Monday, February 22, 2010

bahagian masing-masing

terkesan dengan ayat kak fynn yang ini
"usah dibanding bahagia orang,untung tenggelam, kita tak tahu."

daripada sini

-----

mak selalu sebut, "masing-masing ada bahagian dia kat dunia ni, jangan difikir yang bukan milik"

sesungguhnya, manusia yang diberi akal dan jasad sempurna diguna pakai selalu sahaja mengidamkan yang lebih.
lebih dari yang mampu.
lebih dari yang perlu.
kerana mahukan bahagia yang lain.
sedangkan bahagia sendiri dipandang ringan.


mengambil pendekatan "biar buruk pada mata lain yang melihat, asalkan indah di mata sendiri"


biar diri sendiri berbunga gembira
biar diri sendiri gelak ketawa
biar diri sendiri menangis hiba
biar diri sendiri yang merasa semua


diri sendiri.
bukan orang lain.
kerana ini bahagian diri.
yang bukan milik orang lain.

No comments: