Thursday, September 11, 2008

orang bercinta banyak rahsia

ini hakikatnya...orang bercinta memang banyak simpan rahsia...

saya bukannya bercakap bagi pihak orang lain, tapi hubungan kami yang baru sahaja berputik sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang kami bakal menyimpan banyak lagi rahsia di masa akan datang...

idea untuk tajuk entri hari ini datangnye dari sebuah blog yang saya 'ter'jumpa semasa 'jalan-jalan' menjengah blog orang lain...

http://lovehatelifeangel.blogspot.com/2008/08/hipokrit-dua-kekasih.html


ianya berkisar hal sepasang kekasih yang menyimpan rahsia daripada pengetahuan keluarga masing-masing...hal ini bagaimanapun adalah normal bagi muda-mudi zaman sekarang (saya turut bersetuju)...

ya, saya juga mengaku saya menyimpan rahsia...

demi menjaga hati orang-orang yang saya sayang...

saya tidak sempurna...

tiada apa yang sempurna di muka bumi ini kecuali Allah s.w.t...saya kurang bijak untuk berbicara soal agama, dan sebagai manusia yang lahir dengan perasaan ingin tahu yang kuat serta keinginan yang melonjak-lonjak untuk mencuba sesuatu yang baru mengaburkan dan mematikan akal waras saya...

ya, saya pernah buat silap, tapi bukannya tersilap seperti "itu"...

dan ya, saya masih berfikiran konservatif...

tersilap membuat perhitungan dan penilaian yang kurang matang mengundang bencana...tapi seperti peribahasa orang putih-putih "let bygone, be bygone"...

luka lama usah ditoreh kembali...hanya akan mengalirkan darah yang mengotorkan jiwa...

rahsia itu perlu wujud, bukannya sebagai alasan untuk berselindung dari menjadi orang yang sebenarnya bukan diri kita...tapi lebih menjurus ke arah untuk tidak menambahkan gundah dan rasa kecewa di hati golongan-golongan yang disayangi...



p/s hari ini saya terlebih rajin...menge'post' 3 entri sekaligus dlm 1 hari...apakah maksud di sebalik kerajinan itu??

No comments: