Tuesday, February 23, 2010

bila perlu kompromi

tidak terkilan
tidak juga kecewa
malah gembira
dan berbesar hati
serta bersyukur
mendapat restu
diiring doa
memberkati niat murni
menyatukan kami

-walaupun tidak seperti yang diingini


-----


minta banyak, layaknya seperti menjual anak sendiri
minta sedikit, layaknya seperti tidak laku dibeli

senyum pahit terukir,
buat tatapan mengurang ketegangan,
hati sedih melihat kekasih seperti hilang pegangan,
mengharap belas ketika diri dipanah puluhan pertanyaan.

ketika bibir hilang upaya,
hanya mata mampu berbicara,
meluah rasa yang tak terungkap oleh kata-kata.

mahu sahaja didakap erat bahu gagah itu,
mahu sahaja diusap lembut rambut hitam itu,
mahu sahaja digenggam kemas jari jemari itu,
mahu sahaja dibisik kalimah pengubat duka itu,
demi memberi sedikit kekuatan,
walau hanya sebesar hama.

jika yang terbaik itu adalah yang terpayah, mudahkan lah
jika yang termolek itu adalah yang terkutuk, rapikan lah
jika yang terpendek itu adalah yang terpanjang, tetapkan lah



-----

bila tidak hanya melibatkan satu belah pihak sahaja. ada hati yang terguris. ada hati yang terhiris.

ikut hati, mati.
ikut rasa, binasa.

No comments: