Sunday, March 28, 2010

dah terdesak

mula-mula macam nak tulis tajuk tu dah tersedak...which kalau nak diikutkan memang lebih kurang sama je nak menggambarkan keadaan macam mana. i'm choking, but luckily not literally. malas tu memang sejenis penyakit kan. kenapa la penyakit malas aku ni melarat-larat. kenapa la takde penawar. haih~~

tapi malas tu cuma timbul bila melibatkan benda-benda yang tak menarik. seperti study misalnya, cari bahan-bahan berilmiah untuk tesis misalnya, cuba nak siapkan apa yang sepatutnya menjadi priority misalnya, tapi alih-alih jadi lebih rajin nak cari bahan-bahan berilmiah gak tapi untuk perkara yang less important. oh, kenapalah begini jadinya. bila mahu rajen ye...

mr. Z selalu marah saya bila saya cakap malas mahu makan, bukan sebab saya di dalam cubaan nak mengecikkan peha yang memang takde harapan nak kecik dengan sendirinya, tapi sebab saya malas mahu keluar rumah mencari makanan, ye saya pemalas. dan mr. Z dah la memang pantang kalau orang tak makan ni, sebab memang favorite thing to do everyday dia pun makan juga. haih~~

tapi saya tak malas pun kalau makan dengan dia. makin bertambah-tambah lagi kadang-kadang. selera saya mengalahkan saiz perut kadang-kadang. hihi. sebenarnya saya cuma nak berteman bila makan. saya tak suka makan sorang2. sebab tu saya agak tak berapa kesah bila berat badan naik sikit (sikit je tau, banyak2 nanti leh buat teriak satu rumah (-_-")) sebab the only reason pun sebab mr. Z tak kesah cuma dia tak bagi makan macam orang gila, berpada-pada la. so padan la berdua pun, dia perut buncit, aku pun join perut buncit club gak...haha

daripada nak cerita pasal benda lain, terus cerita pasal makanan kan, nampak sangat gila makan..hihi...anyway, macam kena puasa gak kot before tunang ni...ecece, poyo je, nak kasi turun sikit perut tu, pakai corset nanti pun macam tak leh cover sangat kalau dah perut tu memang nak tertonjol (dulu aku buat alasan "rahim" bukannye "lemak terkumpul kat perut" penyebab perut aku buncit, denial sungguh hahaha)...peha dah memang konfem saiz tu gak sebab the only exercise aku buat pun adalah berjalan...ko ingat leh kurus dalam masa 2minggu kaki ko leh kecik ke ngn jalan2 je...haih~~ terlebih berangan je

oh2, excited sampai geram (>.<)

hihi

No comments: