Tuesday, March 2, 2010

terkesan

baru dua jam sebelumnya, beriya iya mahukan itu ini secara spesifik. bercerita mahukan yang begitu begini bagai punya modal tapi selepas membaca tulisan perempuan yang satu itu, terus padam niat mahu itu ini. betapa besarnya hati dia, betapa kerdilnya terasa diri.

nampaknya, besar juga pengaruh perempuan itu. andai dia sebahagian diri, andai dia kakak sendiri.

mudahnya pemikiran aku, mudah lagi tanggapan beliau. sikitnya mahu aku, lebih sikit dapatnya beliau.

dan semua itu, buat aku terfikir. beri kesan pada hati, bersyukurlah wahai hati pada rezeki yang sedikit kerana aku sudah terlebih bahagia.

pernah sempat mendengar ceramah singkat di masjid, walau tak mendengar sehingga ke hujung cerita, tapi intipatinya tersemat kemas dalam ingatan.

cuma yang lupa, perbualan ini antara siapa dengan siapa, tapi kejadiannya berlaku di zaman Nabi. pertanyaannya: antara orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang kuat beribadah (mungkin, correct me if i'm wrong) siapakah antara mereka berdua yang lebih tinggi darjatnya di mata Allah s.w.t?

dijawabnya pertanyaan itu setelah puas mencari jawapan: ternyata orang kaya yang bersyukur lebih tinggi darjatnya. simply sebab dia tergolong dalam golongan yang sedikit jumlahnya didunia ini.



ya Tuhan, biarlah aku tergolong dalam golongan yang sedikit jumlahnya...menjadi antara golongan yang bersyukur.

No comments: