Friday, November 28, 2008

mahu cuba?


The name: Instead Softcup
Reputation: A decade of success in convincing women to try it on, with sales up to 100 million units (in US)


Masa Kotex buat kempen Kem Kotex hari tu, aku tengok ramai bloggers (aku tau sebab aku suka baca blog orang) duk canang pasal kem remaja tu. n ramai la yang bercerita pasal hal-hal menstruasi la, sindrom la, whatever yang related dengan kitaran haid perempuan. i dun wanna elaborate much pasal experience masa period, sebab lain perempuan, lain keadaanya, n kalau nak cari info pasal PMS ke, apa ke, google je, sure keluar info yang ko nak cari. tapi sekarang ni aku nak cite, kita orang perempuan ada option lain selain pakai tuala pakai buang wanita dan tampon. they called it 'instead softcup'. and how does it looks like? seperti gambar di atas yang aku cilok dari KOSMO! Online.


aku pernah baca pasal sindrom kejutan toksik kat US disebabkan pemakaian tampon. sebab tu aku tak berapa yakin nak pakai tampon dan orang perempuan kat Msia rata-rata semua lebih suka pakai pad biasa daripada tampon. aku rasa la. aku sendiri pun tak pernah ada perasaan nak pakai tampon. dan aku tak pernah jumpa lagi ada perempuan yang pakai tampon unless dia swimmer, atau yang jenis buat aktiviti lasak. sebab pada aku, konsep Instead ni sama je dengan tampon, proses insertion pada vaginal canal. cuma bezanya tampon diperbuat daripada kapas/rayon n Instead diperbuat daripada PE (polyethylene). dan rasanya Instead ni boleh di recycle (jimat tu). i mean, lepas guna, cuci then boleh guna semula, sebab kalau guna pad biasa/tampon, mana boleh recycle (ke ada orang recyle?ewww).


obviously, aku rasa soalan paling common yang orang akan tanya. mesti related pasal selaput dara. betul tak?takut kalau pakai tampon/Instead ni, nanti dah tak dara dah. KELAKAR. dan disebabkan cerita tak dara ni, alkisah sebab takut dengan pemakaian tampon yang kononnya boleh menyebabkan perempuan hilang dara, ada sorang kawan perempuan aku yang buat-buat tau bagitau fakta salah tentang cara-cara nak pakai tampon pada perempuan-perempuan yang nak menuntut daripada dia (padahal dia sendiri pun tak pernah tengok tampon secara real depan mata, apatah lagi memakainya, aku rasa tengok kotak tampon dari jauh je dah buat dia tahu camane nak pakai). aku ingat aku yang salah dengar, tapi bila dia beria-ia cerita, dalam hati aku cakap "kalau tak berapa pasti tentang sesuatu, n kalau orang tanya, jangan la buat-buat tahu, buat malu je kalau orang tegur". tapi yang pasti aku tak tegur kesalahan dia tu, sebab aku tengah busy buat kerja lebih berfaedah, dan dia perempuan cantik, aku kesian pada perempuan cantik yang nampak kurang bijak dan pendek akal. aku tak nak dia rasa terhina bila aku betulkan ayat dia. sebab aku tau dia tau yang dia betul. kesian. harapnya sekarang dia dah tau macam mana nak pakai tampon dengan betul, walaupun dia sendiri tak pakai.


kalau nak tau lebih lanjut boleh baca di sini. sebab aku ni perempuan pemalas, makanya aku malas nak buat summary tentang artikel yang aku baca. so kalau nak tau, baca sendiri. n yes, it looks like a cup, yang cara pemakaiannye: diletakkan di bawah serviks di belakang tulang pubik. kena try dulu la baru boleh elaborate. orang kat KOSMO tu bagitau yang benda alah instead softcup ni AKAN dipasarkan di farmasi dan kedai serbaneka dengan harga rm19.90 sekotak untuk 5 keping. aku kena survey la, farmasi mana ada jual benda ni. mahu cuba. anda mahu? (ni soalan utntuk perempuan sahaja ya). jimat tu kalau boleh recycle.

No comments: