orang lain
" Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treats you right, forget about the ones who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it."



p/s: dayah, kita memang sehati sejiwa, nanti kalau kau dah keje, nak cari roomate, jangan lupa cari aku. tu pun kalau kita keje kat area yang sama..hahaha

2 comments:

cik sabun said...

erina!!! aku terharu!!!
*sobs..sambey guling2 atas lantai...*

E F K said...

ish...pe la ko ni
guling la atas tilam...xdela rse sakit mse guling2 nnt...
kui3 ;p