Thursday, February 25, 2010

syukur

masih punya orang tua yang memahami
masih punya orang tua yang tidak mahu itu ini
masih punya orang tua yang melihat indahnya dunia dari kaca mata anaknya sendiri
masih punya orang tua yang sanggup bersusah demi melihat anaknya senyum sendiri
masih punya orang tua yang mengerti susahnya memulakan untuk mendapat sedikit ketenangan


sebab itu


saya sayang orang tua saya.
atas sebab-sebab yang remeh.
atas sebab-sebab yang orang lain anggap tidak perlu
atas sebab-sebab yang di anggap taboo


dan saya berterima kasih pada mereka


kerana merekalah, saya lahir
kerana merekalah, saya membesar sebegini
kerana merekalah, saya berfikiran sebegini
kerana merekalah, saya berkelakuan sebegini
kerana merekalah, yang mencorak diri ini.


jangan dicari payah jika yang datangnya mudah
jangan ditanya akhirnya jika pangkalnya tak ketahuan
jangan diduga jika tiada pengetahuan.


hidup ini tidak mudah,
tapi jangan melihat sukarnya masalah,
tapi mudahnya penyelesaian.

1 comment:

ati said...

ohhh.

i'm soooooooo agree with u.

huk3.