Tuesday, November 11, 2008

oh cerita itu aku tak mahu ulang kembali

sudah banyak entri yang aku taip tapi akhirnya tersimpan dalam folder draf. kenapa?. mungkin sifat semulajadi. tak sampai hati. aku risau dan takut-takut ada yang berkecil hati. dan sudah tentu aku tak mahu kejadian buruk yang pernah terjadi tak lama dulu berulang kembali. people can forgive but they rarely forgets. aku banyak luahkan perasaan melalui tulisan, biasanya masa tengah marah paling ketara, gembira pun ya juga, tapi kalau hal-hal yang gembira aku tak kisah mahu kongsi. kalau cerita tak indah aku rasa berat hati mahu orang tahu. semacam ada rasa kurang enak. kesan dan akibat perlu diambil kira. lagi-lagi kalau orang kenal kita macam mana.



sometimes aku boleh jadi seorang perempuan yang mean, cold, and pretty hot-tempered, dan perkataan baru untuk menggambarkan personaliti seorang perempuan bernama erina, sinis. ya semalam teman serumah beritahu, "rupanya, kau ni sinis orangnya"



and from Dictionary.com : cynic (n.) means a person who shows or expresses a bitterly or sneeringly cynical attitude.



maybe. tapi aku pernah kenal orang lebih sinis daripada aku, jenis yang tak sedar kesan daripada apa yang dituturkan. aku bersyukur walaupun aku sinis tapi aku masih sempat fikir dulu sebelum cakap dan masih mahu jaga hati orang sekeliling (aku rasa, kadang-kadang). walaupun kadang-kadang aku rasa aku lagi rela bergerak secara solo, tapi dalam banyak keadaan aku masih memerlukan kawan-kawan. oleh itu, tak patut aku sakitkan hati orang lain takut kalau-kalau suatu hari nanti aku memerlukan bantuan mereka.



sebab aku sukakan persamaan ini (i=0 without u) which means i equals to zero(nothing) without u (family n friends)




lagi satu, i'm positive that i'm skeptical. yang ini aku sangat-sangat pasti. walaupun dalam banyak hal aku cuba untuk menjadi se-positif mungkin, optimis tahap kau rasa nak lempang je muka aku bila masa aku bagi pandangan, tapi most of the time, i'm skeptical. oh dan kau tak mahu tahu cara aku berfikir, kau akan rasa lemas. dan semestinya kalau kau pernah berborak dengan aku tentang hal-hal yg rumit, taboo, selalunya kau akan senyum terpaksa. sebab nak jaga hati aku. ada orang pernah beritahu cara aku berfikir macam orang putih sikit. macam mana tu?aku buat kesimpulan, mesti dia rasa aku ni liberal. tapi bukan hal-hal yang berkaitan agama dan kepercayaan. tapi lebih kepada hal-hal dunia. mereka fikir aku terlampau cool (ada beberapa situasi) dan pada mereka adalah tidak wajar aku berlagak terlampau cool. sampai nampak macam aku tak kisah. macam tak peduli. macam bukan sifat seorang perempuan melayu beragama islam. tapi persetankan itu semua. sebab aku bukannya hidup untuk menggembirakan semua orang. aku tak segagah itu.



and from Dictionary.com : skeptical (adj.) means inclined to skepticism; having doubt



aku bukannya mahu orang tahu tentang perkara-perkara negatif mengenai aku. sebab selalunya kita cenderung untuk menyembunyikan perkara yang tampak jelek di mata masyarakat. dan semua sedia maklum, bagaimana orang malaysia berfikir. sama seperti kenapa concealer dicipta, untuk menutup cela di wajah. tapi kadang-kadang dengan menunjukkan sedikit sisi negatif dalam diri, buat kita rasa seperti manusia. ada lebihnya, ada kurangnya.



No comments: