Saturday, August 28, 2010

setelah 18 hari berpuasa

tapi aku tak genap dah 18 hari tu...heh, itu pun nak bagitau kah?heh

anyhow, sepanjang Ramadhan tahun ini, satu benda yang aku rasa macam pelik sedikit sebab aku tak excited pun nak pergi melawat bazar Ramadhan. bknnya jauh sangat pun, tp cuma malas. kalau tahun2 sebelum ni memang sebelum puasa lagi dah pasang niat nak makan apa bila puasa nanti. tapi tahun ni malasnya lain macam. dan semenjak aku jadi malas nak bersesak2 dengan manusia lain, aku ambil keputusan untuk nak menjauhi bazar sepanjang tahun ni. dan hasilnya, belum sekali pun aku jejak kaki ke bazar Ramadhan. lalu sebelah ada la. malas ke bazar sebab rajin nak masak sendiri. dan jimat sikit. dan kurangkan memakan kuih2 yang mengiurkan itu. itu je kot. heeee. siap pasang niat tak nak pergi bazar tu. heeee. =D

tapi tak keluar pergi beli makanan kat bazar tak bermaksud tak makan kat luar. cuma tahun ni lagi kurang la makan kat luar daripada tahun2 sebelum. lagipun sengkek tahap tak leh blah dah ni, lagi2 dah dekat nak majlis. habes duwet gue!!!. oh, over plak. seingat2 boleh bilang guna jari la berapa kali je bazir duit makan kat luar.

1. foodcourt IKEA makan meatball sebab kepingin dan bawak adik kesayangan yg baru sampai dari egypt, yg duduk dlm flight almost 24hours tak mandi apa lagi dah kena heret sama sebab dia tak pernah pergi IKEA. heh. jahat kan aku sebab bagitau ko tak mandi lg faizati. =p. meatballs for everyone and chicken wings, also daim cake n carbonated drinks. tu je.


2. iftar bersama kawan2. satu kat rumah cik farhana dan huda bersama tetamu undangan cik arma n ofkos kesayangan semua cik dayah. hehe. lauk memang best, ada kerapu sweet sour, udang masak lemak cili api, pecal, murtabak, dan puding roti serta air sarsi keluaran mardi. aku duk tgk je dorg masak. i kan tetamu. hahaha =p.

lps tu mkn2 lagi dgn kwn2 kat village view, bangi. mknn masyaAllah banyak. aku kenyang tgk lauk byk sgt, mkn sikit je kot. mungkin sebab dah sebat minum air byk sgt lps azan maghrib. huhu. mknn tipikal bila mkn ramai cmni. siakap 3 rasa and sweet sour, tomyam ayam, sayur kailan kot (tah, tak kenal sayur ;p) dan air bandung.


3. JM BARIANI HOUSE, Alamanda. dulu2 skeptikal la bila incik tunang ckp nasi beriani dia sedap, tp semalam masa mula2 mkn je trus rasa, huisshhh sedapnya. tak muak mkn nasi beriani dia, lauk kambing pn sedap sangat. alhamdulillah.

macam tu je buat masa ni la yang mkn2 kat luar pun. ada la few times mkn kat rumah bakal mertua. since rumah mak abah sendiri jauh, so rumah incik tunang la yang aku singgah pun. huhu. balik rumah mak pun masa 1st week puasa hari tu, dpt la merasa dua hari berbuka kat rumah.

isnin ni rasanya macam ada yang ajak makan2 gak. tah jadi tah tak. tgk la nanti. hehe :)

p.s. bila tengok ticker. seram ada, suka ada, takut ada. semua ada.

No comments: