Tuesday, November 11, 2008

oh cerita itu aku tak mahu ulang kembali

sudah banyak entri yang aku taip tapi akhirnya tersimpan dalam folder draf. kenapa?. mungkin sifat semulajadi. tak sampai hati. aku risau dan takut-takut ada yang berkecil hati. dan sudah tentu aku tak mahu kejadian buruk yang pernah terjadi tak lama dulu berulang kembali. people can forgive but they rarely forgets. aku banyak luahkan perasaan melalui tulisan, biasanya masa tengah marah paling ketara, gembira pun ya juga, tapi kalau hal-hal yang gembira aku tak kisah mahu kongsi. kalau cerita tak indah aku rasa berat hati mahu orang tahu. semacam ada rasa kurang enak. kesan dan akibat perlu diambil kira. lagi-lagi kalau orang kenal kita macam mana.



sometimes aku boleh jadi seorang perempuan yang mean, cold, and pretty hot-tempered, dan perkataan baru untuk menggambarkan personaliti seorang perempuan bernama erina, sinis. ya semalam teman serumah beritahu, "rupanya, kau ni sinis orangnya"



and from Dictionary.com : cynic (n.) means a person who shows or expresses a bitterly or sneeringly cynical attitude.



maybe. tapi aku pernah kenal orang lebih sinis daripada aku, jenis yang tak sedar kesan daripada apa yang dituturkan. aku bersyukur walaupun aku sinis tapi aku masih sempat fikir dulu sebelum cakap dan masih mahu jaga hati orang sekeliling (aku rasa, kadang-kadang). walaupun kadang-kadang aku rasa aku lagi rela bergerak secara solo, tapi dalam banyak keadaan aku masih memerlukan kawan-kawan. oleh itu, tak patut aku sakitkan hati orang lain takut kalau-kalau suatu hari nanti aku memerlukan bantuan mereka.



sebab aku sukakan persamaan ini (i=0 without u) which means i equals to zero(nothing) without u (family n friends)




lagi satu, i'm positive that i'm skeptical. yang ini aku sangat-sangat pasti. walaupun dalam banyak hal aku cuba untuk menjadi se-positif mungkin, optimis tahap kau rasa nak lempang je muka aku bila masa aku bagi pandangan, tapi most of the time, i'm skeptical. oh dan kau tak mahu tahu cara aku berfikir, kau akan rasa lemas. dan semestinya kalau kau pernah berborak dengan aku tentang hal-hal yg rumit, taboo, selalunya kau akan senyum terpaksa. sebab nak jaga hati aku. ada orang pernah beritahu cara aku berfikir macam orang putih sikit. macam mana tu?aku buat kesimpulan, mesti dia rasa aku ni liberal. tapi bukan hal-hal yang berkaitan agama dan kepercayaan. tapi lebih kepada hal-hal dunia. mereka fikir aku terlampau cool (ada beberapa situasi) dan pada mereka adalah tidak wajar aku berlagak terlampau cool. sampai nampak macam aku tak kisah. macam tak peduli. macam bukan sifat seorang perempuan melayu beragama islam. tapi persetankan itu semua. sebab aku bukannya hidup untuk menggembirakan semua orang. aku tak segagah itu.



and from Dictionary.com : skeptical (adj.) means inclined to skepticism; having doubt



aku bukannya mahu orang tahu tentang perkara-perkara negatif mengenai aku. sebab selalunya kita cenderung untuk menyembunyikan perkara yang tampak jelek di mata masyarakat. dan semua sedia maklum, bagaimana orang malaysia berfikir. sama seperti kenapa concealer dicipta, untuk menutup cela di wajah. tapi kadang-kadang dengan menunjukkan sedikit sisi negatif dalam diri, buat kita rasa seperti manusia. ada lebihnya, ada kurangnya.



Sunday, November 9, 2008

Mari Solat ep. 2

hari ni kita sambung episod 2 dalam rancangan Mari Solat...minta maaf sebab lambat meng'update'


ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Thursday, November 6, 2008

sejak bila aku minat indie?

tapi aku layankan je lagu-lagu best, tak kesah la indie ke, tak indie ke...


Situasi by BUNKFACE


Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)

hal-hal politik yang aku tak berapa nak kesah tapi aku sebok nak cerita jugak

obama jadi presiden kulit hitam pertama di amerika. ajaib?aku rasa tidak, cuma mungkin sebelum obama, calon-calon yang tidak berkulit putih tidak bernasib baik, makanya mereka tidak dinobatkan sebagai presiden kulit hitam pertama amerika, lepas ini mungkin ada presiden kulit kaler lain yang bakal menggantikan warna hitam itu, siapa nak jangka?obama lebih bernasib baik. tapi ini cakap-cakap kawan sehari sebelum keputusan diumumkan.



"kau rasa obama ni lagi baik ke daripada bush?entah-entah lagi teruk. macam kes bush dulu, orang calonkan dia sebab rasa dia lebih baik daripada clinton yang ada skandal dengan monica lewinsky tu. tapi bila dah jadi presiden, lagi teruk daripada clinton. sebok nak bom orang je kejenye, sampai takde masa nak buat skandal (rasanya), al gore jugak yang dapat nobel prize siap dapat emmy award lagi."



tapi aku tak suka cakap hal-hal politik. buat aku rasa tua. dan aku memang in denial when it comes to age. even though it's juz a number. aku cuma berharap apa yang dicanangkan oleh en.obama semasa ingin memancing dan mengumpan para penyokong ditunaikan sebaiknya. manusia kadang-kadang jadi kurang betul bila diberi kuasa. tak perlu diberikan contoh sebab diri sendiri adalah contoh terbaik. melainkan kau adalah orang yang paling sempurna. tapi kita semua tau tiada apa yang sempurna kecuali Allah swt. aku harap en.obama waras.



dan cerita pasal dress yang bini en.obama pakai pun boleh jadi 1 isu yang hangat diperkatakan. ini di dunia fesyen terutamanya. dan aku rasa kombinasi warna merah hitam itu cantik.





p/s aku sudah tulis entri psl perkara yg menyakitkan hati, dan masih tersimpan dlm folder draf, bila agaknya aku nak post?mungkin petang nanti bila aku rasa aku tengah marah, sbb awal pagi mood aku selalunya lebih baik.

