Wednesday, September 29, 2010

pengantin demam

assalamualaikum :)

sah sudah bergelar isteri kepada en.suami. ada terkurang sana sini. tapi alhamdulillah segalanya dah selamat.

majlis belah perempuan, suami demam. majlis belah lelaki, isteri demam. memang padan la berdua ;p

anyhow, bersyukur pada semua yang terlibat membantu itu ini. dan sangat-sangat berterima kasih. terutamanya keluarga. terima kasih.



untuk suami tersayang;

Terima kasih Tuhan
Temukan aku si tulang rusuk yang hilang
Dengan tuan empunya
Hingga dinanti
Dua puluh lima tahun lamanya

Akhirnya bertemu
Menjadi satu

Kini
Susah dan senang bersama
Gelak dan tangis berdua

Pintaku cuma satu Tuhan
Kekalkanlah rasa cinta antara kami berdua

Pahit getir hidup mahu tetap berdua
Indah bahagia juga mahu tetap berdua

Restui hubungan yang kami bina
Lindungi kami dari malapetaka
Tak rela berpisah lagi
Kerana tak mungkin dapat pengganti