Wednesday, November 5, 2008

bila tiang tak kukuh, bangunan mudah runtuh kan?

kau benci tak bila orang cakap macam-macam pada kau n that person makes u look like an idiot?aku benci bila pendirian aku tak kuat, tak teguh, so akhirnya aku akan lebih banyak mendengar kata-kata orang di sekeliling. this is how i grew up. aku membesar dengan keadaan di mana aku lebih banyak mendengar cakap-cakap orang daripada percaya dengan keputusan yang dibuat sendiri.


aku jadi wild masa aku sekolah menengah dulu pun sebab terikut-ikut member yang kureng sikit perangainya. cerita ini panjang sebenarnya, tapi aku mahu jadi hipokrit, aku mahu kau anggap aku macam budak baik, sedangkan aku tau itu bukan diri aku, dan keputusannya aku tidak mahu elaborate disini apa benda wild aku pernah buat masa zaman muda remajaku dulu. bila ingat balik kenapa aku jadi macam tu ye?n obviously sebab aku terlalu taksub dengan cakap kawan-kawan. aku percaya diorang lagi tau daripada aku. padahal diorang tu sama bodoh je macam aku. tapi mana nak sedar semua tu bila pada masa tu kita rasa dunia kita yang punya. aku pernah potong rambut pendek mcm budak lelaki pun sebab ikut cakap kawan. bila tengok balik gambar lama dengan rambut pendek ala-ala tomboy aku rasa nak gelak. sekarang ni pun rambut aku tak sepanjang mana, cecah bahu pun tidak, tapi aku gunting rambut pendek ala-ala selebriti. dan aku rasa aku nampak comel dengan gaya rambut sekarang, tapi ada permintaan supaya rambut dibiarkan panjang. dan aku pun menurut juga cakap-cakap itu. sedangkan aku sendiri rasa rimas dengan keadaan rambut yang panjang. tapi hal-hal rambut ni masih boleh tolerate lagi. sebab tu aku tak kecoh bila disuruh membiarkan saja rambut tumbuh panjang, supaya boleh dibentuk, dan dibuat curl, agar tampak lebih menawan. tapi aku bukannya nak cerita pasal rambut.


walaupun aku membesar dalam keluarga yang di anggap agak sempurna keadaanya. tapi aku tetap rasa aku tak sebulu dengan mak abah dalam banyak hal. ni semua cerita masa zaman remaja. sekarang ni bila dah besar, aku malas nak argue dengan mak abah, sebab aku rasa aku dah banyak buat dosa, kenapa aku mesti tambah dosa dengan jadi anak derhaka. ok, back to the story, the point is, aku lagi banyak dengar cakap kawan daripada cakap mak abah masa aku membesar, ni dalam lingkungan umur dari 9 sampai 18 taun kot. aku banyak kali lawan cakap mak aku. aku tak rasa mak bukanlah seseorang yang kita leh jadikan kawan masa umur dalam peringkat nak mengenal diri. sebab aku rasa kata-kata kawanlah yang paling betul. ini membuatkan aku risau, kalau aku ada anak remaja suatu hari nanti, adakah dia akan jadi seperti aku, dan persoalan seperti ini lah yang membantutkan idea nak membina keluarga. aku takut dengan kanak-kanak, lagi takut dengan remaja.


dan bila umur dah mencecah 23 tahun sekalipun, aku masih rasa yang banyak keputusan yang aku buat dalam hidup ni bukan sepenuhnya aku yang buat. lebih banyak dengar cakap orang dan rasa keputusan yang datang daripada mulut orang jauh lebih bernas daripada idea aku sendiri. hal-hal sebegini yang buat aku rasa sangat-sangat tertekan kadang-kadang. sampai boleh buat aku jatuh sakit. dah beberapa kali jadi macam ni, tapi aku tetap juga jadi seorang yang tidak teguh pendiriannya. kenapa agaknya? dan sampai bila perkara sebegini harus dibiarkan?


persoalannya, adakah aku lagi bahagia jika membuat keputusan berdasarkan cakap-cakap orang?hati siapa yang perlu aku jaga terlebih dulu?hati sendiri atau hati orang-orang lain?



p/s smlm de org bgtau...kdg2 kwn2 ni byk m'bantu, tp kdg2 de gk yg jd 'hantu'...mmm, lu pikirlah sendiri, seperti kata nabil yang comel itu...oh, dan aku terserempak dgn 'Amat bang bang boom'...dan dia sgt comel berbaju kemeja hijau epal...tersenyum riang sendiri hanya dlm hati sbb org sebelah jeles ;p

Tuesday, November 4, 2008

Mari Solat ep. 1

Hari ni kita belajar sumthing yg ilmiah sikit ye...usually aku cerita benda merepek je...ok, entri ni aku pecahkan pada 5 episod, sbb umt islam de 5 waktu solat wajib...aku buat by episodes supaya aku tak pening nak baca banyak2 sekaligus...


Asal usul Solat

Episod 1: Solat Subuh

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


p/s ihsan kwn di buletin frenste

Dia


dia
hanya seorang lelaki
yang cuba sedaya upaya
untuk membahagiakan
hati seorang wanita yang keletihan
mencari dan meraba dalam kegelapan